Selasa, 12 Januari 2016

Memahami cabaran geopolitik menggunakan kerangka ahl al-Sunnah wa'l-Jama'ah


Oleh Wan Fayhsal


Tak banyak organisasi yang mampu mengangkat dan konsisten dengan manhaj Ahl al-Sunnah wa'l-Jama'ah untuk memahami cabaran geopolitik semasa dan akan datang.


Antaranya ialah penganjur majlis ilmu ini iaitu Akademi Kajian Rumpun Nusantara (AKAR). Saya dah lama bersama mereka dan pertama kali kenal sejak mengisi sesi ceramah mempertahankan DYMM Sultan Selangor masa Langkah Kajang hampir 2 tahun lalu.


Kalau siapa yang konsisten ikuti dan teliti hujahan saya akhir-akhir ini saya amat kritis dengan Salafi apatah lagi Wahhabi. Saya kritis bukan apa sebab nampak Salafi adalah "double-edged sword" yang boleh digunakan bukan saja untuk dakwah tetapi juga silap langkah dijadikan senjata musuh tanpa mereka sedar.


Hampir semua gerakan Islam di Malaysia khusus yang bernuansakan Ikhwan adalah bermanhaj Salafi. Ada beza antara Salafi dan Wahhabi khusus dalam manhaj politik mereka. Salafi lebih lunak dan tersusun, menumpukan hal-hal semasa berbanding Wahhabi yang sibuk dengan hal khilafiyah. Adapun demikian kedua-dua Salafi dan Wahhabi punya persamaan pada kerangka epsitemik iaitu "longgar" dan "selective" dalam memegang mazhab Ahl al-Sunnah wa'l-Jama'ah baik dalam Fiqh, Aqidah dan Tasawwuf.


Hal ini memberi kesan kepada sikap dan cara mereka menyantuni krisis dan masalah khusus melibatkan fitnah akhir zaman seperti Perbankan Islam, Geopolitik Sektarianisme juga berhubung manhaj ekonomi.


Saya seperti ramai yang maklum rapat dengan ikhwah ISMA dan PEMBINA. Dalam banyak hal saya pertahankan ISMA walaupun "politically incorrect" khusus bila menentang kaum Cina yang cauvinis dalam DAP dan golongan Melayu Muslim yang ikhlas tapi terperangkap dalam kerangka Barat dalam berdakwah dan bersiyasah hizbiyyah (partisan politics).


Tapi akhir-akhir ini khusus sejak krisis Syria muncul, saya nampak "Achilles Heel" yang saya sendiri pernah lalui dalam jemaah Islam PAS yang saya pernah bergabung dahulu di kampus telah muncul kembali dalam pendirian ISMA, IKRAM dan segelintir ustaz PAS [menakjubkan Tuan Guru Haji Hadi tak masuk perangkap ini, menunjukkan beliau tajam bab geopolitik]. Sebelum ini saya hanya tutup sebelah mata dan "play down" saja kerangka Salafiyyah yang saya sedar ada dalam ISMA sebab masalah cabaran politik perpaduan Melayu itu penting setahun dua ini. Pragmatik.


Tapi kini saya tidak boleh lagi "berkecuali" bila lihat "Achilles Heel" gerakan Islam dalam Krisis Syria.


Kenapa saya kata ‘Achilles Heel’? Ianya ada kaitan dengan politik dalam negara kita juga kelak kerana kita tahu ISMA, IKRAM amat berpengaruh dikalangan mahasiswa dan professional berlatar belakangkan golongan “teknokrat” seperti engineer, dan doktor. Mereka ini adalah aset dakwah tapi kalau manhaj salah, maka macam saya kata tadi ianya boleh jadi senjata makan tuan yang merugikan perpaduan kaum Muslimin dan perpaduan nasional. Diagnosis masalah antara puncanya ialah kelonggaran terhadap manhaj ahl al-Sunnah wa’l-Jama’ah yang tulen. Ini akan beri kesan bila ISMA, IKRAM ingin merumuskan masalah dan penyelesaian berhubung politik kenegaraan dan geopolitik serantau kelak. Mereka akan bawa "bagasi" Krisis Syria untuk lihat krisis di rantau kita. Ini bahaya - khusus melibatkan kerangka aqidah mereka yang meminjam doktrin Hanabilah yang ditambah iaitu "al-Wala' wa'l-Bara'" yang akan beri kesan kepada hubungan antara agama dan kaum (tanpa menidakkan ancaman Evangelicanisme yang ada).


Sedikit perkongsian latar diri saya. Ketika saya dalam Jemaah islam kampus PAS, saya bukan pimpinan tapi saya tidak naif sama sekali kerana saya duduk dalam lujnah Perkaderan dan juga lujnah Strategi, Politik dan Kepimpinan (SP&K) di kampus. Pendek kata saya faham benarlah sepak terajang Machiavellinisme dalam gerakan Islam sebab saya sendiri buat kerja tersebut.


Selain aktif dalam Jemaah Islam Kampus, pada masa yang sama dari awal saya jadi mahasiswa lagi saya telah lama terdedah dengan pemikiran Sosialisme, Marxisme (bukan retorik kosong pakai baju Che Guevara) dan juga aktivisme ekologi, alam sekitar melalui Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Friends of the Earth Malaysia dan waktu itu sebelum ISMA muncul pun saya sudah “Melayu Sepakat, Islam Berdaulat” dengan Cikgu Azmi Abdul Hamid di bawah TERAS Pengupayaan Melayu yang kini sudah tiada dan lebih kepada MAPIM. Dalam bi’ah (environment) ini, saya sudah ditanam kerangka untuk memahami persoalan Globalisme yang datang melalui IMF, World Bank, Free Trade etc.


Setelah saya tamat sarjana muda saya, saya serius belajar dan memahami manhaj Ahl al-Sunnah wa'l-Jama'ah daripada Madrasah Prof SMN Al-Attas (khusus dalam bab Aqidah, Pemikiran Islam, Falsafah, Sejarah dan Taswwuf), melalui konsep "Adab" dan "autoriti" saya mula sedar dan faham kehebatan Al-Azhar al-Sharif, Maraji' Mazhab Fiqh Shafi'i di Syria seperti al-Shahid Dr Sa'id Ramadan al-Buti dan sudah tentu daripada Shaykh Hamza Yusuf et. al. Pada masa yang sama saya banyak belajar dan berbincang secara informal dengan Mufti Musa Furber yang rasikh dalam Fiqh dan Usul al-Fiqh Mazhab Shafi'i.


Itu pendedahan dari segi keilmuan.


Saya juga berpengalaman secara langsung (walaupun tak lama) berkhidmat di sebuah syarikat Fortune 500 iaitu PETRONAS dalam bahagian Strategic Planning dan juga di bawah Jabatan Perdana Menteri melalui TERAJU banyak mengajar saya sepak terajang dunia korporat dan birokrasi kerajaan.


Kesemua pendedahan ini membentuk cara saya berfikir dalam geopolitik- sesuatu yang saya tidak boleh dibaca dan dicerap sekadar dalam buku-buku akademik yang ditulis penulis Barat yang bias kepada Anglo-Amerika.


Berbekalkan latar di atas, Krisis Syria betul-betul memperteguhkan ke dalam diri saya mengapa wajib kita pertahankan manhaj ahl al-Sunnah wa’l-Jama’ah sebagai al-Sawad al-A’zam (mainstreamers). Saya mula faham mengapa al-Shahid al-Buti tegas dan keras ke atas golongan yang telah cenderung liberal-sekular Islam menggunakan Maqasid sebagai alas seperti dalam karya beliau “Dawabit al-Maslahah”.


Pada masa yang sama saya juga faham semangat dan kritikan tegas al-Shahid ke atas Salafi/Wahhabi seperti dalam karya beliau “al-Salafiyya marhalatun zamaniyyatun mubarakatun la madhhabun” (Salafisme adalah period zaman yang penuh barakah bukan mazhab dalam Islam). Kedua-dua manhaj ini lahir dalam golongan yang “longgar” dan “selective” dengan pegangan ahl al-Sunnah wa’l-Jama’ah.


Hal ini boleh difahami juga dalam kerangka Prof. SMN Al-Attas bila beliau mengkritik Shaykh Muhammad Abduh yang beliau gelar sebagai ulama’ modenis. Golongan ini melahirkan dua jenis manhaj iaitu Salafisme dan Wahabbiyyah yang jelas Al-Attas adalah “two sides of the same coin”.


Lebih menarik Salafisme itu sendiri berpecah menjadi dua cabang dan tren pemikiran. Yang Salafi jenis mirip Wahhabi banyak bertapak dalam Ikhwan al-Muslimin melalui jalur Rashid Ridha yang menolak taqlid dan terus ijtihad melalui al-Qur’an dan al-Sunnah. Aliran ini melahirkan Imam Hassan al-Banna dan juga Syed Qutb.  (Tak semua ulama’ Ikhwan pegang pada manhaj Salafisme totok. Ada yang “exceptional” seperti Sa’id Hawwa, Shaykh Muhammad al-Ghazali etc. tapi rata-rata ahli harakah Islamiyyah bermanhaj Salafi yang tidak jumud seperti Wahhabi)


Ada juga Salafisme yang menjadi liberal seperti Ali Abd al-Raziq etc. kerana terpengaruh dengan pendirian Abduh tentang yang melihat Barat sebagai “benign” (mungkin inilah yang menjadi landasan IKRAM dan AMANAH ketika ini).


Wahhabiyyah seperti kita tahu golongan yang suka berdebat dan membantah ‘uruf masyarakat, seperti Puritanisme Kristian. Adapun kedua-dua – Salafi dan Wahhabi – mereka suka “bypass” rantaian autoriti ulama’ dalam mazhab untuk kembali hanya kepada al-Qur’an dan al-Sunnah.


Kedua-dua golongan ini seperti saya perhati amat kritis pada Hujjah al-Islam Imam Al-Ghazali. Masa saya dalam Jemaah PAS dulu, Imam Al-Ghazali dipandang sebagai sosok yang “pasrah”, “kalah”, “lemah” dihadapan mihnah Perang Salib berbanding alim besar yang menjadi figura Salafisme/Wahhabi iaitu Shaykh al-Islam al-Hanabilah Ibn Taimiyyah yang seperti kita tahu seorang yang gagah berjihad melawan Tatar (Mongol), lagi tegas melawan bid’ah baik dalam fiqh ataupun falsafah (seperti menentang Mantiqiyyin).


Jadi kalau kita nak faham pendirian mereka yang menentang Basyar al-Assad, menyerang Syiah/Iran tanpa memahami dengan TEPAT masalah Syiah dengan Sunni vis-a-vis Geopolitik, menyerang Al-Azhar, menyerang Habaib dan menghujam al-Buti, kita kena fahami latar mereka berfikir seperti saya jelaskan di atas.


Maka kalau kita faham kita tidak akan pelik melihat cara mereka menaakul masalah Geopolitik yang menyokong Erdogan, menyokong “moderate rebels” yang didanai CIA, menutup sebelah mata minyak Iraq diseludup keluar melalui Turki yang ada kaitan dengan Erdogan. Bukan semua Salafi berpendirian sebegini tapi majoriti yang saya kenal pasti secara dekat memang Salafi.


Jadi Insha-Allah bagi membedah wacana krisis Syria menggunakan kerangka ahl al-Sunnah wa’l-Jama’ah, kita akan telusuri bukan saja Fiqh al-Tahawwulat tetapi juga ijtihad Siyasi Imam al-Buti yang terbukti tepat dalam menaakul cabaran geopolitik semasa.


Sama-sama kita hadirkan diri untuk berbincang.

3 ulasan:

IBU,FITRI SULISTIAWATI berkata...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

IBU SUNARTI DI KALIMANTAN berkata...

Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya dan bagi anda yg ingin seperti saya silahkan hubungi saja MBAH RAWA GUMPALA di 085==316==106==111




(((( BUKA BLO DANA GHAIB DAN NOMOR GHAIB MBAH RAWA GUMPALA ))))







Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya dan bagi anda yg ingin seperti saya silahkan hubungi saja MBAH RAWA GUMPALA di 085==316==106==111

pak faisal berkata...

Sekian lama saya bermain togel baru kali ini saya
benar-benar merasakan yang namanya kemenangan 4D
dan alhamdulillah saya dapat Rp.330 juta dan semua ini
berkat bantuan angka dari MBAH SANGKIL
karena cuma beliaulah yang memberikan angka
ghoibnya yang di jamin 100% tembus awal saya
bergabung hanya memasang 70 ribu karna
saya gak terlalu percaya ternyatah benar-benar
tembus dan kini saya gak ragu-ragu lagi untuk memasang
angkanya karna 4X berturut-turut saya menang
buat anda yang butuh angka 2d 3d 4d dijamin tembus
hubungi di nomor hp: (~0852~1049~3757~) MBAH SANGKIL
saya jamin beliau akan membantu kesusahan
anda apalagi kalau anda terlilit hutang trima kasih..