Ahad, 17 Julai 2016

Erdoğan dan Gülen: kawan lama, musuh baru dan ancaman "multi vector" geopolitik Turki


Saya bentang berkenaan rihlah ke Turki  "Dari al-Fatih ke Erdoğan" pada tahun 2011 di UNIKL MFI anjuran  Kelab Pemikir Muda UNIKL MFI dan Himpunan Keilmuan Islam (HAKIM)

oleh Wan Fayhsal

Dalam beberapa tempoh terdekat ini kita dikejutkan dengan pelbagai tragedi yang menimpa rakyat Turki daripada serangan pengganas Daesh (atau nama yang salah-nya - ISIS) sampailah yang baru berlaku hari ini iaitu coup d'état atau rampasan kuasa oleh tentera - sesuatu yang tidak hairan untuk berlaku bagi pemerhati sejarah dan politik Turki.

Di mana kita harus bermula untuk menganalisa keadaan di Turki kini?

Pada hemat saya kita harus sedaya upaya bersikap objektif (sukar sebenarnya) dan cuba mencantumkan butiran-butiran yang tidak nampak berkait tapi berkait (sesuatu yang bersifat "multi-vector") dengan menyelongkar pelbagai bentuk sumber (contoh: kabel diplomatik dalam Wikileaks) bagi membina gambaran besar apa sebenarnya yang berlaku dan akan berlaku ke atas Turki.

Mari kita kenal pasti pemboleh ubah yang dimalarkan yakni sesuatu yang kita semua kena sepekati akan hakikat politik Turki:

1 - Erdoğan adalah seorang autokrat. Ini jelas dapat dilihat daripada misi utama beliau kini iaitu ingin mengukuhkan kedudukan beliau sebagai Presiden.

2 - Ergenekon atau "Deep State" yang dianggotai oleh golongan ulta-sekular Kemalis memang wujud dan masih bersarang dalam tentera, dan kehakiman.

3 - Erdoğan adalah salah satu "bidak catur" NATO seperti yang jelas maklum akan peranan Turki sebagai hub logistik kepada Daesh dan "moderate rebel" yang berjuang untuk menjatuhkan kerajaan sah Basyar al-Assad di Syria. (untuk faham lebih lanjut hubungan CIA, Pentagon dan Turki dalam melahirkan Daesh rujuk tulisan wartawan tersohor Seymour M. Hersh ini)

4 - Pengaruh Hizmet Fethullah Gülen amat besar dan berpengaruh di Turki.

Kalau kita tilik ucapan dan laporan berita media Turki yang dimiliki kerajaan, selain daripada menyerang musuh tradisi iaitu Kemalis yang wujud dalam tentera dan badan kehakiman, Erdoğan juga menyelar gerakan Gülen yang kini di war-warkan sebagai sebuah organisasi teroris atau ringkasnya Fethullah Gülen Terrorist Organization (FETO).

Hal ini dimain-mainkan dalam media arus perdana Turki sejak pertelingkahan besar-besaran berlaku antara Erdoğan dan Gülen bila tuduhan-tuduhan skandal rasuah dan pecah amanah berhubung Erdogan dan beberapa kepiminan AKP mendapat liputan luas media Turki.

Bagi yang mengikuti perkembangan perpecahan dua kelompok besar gerakan Islam (Gülen sebenarnya bukan haraki ala Ikhwan tetapi lebih mirip kepada tabligh yang lebih moden, profesional dan apolitical) yang pada satu ketika mereka berdua pernah berpadu tenaga menentang Ultra-Sekular Kemalis dalam politik Turki (1998 sehingga 2011) sehingga AKP berjaya menang dan kekalkan pengaruh mereka sampai hari ini!!

Dalam tulisan saya ini, saya ingin tumpu kepada peranan dan pengaruh Gülen dalam usaha menilai tuduhan apakah benar Gulen membawa agenda "parallel state" dan bertindak sebagai organisasi pengganas seperti didakwa Erdogan? Sejauh mana kebenaran bahawa Gülen yang mendapat Kad Hijau dan tinggal di Pennsylvania, Amerika Syarikat adalah bidak catur Amerika seperti didakwa golongan "haraki" Turki khusus penyokong Erdogan?

Hizmet Gülen: pemangkin dakwah Islam Iḥsānī di Turki

Saya pertama kali kenal komuniti Gülen ini sewaktu belajar di universiti melalui rakan-rakan saya yang datang daripada luar negara khusus negara-negara bekas Soviet iaitu Turkmenistan, Kazakhstan, Uzbekistan. Negara-negara ini mempunyai banyak sekolah-sekolah yang berkait dengan Gülen iaitu ianya bukan sekolah agama tapi sekolah swasta 'sekular' yang berkualiti tinggi.

Kemudian pada tahun 2011, selepas AKP sekali lagi dimenangkan oleh para penyokong Gülen (ya, mereka bantu bersungguh-sungguh) saya sempat melawat dan menziarahi beberapa rangkaian syarikat, universiti, sekolah yang ada kaitan dengan Gülen.

Pengalaman peribadi yang dekat ini disamping kajian lanjut melalui penulisan ramai pihak tentang komuniti Gülen banyak bentuk pandangan saya terhadap Gülen pada masa yang sama ketika itu saya juga amat-amat menyokong Erdoğan.

Apa yang Gülen telah buat sebenarnya?

Ringkasnya Gülen berpegang malah menaik tarafkan perjuangan tradisi gerakan Nurcular (membawa maksud "pembawa cahaya") Said Bediuzzaman Nursi yang amat-amat terkenal di Turki melalui manhaj dakwah yang tidak bersifat politik secara langsung tetapi berupaya meninggalkan kesan yang besar pada politik Turki (juga dunia yang mana sekolah-sekolah mereka punya pengaruh yang besar).

Kita harus faham sifat komuniti Gülen yang beroperasi dalam suasana sekular yang tegar di Turki telah mencorak strategi mereka untuk menjadi lebih berhati-hati dan tidak terang-terangan dalam berdakwah. Kita maklum dengan pelbagai kisah bagaimana sukarnya para muslimat untuk memakai hijah di Turki sampai kdang kala perlu mengenakan rambut palsu semata-mata ingin melayakkan mereka belajar di univeristi kerana apa-apa simbol pemakaian dan buku teks yang menyentuh agama dan mencabar ideologi ultra sekular Kemalisme adalah diharamkan sama sekali. Maka banyak sekali "ḥiyal" (tricks) yang perlu mereka gunakan dalam memelihara maruah beragama dalam suasana sekular yang totok habis.

Dalam suasana inilah mereka sedar kesilapan strategi boleh merencatkan misi dakwah seperti yang berlaku ke atas banyak pemimpin Islām Turki yang berwibawa khususnya bekas Perdana Menteri dan guru kepada Erdoğan iaitu Necmettin Erbakan yang diundurkan melalui rampasan kuasa "pasca-moden".

Antara usaha komuniti Gülen ialah mendidik generasi pelapis kepimpinan Turki yang baru melalui sistem pendidikan moden swasta yang terbaik. Banyak anak-anak pemimpin Kemalis daripada tentera, kehakiman, polis dan kerajaan (termasuk orang awam) menghantar anak mereka ke sekolah-sekolah ini kerana ianya bukan sekolah agama seperti sekolah İmam Hatip Lisesi.

Pendidikan Islam dan dakwah tidak berjalan di sekolah tetapi banyak berlaku secara non-formal iaitu melalui interaksi guru-guru yang tinggal bersama para pelajar di asrama. Itu pun ianya berjalan tanpa paksaan sebaliknya melalui penzahiran akhlaq sang guru yang banyak mengorbankan masa, tenga dan wang ringgit sampailah para pelajar yang tinggal dengan mereka terbuka hati untuk mengetahui dan memahami mengapa dan bagaimana para guru ini dapat jadi sebaik itu.

Apabila sudah terbuka hati barulah para pelajar ini didedahkan dengan tulisan-tulisan Said Nursi dan Gülen yang menekankan pendidikan Islam yang punya inti tasawwuf yang mendalam dan amat jauh sekali dikaitkan dengan politik (tiada visi dan misi nak tegakkan hudud, negara Islam, Turki sepakat Islam berdaulat). Pendek kata tak sama langsung dengan manhaj haraki yang ada usrah ala Ikhwan.

Hasil dakwah dan pendidikan yang lama ini, komuniti Gülen berjaya lahirkan ramai profesional, usahawan, kakitangan kerajaan khususnya di kalangan polis yang mempunyai pandangan alam Islām yang murni - sesuatu yang sukar diketemui pada kurun ke-20 kerana kepekatan ideologi ultra-sekular Kemalisme dalam pendidikan dan pentadbiran.

Kemenangan AKP di Eyüp, Istanbul pada pilihan raya 2011 mendapat sokongan padu daripada rakyat setempat

Kemenangan AKP dan Erdoğan banyak dibantu oleh fenomena dakwah komuniti Gülen yang telah menyiapkan asas kemasyarakatan bagi membangkitkan semangat keIslaman di Turki khusus bila menjelang-nya abad ke-21 (prepairing the fertile ground for the revival of Islām from bottom).

Saya difahamkan bahawa penyokong Gülen sanggup pulang dari serata dunia pada tahun 2011 ke Turki hanya semata-mata mahu mengundi untuk AKP kemudian pada hari yang sama pulang semua ke negara 'angkat' masing-masing.

Kekuatan Gülen di Turki amat hebat dan oleh kerana itu jugalah Erdoğan sedar mereka juga boleh jadi pesaing yang hebat khusus bilamana media-media rangkaian Gülen seperti ZAMAN menjadi kritikal dalam mendedahkan skandal-skandal korupsi Erdoğan yang sememangnya dakwaan mereka punya asas-asas yang kukuh.

Saya sempat ziarah markas konglomerat media paling berpengaruh di Turki iaitu ZAMAN yang dikatakan milik komuniti Gülen.  Banyak wartawan ZAMAN telah ditahan dan dipenjarakan oleh Erdoğan atas tuduhan cuba menggulingkan kerajaan (macam tuduhan kes 1MDB)

Markas konglomerat ZAMAN yang saya ziarahi pada 2011.

Kebarangkalian-kebarangkalian rampasan kuasa

Jadi melihat ulasan panjang lebar berkenaan  Gülen, adalah tidak masuk akal bagi Erdoğan membuat tuduhan ke atas mereka sebagai sebuah badan pengganas kerana golongan ultra-sekular Kemalis daripada awal memusuhi Gülen. Dan kerana ini jugalah Gülen dan AKP berpadu tenaga bertahun lamanya menentang musuh utama perjuangan Islām iaitu golongan ultra-sekular Kemalis.

Kalau tiada asas kenapa Erdoğan buat begitu?  

Bagi saya ianya hanyalah satu sifat reapolitik yang Erdoğan mainkan.

Sifirnya mudah: mana-mana pihak yang menjadi penghalang kepada agenda pemusatan kuasa Erdoğan - baik Kemalis yang sekular atau golongan dakwah Sufi Gülen - mereka semua perlu tunduk dan kalau tak mahu tunduk, perlu ditundukkan sampai tahap perlu dihapuskan menggunakan segala macam "state apparatus" khususnya perundangan dan propaganda yang meruntuhkan kredibiliti mereka agar Erdoğan kekal menjadi juara Islam dan Muslim di Turki.

Untuk rakyat biasa dan penyokong tegar (baca: pentaksub) Erdoğan, tiada apa salah dan cacat celanya Erdoğan. Kalau ada pun, mereka sanggup bertolak ansur dengan kesalahan tuduhan pecah amanah demi menjaga kekuatan kepimpinan Islam daripada jatuh ke tangan CHP iaitu parti ultra-sekular Kemalis (macam orang Melayu terima UMNO yang rosak kerana takutkan DAP).

Itu satu sudut. Sudut lain pula ialah percubaan rampasan kuasa oleh tentera ini benar-benar berlaku kerana saki baki Ergenekon masih wujud dalam tentera Turki yang berkemungkinan besar bertindak setelah mendapat izin daripada Amerika atau mereka sendiri melihat betapa hancurnya dasar luar Turki di bawah Erdoğan, mengambil langkah berisiko untuk lancarkan apa jua usaha bagi membawa jatuh Erdoğan dan AKP kerana bagi mereka apa-apa agenda Islam dalam politik wajib ditentang sampai lumat.

Pada hemat saya kemungkinan besar ialah Erdoğan tidaklah memalsukan coup ini tetapi beliau seperti Anwar Ibrahim, amat bijak dalam mengatur langkah politik yang boleh mencetuskan (self-induced) reaksi balas daripada tentera yang Erdoğan tahu akan pasti bertindak di luar batas dan menjadi kebencian kepada rakyat jelata.

Ringkasnya golongan ultra-sekular Kemalis dalam tentera telah termakan "umpan" yang Erdoğan persiapkan.

Cui bono kepada Erdoğan? Sudah tentu ada: lebih alasan dan ruang untuk mempercepatkan proses autokrasi dan diktator kepada beliau selaku Presiden seterusnya menepis sebarang usaha "check and balance" ke atas beliau dan keluarga beliau juga AKP dalam hal-hal melibatkan rasuah dan pecah amanah.

Sebab itu Erdoğan membakulkan komuniti Gülen sekaligus dengan ultra-sekular Kemalis yang kini dianggap sebagai musuh negara kerana tuduhan dan percubaan untuk merampas kuasa yang memang ada dalam benak pemikiran golongan anti-sekular tetapi tidak tentu dalam benak pemikiran Gülen.

Hal ini telah dibual panjang oleh golongan intel Amerika Syarikat seperti yang didedahkan dalam kabel diplomatik berhubung Turki dalam Wikileaks di mana banyak tanda tanya dibangkitkan (rujuk kabel Wikileaks: 09ANKARA1722)

Kesimpulan

1- Erdoğan ada skandal. Gulen dan CHP (Kemalist) senada dalam mempersoalkan kebertanggunjawaban Erdoğan.

2- Penyokong Erdoğan tahu Erdoğan ada skandal tapi mereka rela tutup sebelah mata kerana mereka takut kalah Erdogan jatuh habis perjuangan Islam (ada asas).

3- Gülen bertindak dengan ijtihad siyasah yang "lurus" iaitu menegur kepimpinan negara Turki di bawah Erdoğan yang menzahirkan keIslaman di hadapan penyokong dan rakyat tetapi di belakang tabir melakukan kegiatan yang bertentangan dengan undang-undang dan Syara' (seperti skandal anak Erdoğan yang membawa minyak dari kawasan Daesh di Iraq untuk dijual kepada Israel, tuduhan terkenal bersabit pengeksportan emas bernilai $6 bilion melalui Halkbank kepada Iran) [rujuk kabel Wikileaks: 09ANKARA7211]

4- Gülen mungkin diberi maklumat atau "tip off" secara anonymous oleh mana-mana badan intelligence (CIA, MI6 etc.) untuk bertindak membongkar lebih lanjut skandal-skandal Erdoğan dengan harapan kedua-dua gerakan Islam terbesar di Turki akan bergaduh dan melemahkan agenda Islam sehingga kedudukan golongan ultra-sekular Kemalis kembali kukuh. Ini belum lagi diambil kira masalah Kurdish khususnya PKK yang Erdoğan gagal tangani secara berhemat seperti yang telah acap kali dinasihati Gülen kerana kesan geopolitik sangat besar ke atas Turki kerana Barat hatta Iran boleh gunakan puak Kurdish untuk rencana destabilisasi ke atas Turki secara berpanjangan.

5- Walau apa pun hipotesis-nya, skandal melibatkan Erdoğan khususnya kesilapan beliau untuk membiarkan Turki dipergunakan Amerika dalam usaha menggulingkan Basyar al-Assad (yang kini terbukti gagal dengan jayanya khusus selepas pemergian bekas Perdana Menteri dan Menteri Luar Turki yang merencan agenda Neo-Ottomanisme iaitu Ahmet Davutoğlu) adalah benar dan ianya menjadikan Erdoğan sebagai satu liabiliti kepada AKP seterusnya nyawa perjuangan Islam dalam medan politik Turki.

Mungkin kerana itu jugalah Gülen berijtihad Erdoğan harus dipertanggungjawabkan (samada undur diri daripada AKP) agar kerosakan demi kerosakan yang merugikan Turki secara amnya dalam jangka panjang harus ditangai secepat mungkin memandangkan senario geopolitik di Timur Tengah dan Mediterranean semakin menggelegak.

Adakah ini bermakna Erdoğan seorang yang jahat? Saya fikir tidak. Beliau seperti politikus lain bertindak berdasarkan keperluan pragmatik realpolitik yang kadang kala memakan diri sendiri bila sifat hubris timbul dalam diri akibat berkuasa terlalu lama.

Adakah ini bermakna Gülen juga jahat? Saya fikir tidak. Mereka juga kemungkinan besar melihat ijtihad Erdoğan sebagai sesuatu yang merugikan dakwah dan islah umat Islam di Turki dan rantau Arab pada jangka masa yang panjang kerana sifat Erdoğan yang susah hendak ditegur akan membuka ruang untuk Erdoğan lakukan lebih banyak kesilapan yang akan membuka pekung Erdoğan dan AKP untuk musuh dari luar dan dalam (seperti CHP ultra-sekular Kemalis) untuk ambil kesempatan.

Masalah dan skandal Erdoğan (seperti kita hadapi 1MDB) adalah seperti bangkai gajah yang cuba ditutupi dengan permaidani mewah hanyalah satu usaha untuk melambat-lambatkan kejatuhan Erdoğan dan AKP (delaying the demise). Penyelesaian yang lebih jujur adalah amat penting daripada Erdoğan dan Gülen demi menjaga maslahah yang lebih besar iaitu kesinambungan perjuangan Islām dan kestabilan rantau.

Yang pasti Turki masih belum selamat hendaknya bila Erdoğan sedang berusaha menjadikan sistem Presiden Turki miliknya itu sebagai sesuatu yang lebih autokratik (yang saya faham kenapa dari segi geopolitik) dalam pada masa yang sama Erdoğan sedar kesilapan membantu NATO dan kini ingin rapat semula dengan Russia. Semua ini akan menarik perhatian musuh dari luar untuk terus mencari jalan melemahkan Erdoğan dari luar dan dalam dengan apa jua cara - samada coup d'état atau serangan pengganas (Daesh, PKK etc.)

Wallahua'lam.

---

Lampiran

Gambar-gambar di bawah saya ambil sewaktu selesai solat Subuh berjemaah di masjid Eyüp Sultan di mana kami tak sangka Perdana Menteri Erdoğan turut solat bersama ketika itu!

Masa kami dalam masjid, kami dilarang ambil gambar dengan Erdoğan sebab ketika itu kemunculan Erdoğan dalam masjid adalah dikira sebagai "political inccorect" kerana ianya akan mengundang kritikan daripada puak ultra-sekular Kemalis yang amat-amat anti Islam melihat mana-mana pemimpin tertinggi kerajaan muncul di tempat keagamaan.

Saya sempat bersalam dengan Erdoğan dan beliau sendiri tanya saya "How are you?". Tahun 2011 saya ziarah ke Turki, pada masa itu pelajar Malaysia tidak seramai hari ini. Boleh bilang dengan jari.

Saya dan Dr. Adi Setia di hadapan rakyat Turki yang amat menyanjungi Erdoğan yang ketika itu baru saja memenangi pilihan raya Turki dengan penuh bergaya.




48 ulasan:

Raja Mahadi Raja Ahmad berkata...

Selesai dibaca dan difahami. Terima kasih.

i zak berkata...

Baca separuh je nnti sambung lgi..tq

i zak berkata...

Baca separuh je nnti sambung lgi..tq

kerapu gelama berkata...

Hampir faham..trima kasih WAF..tulisan yg sgt baik...

kerapu gelama berkata...

Hampir faham..trima kasih WAF..tulisan yg sgt baik...

An-Nisa berkata...

Ulasan yang baik

An-Nisa berkata...

Ulasan yang baik

akaz berkata...

Satu penulisan dan rumusan yg baik.

Abi Abdillah Ahmad Ridwan berkata...

baik untuk difikirkan...Erdogan adalah ikon Islam yg paling berpengaruh masakini

Abi Abdillah Ahmad Ridwan berkata...

baik untuk difikirkan...Erdogan adalah ikon Islam yg paling berpengaruh masakini

Abi Abdillah Ahmad Ridwan berkata...

baik untuk difikirkan...Erdogan adalah ikon Islam yg paling berpengaruh masakini

Aku Insan berkata...

article dan perkongsian yg baik utk difikir n renungkan bersama...

Aku Insan berkata...

article dan perkongsian yg baik utk difikir n renungkan bersama...

Hadizam berkata...

Hmn

Hadizam berkata...

Hmn

Puan Zaharah berkata...

Erdogan sepatutnya menjadi lebih telus. Dia sepatutnya menyelesaikan isu-isu rasuah dan sekaligus mengambil tindakan terhadap pesalah-pesalah.

Walaupun jika tuduhan kadang2 tidak berasas, masih perlu dibuktikan agar semua pihak berpuas hati.

Perlu diingat. Rasuah penghapus negara dan agama. Jika mahu negara islam menjadi negara yang terbaik, jangan sekali kali merasuah atau dirasuah.

marliani ariffin berkata...

Tak do bukti ...

marliani ariffin berkata...

Tak do bukti ...

Nomie's Cakes by Piqa Bakery berkata...

Bukti?

Aizat HLF berkata...

Basyar memmang patut di jatuhkan pembunuh rakyat sendiri. Kenapa perlu percaya pada russia yg terang2 memusuhi islam? Nak kata russia hero? Depa pun ada kerjasama dgn US dan israel tu apa benda? Depa semua satu je matlamat yg sama utk menjatuhkan islam. Jadi kenapa perlu percaya pada russia??

Aizat HLF berkata...

Basyar memmang patut di jatuhkan pembunuh rakyat sendiri. Kenapa perlu percaya pada russia yg terang2 memusuhi islam? Nak kata russia hero? Depa pun ada kerjasama dgn US dan israel tu apa benda? Depa semua satu je matlamat yg sama utk menjatuhkan islam. Jadi kenapa perlu percaya pada russia??

Tajjawad berkata...

Najib harus jadi PM selagi tiada pengganti.
British : Theresa May ganti David Cameron.

Tajjawad berkata...

Najib harus jadi PM selagi tiada pengganti.
British : Theresa May ganti David Cameron.

johan berkata...

Artikel yang sampah dan berbau syiah. Bullshit

Nur Akmal Jalil berkata...

Artikel yang bagus memeberi satu sisi pandang yang mungkin terlepas di kalangan mereka yang bukan ahinya terutama rakyat Malaysia seperti saya.

Fitri Paq berkata...

Terima kasih atas penerangan yàng jelas

Fitri Paq berkata...

Terima kasih atas penerangan yàng jelas

mygudangmaya berkata...

seperti biasa, ada duri dala daging..yahudi amerika/israel menyuntik sentimen bagi membolehkan mereka saling tidak percaya sesama sendiri..ia mudah seperti kanser, cuma berikan sedikit api yang yang kecil dan letakkan ia di sebuah padang rumput yang kering. ia akan merebak dengan sendirinya dan akhirnya ia akan jadi padang jarak padang tekukur..CIA,CNN,PBB, NATO..(apa sahaja yang ciptaan mereka) hanyalah identiti yang kononnya membantu menegakkan keadilan dan keselamatan kepada dunia, walhal..ia sebaliknya..

ZK berkata...

Selagi bergelar manusia akan ada cacat celanya. Kita hanya merancang. Baik pada pandangan kita tak semestinya baik pada realitinya, demikian sebaliknya.

Zain Karimy berkata...

Selagi bergelar manusia akan ada cacat celanya. Kita hanya merancang. Baik pada pandangan kita tak semestinya baik pada realitinya, demikian sebaliknya.

uzair ateh berkata...

Adakah "sama" isu 1mdb dgn isu erdogan dr segi kesahihannya?

BungaSari berkata...

Info yg sangat baik

BungaSari berkata...

Info yg sangat baik

MOHD ASROL berkata...

Gulen boleh disamakan dgn hj abdul hadi awang. Manakala Erdogan disamakan dgn datuk seri anwar ibrahim. Kedua2nya ada semangat islamist ttp kebijaksanaan dan percaturan dlm suasana politik yg kejam amat berbeza antara mrk. Anwar mungkin tidak bernasib baik disbbkan pertuduhan dan skandal yg beliau hadapi disbbkn perlakuan musuh2 politik beliau. Begitu jgk erdogan. Gulen seorang tokoh ulama yg bergiat dlm politik seperti hj hadi. Mungkin apa yg diharapkan oleh gulen pd erdogan adalah mengislamisasikan turki. Mungkin gulen tidak sedar kamalisme dan sekularisme terlalu menebal di turki. Terburu2 mengislamisasikan turki bkn shj boleh menghancurkan erdogan dan gulen malah melenyapkan sinar2 islam yg baru berkembang umpama kudup bunga yg baru disinari cahaya matahari dimusim bunga.
Cara erdogan mentadbir turki mungkin tidak disenangi gulen. Gulen mungkin beranggapan erdogen terpengaruh dgn sekularisme turki dan mengenepikan prinsip dan onjektif AKP.
Mengautokratkn presiden amat perlu utk mengubah perlembagaan turki yg dilihat masih berfahaman sekular. Ianya tidak mudah. Ttp itulh "flow" yg perlu dilalui oleh erdogan sbg milestone utk mengislamisasikan perlembagaan turki.
Jika gulen hari ini menjadi presiden sy beranggapan sudah pasti gambar mustapha kamal attartuk dibelakang kerusi preside dicampak ketepi. Sbb sikap terburu2 beliau. Ttp tidak erdogan sbb mungkin kebijaksanaannya memahami "awlawiyyat"...

MOHD ASROL berkata...

Gulen boleh disamakan dgn hj abdul hadi awang. Manakala Erdogan disamakan dgn datuk seri anwar ibrahim. Kedua2nya ada semangat islamist ttp kebijaksanaan dan percaturan dlm suasana politik yg kejam amat berbeza antara mrk. Anwar mungkin tidak bernasib baik disbbkan pertuduhan dan skandal yg beliau hadapi disbbkn perlakuan musuh2 politik beliau. Begitu jgk erdogan. Gulen seorang tokoh ulama yg bergiat dlm politik seperti hj hadi. Mungkin apa yg diharapkan oleh gulen pd erdogan adalah mengislamisasikan turki. Mungkin gulen tidak sedar kamalisme dan sekularisme terlalu menebal di turki. Terburu2 mengislamisasikan turki bkn shj boleh menghancurkan erdogan dan gulen malah melenyapkan sinar2 islam yg baru berkembang umpama kudup bunga yg baru disinari cahaya matahari dimusim bunga.
Cara erdogan mentadbir turki mungkin tidak disenangi gulen. Gulen mungkin beranggapan erdogen terpengaruh dgn sekularisme turki dan mengenepikan prinsip dan onjektif AKP.
Mengautokratkn presiden amat perlu utk mengubah perlembagaan turki yg dilihat masih berfahaman sekular. Ianya tidak mudah. Ttp itulh "flow" yg perlu dilalui oleh erdogan sbg milestone utk mengislamisasikan perlembagaan turki.
Jika gulen hari ini menjadi presiden sy beranggapan sudah pasti gambar mustapha kamal attartuk dibelakang kerusi preside dicampak ketepi. Sbb sikap terburu2 beliau. Ttp tidak erdogan sbb mungkin kebijaksanaannya memahami "awlawiyyat"...

Musalmane berkata...

Saya setuju , awlawiyat.. Sungguh politik dunia sgt kejam, Dan Erdogen bermain di kancah politik dunia, mereka yang menulis article tidak berada di kancah, hanya mampu menulis dan tidak mampu membawa perubahan. Allahualam

Unknown berkata...

Walaupn sedikit pencerahan utk sy..sy secara peribadi sgt tertarik dgn perenggan ini "
#4- Gülen mungkin diberi maklumat atau "tip off" secara anonymous oleh mana-mana badan intelligence (CIA, MI6 etc.) untuk bertindak membongkar lebih lanjut skandal-skandal Erdoğan dengan harapan kedua-dua gerakan Islam terbesar di Turki akan bergaduh dan melemahkan agenda Islam sehingga kedudukan golongan ultra-sekular Kemalis kembali kukuh. Ini belum lagi diambil kira masalah Kurdish khususnya PKK yang Erdoğan gagal tangani secara berhemat seperti yang telah acap kali dinasihati Gülen kerana kesan geopolitik sangat besar ke atas Turki kerana Barat hatta Iran boleh gunakan puak Kurdish untuk rencana destabilisasi ke atas Turki secara berpanjangan."..

Bg sy ini umpama umpan dr barat utk memecahbelahkan AKP dan Gulen..
Seperti PAS dan Umno..

Sebetulnya keadaan politik kita di malaysia termakan agenda barat(musuh Islam) ini dgn pelbagai isu (1mdb,pkfz,kondominium dll).walaupn asas scandal ini kukuh.. tujuan musuh Islam utk melaga-lagakn kita dgn fakta.
Apabila kt semua bertelagah kt akn lemah itulh ms y tepat utk mghancurkn ngra kt spt berlaku d mesir,syria,iraq,..

Sah Din berkata...

Sgt setuju dgn tuan.. bg sy Erdogen sgt bijak dlm politik dan pentadbiran dlm ms y sama mendekati Islam..
Inilh yg ada pf DSAI ttp malang tlh d penjara ats dasar politik.

Sah Din berkata...

Sgt setuju dgn tuan.. bg sy Erdogen sgt bijak dlm politik dan pentadbiran dlm ms y sama mendekati Islam..
Inilh yg ada pf DSAI ttp malang tlh d penjara ats dasar politik.

Sah Din berkata...

Walaupn sedikit pencerahan utk sy..sy secara peribadi sgt tertarik dgn perenggan ini "
#4- Gülen mungkin diberi maklumat atau "tip off" secara anonymous oleh mana-mana badan intelligence (CIA, MI6 etc.) untuk bertindak membongkar lebih lanjut skandal-skandal Erdoğan dengan harapan kedua-dua gerakan Islam terbesar di Turki akan bergaduh dan melemahkan agenda Islam sehingga kedudukan golongan ultra-sekular Kemalis kembali kukuh. Ini belum lagi diambil kira masalah Kurdish khususnya PKK yang Erdoğan gagal tangani secara berhemat seperti yang telah acap kali dinasihati Gülen kerana kesan geopolitik sangat besar ke atas Turki kerana Barat hatta Iran boleh gunakan puak Kurdish untuk rencana destabilisasi ke atas Turki secara berpanjangan."..

Bg sy ini umpama umpan dr barat utk memecahbelahkan AKP dan Gulen..
Seperti PAS dan Umno..

Sebetulnya keadaan politik kita di malaysia termakan agenda barat(musuh Islam) ini dgn pelbagai isu (1mdb,pkfz,kondominium dll).walaupn asas scandal ini kukuh.. tujuan musuh Islam utk melaga-lagakn kita dgn fakta.
Apabila kt semua bertelagah kt akn lemah itulh ms y tepat utk mghancurkn ngra kt spt berlaku d mesir,syria,iraq,..

zzzzz berkata...

Komen hang elok ada kt blog gossip je..x sesuai kt sini.

zzzzz berkata...

Komen hang elok ada kt blog gossip je..x sesuai kt sini.

Nomie's Cakes by Piqa Bakery berkata...

Bukti?

gumilang berkata...

Agak susah bacanya, banyak istilah yang belum faham tapi poin nya dapat.

Munawir Wildan berkata...

Kesimpulannya politik itu memang macam tu.....
Ada black n white nya....
No body perfect.
Terima kasih

Munawir Wildan berkata...

Penyokong A akan cakap A bagus....
Penyokong B akan cakap B bagus....
Tidak ada yg neutral....

azim saleh berkata...

Erdogan sendiri sudah punya bukti atau tidak bahawa kudeta didalangi gulen?

Unknown berkata...

Asas pemerintahan nation states adalah penggunaan wang fiat dlm pentadbiran nya..selagi isu ini tak kita tangani kita hanya lah layang2 yg talinya berada ditgn tuanpunya sistem ini.