Tun Mahathir dijemput oleh Ikhwan Muslimin pada tahun 2013 yang ingin belajar pengalaman Malaysia menjadi sebuah negara Islam contoh.
oleh Wan Fayhsal
Tadi pagi saya dan rakan sempat hadir ke seminar
"Malaysian Foreign Policy: Present and Future Trends" anjuran ICON
Centre for Global Affairs di Carcossa Seri Negara.
Banyak pembentangan menarik berhubung dasar luar Malaysia -
suatu tajuk yang amat jarang diwacanakan.
Saya sempat hadir ke sesi pertama yang dipengerusikan oleh
tuan rumah Dr. Razak Baginda dengan menampilkan pembentang seperti Dr.
Karminder (INTAN), Dr. Mustafa Izzudin (ISEAS) dan Cik Elina Noor (ISIS).
Sesi pertama membicarakan sejarah dan keadaan semasa dasar
luar Malaysia yang selalunya dibicarakan melalui pembahagian fasa kepimpinan
tertinggi negara (Perdana Menteri) daripad zaman Tunku Abdul Rahman sampailah
ke zaman DS Najib.
Kita tahu zaman Tunku dan Tun Razak lebih kepada neutral dan
berkecuali (walaupun Tunku pro-British lebih) dan yang menongkah arus dasar
luar adalah Tun Mahathir dengan "Buy British Last", "Dasar
Pandang Timur", dasar luar berpaksikan kepentingan "Islam dan Dunia
Muslim" dan juga dasar kerjasama erat "Selatan-Selatan"
(South-South Cooperation).
Selepas daripada zaman Tun Mahathir, dasar luar negara kata
Dr. Karminder agak "ambivalent" yakni satu pemisahan daripada dasar
luar Tun Mahathir yang mana hala tuju dan posisinya agak kabur. Ini kemungkinan
kerana gaya dan sifat kepimpinan Tun Abdulah Badawi.
Di bawah DS Najib, para pembentang mengatakan ianya agak
seimbang tapi ketika sesi soal jawab saya bangun dan berhujah bahawa dasar luar
DS Najib lebih berat kepada Amerika berdasarkan bukti-bukti empirikal seperti
pelantikan arwah Tan Sri Jamaluddin Jarjis sebagai duta bertaraf menteri,
mendapat kerusi Majlis Keselamatan PBB, "Golf Diplomacy" dengan Obama
dan banyak lagi.
Menilai isi pembentangan yang bernas daripada para pengkaji
dan sarjana dasar luar Malaysia tersebut, aqal saya cuba menghubungkan
keresahan, kerisauan dan cadangan Tun Mahathir berhubung keperluan adanya
"Council of Elders" yang baru-baru ini heboh diperdebatkan oleh ramai
pihak kononnya itulah alasan kenapa Tun Mahathir menyerang DS Najib.
Daripada itu saya cuba memahami realpolitik antarabangsa dan
sosok Tun Mahathir dalam mencorak dasar luar Malaysia selama 22 tahun beliau
menjadi Perdana Menteri.
Para pembentang ungkapkan pelbagai jenis bentuk analisa
tentang dasar luar Tun Mahathir yang dikatakan tidak demokratik,
"microphone diplomacy" (kelantangannya) dan bermacam-macam lagi yang
positif dan negatif tapi saya fikir ada sesuatu yang tidak terungkap akan
kekuatan dasar luar Malaysia di bawah Tun Mahathir yang mana seperti dikatakan
para pembentang, sebaik saja Tun Mahathir meninggalkan jawatan Perdana Menteri,
kekuatan dasar luar tersebut turut luput bersama-samanya. Apakah kekuatan dasar
tersebut?
"KEPERCAYAAN" (TRUST).
Dalam semua Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir ada satu
kekuatan "Soft Power" yang tiada galang ganti oleh mana-mana pemimpin
yang ada dan akan lahir di Malaysia dalam jangka masa sederhana kelak iaitu
kemampuan Tun Mahathir untuk membina jalinan diplomatik atas dasar
"kepercayaan" yang bersifat peribadi (personal), bukan menggunakan
perkakas kenegaraan (state apparatus).
Kelebihan ini membolehkan Tun Mahathir mendapat akses kepada
kemudahan diplomasi yang unik seperti mendapat akses kepada pelaburan ekonomi
melalui PETRONAS di Sudan (jasa DS Anwar Ibrahim juga amat besar dalam hal ini
kerana jaringan aktivisme Islam beliau di Timur Tengah), Vietnam, Timor Leste,
dan banyak lagi negara dunia ketiga; mendapat bantuan ekonomi dan perdagangan
daripada Jepun, juga dunia Islam. Kemampuan ini lahir sedikit sebanyak kerana
dasar luar Tun Mahathir berhubung "prosper your neighbour" yang
bersifat "win-win" untuk kedua belah pihak.
Tidak lupa juga jasa penting Tun Mahathir dalam Perang Bosnia.
Semua ini mengukuhkan kedudukan negara di mata dunia yang menarik ramai
negara-negara sedang membangun untuk menjadi rakan rapat (ally) dengan Malaysia
yang selalunya diterjemahkan kepada keuntungan ekonomi dan politik.
Pendek kata, Tun Mahathir adalah "salesman brand
Malaysia" paling unggul kerana kekuatan peribadinya yang dipercayai oleh
ramai pemimpin dunia ketiga di Asia, Afrika dan Latin Amerika.
Bila Tun Mahathir tidak lagi memimpin negara, nama Malaysia
masih harum dan dipercayai oleh negara-negara tersebut yang masih berbekas
daripada diplomasi yang Tun Mahathir buat dahulu.
Ini sebenarnya adalah sumber kekuatan untuk kita terus
"survive" dari segi ekonomi dan geopolitik
Maka pada hemat saya ketika negara kita berhadapan dengan
cabaran ekonomi yang serius khususnya melibatkan penyusutan pendapatan negara
daripada hasil minyak dan gas juga komoditi, Malaysia perlukan usaha diplomasi
ekonomi yang ada "sentuhan peribadi" daripada Tun Mahathir untuk
seperti contoh, membuka akses kepada pasaran di Afrika.
Hanya dengan perutusan surat atau panggilan telefon, Tun
Mahathir mampu menyusun atur "high profile trade entourage" untuk
negara - seperti contoh membantu PETRONAS masuk semula ke negara-negara Afrika
yang kini banyak China yang kuasai.
Beza kita dan China ialah negara Afrika hargai nilai
persahabatan kerana Tun Mahathir menerapkan dasar seperti contoh
"affirmative action" membangunkan kapasiti kaum peribumi Afrika
(contoh ialah ENGEN di Afrika Selatan) manakalah negara China menggunakan kekuatan
"cash is king" untuk melabur dan membina infrastruktur.
Sentuhan halus dasar luar Malaysia di bawah Tun Mahathir
lebih tulus dan kekal lama berbanding apa yang China buat kepada negara Afrika
yang kini dipandang serong seperti ulang siaran dasar penjajahan kuasa Barat
yang hanya "expropriate natural resources" (merampas sumber asli).
Bukan itu saja, Tun Mahathir berupaya membuka laluan
diplomasi dengan negara kuasa besar seperti Russia (kerana Putin percaya kepada
Tun Mahathir) untuk mengimbangi pergolakan di rantau kita antara China dan
Amerika.
Di saat inilah sementara beliau masih hidup saya fikir
Malaysia dapat susun semula dasar luar negara kita bagi membantu dasar dalam
negara khusus melibatkan ekonomi dengan bantuan ilmu, pengalaman dan "networking"
(jaringan) Tun Mahathir.
Saya tidak yakin dasar luar negara yang ada kini dapat bantu
kita keluar daripada kemelut ekonomi dan politik yang amat mencabar kerana
skandal 1MDB juga percaturan menteri kita yang agak pro-Washington dalam
kemelut Laut Cina Selatan - semua ini menghakis kepercayaan negara-negara yang
jadi rakan rapat dan rakan dagang kita yang utama seperti China.
Ini menyukarkan syarikat-syarikat negara kita untuk mendapat
insentif istimewa seperti "credit facility" dalam perdagangan malah
juga melibatkan pertahanan.
Kekuatan "soft power" Tun Mahathir yang masih
berbekas pada negara akan beransur hilang kalau Tun Mahathir semakin
dipinggirkan daripada politik negara.
Di saat kecemasan begini ianya adalah satu kebodohan untuk
kita memperkecilkan kekuatan Tun Mahathir yang tidak ada pada mana-mana
pemimpin politik baik UMNO atau Pakatan.
Kalau saya seorang Perdana Menteri, saya tidak akan
teragak-agak untuk mendengar nasihat Tun Mahathir dan melantik beliau menjadi
"Minister Mentor" seperti Lee Kuan Yew kerana kebolehan dan kekuatan
"soft power" Tun Mahathir adalah unik dan tidak boleh dibeli daripada
mana-mana jururunding (consultant). Mendiang Lee Kuan Yew juga punya kekuatan
yang sama seperti Tun Mahathir dalam hal ini - seperti juga almarhum Sukarno
yang terkenal dengan gerakan Pan Asia-Afrika.
Semoga Allah lanjutkan usia Tun Mahathir untuk selamatkan
negara berbekalkan kudrat yang beliau masih mampu infaqkan seperti halnya
"soft power" tadi khusus bagi memudahkan generasi pelapis pemimpin
muda untuk mendepani cabaran dan kemelut politik, ekonomi dan geopolitik yang
semakin mengganas kini. Amin.
1 ulasan:
Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.
Catat Komen