Ahad, 27 September 2015

Percubaan membantu Najib Razak dan 1MDB (tapi tak diendah)




1. Saya mula ambil peduli tentang 1MDB bila Ahmad Maslan kata nak bagi "credit facility" dalam parlimen sekitar hujung 2014. Lepas tu Tun M bising dalam blog secara berlapik.

2. Sekitar bulan Mac 2015 yang lalu saya pertama kali menulis tentang 1MDB dalam blog saya (rujuk: http://goo.gl/bcNmIf).

Kemudian saya terjemahkannya dalam tiga siri artikel yang telah diterbitkan oleh The Malaysian Reserve:
(1) Geopolitical Risk Of 1MDB Could Be A Reality: http://goo.gl/7mTu23' 
(2) Is Edra Energy's IPO The Best Way Forward For 1MDB?: http://goo.gl/BrNhCo 
(3) Ways To Save 1MDB Assets: http://goo.gl/toFz5D

Saya juga muncul di MOBTV untuk jelaskan tentang cara selamatkan aset 1MDB: https://youtu.be/xZv3PBaPK6Q

3. Sekitar bulan Mei saya bagi satu lagi penyelesaian iaitu menggunakan PROKHAS untuk "contract novation" terhadap semua urusan niaga yang 1MDB ada dengan Goldman Sachs: http://goo.gl/BHLEnU

4. Ketika itu saya amat-amat berlapang dada (husn ẓann) dengan Najib Razak dan 1MDB. Saya hanya tumpu pada soal nak selamatkan aset (contractual) bukan jenayah (criminal). 

5. Saya sempat jumpa Tun M bersama beberapa NGO sekitar hujung 2014 dan awal 2015 bagi membincangkan isu Akta Hasutan dan berhubung keadaan ekonomi negara. Ketika itu Tun M dah zahirkan kerisauan tapi belum ke tahap mengisytiharkan untuk menyuruh Najib Razak letak jawatan.

6. Sekitar bulan March itu juga saya hubungi salah seorang setiausaha politik PM Najib Razak (nama dirahsiakan) untuk mencadangkan penyelesaian seperti yang tertera dalam "screen grab" WhatsApp saya dengan beliau. Saya terang dengan jelas dan jujur bahawa penyelesaian saya itu tidak akan digemari oleh Najib Razak tetapi dapat selamatkan negara dan UMNO.

7. Pada masa yang sama setelah saya terbit-siarkan cadangan penyelesaian saya untuk 1MDB, Pak Haji Azmi Arshad turut memberi jawapan balas yang baik. Saya juga berlapang dada (husn ẓann) dengan beliau tapi seperti yang saya siarkan dalam "screen grab" mesej saya dengan beliau dalam Facebook ketika itu, beliau ada pandangan yang "terlampau" berlapang dada dengan semua skandal milik UMNO seperti lembu dalam kondo NFC.




8. Seperti dalam kedua-dua perhubungan saya dengan SetPol PM dan Pak Haji Azmi Arshad, pendirian moral saya JELAS bahawa Najib Razak harus direhatkan. Ketika itu saya belum kaji secara lumat sudut jenayah 1MDB khusus melibatkan pengubahan wang haram (money laundering) yang kini sedang disiasat oleh Amerika, Swiss, Hong Kong, Singapura dan Bank Negara. Saya hanya tumpu kepada HUTANG 1MDB kerana risau ianya menjadi jerat perhambaan ekonomi oleh vulture funds yang memang menantikan aset strategik yang ada pada 1MDB.

9. Saya memang tak nak tulis pasal 1MDB selepas saya pergi ke Scandinavia. Tapi bila saya balik saya dikejutkan dengan berita bahawa IPIC akan bantu urusan hutang 1MDB dengan cara menggadaikan aset. Di situ saya sudah berasa syak yang amat tinggi tentang sudut jenayah. Dalam masa seminggu ketika bulan Jun, saya baca SEMUA artikel dan laporan Sarawak Report, The Edge. Saya juga baca BANYAK laporan-laporan berhubung "money laundering" dan Akta RICO di Amerika Syarikat. 

10. Saya semak semula laporan Louise Story dan Stephanie Saul dalam "The New York Times" yang tersiar sekitar bulan Februari 2015 berhubung Jho Low disyaki mengubah wang haram dengan membeli kondominium mewah di Menara Time Warner di Manhattan (http://goo.gl/TMPZH4). Saya yakin RICO berpotensi dikenakan ke atas 1MDB dan Najib Razak melalui Jho Low. Ketika itu saya tak jelas sangat peranan Jasmine Loo sebab masa tu Special Task Force 1MDB belum dibuat oleh Gani Patail dan Bank Negara belum keluar "WANTED" notice untuk Casey Tang dan Jasmine Loo. Justo pun tiada siapa tahu.

11. Saya tulis pasal RICO, tersiar dalam The Malaysian Reserve (http://goo.gl/sqviGi) dan saya terjemah dan tersiar dalam Sinar Harian (http://goo.gl/jqhnZd).

12. Saya terkejut tengok Pak Haji Azmi Arshad entah dari mana sangkal artikel RICO saya yang disiarkan oleh MyNation (http://goo.gl/kVnYQO). Dia kata artikel saya itu tidak relevan. Kalau tak relevan kenapa perlu tulis satu bangkangan? 

13. Kemudian rakan saya Aidil Khalid bocorkan satu mesej rahsia antara Azmi Arshad dan rakan-rakan saya yang lain. Rupa-rupanya ada percubaan untuk memfitnah Tun Mahathir, Tun Daim untuk tutup bangkai 1MDB dan Najib Razak. (rujuk pendedahan panjang Aidil di: https://goo.gl/avQCyX).

14. Kemudian terzahirlah sifat sebenar bloggers dan pakatan Ahzab yang terdiri daripada spinmeister Lim Sian See, RPK, Azmi Arshad, Seademon, BigDog, RockyBru dan ramai lagi. Mereka cuba sedaya upaya untuk menunjukkan bahawa Tun Mahathir, Tun Daim berniat jahat untuk gulingkan Najib Razak dengan cara memfitnah 1MDB dan kononnya Tun Mahathir nak jaga kroni IPP beliau yang dah banyak jual IPP pada 1MDB. 

15. Sekarang kita tahu semua itu adalah BATIL dan AUTA. Hendaknya bila orang yang tak bersalah seperti Tan Sri Muhyiddin, Shafie Apdal dibuang sebegitu saja. Lepas tu datang pula Wall Street Journal. Kencing sana, kencing sini, kantoi pula duit "derma" masuk akaun peribadi. 

16. Kemudian bila Special Task Force 1MDB mula siasat, kita dikejutkan dengan kehilangan Nik Faisal Kamil Arif dan Datuk Suboh Yassin. Saya macam teringat tentang Datuk Suboh Yassin. Rupanya saya pernah terserempak dengan beliau di Conference Nuklear di Hilton KL awal tahun 2015. Saya pun buat siasatan rapi dengan mengambil semua dokumen awam di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan punyalah saya terkejut sebab itu saya tulis artikel bahawa 1MDB kalau tak jadi macam ni memang berminat untuk buat projek nuklear. (rujuk: http://goo.gl/Z4ZlJr)

17. Kemudian datang taktik kasar: Gani Patail kena pecat. The Edge kena ban. SPRM kena transfer ke JPM. Zeti kena ugut. Terkini Datuk Khairuddin kena tahan di bawah SOSMA. Adakah beliau pengganas??? 

18. Ketika saya mula-mula tulis pasal 1MDB saya pun tak sangka akan jadi begini sampai FBI, Justice Department siasat. Tapi saya dah agak akan berlaku ketika bulan Jun bila saya tulis artikel pasal RICO sebabnya JHO LOW dan RIZA AZIZ itu terlampau galak dan "visible" rakus membuang duit ke sana ke mari di New York. 

19. Saya sudah cuba yang terbaik. Saya sudah memberi cadangan JALAN KELUAR sebelum saya mengkritik hebat seperti sekarang - sama juga seperti Tun Mahathir yang sudah berkali-kali beliau nasihat secara tertutup dengan Najib Razak. Tapi rupanya Allāh SWT nak uji kita semua dengan ujian yang amat besar dengan kejatuhan mata wang ringgit, dengan hutang 1MDB yang semakin membesar, dan akan datang Federal Reserve nak naikkan kadar faedah yang akan trigger lebih banyak capital flight. 

20. Saya sudah tunaikan tanggungjawab Fard Kifayah saya sekadar saya mampu tatkala orang-orang yang lebih mampu seperti para akauntan bertauliah, tokoh korporat, senyap kaku. Saya akan teruskan sedaya mampu sebab kita nak cuci dan bersihkan balik semua kotoran degil 1MDB selepas ini dibawah kepimpinan yang baru kelak. Bukan mudah. Saya jangka kita boleh dapatkan paling koman, kira cincai RM 27 bilion. Yang lain tu kita kena buat "tort" untuk "restitution" of "unjust enrichment". Itu terpulang kepada AG kita nanti kepada Allah kah dia akan bertaqwa sepenuhnya atau kepada siapa. 

Wallahua'lam.

2 ulasan:

MfR berkata...

Masalah akan lebih besar berlaku sekiranya US gunakan peluang ini untuk mengugut najib sign document/ perjanjian yg mnguntungkan mereka.

dan pada masa yang sama kita menanggung hutang Negara. adakah najib Razak dan ahli keluarga beliau yang akan menanggung beban hutang 1MDB???? sudah pasti rakyat yang akan menanggung dan kemajuan negara pasti akan tergendala dek beban hutang yg berlebihan.

najib Razak. anda telah korbankan masa depan Generasi akan datang. 2009 anda dilantik menjadi PM dalam masa xsampai 6 tahun, Malaysia hampir muflis. segala usaha pemimpin terdahulu selama lebih 50 tahun. anda hancurkan dlm masa tak sampai 6 tahun. Sekiranya Tun Razak tahu, mesti Allahyarham rasa umpama pisau ditusuk kejantung beliau. Kenapa anda tak lakukan lebih awal, ketika Tun Razak masih hidup, amik pisau tikam kedada beliau. Mungkin juga dengan cara musnahkan negara yang Tun Razak penat lelah sparuh hidup bangunkan lebih menngembirakan buat anda

IBU,FITRI SULISTIAWATI berkata...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.