Rabu, 25 November 2015

Turki masuk perangkap NATO kerana kelemahan Erdogan


Struktur "deep state" Ergenekon yang Erdogan terpaksa bertarung saban tahun tapi kini mula berkuasa semula kerana kelemahan Erdogan sendiri. Sumber: Today's Zaman


oleh Wan Fayhsal

Merujuk kepada jatuhnya jet pejuang Russia di sempadan udara Turki-Syria, ada banyak perkara perlu kita fahami sebelum menunding jari ke atas kerajaan Turki secara membabi buta.

Ada banyak persamaan antara Erdogan dan Najib.

Kedua-dua dituduh dengan skandal yang menggugat negara. Erdogan dengan skandal korupsi anaknya dan Najib dengan 1MDB.

Kedua-dua diburu media yang dedahkan skandal secara sistematik.

Kedua-dua skandal tersebut berlaku secara "cross border".

Kedua-dua pemimpin tersebut menjadi sasaran kuasa besar: Turki antara NATO dan Russia; Malaysia antara Amerika dan China.

Turki adalah negara penting yang akan memastikan pengaruh Russia di Eropah kekal relevan melalui projek pipeline TANAP yang menghubungkan gas daripada Russia melalui Laut Hitam terus ke Eropah. Turki menjadi pintu masuk penting selepas NATO berjaya menghancurkan Ukraine yang menjadi transit penting kepada gas Russia untuk dihantar ke Eropah.

Putin sedar hal ini sebab itu Putin banyak bantu Erdogan dalam kerjasama ekonomi untuk bantu Turki "decouple" daripada NATO sikit demi sedikit.

Putin secara peribadi jemput Erodgan ke Moscow untuk rasmikan Masjid terbesar di Eropah. Bukankah ini satu "cue" agar Turki terima hakikat yang Russia lebih jujur menerima Islam dan Muslim sebagai sekutu walaupun kedua-duanya tahu orang Turki dan Slav (Russia) adalah musuh tradisi. Ini kerana dalam sejarah panjang, Turki merampas Constantinople daripada Byzantine yakni empayar peradaban Slavic dan Ortodoks Kristian yang Russia bangga meneruskannya kini untuk berhadapan Peradaban Barat Sekular-Promothean.

Turki adalah satu-satunya ahli NATO yang BUKAN daripada Kesatuan Eropah (EU). Ini menunjukkan Turki hanyalah bidak catur buat NATO. Kalau mereka jujur, Turki patut diberi ruang untuk masuk EU bersama dengan ahli NATO yang lain.

Tapi sayang "Sultan" Erdogan terperangkap dan ada "baggage" skandal rasuah. Hal ini memudahkan "deep state" tinggalan Kemalist iaitu Ergenekon yang masih bersarang dalam tentera dan kehakiman untuk membelit Erdogan.

Erdogan silap memusuhi Gulen. Ego Erdogan ini sedang memakan dirinya dan Turki bila diheret masuk ke kancah NATO vs Russia yang sepatutnya Turki tidak mudah tercabar dengan permainan destabilisasi di Syria yang mana jualan minyak daripada IS diseludup masuk melalui Turki.

Hal ini juga membuktikan "Stratejik Derenlik" Davutoglu GAGAL TERUK. Hanya menjadi teori di atas kertas, tidak berfungsi sama sekali di saat ini.

Sudah tentu suasana di Turki lebih dahsyat berbanding kita kerana tahap "escalation" di sana melibatkan Syria, IS dan Russia secara langsung manakala kita di Malaysia masih belum sampai ke tahap itu dalam hal Laut China Selatan.

Persoalannya adakah kita ingin belajar atau tidak daripada kegagalan Turki yang kronik ini bila menjadi buah catur kuasa besar dan berada di pihak yang salah???

Sebab itu saya berulang kali menyeru para pembaca untuk "decode" tulisan saya yang tersiar di The New Strait Times tahun lalu bertajuk "‘Pelanduk’ on the pivot: Is Malaysia Three ‘S’ (3S)ready"

Ini kerana kita juga bakal diuji oleh Allah SWT dengan hal yang sama.

Selagi mana kita ada kepimpinan yang lemah dan boleh diugut, kita juga akan menerima nasib yang sama seperti Turki untuk dilaga-lagakan dengan kuasa besar.

Semoga Allah lindungi Turki, umat Islam dan Malaysia daripada fitnah akhir zaman ini.

Allahumma Amin!

Isnin, 16 November 2015

Siapa dibelakang TPPA? - Sejarah gelap yang mengaburi hakikat penjajahan melalui "perdagangan bebas"





Oleh Wan Fayhsal

Tanggal 14hb November 2015, penulis sempat menghadiri Majlis Penerangan Perdana berhubung 1MDB, TPPA dan Bajet 2016 di PWTC. 

Suasana majlis sangat meriah lagi padat kerana rakyat berduyun-duyun hadir untuk mendengar ulasan daripada pemimpin yang diamanahkan menjaga ketiga-tiga perkara tersebut.

Rata-rata yang hadir terdiri daripada ahli UMNO (banyak makcik-makcik tudung merah) dan juga wakil parti komponen BN.

Secara ringkas gambar besar hadirin terdiri daripada orang awam dan penerangan dibuat dalam Bahasa Melayu dalam gaya bahasa yang sangat mudah dan rendah.

Penulis tidak sempat bertanyakan soalan kepada Encik Azrul Kanda, CEO dan Presiden 1MDB kerana tiada kesempatan berbuat demikian dek kerana kepadatan hadirin untuk bergerak menuju ke pentas bertanya soalan.

Adapun demikian penulis sempat bertanyakan satu soalan yang penulis permudahkan dan ringkaskan dengan padat kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri iaitu Dato’ Sri Mustapa Mohamed.

Penulis telah diberi peringatan oleh pengerusi majlis, Datuk Ahmad Maslan bahawa soalan harus ringkas dan padat memandangkan masa yang diperuntukkan agak suntuk.




Sebelum sesi soal jawab berlangsung, DS Mustapa menyampaikan pembentangan tentang TPPA pada tahap yang amat mudah untuk difahami. Ianya lebih berbentuk seperti kuliah “Perdagangan Bebas 101” (Free Trade 101) yang penulis fikir sudah pun diketahui ramai akan manfaat pasaran terbuka dan perdagangan bebas yang diajar dalam mata kuliah ekonomi.

Pembentangan DS Mustapa amat pro-TPPA. Tiada langsung penyataan kritis terhadap TPPA. DS Mustapa mempertahankan bahawa dengan menyertai TPPA, ianya tidak akan bawa kepada penjajahan ke atas negara kita.

Penulis berhajat untuk mendapatkan ulasan lanjut daripada DS Mustapa dalam sesi soal jawab tapi penulis sedar keadaan dan hadirin yang ada tidak begitu kondusif untuk dibahaskan secara lebih teknikal.

Penulis hanya sempat bertanya perihal TPPA yang dibandingkan sebagai sama penting seperti sebuah kapal perang besar Amerika yang dinyatakan sendiri oleh Setiausaha Pertahanan (jawatan seperti menteri pertahanan kita) Ash Carter yang merupakan sebahagian daripada strategi “Paksi Asia” yang digagaskan oleh Presiden Obama untuk mengimbangi negara China yang semakin meningkat berkuasa di rantau ini. Penulis membangkitkan kerisauan akan risiko yang bakal diundang ke atas negara dalam keadaan China merupakan rakan dagang terbesar (import dan eksport) buat Malaysia.




Jawapan DS Mustapa seperti dalam video tidak begitu jelas dan amat ringkas. Beliau berhujah bahawa wakil China tidak pernah membangkitkan kerisauan berkenaan kedudukan Malaysia dalam TPPA dalam hubungan dagang dengan China. DS Mustapa juga tambah bahawa kita terlibat sama dalam rundingan blok perdagangan yang ditunjangi China iaitu RCEP.

Jujurnya penulis agak hampa dengan jawapan balas DS Mustapa dan penafian risiko penjajahan oleh beliau melalui TPPA hanya didasari dengan hujah “simplistic” memandangkan pelaburan Malaysia ke Amerika lebih besar berbanding pelaburan yang Malaysia terima daripada Amerika, semua itu kata beliau tidak menunjukkan Malaysia menjajah Amerika.

Penulis fikir ada beberapa perkara yang perlu kita perhalusi berhubung premis DS Mustapa bahawa Perjanjian Perdagangan Bebas TPPA tidak akan menatijahkan sebarang bentuk penjajahan ke atas negara kita. Untuk itu kita harus menilai beberapa premis penting dan juga genesis (sejarah awal) bagaimana perdagangan bebas yang diperjuangkan negara Barat seperti Amerika Syarikat itu bermula dalam sejarah dunia.

BERBAGAI-BAGAI JENIS PENJAJAHAN

Penjajahan tidak boleh disempitkan sekadar kehilangan kedaulatan secara mutlak seperti Palestin yang dirampas banyak hak asasi mereka.

Penjajahan boleh difahami dalam dua bentuk:

(1) Penjajahan Langsung (Formal)
(2) Penjajahan tidak langsung (Informal)

Penjajahan “informal” selalunya timbul melalui pintu ekonomi khususnya melalui jalan perdagangan. Dan kebiasaanya dalam sejarah, penjajahan “informal” ini akan berubah menjadi penjajahan “formal” yang lebih mencengkam.

Penjajahan “informal” juga sering hadir dalam bentuk di mana kedaulatan sesebuah negara menjadi semakin longgar bilamana kuasa mengurus tadbir dan membuat keputusan menjadi semakin lemah akibat tekanan daripada penjajah “informal” ini. 

Kes terbaru ialah negara Greece. Biarpun ianya masih wujud sebagai sebuah negara berdaulat, masalah hutang negara yang menggila telah menjadikan Greece seperti sebuah “negara tawanan” (vassal state) kepada peminjam Greece yang terdiri daripada bank-bank Eropah yang turut sama dikawal selia oleh Bank Pusat Eropah (European Central Bank – ECB) yang berpusat di Frankfurt, Jerman).

Dasar-dasar kewangan dan ekonomi negara Greece kini tidak lagi boleh ditentukan oleh kerajaannya di Athens kerana banyak syarat-syarat ketat yang dipaksa oleh ECB ke atas Greece demi memastikan Greece tidak lagi gagal melunaskan hutang tertunggak (defaulted). Maka banyak aset negara Greece seperti pulau, lapangan terbang dipaksa gadai oleh ECB melalui dasar pengswastaan kepada syarikat asing agar kerajaan Greece dapat menjana tunai untuk membayar hutang. Bukan itu saja, kerajaan Greece ditekan oleh ECB untuk memotong bajet negara mereka seperti pemotongan subsidi dan catuan pengeluaran tunai oleh bank tempatan Greece kerana keutamaan bajet negara adalah untuk melangsaikan hutang kepada bank-bank Eropah yang memberi pinjaman kepada Greece. 

Hal yang sama pernah berlaku kepada banyak negara-negara Latin Amerika, Afrika dan jiran kita Indonesia kerana gagal membayar hutang. Demi melangsaikan hutang, mereka mengambil pakej bantuan kewangan IMF dan Bank Dunia yang meletakkan syarat bahawa kerajaan mereka harus membuka pasaran dan memotong subsidi agar syarikat dan produk swasta dari luar dapat membeli aset-aset negara mereka dengan harga yang murah.

Akhirnya negara-negara ini walaupun masih punya kedaulatan politik, dari segi ekonomi mereka tidak dapat kawalan sepenuhnya kerana perjanjian yang dimeterai amat merugikan mereka.

Negara-negara tertawan secara “informal” (vassalages) selalunya mempunyai “penawan ‘informal’” yang dalam Bahasa Inggeris dipanggil sebagai “suzerain”. 

Contoh terbaik “vassalages” moden ialah Jerman dan Jepun yang kalah Perang Dunia Ke-2 dan menerima Amerika Syarikat sebagai “suzerain” mereka.

Apa buktinya? 

Jerman dibawah Perjanjian Postman 1945 yang dipersetujui tiga kuasa besar Bersekutu (Allied) iaitu Amerika, Britiain dan Kesatuan Soviet (kini Russia) telah menubuhkan “Allied Control Council” bagi merencana semula Jerman khusus proses “penyah-Nazi-an” (denazification) dan penyah-ketenteraan (demilitarization). Jepun juga menerima nasib yang sama bilamana perlembagaan baru mereka pasca Perang Dunia ke-2 disusun oleh Supreme Commander Bersekutu dari Amerika Syarikat iaitu General Douglas MacArthur. 

Jerman dan Jepun dikawal secara perundangan (perjanjian bersama Amerika Syarikat) juga melalui perlembagaan mereka untuk tidak boleh memiliki badan ketenteraan yang agresif; hanya untuk pertahanan. Jerman di kawal oleh NATO secara kolektif sebagai pertahanan Eropah dan Jepun secara tidak langsung oleh Amerika Syarikat melalui perjanjian “Anpo jōyaku”. Kedua-dua negara ini dipaksa menerima pengkalan dan kemudahan (facilities) tentera Amerika Syarikat yang berpuluh-puluh jumlahnya. 

Banyak kumpulan yang membantah TPPA khususnya mantan Perdana Menteri Malaysia yang menentang IMF dan Bank Dunia iaitu Tun Mahathir menyatakan bantahan mereka kepada TPPA atas dasar ini iaitu penjajahan “informal” yang datang melalui pintu ekonomi. Rakyat di negara sendiri merempat kerana peluang ekonomi telah diambil oleh orang asing akibat syarat-syarat yang menghalang daripada perlindungan pasaran yang dikenakan pihak yang memberi pinjaman kepada negara.

SEJARAH GELAP PERDAGANGAN BEBAS YANG MENATIJAHKAN PENJAJAHAN LANGSUNG

Benarkah “Perdagangan Bebas” (Free Trade) yang menjadi asas hubungan dagang TPPA ini benar-benar bebas dan adil?

Adakah padang permainan yang peraturannya dilakar oleh Amerika Syarikat selaku pencadang TPPA ini mampu memberi keadilan kepada semua? Yang tersurat, seperti hujah DS Mustapa sudah tentuk beliau kata “ya, TPPA adalah adil dan lebih banyak manfaat daripada mudarat”.

Pandangan sebegitu pada hemat penulis adalah versi “sanitized” yakni gambaran yang terlampau optimis dan tidak menggambarkan hakikat sejarah perdagangan bebas.

Untuk memahami hakikat sebenar, kita haruslah faham yang tersirat berhubung peranan perdagangan bebas sebagai alat pengacah untuk menjajah ekonomi seterusnya negara yang kalah dalam berdagang.

Bila bercakap tentang sejarah perdagangan bebas kita tidak dapat lari daripada mengkaji sejarah Syarikat Hindia Timur Inggeris (British East India Company – BEIC). 

Britain menjadi kuasa imperial dunia pada satu ketika dahulu kerana mereka merajai laut (controlling the seas) yang merupakan laluan perdagangan utama dunia.

Britain tidak menghantar askar untuk menjajah India, juga Tanah Melayu sebaliknya yang pertama sekali datang dan dihantar oleh keluarga diraja Britain ialah para pedagang BEIC.  Sosok seperti Francis Light yang ambil Pulau Pinang daripada Kedah dan Stamfford Raffles yang ambil Singapura [dulu Temasik] daripada Kesultanan Johor adalah pedagang yang berkait dengan BEIC bukannya askar diraja Inggeris.

Keluarga diraja Britain hanya ada kuasa tidak langsung (indirect control) ke atas BEIC yang diberi piagam (charter) seperti satu lesen untuk mereka berdagang ke seluruh dunia khususnya kuasa memonopoli jalan perdagangan di sebelah Timur bagi pihak kerajaan British. BEIC juga diberi lesen untuk memiliki tentera persendirian (private armies) untuk mengawal selia aktiviti perdagangan mereka.

Ringkasnya modus operandi BEIC adalah mendapatkan lesen berdagang juga tempat berniaga yang khusus (trading post) di pelabuhan-pelabuhan penting di Timur. Dari kebenaran inilah mereka mendapat “market access” sama seperti mana yang DS Mustapa kerap pertahankan akan kepentingan TPPA buat Malaysia.  

Bermula dengan “trading post”, para pedagang BEIC membiasakan diri dengan budaya, bahasa dan perundangan setempat baik di India, China dan Alam Melayu. Lama kelamaan mereka mendapat hati para pembesar tempatan dan membina jaringan persahabatan sampailah kepada istana. 

Daripada “trading post” mereka diberi keizinan untuk membina kilang-kilang untuk pengeluaran produk. Bila perniagaan dan perdagangan mereka bertambah maju, askar persendirian mereka juga makin meningkat. 

Kekuatan ekonomi dan ketenteraan yang ada pada BEIC ini akhirnya menjadi asas kepada kerjasama erat antara BEIC dan golongan istana dan pembesar. Masing-masing daripada golongan ini cuba mendapatkan bantuan perlindungan daripada BEIC untuk menjaga mereka daripada golongan pemberontak dalam istana mahupun diluar. Seperti contoh golongan Nawab (pembesar Muslim di India) yang mendapatkan bantuan perlindungan BEIC akan memberi konsesi perdagangan kepada BEIC sebagai bayaran perlindungan.

Persaingan Syarikat Hindia Timur daripada negara Eropah lain seperti Perancis yang turut sama memberi perlindungan kepadada pembesar tempatan yang lain. Persaingan sengit antara syarikat-syarikat ini akhirnya menimbulkan permintaan daripada BEIC untuk menaik tarafkan kilang-kilang mereka menjadi kubu-kubu pertahanan (forts – seperti contoh Fort Cornwallis di Pulau Pinang) dengan alasan melindungi kepentingan perdagangan mereka. 

Para pedagang BEIC ini juga licik dalam melagakan sesama pembesar tempatan dan istana agar kebergantungan mereka kepada BEIC semakin mengukuh. Bilamana konflik yang dileraikan oleh BEIC untuk pembesar tempatan menunjukkan hasil rasa keberhutangan kepada BEIC menjadi lebih besar. 

Persaingan antara BEIC dan Syarikat Hindia Timur Perancis (FEIC) akhinya mencetuskan Pertempuran Palashi (Battle of Plassey) di Bengal pada 1757.  BEIC pantas menghidu peluang untuk melemahkan pembesar Bengal Siraj al-Dawlah yang banyak persoalkan keuntungan luar biasa syarikat-syarikat Eropah ini yang menggunakan kekayaan perdagangan mereka untuk memperbesarkan lagi kubu-kubu mereka atas alasan melindungi kepentingan mereka di India. Ada banyak pertempuran lanjutan dan jalan cerita yang kompleks tetapi peristiwa penting ialah BEIC tidak akan mengalah dengan Siraj al-Dawlah. BEIC merasuah Mir Jafar yang merupakan komander tentera Siraj al-Dawlah dan juga berjanji melantik Mir Jafar sebagai pengganti Siraj al-Dawlah maka berlakukah pertempuran sengit dan panjang sehingga akhirnya Siraj al-Dawlah dikalahkan melalui pakatan BEIC dan Mir Jafar. 

Seperti kisah pengkhianatan yang biasa kita dengar, Mir Jafar dijatuhkan oleh BEIC dan melantik pemimpin boneka Mir Qasim. Bermula daripada saat itu BEIC berjaya menguasai politik dan ekonomi (melalui kerahan cukai) sehinggalah tiba Akta Kerajaan India 1858 yang diluluskan Parlimen British untuk “mencairkan” (liquidate) BEIC dan mengambil alih India daripada BEIC untuk diletakkan di bawah wilayah jajahan Permaisuri Victoria.

Hal yang sama berlaku kepada China yang kehilangan Hong Kong melalui Perjanjian Nanking 1842. Semuanya bermula kerana atas alasan “perdagangan bebas” untuk mengimbangi semula perdagangan antara China dan Britain. Barangan China seperti sutera, teh dan porselin sangat diminati di Eropah tetapi barangan Eropah langsung tidak diminati oleh China yang tidak bergantung dengan dunia luar untuk hidup. Maka banyak aliran duit perak dari Eropah masuk ke China.  China mengawal ketat perdagangan mereka menggunakan “Sistem Kanton” yang menyekat peluang pedagang asing.

Untuk memecah sekatan ini BEIC menjual candu (opium) yang ditanam di India untuk dieksport seludup ke China yang mengawal ketat perdagangan candu. Bilamana candu semakin menjadi ketagihan orang China begitu juga dengan aliran keluar duit perak, kerajaan China di bawah Dinasti Qing telah mengambil tindakan tegas menutup perdagangan dan merampas candu yang diseludup oleh BEIC. 

Kerajaan British mengambil langkah drastik menggunakan alasan sekatan perdagangan bebas oleh China untuk melancarkan serangan ketenteraan laut yang memulakan Perang Candu Pertama (1839-42). Kekalahan China di tangan British inilah menatijahkan Perjanjian Nanking yang berat sebelah yang memaksa China membuka pelabuhannya untuk Britain, perlindungan perundangan khusus untuk warga Britain juga hilangnya Hong Kong kepada Britain. 

Selepas Perang Candu Kedua, perdagangan Candu telah dipaksa halalkan (legalized) melalui Perjanjian Tianjin 1858 yang bukan saja membuka lebih luas ruang pasaran untuk kuasa Eropah, meningkatkan kadar kemasukan candu ke China yang merosakkan masyarakatnya tapi juga membuka jalan kepada mubaligh Kristian untuk menyebarkan agama Kristian di China secara rasmi!

Malah bank tersohor dunia iaitu Hong Kong and Shaghai Banking Corporation (HSBC) muncul selepas Perang Candu Kedua untuk mengurus simpanan kekayaan BEIC hasil dagangan candu. Disinilah bermula saat pengubahan wang haram (money laundering) melalui bank!

Apa kesannya kepada China? 100 tahun penuh kehinaan yang membuka kepada kejatuhan Dinasti Qing, penjajahan Jepun sampailah kepada Revolusi Budaya Mao Zedong. Semuanya bermula dengan alasan “Perdagangan Bebas”.

APA JADI PADA BEIC?

BEIC memang luput dari segi rupa dan bentuk bilamana kerajaan British mengambil alih jajahan mereka di Timur tetapi semangat dan citra mereka masih mekar di The City of London dan seterusnya mula bertapak di Wall Street, Amerika Syarikat.

BEIC adalah benih dan model “Joint Stock Company” (JSC) kepada lahirnya syarikat multinasional gergasi (MNC) yang ada pada hari ini. 

Dan syarikat-syarikat inilah yang merangka agenda “Perdagangan Bebas” (Free Trade) dunia bermula dengan General Agreement on Tariffs and Trade (GATT) pada 1947, sampailah kepada NAFTA, WTO dan kini TPPA.

Mereka inilah yang melobi dan mendanai kongres Amerika yang dipimpin oleh Presiden Obama. Maka agenda TPPA ini sebenarnya adalah agenda pewaris BEIC. Mereka ada pengalaman yang panjang dan luas, kelicikan yang tajam dan kepandaian untuk menggunakan jalan perundangan untuk mengaut keuntungan secara tidak adil dengan berselindung di balik nama “Free Trade”.

Merekalah yang menjadi “fronts” kepada para bankers di Wall Street dan The City of London.

Mereka juga yang menjadi tiang seri Trilateral Commission dan Bildeberg. 

Maka dengan ini saya mengajak para pembaca dan juga DS Mustapa untuk menilai semula hujah bahawa TPPA tidak membawa kepada penjajahan itu adalah satu “underestimation” akan kemampuan pengatur cara perjanjian TPPA yang terdiri daripada pewaris BEIC yang menjajah 2/3 dunia pada satu ketika – termasuklah di Alam Melayu. 

Perdagangan adalah peperangan. Nabi Muhammad SAW berpesan bahawa “al-Ḥarb Khadʿah” (peperangan itu adalah tipu daya). Berperang pada zaman moden tidak semestinya dengan senjata tetapi juga melalui “lawfare” iaitu jalan perundangan seperti TPPA. 

---

Appendix:

1. Video Q&A tentang TPPA yang saya tanyakan dan dijawab oleh DS Mustapa: https://www.youtube.com/watch?v=tZbR0fcyxB4

2.TPP Won’t Balance the Power of China - untuk lihat sendiri pengakuan Presiden Obama kenapa TPPA dilancarkan : https://www.youtube.com/watch?v=x3WNw0xIWM4&feature=youtu.be

Jumaat, 13 November 2015

Kenapa dasar luar (foreign policy) Malaysia di bawah Tun Mahathir penting demi survival negara


Tun Mahathir dijemput oleh Ikhwan Muslimin pada tahun 2013 yang ingin belajar pengalaman Malaysia menjadi sebuah negara Islam contoh.


oleh Wan Fayhsal

Tadi pagi saya dan rakan sempat hadir ke seminar "Malaysian Foreign Policy: Present and Future Trends" anjuran ICON Centre for Global Affairs di Carcossa Seri Negara.

Banyak pembentangan menarik berhubung dasar luar Malaysia - suatu tajuk yang amat jarang diwacanakan.

Saya sempat hadir ke sesi pertama yang dipengerusikan oleh tuan rumah Dr. Razak Baginda dengan menampilkan pembentang seperti Dr. Karminder (INTAN), Dr. Mustafa Izzudin (ISEAS) dan Cik Elina Noor (ISIS).

Sesi pertama membicarakan sejarah dan keadaan semasa dasar luar Malaysia yang selalunya dibicarakan melalui pembahagian fasa kepimpinan tertinggi negara (Perdana Menteri) daripad zaman Tunku Abdul Rahman sampailah ke zaman DS Najib.

Kita tahu zaman Tunku dan Tun Razak lebih kepada neutral dan berkecuali (walaupun Tunku pro-British lebih) dan yang menongkah arus dasar luar adalah Tun Mahathir dengan "Buy British Last", "Dasar Pandang Timur", dasar luar berpaksikan kepentingan "Islam dan Dunia Muslim" dan juga dasar kerjasama erat "Selatan-Selatan" (South-South Cooperation).

Selepas daripada zaman Tun Mahathir, dasar luar negara kata Dr. Karminder agak "ambivalent" yakni satu pemisahan daripada dasar luar Tun Mahathir yang mana hala tuju dan posisinya agak kabur. Ini kemungkinan kerana gaya dan sifat kepimpinan Tun Abdulah Badawi.

Di bawah DS Najib, para pembentang mengatakan ianya agak seimbang tapi ketika sesi soal jawab saya bangun dan berhujah bahawa dasar luar DS Najib lebih berat kepada Amerika berdasarkan bukti-bukti empirikal seperti pelantikan arwah Tan Sri Jamaluddin Jarjis sebagai duta bertaraf menteri, mendapat kerusi Majlis Keselamatan PBB, "Golf Diplomacy" dengan Obama dan banyak lagi.

Menilai isi pembentangan yang bernas daripada para pengkaji dan sarjana dasar luar Malaysia tersebut, aqal saya cuba menghubungkan keresahan, kerisauan dan cadangan Tun Mahathir berhubung keperluan adanya "Council of Elders" yang baru-baru ini heboh diperdebatkan oleh ramai pihak kononnya itulah alasan kenapa Tun Mahathir menyerang DS Najib.

Daripada itu saya cuba memahami realpolitik antarabangsa dan sosok Tun Mahathir dalam mencorak dasar luar Malaysia selama 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri.

Para pembentang ungkapkan pelbagai jenis bentuk analisa tentang dasar luar Tun Mahathir yang dikatakan tidak demokratik, "microphone diplomacy" (kelantangannya) dan bermacam-macam lagi yang positif dan negatif tapi saya fikir ada sesuatu yang tidak terungkap akan kekuatan dasar luar Malaysia di bawah Tun Mahathir yang mana seperti dikatakan para pembentang, sebaik saja Tun Mahathir meninggalkan jawatan Perdana Menteri, kekuatan dasar luar tersebut turut luput bersama-samanya. Apakah kekuatan dasar tersebut?

"KEPERCAYAAN" (TRUST).

Dalam semua Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir ada satu kekuatan "Soft Power" yang tiada galang ganti oleh mana-mana pemimpin yang ada dan akan lahir di Malaysia dalam jangka masa sederhana kelak iaitu kemampuan Tun Mahathir untuk membina jalinan diplomatik atas dasar "kepercayaan" yang bersifat peribadi (personal), bukan menggunakan perkakas kenegaraan (state apparatus).

Kelebihan ini membolehkan Tun Mahathir mendapat akses kepada kemudahan diplomasi yang unik seperti mendapat akses kepada pelaburan ekonomi melalui PETRONAS di Sudan (jasa DS Anwar Ibrahim juga amat besar dalam hal ini kerana jaringan aktivisme Islam beliau di Timur Tengah), Vietnam, Timor Leste, dan banyak lagi negara dunia ketiga; mendapat bantuan ekonomi dan perdagangan daripada Jepun, juga dunia Islam. Kemampuan ini lahir sedikit sebanyak kerana dasar luar Tun Mahathir berhubung "prosper your neighbour" yang bersifat "win-win" untuk kedua belah pihak.

Tidak lupa juga jasa penting Tun Mahathir dalam Perang Bosnia. Semua ini mengukuhkan kedudukan negara di mata dunia yang menarik ramai negara-negara sedang membangun untuk menjadi rakan rapat (ally) dengan Malaysia yang selalunya diterjemahkan kepada keuntungan ekonomi dan politik.

Pendek kata, Tun Mahathir adalah "salesman brand Malaysia" paling unggul kerana kekuatan peribadinya yang dipercayai oleh ramai pemimpin dunia ketiga di Asia, Afrika dan Latin Amerika.

Bila Tun Mahathir tidak lagi memimpin negara, nama Malaysia masih harum dan dipercayai oleh negara-negara tersebut yang masih berbekas daripada diplomasi yang Tun Mahathir buat dahulu.

Ini sebenarnya adalah sumber kekuatan untuk kita terus "survive" dari segi ekonomi dan geopolitik

Maka pada hemat saya ketika negara kita berhadapan dengan cabaran ekonomi yang serius khususnya melibatkan penyusutan pendapatan negara daripada hasil minyak dan gas juga komoditi, Malaysia perlukan usaha diplomasi ekonomi yang ada "sentuhan peribadi" daripada Tun Mahathir untuk seperti contoh, membuka akses kepada pasaran di Afrika.

Hanya dengan perutusan surat atau panggilan telefon, Tun Mahathir mampu menyusun atur "high profile trade entourage" untuk negara - seperti contoh membantu PETRONAS masuk semula ke negara-negara Afrika yang kini banyak China yang kuasai.

Beza kita dan China ialah negara Afrika hargai nilai persahabatan kerana Tun Mahathir menerapkan dasar seperti contoh "affirmative action" membangunkan kapasiti kaum peribumi Afrika (contoh ialah ENGEN di Afrika Selatan) manakalah negara China menggunakan kekuatan "cash is king" untuk melabur dan membina infrastruktur.

Sentuhan halus dasar luar Malaysia di bawah Tun Mahathir lebih tulus dan kekal lama berbanding apa yang China buat kepada negara Afrika yang kini dipandang serong seperti ulang siaran dasar penjajahan kuasa Barat yang hanya "expropriate natural resources" (merampas sumber asli).

Bukan itu saja, Tun Mahathir berupaya membuka laluan diplomasi dengan negara kuasa besar seperti Russia (kerana Putin percaya kepada Tun Mahathir) untuk mengimbangi pergolakan di rantau kita antara China dan Amerika.

Di saat inilah sementara beliau masih hidup saya fikir Malaysia dapat susun semula dasar luar negara kita bagi membantu dasar dalam negara khusus melibatkan ekonomi dengan bantuan ilmu, pengalaman dan "networking" (jaringan) Tun Mahathir.

Saya tidak yakin dasar luar negara yang ada kini dapat bantu kita keluar daripada kemelut ekonomi dan politik yang amat mencabar kerana skandal 1MDB juga percaturan menteri kita yang agak pro-Washington dalam kemelut Laut Cina Selatan - semua ini menghakis kepercayaan negara-negara yang jadi rakan rapat dan rakan dagang kita yang utama seperti China.

Ini menyukarkan syarikat-syarikat negara kita untuk mendapat insentif istimewa seperti "credit facility" dalam perdagangan malah juga melibatkan pertahanan.

Kekuatan "soft power" Tun Mahathir yang masih berbekas pada negara akan beransur hilang kalau Tun Mahathir semakin dipinggirkan daripada politik negara.

Di saat kecemasan begini ianya adalah satu kebodohan untuk kita memperkecilkan kekuatan Tun Mahathir yang tidak ada pada mana-mana pemimpin politik baik UMNO atau Pakatan.

Kalau saya seorang Perdana Menteri, saya tidak akan teragak-agak untuk mendengar nasihat Tun Mahathir dan melantik beliau menjadi "Minister Mentor" seperti Lee Kuan Yew kerana kebolehan dan kekuatan "soft power" Tun Mahathir adalah unik dan tidak boleh dibeli daripada mana-mana jururunding (consultant). Mendiang Lee Kuan Yew juga punya kekuatan yang sama seperti Tun Mahathir dalam hal ini - seperti juga almarhum Sukarno yang terkenal dengan gerakan Pan Asia-Afrika.

Semoga Allah lanjutkan usia Tun Mahathir untuk selamatkan negara berbekalkan kudrat yang beliau masih mampu infaqkan seperti halnya "soft power" tadi khusus bagi memudahkan generasi pelapis pemimpin muda untuk mendepani cabaran dan kemelut politik, ekonomi dan geopolitik yang semakin mengganas kini. Amin.

Peradaban Shi'ah Iran bagi amaran tegas kepada Amerika






Brigadier Jeneral Hossein Dehqan tanpa segan silu, walaupun baru-baru ini diangkat sekatan ekonomi oleh Amerika memberi amaran bahawa kekuatan mereka sebagai sebuah negara (tamaddun) lahir daripada dialektik dengan orde hegemoni.

Kenyataan ini dibuat sebagai reaksi balas ke atas temu bual yang majalah "The Atlantic" buat dengan Setiausaha Pertahanan Amerika, Ash Carter (http://www.theatlantic.com/international/archive/2015/11/ashton-carter-gulf-iran-isis/414591/) yang mendesak agar negara-negara Arab Sunni untuk berjuang bersama-sama menentang Iran dan tidak "syok sendiri" membeli peralatan perang canggih manggih tapi tiada persiapan di lapangan.

Kenapa Iran berani? Kenapa Iran tidak bergantung kepada Barat? Mereka ada ramai pemikir, saintis hebat-hebat biarpun ditekan dengan sekatan ekonomi berpuluh tahun lamanya.

Jawapan mudah: tradisi ilmu dan peradaban.

Adalah tidak menghairankan kerana tradisi keilmuan Shi'ah memang kuat dan tidak terputus biarpun dilanda badai penjajahan Barat khusus merujuk tradisi "Irfān" (Islamic Philosophy versi Shi'ah) yang masih segar dan "mainstream" di Qum manakalah tradisi falsafah Sunni dihentam hebat oleh Wahhabiyyah dan perbincangan khilafiyah.

Kekuatan keilmuan ini adalah "soft power" yang diterjemah dalam pelbagai bentuk kenegaraan. Sebab itu mereka tidak mudah tuntuk kepada Barat. "Gedebe" Shi'ah Iran kerana tradisi ilmunya yang beracuankan peradaban Islam Shi'ah.

Saya teringat faylasuf terkenal Perancis, Michel Foucault yang berasa hairan akan "anomali" Islām sebagai kekuatan revolusi politik yang lahir dalam ranah revolusi Iran.

Ramai pengkagum Shi'ah dan Iran tak tahu atau lupa bahawa tradisi keilmuan Iran hatta "Wilāyah al-Faqīh" Khomeini itu pun sebenarnya lahir daripada tradisi dan kebijakan Sunni seperti Imam al-Juwaynī dalam "Ghiyāth al-Umam fī'l-Itliyāth al-zulām" (Succour for the Nations that are caught in the Confusion of their Darkness).

Peradaban Shi'ah Iran tidak sekadar retorik kosong falsafah dan sejarah kebesaran Farsi tapi terjemahkan dalam tindakan dan strategi geopolitik juga.

Adalah amat menyedihkan tiada satu pun negara majoriti Sunni memandang ke arah BRICS (Turki hampir-hampir tapi kini diselaputi dengan NATO di Syria).

Ahad, 8 November 2015

World Bank in Malaya




In 1957 Malaysia gained political Independence, but did she gain financial Independence as well?


by Wan Ahmad Fayhsal


Many Malaysians especially among the laity have heard about the entity called World Bank along with its infamous brother the International Monetary Fund (IMF), especially during the tumultuous period when the whole East Asian region succumbed to the financial crisis in 1997. 

This year the World Bank Group is setting up their knowledge and research office in Malaysia which will be based in Sasana Kijang, Bank Negara’s  (Malaysia’s central bank) center of excellence in Kuala Lumpur.

It is a ground breaking development for both World Bank and Malaysia as before this they were having an acrimonious relationship during the premiership of Dr. Mahathir Mohamad who is regarded by many to be a staunch critique against the Washington-based international monetary and financial institutions of World Bank and IMF. 

Malaysia’s relationship with World Bank is not recent. The earliest recorded agreement that was signed between the two parties was ratified as early as 1958 – a year after Federation of Malaya gained Independence from the British. But the counter party that Malaya had dealt with was not exactly the World Bank as we knew today.

To understand this, first we must answer the question what really is the World Bank?

The Bank

World Bank is not a solitary body. It consists of five financial institutions that make up the ‘World Bank Group’. The first to be established (1944) is International Bank for Reconstruction and Development (IBRD). Originally served as the main banker for post-World War II Europe, IBRD offers development loans, guarantees loan and provides analytical and advisory services to middle income developing countries.

In 1956, came International Finance Corporation (IFC), which is the largest multilateral source of loan and equity financing for private sector in the developing world.

By 1960, International Development Association (IDA) was established to provide loan assistance to countries that are not creditworthy.

The other two minor institutions are Multilateral Investment Guarantee Agency (MIGA) which provides investment insurance and International Centre for Settlement of Investment Disputes (ICSID) which facilitates the settlement of investment disputes between governments and foreign investors. 

When the name World Bank or in short ‘the Bank’ is referred to in the news it specifically means the dynamic duo of IBRD and IDA. If the news included the other three they would normally mentioned them all as World Bank Group. Its membership consists of all 193 UN members minus the “pariah states” the likes of Cuba and North Korea. Just like in the United Nations, the US wields massive influence in deciding the direction as well as the leadership of World Bank. 

Malaya joined World Bank

Malaysia or to be exact the Federation of Malaya became member to World Bank right after the Independence when both IFC and IBRD ratified Malaya's admission as member of the Bank.

In the authorized public disclosure of IBRD's Resolution no.113, the Federation of Malaya was required to "subscribe to 250 shares of the capital stock of the Bank at the par value of $100,000 per share." Membership of the Bank came with the condition that Malaya must first became a member of IMF as well. 

Malaya was instructed to pay for the subscription in the form of (i) gold or US Dollars equal to 2% of its subscription and (ii) an amount in the currency of the Federation which must be based on prevailing exchange rate that equal in value to 18% of its subscription.
Other conditions stipulated are the need for Malaya to deposit with the Government of the US an instrument of acceptance, pledge and commitment to the Articles of Agreement and the resolution and the Articles of Agreement shall be signed and held in the Archives of the US government. 

First Loan 

The first loan granted by World Bank via IBRD amounted to 35.6 million USD, dated on the 22nd September. It was borrowed by Malaya via its statutory body Central Electricity Board (CEB) for the Cameron Highlands hydroelectric Project. 

The project was recommended earlier from the findings made in IBRD inaugural mission to Malaya and Singapore in 1954 and was first financed by Colonial Development Corporation of United Kingdom (CDC), a corporation established under the United Kingdom’s Overseas Resources Development Act, 1948 that managed the post-war economy and development of British colonies and protectorates including Malaya prior to her Independence.

In the loan agreement it was spelled out clearly on the transfer of debt from CDC to the new independent government of Malaya. It is stated in the agreement that Malaya “has entered, or is about to enter, into arrangements to refinance debentures” once held by the CDC. On top of that Malaya was to borrow a sum of 500,000 Pound Sterling from Commonwealth Development Finance Co. Ltd (CDFC) and to raise 38 million Malaysian Dollar (before ringgit was made currency) for the project which the World Bank through IBRD agreed to lend. The loan term spanned for 25 years with a grace period of 5 years at a rate of interest of 5.75%. For a country that just came out of the colonial yoke where its economy and financial infrastructures back then were still small, servicing the loan was a tall order for the novice post-colonial government of Malaya.

Not to mention in span of a decade, few more loans were requested by Malaya (then after 1963 as Malaysia) from the World Bank as part of development projects especially for the capital-intensive infrastructure projects that are important for rapid economic growth. To manage the loans is no small feat but judging from the record of our Malaysian government, we did perform well in servicing the debt relative to other former British colonies that gained Independence within the same period as ours.

Still there are few more important things left unanswered. Why and how did we get involved with the World Bank in the first place?

Some serious questions worth to ponder 

We shall wonder who actually made the decision to become a member of World Bank? Did Tunku Abdul Rahman who led the Malaya’s delegation to negotiate terms for Independence was made to involve in this financial and economic matter? Was it part of the necessary requirement or a form of “concession” to be ratified before British gave the political Independence to Malaya? 

Perhaps some glimpse on the answers could be traced from written record of the president of World Bank, Eugene R. Black who served from 1949 till 1963 where he wrote a recommendation report dated 11th September 1958 to the Bank’s executive directors about the loan requested by CEB. 

Stated in that report, the formal negotiations of the loan between Malaya via CEB and the Bank were done in 2nd September 1958 and concluded on the 8th September of the same year. A month before, a non-formal negotiations were conducted in London between CEB, CDC and CDFC and representatives of World Bank.

The results of non-formal negotiations were made to be part of the loan agreement mentioned earlier where parties involved were the lender, the World Bank via IBRD and the borrower, CEB while the Federation of Malaya acted as guarantor.

During the formal negotiation, CEB was represented by its chairman, Oscar Spencer and its general manager, John Sharples while the government of Malaya was represented by A.H.P Humphrey, secretary to the Treasury of the Federation.

All of the representatives from CEB and government were still under the directive of British colonial office and solely serving their interests in the colony. None stated in the reports where native leaders especially from UMNO who were leading the negotiations of terms for Malaya’s Independence were involved in these financial negotiations.

Prior to 30th August 1957, the executive power solely rest on the shoulder of British High Commissioner where he was assisted and advised by the Executive and Legal council of the Federation of Malaya.

About a month after the Independence, on the 25th September 1957, the resolution for Malaya's membership was adopted.  As stated in World Bank chronological record, the mission and appraisal to assess Malaya’s economy as well as for the first loan was done during the period when the Federation of Malaya was still part of the British colony where involvement from the natives especially in decision makings like economy and finance were basically nil. 

We can safely adduce here that the decision made to be part of World Bank was not thoroughly and genuinely democratic in nature as the natives – the Malay leadership – were left in the dark.

Exit British, enter World Bank 

Malaya had always being regarded as a periphery to the British colonial interest. It had always been overshadowed or referred in tandem with India – the real Jewel in the Crown of British Empire – as the “Eastern” domain to British colonial center which is India. The name of the company that colonially administered Malaya back then – the British East India Company (BEIC) – very much indicated the real status of Malaya to the British imperialist.

Despite of gaining political Independence from British, Malaya was left straddled with debentures of her colonialist. Through the CDC, as reported by Eugene R. Black, among the British themselves decided that the newly independent Federation of Malaya must refinance the loan  (read: clean the mess) originally made by the former envoys of British Colonial Office who administered the economy of colonial Malaya in the form of loan conversion that was included in the IBRD loan package for the Cameron Highland hydroelectric project. 

By right, shouldn’t the British in their goodwill, after siphoning the rich resources of tin and rubber from Malaya for years, to just write-off the debt rather than transferring it to the new natives leadership who were in the first place, not party to the loan negotiations? 

The real answers – both political and moral – might lie somewhere in the series of negotiations between Tunku Abdul Rahman and the British en route to Malaya’s Independence.

Wan Ahmad Fayhsal is a Fellow at Putra Business School. This article was originally published in two parts by The Malaysian Reserve.