Oleh Wan Fayhsal
Saya masih memikirkan banyak perkara –
khusus yang tersirat, berhubung muʿāmalah (engagement)
saya dengan kumpulan Sisters In Islam pada 25hb Apil 2015, dalam forum “Kebangkitan Islamisme dan Demokrasi” yang
mereka anjur bertempat di Hotel Concorde, Jalan Sultan Ismail, KL.
Seperti biasa dicelah-celah perbahasan
panjang lebar berkenaan Islamisme (atau political
Islam, harakah Islamiyah) antara persoalan yang sering dibangkitkan ialah
mengenai kewajipan berhijab untuk wanita.
Saya cuba letakkan diri saya dalam
situasi mereka. Mengapa mereka membantah, membentak dan seperti “rebellious” terhadap tuntutan ini?
Secara zahir mereka berhujah bahawa hijab
itu tiada dalil dalam Qurʾān berkenaannya (samalah juga dengan sejumlah masalah
yang lain seperti kewajipan menegakkan kerajaan dan pemerintahan Islam) tapi
mereka masih belum faham (mungkin) perintah dan istilah “menutup aurat” seperti
dalam ayat 31 dalam surah al-Nūr. Kita juga maklum pelbagai lagi hadīth aḥkām (legal rulings) berhubung aurat yang
mungkin mereka tidak fahami lagi.
Bila saya renung, saya teringat saya juga
ada kisah peribadi tentang menutup aurat.
Sebagai pemain ragbi sewaktu di
universiti (ni sebelum masuk Jemaah Islam Kampus), saya selalu pakai “short
rugby” yang sangat pendek – atas lutut dan ketat. Itu memang sifat “short
rugby” sebab ianya “contact sport” maka kena “fit to the thigh”.
Jadi saya selalulah berulang pergi dan balik dari padang ke hostel dengan seluar pendek yang ketat. Bila saya pergi ke café, saya selau nampak poster kempen tutup aurat yang Rakan Masjid UTP tampal di merata tempat.
Entahlah lama-lama bila hati saya tertarik ke masjid sebab suka dengar ceramah Ustaz Rahmat Abu Seman yang merupakan Imam II Masjid al-Nūr UTP yang bagi saya lain daripada yang selalu saya dengar tentang Islām (ada banyak asbab lain macam mana hidayah sampai kepada saya).
Jadi saya selalulah berulang pergi dan balik dari padang ke hostel dengan seluar pendek yang ketat. Bila saya pergi ke café, saya selau nampak poster kempen tutup aurat yang Rakan Masjid UTP tampal di merata tempat.
Entahlah lama-lama bila hati saya tertarik ke masjid sebab suka dengar ceramah Ustaz Rahmat Abu Seman yang merupakan Imam II Masjid al-Nūr UTP yang bagi saya lain daripada yang selalu saya dengar tentang Islām (ada banyak asbab lain macam mana hidayah sampai kepada saya).
Lebih kurang setahun kemudian saya dengan
rela hati memakai “thigh lycra” dan “knee guard” dengan “short rugby” untuk
memenuhi kegiatan dan hobi sukan saya mewakili UTP dalam sukan ragbi. Kesedaran
saya untuk menutup aurat bukan selepas masuk Jemaah Islam Kampus tetapi sebelum
itu (kalau tak, takkan mereka bawa saya ke tamrin perkaderan bukan?).
Apa sebenarnya yang mencetuskan kesedaran
dan mendorong saya dengan rela hati untuk menutup aurat?
Bila saya muhasabah balik kini dengan
sedikit ilmu dan kefahaman Islām yang lebih mantap daripada sebelumnya, saya
sedar pilihan saya itu bukan kerana saya takut dan rasa dipaksa dengan hukum
Fiqh, tapi ada sesuatu yang lebih besar daripada itu…
Sebenarnya saya baru sedar bila saya
muhasabah bahawa sebelum saya menutup
aurat, saya sebenarnya telah menutup MARUAH dulu atau dalam kata asal
Arabnya: MURŪʾAH.
Apakah itu “murūʾah”? Dari segi bahasa
ianya daripada kata akar “marʾun” (person).
Dari segi istilah, Imām al-Mawārdī dalam
karyanya yang masyhur – Adāb al-Dunyā
wa’l-Dīn (Adab of Living and Religion) mentaʿrifkannya sebagai:
“Menjaga hal
keadaan (murāʿat al-aḥwāl) atau
akhlak yang paling utama sehingga tidak kelihatan pada diri seseorang sesuatu
yang buruk atau hina dan tidak mengikuti sesuatu yang dipandang jelek akan
sifat yang selayaknya untuk insan (lā
yatawjjahu ilayha dhammun bi-istiḥqāq)”
Ringkasnya dalam bahasa Melayu “keperibudian” atau “keperibadian” atau bahasa Inggeris-nya “(hu)manhood” [marah pula feminis kalau tak leta “hu-], “gallantry” dan “sense of honour”.
Imām al-Mawārdī juga menjelaskan murūʾah sebagai perhiasan (ornament) kepada insan.
Ianya juga berkait rapat dengan soal ḥayāʾ (malu) yang kita semua tahu
daripada ḥadīth Nabī (saw) sebahagian daripada iman.
Inilah pada hemat saya maqṣad (tujuan) sebenar arahan daripada
Allah SWT dan Rasul-Nya dalam memerintah kita untuk menutup aurat. Yang mana
hijab, jilbab untuk wanita itu merupakan satu kemestian yang perlu dipenuhi
untuk menyempurnakan tuntutan tersebut.
Kalau begitu, maka kita kena tahu
bagaimana sebenarnya kita dapat memberi kefahaman yang betul dalam menjemput
mereka (bukan ‘pontificate’) untuk
menutup dan menyempurnakan murūʾah terlebih dahulu sebelum mengajak untuk
menutup aurat melalui berjilbab dan berhijab.
Hanya dengan cara ini kita dapat elak
fenomena nifāq sharʿī seperti sesetengah wanita di Iran yang memakai “chador” tetapi bila jejak pada bumi
asing terus tanggalkan.
Makanya sebarang kritikan berhubung
hukum-hakam ke atas golongan Muslim yang berfikiran liberal adalah tidak
mujarab dan “make sense” kepada pemikiran
beragama (religious logic) mereka.
Kita tahu usaha untuk menerangkan hal ini
tidak mudah. Ada halangan-halangan berbentuk epistemik malah juga ontologik
yang telah menyelaputi (scaffolded) pemikiran
atau lebih tepat pandangan alam kumpulan seperti Sisters in Islam dan yang
sepesen dengannya.
HAMBA
Kami di CASIS di ajar oleh Prof. SM
Naquib Al-Attas dan para anak muridnya untuk sentiasa merungkai keteraturan
tersirat (implicate order) juga
menggali keluar berhala-berhala konsep (excavating
conceptual idols) yang tertanam dalam pemikiran mereka yang ganjil (shādh) dalam menanggapi dan mengamali
Islām khusus Sharīʿah.
Kemahiran ini digarap oleh guru kami
Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud dalam mata kuliah yang beliau ajar iatu “Worldview and Epistemic Framework.”
Saya cuba amati secara mendalam setiap
persoalan dan pertanyaan yang dibangkitkan ahli Sisters In Islam dan para
penyokong mereka dan saya sedar bahawa pandangan alam Islam mereka itu berdiri
atas asas yang berbeda dengan pandangan alam Islam sejati ahl al-Sunnah dalam
bab ontologik – iaitu tempat, kedudukan dan hubungan antara diri mereka sebagai
insan dengan Tuhan.
Pendek kata asas dan logik beragama
mereka didasari dan dibingkai kepada faham “human
rights” yang bersifat Promethean.
“Human
rights” kita tahu tapi apa itu Promethean?
Promethean adalah sifat yang diambil sempena mitos Yunani yang masyhur berhubung insan separa tuhan (demigod) bernama Prometheus yang telah mencuri api yang disembunyikan Zeus (tuhan terhebat Yunani kuno).
Promethean adalah sifat yang diambil sempena mitos Yunani yang masyhur berhubung insan separa tuhan (demigod) bernama Prometheus yang telah mencuri api yang disembunyikan Zeus (tuhan terhebat Yunani kuno).
Setelah ditangkap beliau dihukum dengan
diikat pada batu dan limpanya dipatuk oleh Helang Kaukasia kemudian pada
sebelah malanya ianya tumbuh semula, kemudian dipatuk lagi pada sebelah pagi
sehinggalah satu hari Hercules selamatkannya.
Sarjana dan pemikir Islam seperti Seyyed
Hosein Nasr dan Al-Attas merujuk istilah “Promethean
Man” (insan Promethean) sebagai manusia
yang mencabar keteraturan dan autoriti Tuhan. Manusia yang memberontak ke
atas segala ketetapan dan hak yang telah termaktub ke atas setiap insan dari
Nabi Adam sampai kiamat. Dan cara-gaya dan kefahaman ini amat menular di
kalangan orang Barat.
Persoalannya di sini apakah hak itu yang
tidak difahami oleh orang Barat yang sekular dan Muslim yang berfikrah liberal
dan moderat?
Jawapannya ialah, “Hak Sebagai Hamba-Nya” atau dalam istilah Arab-Islaminya: Ḥuqūq al-ʿIbād.
Jawapannya ialah, “Hak Sebagai Hamba-Nya” atau dalam istilah Arab-Islaminya: Ḥuqūq al-ʿIbād.
Perasan tak ada semacam satu tanāquḍ (percanggahan) dan oxymoron dalam faham dan konsep “Hak
Sebagai Hamba-Nya”?
Sejak bila seorang hamba itu memiliki
HAK?! Bukankah seorang hamba itu tidak memiliki apa-apa dalam jalan perhambaan
(serfdom)?
Ya, ada hak untuk seorang hamba Allah: hak dan tanggungjawab untuk membayar hutang dengan menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah SWT ke atas segala ketetapan yang Allah SWT telah berikan kepada setiap hamba-Nya: yang baik dan buruk (khayrun wa sharrun), yang manis dan yang pahit (ḥulwun wa murrun)
Ya, ada hak untuk seorang hamba Allah: hak dan tanggungjawab untuk membayar hutang dengan menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah SWT ke atas segala ketetapan yang Allah SWT telah berikan kepada setiap hamba-Nya: yang baik dan buruk (khayrun wa sharrun), yang manis dan yang pahit (ḥulwun wa murrun)
Harus diingat, istilah hak dalam Islām
tidak sekadar “rights” tapi juga berserta tanggungjawab (responsibilities) –
sesuatu yang tidak wujud dalam wacana “rights” di Barat kerana sifat
individualisme yang amat tebal sudah menenggelamkan perihal “duties” yang hanya
wujud dalam perhubungan antara dua atau lebih pihak.
Ada sarjana yang guna istilah “karāmah
al-insāniyah” (human dignity) tapi
ini tidak menggambarkan status ontologik yang paling asas dalam Islām berhubung
insan vis-à-vis Tuhan yang lebih tepat dalam konsep “haq al-ʿabd” (rights and duties of bondsmen).
Maka fahamilah kita bahawa Sisters In
Islam dan yang sepesen dengannya itu berdiri atas wacana Human Rights yang
sempit lagi Promethean, yang lahir daripada rahim sekularisasi pengalaman
beragama Barat yang menatijahkan faham positivisme, individualisme dan
kebebasan yang tidak berpandukan wahyu.
PENTINGNYA AL-ATTAS
Padanlah saya faham golongan Sisters In
Islam ini tidak mampu menerima teguran dan nasihat daripada golongan yang
dilihat mereka sebagai authoritarian,
bengis dan “holier than thou” yang
mereka anggap wujud dalam semua insan yang bergelar ulama’.
Sebab so-called
ʿUlama’ ini sering “pontificate”
iaitu memaksa-maksa (imposing) sesuatu hukum tanpa mendidik – ya’ni
dengan menunjukkan di mana silapnya asas berfikir dan kerangka epistemik
golongan ini sebelum membalas dengan segala jenis dalil dan hukum sharaʿ.
Alhamdulillah saya boleh faham mengapa
ramai kaum Muslimin di zaman moden ini terperangkap tanpa sedar dan sedar ke
dalam ranah ini kerana itu adalah semangat zaman ini (zeitgeist) atau apa yang Al-Attas jelaskan sebagai “sekularisasi
sebagai satu rencana falsafah”.
Dan ubat untuk penyakit ini tiada lain
ialah pendidikan atau lebih tepat dalam istilah Al-Attas: taʿdīb, iaitu:
“satu gerak usaha
untuk menanamkan dalam diri insan akan kemampuan untuk pengenal pastian (recognition) dan pengiktirafan (acknowledgement) “kedudukan setiap
sesuatu” dalam aturan mawjud (creation)
yang akan menatijahkan pengenal pastian dan pengiktirafan akan kedudukan Tuhan
dalam kedudukan, darajat, dan keteraturan bagi setiap yang mawjud dan wujud (in the order of creation and existence).”
Dan ubat
untuk Sisters In Islam dan kita semua selaku insan yang senantiasa lupa akan
hakikat perhambaan kita ialah dengan memahami sampai lumat risalah Al-Attas
bertajuk “Islām: Faham Agama dan Asas
Akhlaq” (atau dalam B Inggeris – Islām:
The Concept of Religion and the Foundation of Ethics and Morality).
Dalam risalah ini huraian yang amat-amat
dahsyat lagi bermakna berhubung makna “Agama” (al-Dīn) yang Al-Attas telah sharahkan dan bina satu sistem berfikir
yang amat ampuh yang mana ditekankan oleh Al-Attas asas agama kita sebagai
seorang Muslim ialah “KEBERHUTANGAN” (yang diambil daripada makna al-Dayn berkongsi akar dengan al-Dīn) kepada Pencipta kita.
Bila kita faham mengapa Islām itu agama
yang berdiri atas faham “keberhutangan” maka menjadi seorang Muslim itu –
seperti ulas Al-Attas, adalah satu penyerahan (aslama – yang terbitkan kata pelakunya iaitu istilah “Muslim”) dan bagi mereka yang mampu
menyerahkan dengan penuh ikhlas dan redha mencapai tahap “Muʿmin” yang merupakan kata pelaku kepada akar kata āmana yakni membawa maksud “mencapai
keamanan dan selamat” (peace and safety).
Sepanjang saya baca, dan kaji sekian
banyak kitab dan buku yang menerangkan berkenaan Islam, tiada pernah saya jumpa
satu huraian yang mendalam, yang sistematik dan yang amat menusuk aqal seperti
mana Al-Attas telah jelaskan dalam risalahnya yang mahsyur itu yang juga
dijadikan bab penting dalam karya agung beliau yang awal iaitu “Islām and Secularism” (1978).
Kalaulah golongan Muslim modenis dan
liberal faham asas aqidah dan pandangan alam ini – yakni makna al-Dīn, Islām, Muslim, Muʾmin dan banyak
lagi kata kunci yang menayangkan peri makna Pandangan Alam Islām yang tulen
tanpa diselaputi faham sekularisme – maka nescaya kita dapat betulkan kekeliruan
dan kesalah fahaman yang mereka telah berpaut pada dahan rapuh Promethean Man
yang menjadi asas kepada faham Human Rights yang membentuk wacana mereka.
3 ulasan:
Saya tidak fikir golongan yang mempersoal kewajipan berhijab semestinya menafikan hukum Tuhan. Perlu dibeza golongan “penafi” ini dengan golongan yang berhujah bahawa hukum tersebut merupakan tashri’ zamani yakni terbatas kepada ruang waktu tanzilnya ayat-ayat tersebut, bukan kerana wahyu itu sendiri tidak terguna pakai di masa kini, tetapi sebaliknya, kerana Shariah itu sendiri mengambil kira soal ‘urf, adat dan keadaan masyarakat dalam menggubal hukum. Hujah yang lazim saya dengari ialah pemakaian hijab pada zaman tersebut merupakan adat resam golongan bangsawan atau kelas atasan. Maka hukum mewajibkan pemakaian hijab asalnya bertujuan mengangkat martabat kaum Hawa tanpa mengira kedudukan dan darjat agar mereka dilihat setaraf dengan para bangsawan. Sama ada kita bersetuju dengan hujah bercorak sejarawi (historicist – teringat Fazlur Rahman dan ‘double movement theory’ beliau) ini soal kedua: pokok pangkalnya ialah, kadang kala titik permulaan golongan yang tampak seperti “mencabar” kewibawaan Shariah hakikatnya ialah kemurnian Shariah itu sendiri, cuma mungkin dalil dan sudut pandang mereka berbeza.
Penekanan terhadap hak (rights) dalam wacana hak asasi manusia (human rights) Barat mungkin nampak seperti berat sebelah, berbeza dengan faham haqq/huquq yang merangkumi hak-hak dan tanggungjawab, tetapi saya fikir ini ada kaitannya dengan sejarah timbulnya faham dan pergerakan human rights itu sendiri, yang tidak semestinya menepikan akan pentingnya tanggungjawab tetapi sebaliknya, sebagai bidasan atau jawapan terhadap pemerintahan kuku besi khususnya jika kita ambil kira bahawa Pengisytiharan Hak Asasi Sedunia (Universal Declaration of Human Rights) digubal hanya beberapa tahun selepas tumbangnya rejim Nazi di Jerman.
Penggubalan tersebut menzahirkan kesedaran masyarakat Barat bahawa sesebuah negara itu tidak boleh berdiri di atas undang-undang semata-mata, tetapi undang-undang itu sendiri perlu tertakluk kepada undang-undang yang lebih tinggi (higher law) agar undang-undang kerajaan (state law) dapat dinilai—bahkan ditolak—jika tidak menghormati hak-hak yang dilihat sebagai asas bagi setiap insan. Pada hemat saya itulah sebabnya tumpuan awalnya ialah terhadap hak-hak kemasyarakatan dan siasah (civil and political rights), yakni sebagai benteng penyelamat dari undang-undang yang boleh menodai kemuliaan insan yang dilahirkan antara lain, melalui hak-haknya. Wa’Lahu a’alam.
Terima kasih saudara Hazri. Satu ulasan balas yang cermat dan baik sekali. Saya setuju belaka.
Saya mengambil contoh Promethean Man bukan untuk mendakwa golongan seperti SIS atas landasan aqidah tetapi sebagai satu tilikan yang lebih mendasar yang menimbulkan ragam dan cara mereka melihat persoalan ahkam dalam Islam.
Intinya ialah adakah golongan feminis ini faham persoalan "Mithaq" dan "Indebtedness"?
Pada hemat saya mereka belum. Sebab itu mereka cenderung untuk seakan-akan "revolt" ke atas sebarang bentuk autoriti (macam Protestantisme) yang mereka anggap telah berlaku curang ke atas hak asasi manusia.
Ragam pemikiran dan mantiq mereka telah diserapi faham sekularisasinisme yakni "Open Future"; tidak boleh muktamad.
Catat Komen