Isnin, 9 Februari 2015

Program Loji Janakuasa Nuklear: Bukan sekadar Tenaga



Saya dan anak Melayu pertama dan satu-satunya yang berkhidmat di ROSATOM, saudara Khairuddin.

Selesai sudah 3 hari saya berkampung di Hilton Kuala Lumpur dari 26 sampailah 28 Januari 2015 menghadiri persidangan tahunan Nuclear Power Asia 2015. Saya hadir selaku felo penyelidik dan penganalisa geopolitik Putra Business School (PBS) pada masa yang sama selaku anak muda yang ingin belajar dengan lebih dekat daripada pakar-pakar nuklear negara serta dunia.

Sebelum saya menghadirkan diri ke persidangan ini, saya telah lakukan banyak pembacaan dan perbincangan dengan para profesor di PBS tentang nuklear.

Fokus saya mudah: nuklear dan hubungannya (interface) dengan geopolitik semasa.

Kelihatan ramai pegawai daripada Agensi Nuklear Malaysia (badan yang bertanggungjawab mengurus hal-hal Nuklear, dahulunya PUSPATI), Malaysia Nuclear Power Corporation (MNPC - jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab mengurus pelaksanaan program nuklear Malaysia) juga Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (Atomic Energy Licensing Board - AELB) yang juga merupakan badan di bawah MOSTI yang diberi amanah untuk menguatkuasa Akta 304 berhubung benda-benda radioaktif.

Tidak kurang juga syarikat-syarikat besar yang terkenal dalam industri nuklear Westinghouse-Toshiba, GE Hitachi, Areva, Pillsbury,  - masing-masing samada menjadi penaja sampingan atau  pembentang (baca: marketing drive untuk produk mereka).

Pada hari pertama program, saya sempat hadir ke satu bengkel kempen kepada awam untuk pembinaan loji tenaga nuklear yang dianjurkan julung kalinya oleh penaja Platinum Nuclear Asia 2015 - Rosatom State Atomic Energy Corporation atau nama glamour mereka - ROSATOM, yang berpengkalan di Russia.

Antara soalan yang telah saya tanyakan kepada para pegawai ROSATOM:

(1) apakah wujud peranan stakeholder keagamaan, dalam konteks Russia, Gereja Ortodoks Kristian, dalam merencana penerimaan awam terhadap projek loji tenaga nuklear?

(2) selain daripada kempen nuklear untuk tenaga hijau, tidakkah boleh kita berkempen bahawa projek tenaga nuklear sebagai satu inisiatif pertahanan yang bersifat penegahan (defensive deterrent) untuk diterangkan kepada rakyat Malaysia?

Untuk soalan (1) jawapannya amat minima. Saya saja tanya sebab tengok Patriarch Gereja Ortodoks masuk Duma (Dewan Rakyat di Russia) baru-baru ni kempen tentang isu moral - sesuatu yang asing di Barat apatah lagi Russia sebagai negara bekas komunis. Tampaknya peranan agama semakin melebar di Russia di bawah Presiden Vladimir Putin.

Jawapan kepada soalan (2) bermula dengan agak gamit kerana ramai terkejut saya bertanyakan soalan yang agak kontroversi sebegitu "direct". Sudah tentu jawapannya "NO". Tapi soalan saya tersebut telah benar-benar menaikkan "suhu" bengkel.

Hari pertama hanya tertumpu pada bengkel yang bersifat “public relation” untuk orang awam maka tidak banyak yang bersifat teknikal dapat dibincangkan.

Keesokan hariya pada sebelah pagi hari pertama persidangan saya tidak sempat bertanya ketika sesi CEO MNPC, Dr Mohd Zamzam bercakap. Saya cadangnya nak bertanyakan tentang halatuju program nuklear di Malaysia (saya akan jelaskan nanti kenapa diistilahkan "program").

Tapi saya sempat bertanya di hadapan semua hadirin ketika sesi pembentangan oleh Nikolai Drozdov, Pengarah, Jabatan Urus Niaga Antarabangsa, Rosatom. Saya masih tertanya-tanya bagaimana India yang baru sahaja mengalamai peralihan kuasa melalui pelantikan Perdana Menteri yang baru iaitu daripada BJP, Narendra Modi boleh bersetuju dengan Rusia untuk menandatangani 12 NPP. Saya bertanya kepada Drozdov adakah India yang meminta Russia untuk membina NPP atau memang ianya satu usaha daripada Kremlin, melalui presidennya, Vladimir Putin yang menawarkan diri?

Masakan baru saja Modi berkuasa, tak sampai setengah tahun sudah boleh membuat keputusan sebegini besar dan penting untuk India. Kita kena ingat bahawasanya Modi datang daripada parti BJP. Sebelum ini kuasa politik India berada di bawah dinasti keluarga Gandhi yang menerajui Kongres Nasional India (INC).

Drozdov menjawab secara diplomatik bahawa kedua-dua pihak ada mengusulkan dan akhirnya menandatangani perjanjian yang besar ini.

Saya juga ada bertanyakan soalan yang sama berkenaan Argentina yang kini di bawah Presiden Cristina Kirchner tentang perjanjian pembinaan NPP yang baru juga ditandatangani tahun lepas dengan Russia tapi tidak berjawab pula - mungkin tak berapa dengar.

Walaupun jawapan yang diberikan tidak memuaskan tapi saya boleh "congak" bagaimana dan kenapa perjanjian-perjanjian itu berlaku.

Untuk India, walaupun Modi masih baru, jentera kerajaannya tetap lama. Sama seperti Malaysia, keputusan-keputusan penting yang melibatkan dasar negara mungkin sudah diputus lama sebelum peralihan kuasa melalui pilihan raya. Atau mungkin saja dalam hal melibatkan dasar luar dan juga nuklear, India sudah punya "doktrin" yang jelas, yang mana hubungan luar dengan Russia dan terkini melalui permuafakatan orde baru BRICS (singkatan daripada gabungan negara-negara kuasa baru ekonomi dunia Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan) memudahkan lagi keputusan antara India dan China di buat. Atau mungkin saja India kini sudah boleh menghidu ancaman yang sedang berlegar di Lautan Hindi dengan dasar baru Amerika - "Paksi Asia" (Asian Pivot) telah "memaksa" India untuk membuat keputusan secara drastik berkenaan nuklear ini.

Tentang Argentina, ianya tidak lagi menjadi misteri kerana pada saat ini Presiden Kirchner sedang berhempas pulas mempertahankan negara beliau daripada terus-menerus ditekan secara ekonomi oleh Amerika Syarikat kerana kes hutang negara yang melibatkan dana lindungan nilai (hedge fund).

Selesai sesi pleno, diteruskan pula dengan sesi-sesi kecil yang dibahagikan mengikut tema. Saya hadir ke slot berkenaan kerangka perundangan yang melibatkan nuklear.

Macam biasa, industri nuklear sangat-sangat ketat dari segi penyeliaan dan penggubalan undang-undang (heavily regulated). Banyak sungguh akta dan piawai (standard) yang perlu di penuhi dan melatih para petugas yang bakal mengemudi dan menyelia NPP.

Dalam sesi ini sibuk benar wakil daripada golongan anti-nuklear yang menisbahkan diri mereka kepada kumpulan Radio Bangsar Utama yang bertanyakan tentang "sisa buangan nuklear" (nuclear waste). Tapi macam biasa, hal ini tidak dijawab oleh pembentang kerana lari daripada tajuk.

Persidangan berhenti untuk makan tengah hari dan seperti biasa, ianya dipenuhi dengan membuat jalinan (networking) antara para hadirin.

Pada sebelah petang ada satu sesi yang penting iaitu berkenaan Model Hakmilik (Ownership Model) NPP yang sudah tentu menyentuh perihal pendanaan (financing), pengurusan perjanjian hakmilik (contracting) dan juga model hakmilik nuklear.

Selaku graduan kejuruteraan kimia dan pernah bertugas selaku eksekutif perancangan dan strategi di PETRONAS, saya ada sedikit pengalaman dan terdedah dengan hal-hal yang melibatkan projek mega yang bernilai jutaan dan bilion ringgit seperti pembinaan Petrochemical complex, Gas terminal, Floating LNG. Saya selalu hadir dalam mesyuarat bersama pengarah, pengarah kanan dan juga Naib Presiden Divisyen Teknologi dan Kejuruteraan (T&E) PETRONAS yang mempunyai amanah untuk membantu PETRONAS Carigali, Gas, Petrochemical  yang banyak mengambil khidmat kepakaran kejuruteraan dairpada divisyen T&E.

Projek dalam industri minyak dan gas khusus yang melibatkan huluan (upstream) juga sesetengah projek hiliran (downstream) menelan modal yang besar (capital intensive). Sudah tentu kerumitan dan risiko juga sama besar hendaknya kalau melibatkan pelbagai pihak dari negara luar.

Projek atau lebih tepat - "program" Nuklear bagi saya lebih dahsyat kerana bukan sahaja memakan tempoh yang lama (10-12 tahun pembinaan), lebih rumit lagi melibatkan pemenuhan tuntutan perundangan (legal compliances) yang digariskan badan nuklear antarabangsa khususnya IAEA.

Contoh, kalau kita nak bina loji kuasa arang batu, prosesnya tiadalah rumit. Tak banyak akta yang perlu kita ikuti. Kalau nuklear daripada mula nak gali Uranium sampailah nak tutup-lupuskan NPP (decommissioning) - semuanya terikat pada akta-akta yang ketat.

Berbalik kepada isu hakmilik, pembentang pertama adalah Edward McGinnis, Timbalan Pembantu Setiausaha, bahagian Hal Ehwal Nuklear Antarabangsa, Dasar dan Kerjasama, Jabatan Tenaga Kerajaan Amerika Syarikat.

Pembentangan beliau cukup rapi. Ini adalah lambang profesionalisme kuasa besar dunia telah banyak "menambat" hati para penggubal dasar negara-negara dunia ketiga khususnya yang rapat dengan budaya Anglo-Saxon seperti Malaysia.

Mengikut McGinnis, model hakmilik antara kerajaan (government-to-government) masih menjadi pilihan utama dalam industri nuklear. Ini bermakna sebarang program nuklear takkan mampu dibuat sendiri melainkan ada kerjasama rapat dengan negara nuklear atau lebih tepat antara negara-negara kuasa Veto yang merajai Majlis Keselamatan UN (UNSC).

Projek nuklear berskala besar dan sudah tentu ada banyak pilihan dalam melibatkan pendanaan. Ada yang bersifat pendanaan 100% daripada kerajaan, ada yang melibatkan perkongsian antara kerajaan (antara negara yang baru dengan negara nuklear), pendanaan swasta dan berbagai lagi.

Dalam sesi ini ditanyakan oleh seorang ahli hadirin, saya fikir seorang peguam daripada syarikat bernama Rothschild (ya, siapa lagi kalau bukan keluarga lagenda itu) yang  bertanyakan mengapa setakat ini tiada didapati dan dilaporkan pendanaan projek janakuasa nuklear daripada pihak swasta?

Jawapan McGinnis memang sesuatu yang dijangka: projek nuklear lebih sekadar tenaga. Mana mungkin kita boleh izinkan pihak ketiga yang bukan kerajaan punya tangan dalam pendanaan (ini berbeda untuk kerjasama antara kerajaan: g-to-g). Mendanai bermaksud mempunyai kuasa untuk mengawal atau dalam istilah bahasa Inggeris: “pulling the purse strings”.

Walaupun ada pengecualian seperti model "Mankala" yang digunapakai dalam projek NPP di Finland, yang saya fikir tidak jauh beda dengan model "Musharakah" yang ada dalam Mu'amalah Kewangan Islam yang berteraskan "risk-sharing". Model ini memberi ruang kepada pemodal swasta untuk menyertai konsortium Mankala bersama-sama dengan kerajaan dan pemodal lain.
           
Kenyataan diplomatik McGinnis itu sepatutnya boleh dibaca dengan lebih mendalam bahawa program NPP sebenarnya amat-amat strategik dan jauh lebih penting daripada sekadar menjana tenaga. Masakan tidak, penglibatan Washington secara khusus dalam siri-siri rundingan dan diplomasi dengan negara-negara nuklear adalah sesuatu yang rutin.

Pada hari kedua persidangan, sesi pleno pagi membicarakan perkembangan global berkenaan tenaga nuklear. Saya sempat bertanyakan soalan kepada Yoshiki Ogata, pengarah jabatan projek nuklear global, Mitsubishi Heavy Industries yang membicarakan status NPP pasca Fukushima. Dalam pembentangan beliau banyak ditunjukkan bagaimana Mitsubishi menambah baik sistem keselamatan dan penyelenggaraan NPP dengan bantuan robot untuk memasuki kawasan yang beradiasi tinggi.

Soalan saya kepada beliau ialah berkenaan cabaran serangan dan sabotaj siber (cyber espionage) yang mana satu virus bernama Stuxnet dilaporkan punya peranan terhadap “meltdown” reaktor nuklear di Fukushima. Stuxnet pertama kali dilaporkan pada awal tahun 2000 di mana ianya telah menyerang NPP Bushehr dan Natanz di Iran

Selalunya serangan berlaku ke atas sistem kawalan industri (ICS) dan dalam kes NPP Bushehr di Iran, ICS jenis SCADA (supervisory control and data acquisition) Siemens yang mengakibatkan berlakunya “overdrive” ke atas pengempar (centrifuge) yang digunakan untuk memisahkan Uranium-235 (untuk buat bom) daripada Uranium-238 (bukan untuk buat bom). Banyak pengkaji Stuxnet telah mengesannya berpunca dari negara Israel. 

Antara yang disyaki terlibat ialah syarikat keselamatan dari Israel - Magna BSP - telah ditugaskan untuk menyelenggara sistem keselamatan Fukushima sebelum berlakunya gempa bumi.  

gambar diambil daripada laman rasmi berita Israel, Haaretz (rujuk disini)


LEBIH PARAH lagi Stuxnet ini turut dilancarkan dari server yang ada di MALAYSIA! 

Panjang cerita Stuxnet kalau hendak dibicara tapi pokoknya ialah sempadan maya negara kita sudah bocor di mana virus yang amat bahaya untuk sebarang sistem kawalan industri yang berkomputer berjaya lolos masuk dan bertindak ke atas NPP di negara lain melalui jaringan maya.

Kembali kepada pembentangan wakil Mitsubishi tadi, Encik Ogata itu hanya memberi jawapan yang umum saja dan tiada dibangkitkan perihal Stuxnet. Agak hampa. 

Saya tak puas hati dan ketika waktu makan tengah hari, saya meluangkan masa dengan delegasi dari Iran. Saya tanyakan hal yang sama tapi jawapan yang mereka berikan pun agak hampa. Saya fikir apakah mereka sebenarnya naif (nuclear nerds) atau ini merupakan protokol biasa yang dipegang oleh pengamal dan pakar nuklear untuk tidak sentuh hal-hal sensitif khusus melibatkan politik dan ketenteraan.

Tahun 2015 ini juga bakal menyaksikan penguatkuasaan Konvensyen Tambahan berkenaan Pampasan  ke atas Sebarang Kemalangan melibatkan Nuklear (Convention on Supplementary Compensation for Nuclear Damage - CSC) yang berusaha untuk memujuk semua negara samada yang ada nuklear atau tidak untuk bersama-sama menerimanya.

Bilamana sudah dikuatkuasa, CSC akan menjadi payung perundangan antarabangsa untuk sebarang masalah pampasan kepada mangsa-mangsa yang terkesan dengan kemalangan yang melibatkan nuklear.

Ianya juga bertindak seperti tabung insurans yang akan membantu negara-negara yang terbabit dalam ruang lingkup zon khas ekonomi (exclusive economic zone) dan juga meletakkan parameter  liabiliti kewangan untuk pengendali NPP (operator), had masa untuk sebarang tuntutan yang melibatkan perundangan, dan segala bentuk insurans dan kewangan.

Rumusan Ringkas

Tolak Obama, kesemua gambar di atas adalah kuasa besar Eurasia yang bakal mencaturkan masa depan industri tenaga termasuklah nuklear.

Melihat dan mendengar yang tersurat dan tersirat sepanjang 3 hari tersebut, saya yakin Maqasid kita dalam membuat pertimbangan untuk "go nuclear" di Malaysia belum lengkap kalau kita tak ambil kira faktor Pertahanan dan Geopolitik.

Ya saya adalah penyokong kuat untuk "Malaysia Go Nuclear" bukan sekadar untuk tenaga (yang sebenarnya kecil saja sumbangan ke dalam "Energy Mix" negara) tapi lebih penting sebagai satu Ribat (Fortress) pertahanan negara.


Mungkin ada yang tanya dan risau tentang kos, juga isu Non Proliferation Treaty (NPT) - jangan risau itu beres kalau kita nekad dan faham Maqasid al-Shari'ah untuk MALAYSIA GO NUCLEAR - sudah tentu pilihan saya ialah dengan ROSATOM, Insha-Allah akan saya huraikan dalam kesempatan akan datang.

Ahad, 1 Februari 2015

The Turkish Pivot: Russia-Turkey new pipeline will pave way for a truly Eurasian integration




The Turkish Stream as envisioned by Gazprom. Source: Interfax Energy 



 bWan Ahmad Fayhsal

"It does not make economic sense," says Maroš Šefčovič mumbling over the broken deal of South Stream pipeline project. The Vice-President of the European Commission in charge of Energy Union has cried foul at Russia's decision to abandon Bulgaria an integral transit country for Russian gas slated in the South Stream earlier in preference over Turkey as a new transit country for its gas delivery to Europe.

South Stream, the scrapped pipeline project helmed by Russian energy giant Gazprom is designed to carry 63 billion cubic meters (bcm) of Russian gas across the Black Sea where Bulgaria was originally designated as the transit country before the gas being transported straight to the heart of Europe.

Many believe the fallout was due to the pressure made by EUs executive body the European Commission (EC) upon Bulgaria to remain firm with ECs stand for "anti-monopoly" that falls under EU Third Energy Package. Key element in this legislative package is on the "ownership unbundling" which requires Gazprom to hand over its energy transit infrastructure to autonomous operators independent from energy generating and mineral producing companies. In short, EU wants to wrest away control of the pipeline from Gazprom right after the gas landed on Bulgaria's soil.

Russian President Vladimir Putin made clear in his official statement that the decision to cancel South Stream and replacing it with, dubbed by many analysts to be the "Turkish Stream" was done purely on economical and technical ground which Putin described was hampered by "ECs non-constructive approach".

Gazprom CEO Alexey Miller made a clear ultimatum "take it or leave it" by declaring that the Turkish Stream is going to be the sole gas route for 63 bcm of Russian gas to be supplied to EU and "there are no other options".

Political jibes were already traded from both sides of the spectrum. EC President, Jean-Claude Juncker accused Kremlin of holding Bulgaria at ransom for cancelling the $50 billion worth project. On the other end, Viktor Orban, the Prime Minister of Hungary who has a closer tie with the Kremlin lambasted Brussels, by claiming "EU has worked ceaselessly to undermine this program (South Stream)".

The tone raised by Juncker and Orban is not shocking considering the fact this "pipeline politics" has been brewing for years earlier.

Construction of pipelines at the corridors of Eastern Europe have always been the subject of politics more than economic regardless of comments made by all political leaders of the involved nations. Prior to this, the failure of Washington and Brussels backed-Nabucco pipeline that plans to transport oil and gas from Caspian Sea to EU is viewed by many as another geopolitical circumvention towards Russia's growing influence in that region.

Despite of Nabucco's economical unviability due to insufficient gas supplies to make it profitable, the allure of diversifying EU gas supplies and to lessen European dependence on Russian gas is great enough for Washington to throw its diplomatic weight in full support of the project a sign of a transatlantic political at play. The project finally went stillborn after Kremlin counteracted with the now defunct South Stream pipeline and the newly announced Turkish Stream will tilt the balance of power play further to Russia.


EU is highly energy dependent

EU imports natural gas in the staggering amount of 311.5 bcm. The largest exporter of energy to EU is none other than Russia where in 2007 it exported 185 million tonnes of crude oil and 100.7 million tonnes of oil equivalent of natural gas – both amounting to 32.6% and 38.7% of EU's total oil and gas imports respectively.

Presently, most member countries of EU notably in the Western European are highly dependent of Russia's natural gas through Gazprom-managed pipelines. Statistics released by Gazprom on its 2013 gas supplies to Europe indicates that 79% of its gas export or 127.1bcm was destined to Western European market while the Eastern and Central European states consumed 21% or 34.4 bcm. The total gas delivered by Gazprom amounted to 161.5 bcm, equivalent to one-third of gas consumed in EU.

The consumption pattern translated from this energy dependency from outside EU would be more serious in future. In studies done by EC, by 2026, EU's total import dependency will rise from 53% up to 70% where its oil and gas import dependency levels will be up to 90% and 80% respectively.

Where is Turkey in this? Despite of not possessing its own oil or natural gas, Turkey's position as an energy corridor between Central Asia and Europe has made it strategically important for European countries in energy imports.

There are currently two major oil pipelines and five gas pipelines in operation within Turkey's territories and another six planned pipelines to be constructed that have to make a transit via Turkey before flowing to Europe.

Even before this groundbreaking decision made by Kremlin and Ankara to start this Turkish Stream, EU Energy Security and Solidarity Action Plan published in 2008 had already identified Turkey's pivotal role in securing safe routes of gas supplies to Europe.


From EU to Eurasia

The attendant consequence of this project is the regional integration of EU and Asia. Russia has planned to integrate these two continents as a real Eurasia via the creation of Eurasian Economic Union (EEU) now effective on 1st January 2015. The possibility for Turkey to join EEU is there given the signs of growing bilateral relationship between Russia and Turkey. What is more apt than having the center of this EEU at Turkey, which straddles between Europe and Asia, separated by the Strait of Bosphorus and Turkey as potential Eurasian energy hub will cements its relevancy further.

The foundation for EEU of course has been laid down last year by Putin and his counterpart, China's premier Xi Jinping. They had signed a groundbreaking deal between the two countries to collaborate in the area of energy and finance notably by building the 4,000km "Power of Siberia" gas pipeline worth $400 billion. Gazprom of Russia and CNPC of China tied up the mammoth deal where Gazprom will provide 38 bcm of Russian gas to China for 30 years beginning 2018.

With Turkey on board, former Soviet satellite countries in Central Asia of Turkic origins like Turkmenistan, Kazakhstan, Uzbekistan will be more warmth in gravitating towards Ankara. This integration enables them to balance the spheres of influence emanated by Russia and China, as now they will have Turkey as their big brother to balance the Russo-Sino's influence within that region a win-win situation for every Eurasian countries.

This new pipeline has a huge potential to invigorate Eurasian economic community due to the dependency of the suppliers of energy coming mostly from Asia and its energy hungry European consumers. As European Economic Community (EEC) is crumbling down due to the series of financial crises, the economic opportunities have now tilted to the east. With EEU already online, the economic shift of EU countries is just a matter of time moving towards the greener pasture of Eurasia.


The writer is a fellow at Putra Business School, Malaysia.

note: The article was first published by The Malaysian Reserve on 29th January 2015