Isnin, 14 November 2016

Siapa Ulū Baqiyyah?





فَلَوْلَا كَانَ مِنَ الْقُرُونِ مِن قَبْلِكُمْ أُولُو بَقِيَّةٍ يَنْهَوْنَ عَنِ الْفَسَادِ فِي الْأَرْضِ 
إِلَّا قَلِيلًا مِّمَّنْ أَنجَيْنَا مِنْهُمْ ۗ وَاتَّبَعَ الَّذِينَ ظَلَمُوا مَا أُتْرِفُوا فِيهِ وَكَانُوا مُجْرِمِين 
"Maka sepatutnya ada di antara umat yang telah dibinasakan dahulu daripada kamu itu, orang-orang yang berkelebihan akal fikiran (ulu baqiyyah) yang melarang kaumnya dari perbuatan-perbuatan jahat di muka bumi tetapi sayang! Tidak ada yang melarang melainkan sedikit sahaja, iaitu orang-orang yang Kami telah selamatkan di antara mereka. Dan orang-orang yang tidak melarang itu telah menitik beratkan segala kemewahan yang diberikan kepada mereka dan menjadilah mereka orang-orang yang berdosa."


Menarik sekali ayat ini begitu juga tafsir-nya. Selalu kita dengar ceramah dan slogan "ulu'l-albab" tapi jarang "ulu baqiyyah". 

Ulama' tafsir berbeza menjelaskan makna "baqiyyah". Apa yang berbaki? Apa yang tinggal? Apa yang kekal? Semua pertanyaan ini merujuk kepada medan makna "baqiyyah". 

Ada ulama' menafsir yang kekal dan berbaki ialah kefaham dan aqal tentang kebenaran yang Islam bawa. 

Ada juga ulama' seperti Imam Fakhr al-Din al-Razi yang menghuraikan makna "baqiyyah" bagi merujuk kepada golongan yang amat-amat sedar dan takut akan ancaman Allah (muraqabah wa khashyah min intiqami'Llah) yang mana terdiri daripada golongan terbaik dalam umatnya yang amat sedikit jumlahnya. 

Dan dalam ayat ini jelas golongan ulul baqiyyah memerangi kerosakan yang dilakukan golongan perosak - jelas mengisyaratkan bahawa golongan berilmu dan bertaqwa berada di hadapan mementang kerosakan dan kezaliman.

Semua tafsiran ini konsisten dengan kisah sirah para Nabi dan Rasul yang ketika melawan kezaliman adalah golongan yang taklut daripada projek pembodohan kaumnya. 

Amat sedikit yang mampu menahan diri daripada diperbodohkan penzalim. 

Kezaliman tidak akan berlaku selagi mana projek pembodohan tidak sempurna. Orang Islam adalah orang yang beraqal dan paling faham situasi semasa. Mereka tidak akan mudah diperbodohkan pemimpin zalim melalui propaganda murahan seperti yang Firaun, Namrud dan ramai lagi yang dikisahkan Allah dalam al-Qur'an. 

Sebab itu Allah berulang kali cakap "illa qalila" (hanya sedikit) saja yang bersama dan istiqamah meneruskan perjuangan. 

Imam al-Razi juga jelaskan bahawa orang yang zalim (pada diri, pada masyarakat) sifatnya cenderung kepada kelazatan shahwat (jawatan, pangkat etc.) maka mereka pasti akan meninggalkan rukun terbesar (rukn ʿazim) dalam arkān al-Dīn (tiang-tiang Agama Islam) iaitu mengajak kepada yang baik dan menegah yang mungkar (yang cegah mungkar ni lebih susah sebab ada retribution daripada penzalim). 

Marilah kita sama-sama hayati ayat ini dan fikirkan dalam konteks kita pada hari ini dan apa yang sedang berlaku ke atas orang Melayu. 

Kezaliman ke atas orang Melayu hanya berlaku bila orang Melayu RELA diperbodohkan. Hanya ILMU dan KEFAHAMAN yang JELAS mampu menjadi perisai dan bahtera penyelamat orang Melayu daripada Firaun, Namrud, dan Neo-Ahzab Munafiqin laknatullahi 'alayhi (may Allah curse them all!). 

Kezaliman (dalam semua bentuk, dari semua pihak) melata dalam masyarakat dan negara kita kerana umat Melayu terus diperbodohkan dan diperbudakkan. 

Benda yang JELAS SALAH dan HARAM kita tipu orang Melayu kata tiada masalah. Jual ayat Allah dan Rasul semata-mata nak berkuasa dan tutup bangkai gajah dengan karpet Iran dan minyak Attar: tetap busuk dan akan timbul. 

Jadi penting untuk kita sensitize dan de-normalize orang Melayu khususnya di luar bandar dan anak muda untuk SEDAR akan projek pembodohan yang sedang berlaku secara overt dan covert. 

Siapa ulu baqiyyah yang "yanhau ʿani'l-fasād" (rejecting the corruptions) dalam menyelamatkan maqasid al-Shari'ah negara?