Ahad, 12 Julai 2015

"Memulas Tangan" Najib (Arm-Twisting Najib): TPPA satu senjata ekonomi Amerika untuk menguasai Selat Melaka


Status Facebook Robert Reich yang menyentuh kepentingan Malaysia kepada Amerika dalam TPPA berserta laporan "The Diplomat" berkenaan ucapan US Defense Secreatary bahawa TPPA sama penting seperti Aircraft Carrier.


oleh Wan Fayhsal

"Robert, I agree with what you've written above but you missed one thing: It's not only "carrots" but also "stick" was used to arm-twisting Prime Minister Najib as revealed by The Wall Street Journal recently after receiving crucial documents from whistleblowers on his alleged kleptocratic practices using stated-owned "strategic development company" to siphon billions from state coffers for election purposes."

---

Siapakah Robert Reich? Beliau ialah Profesor Ekonomi yang pernah menjadi US Secretary of Labor ketika zaman Bill Clinton, dan pernah berkhidmat di bawah Presiden Ford dan Carter. 

Apa yang beliau jelaskan disini dalam posting Facebook-nya (https://goo.gl/nAw0VE) tentang TPPA, ianya senada dengan apa yang saya telah tulis baru-baru ini "Apakah pembongkaran skandal 1MDB satu bentuk konspirasi tangan-tangan asing?" (http://goo.gl/K8cMky)

Kenapa Malaysia sangat-sangat penting untuk Obama perlu sedaya upaya memastikan Malaysia tandatangani perjanjiannya? 

(1) Dasar "containment" ke atas China.  

(2) Amerika mahu lancarkan Doktrin Carter di Selat Melaka, sama seperti yang sudah ada di Selat Hormuz. 
(*Ada satu lagi sebab tapi saya rasa ini "complex" untuk perbahasan awam. Kita simpan dulu.)

Kenapa? Simple. Kerana laluan perdagangan dan paling penting apa yang mantan Presiden China Hu Jintao pernah mengeluh iaitu "Dilema Melaka" (Malacca's Dilemma) yang berlaku ke atas China. 

Hampir 70% keperluan tenaga minya dan gas asli negara-negara Asia Timur khusus seperti China, Jepun, dan Korea dieksport melalui Selat Melaka yang digelar sebagai sebuah laluan sempit (chokepoint) terpenting di dunia.  

Kalau kita ingat sewaktu operasi pencarian MH370, Amerika "membantu" dengan menghantar kapal terbang P-8 Poseidon milik US Navy yang mana salah satu fungsinya ialah "electronic signals intelligence" (ELINT). 

Seperti pepatah Melayu "sambil menyelam minum air", US Navy disamping membantu kerja-kerja mencari MH370, mereka juga telah lakukan "reconnaissance" melalui "sweeping" muka bumi dan muka laut Selat Melaka daripada udara. 

Kesemua fakta ini mengesahkan hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara perbentengan (buffer state) antara Amerika dan China. 

Bermakna sebelum perang sebenar meletus dengan China, Malaysia adalah aset strategik untuk menyerap dan melemahkan pengaruh China antara Lautan Hindi dan Lautan Cina Selatan yang penuh dengan aset yang China gelar sebagai "String of Pearls" seperti pelabuhan yang dibina dipersisiran SLOC (Sea Lines of Communication) dari Timur Tengah hingga ke China. 

(Rujuk juga tulisan saya "Geopolitik, Kedaulatan dan POTA" http://goo.gl/tECcua)

Sudah tentu kita maklum bahawa sidang kemuncak rundingan TPPA akan berlaku hujung bulan Julai ini. Amerika tidak bodoh. Mereka ingin berunding dalam keadaan mereka ada "upper hand" ke atas semua negara-negara yang "dipelawa" masuk ke dalam TPPA. 

Kita dah dapat banyak "sweetener" sebelum ini seperti kerusi di Majlis Keselamatan PBB, lawatan Obama, dan entah apa lagi yang kita tidak dimaklumkan. 

Kini mereka cuba ambil kesempatan atas kesilapan (blunder) DS Najib melalui 1MDB yang telah berjaya ditembusi oleh Kuda Trojan Kewangan Amerika iaitu Goldman Sachs melalui jerat hutang seperti kes Greece. Semua ini adalah "tell tale" modus operandi "Economic Hitmen" yang dijelaskan oleh John Perkins. 

Adalah tidak menghairankan dari segi "timing" pendedahan The Wall Street Journal berhubung skandal 1MDB dan DS Najib berlaku pada saat ini sebagai salah satu desakan untuk memulas tangan DS Najib satu taktik Machiavelli bergelar "Green Room" yang biasa digunakan dalam rundingan-rundingan perjanjian perdagangan yang penting khusus dalam siri rundingan Badan Perdagangan Dunia (WTO) dahulu.

Mampukah DS Najib dalam keadaan kredibiliti moralnya terjejas teruk dan terdedah kepada keberangkalian untuk diperas ugut untuk menutup skandal 1MDB mampu mewakili kita dan kepentingan negara dalam rundingan TPPA?


Tiada ulasan: