Isnin, 23 Mac 2015

Syariah perlu berdiri di luar kerangka Perlembagaan Persekutuan

oleh Wan Fayhsal 

"Tak boleh buat, bertentangan dengan Perlembagaan."

Begitulah sekian banyak hujah dan alasan "teknikal" yang diberikan "pakar-pakar" sains politik berkenaan rang undang-undang berhubung hudud dan syariah. 

Kalau Perlembagaan bermasalah, maka kita harus ikhtiyar untuk merubah Perlembagaan Penjajahan (Occupation Constitution) ini. 

Sudahlah ianya disediakan oleh orang asing yang mana tiada SATU PUN wakil daripada orang Melayu - baik pemimpin dan sarjana - yang menyiapkan draf seterusnya Perlembagaan Persekutuan itu sendiri. Tiada beza dengan Perlembagaan Jepun pasca Perang Dunia Kedua yang dibuat oleh Amerika Syarikat! Hendaknya lagi ianya banyak disadur daripada undang-undang India yang merupakan "Jewel Crown of British Empire". 

Kebodohan apakah ini wahai orang Melayu, urusan rumah tangga kita yang menentukan adalah orang-orang asing yang tiada memahami adat, agama dan budaya kita? 

Perlembagaan Persekutuan seperti kata Martin Rudner adalah satu dokumen yang berdiri BUKAN kerana ianya sesuatu yang paling diterima (not because of its most acceptable to all) sebaliknya kerana ianya adalah sesuatu yang paling kurang ketidak terimaan (it was based on the least unacceptability of all).

Perlembagaan Persekutuan adalah dokumen kompromi (compromises) yang mana paling-paling banyak kena kompromi dan rugi adalah MELAYU.

Daripada sebuah peradaban kita dikecilkan menjadi bangsa (from a "civilization" we have been reduced into a "race") HANYA kerana mahu membuka ruang untuk bangsa lain menjadi warganegara di Tanah Melayu ini. 

Pelik, hudud atau lebih tepat Undang-Undang Syariah adalah sesuatu yang bersifat "peribumi" (indigenous) yang mana seperti kata RO Winstedt kalau bukan kerana penjajahan British, sudah tentu Syariah akan berdiri tegak di atas muka bumi Tanah Melayu ini!

Adakah orang Melayu boleh hidup tanpa Perlembagaan? Sudah tentu! Kita ada Sultan kita yang merupakan PUNCA KUASA (hakikat RESIDUAL POWER) ke atas segala kuasa politik yang ada kini: baik Perdana Menteri, Panglima Angkatan Tentera, Hakim semuanya adalah LANTIKAN Yang Dipertuan Agong. 

Perlembagan Persekutuan ditulis BUKAN untuk orang Melayu tetapi untuk bangsa lain yang baru nak kenal apa itu Tanah Melayu. 

Perlukah orang Melayu mentakrifkan dirinya sendiri seperti dalam Artikel 153? Buat apa?!! Kita kenal siapa kita! Yang tak kenal adalah bangsa lain!

Kalau kita ke India atau Tanah Besar China, apakah mereka perlu mentakrifkan Siapa itu Indian dan Siapa itu Chinese dalam Perlembagaan mereka??? Sudah tentu tidak!!!

Maka kembalilah kita kepada Institusi Kesultanan Melayu selaku punca kuasa tertinggi Tanah Melayu kerana merekalah yang mampu melangkaui kelemahan-kelemahan sistem tinggalan penjajah British ini. 

Seperti kata al-Mawardi, Syariah hanya tertegak bilamana selepas kefahamannya diberi kepada rakyat, dengan adanya "al-Sultan al-Qahir" (A Forceful Leader). Dan kita tahu sampai kiamat melalui Demokrasi ala Westminster di Malaysia ini sosok "al-Sultan al-Qahir" itu tidak akan mampu dicapai melalui Parlimen maka hendaklah kita orang Melayu melakukan Revolusi Politik dengan menaikkan semula Malis Raja-Raja pada tempat asal mereka dan rendahkah Demokrasi hanya sebagai pemudah cara (mean) seperti mana Sukarno kata bahawa:

"...di Indonesia demokrasi yang ada bukanlah demokrasi liberal, ianya juga bukan versi Montaigne dan Voltaire apatah lagi America atau Soviet ianya adalah demokrasi yang tertanam dalam sanubari rakyat Indonesia...Demokrasi hanyalah pengantara BUKAN matlamat! Matlamat ialah masyarakat yang adil dan makmur!"

Orang Melayu sampai bila kita dihalang "keadilan" untuk menuntut semula HAK PERADABAN kita yang telah diragut British dan kini demokrasi liberal. Mana mungkin "Baldatun Toyyibatun wa Rabbun Ghafur" dapat dicapai bilamana Islam hanyalah perhiasan dalam sistem politik mereka kerana DIKEKANG oleh tafsiran dan dokumen kompromi bernama Perlembagaan Persekutuan. 

Kembali kepada Majlis Raja-Raja Melayu bersama perantara Demokrasi Terpimpin; perjuangkan Perlembagaan Beraja BUKAN Raja Berpelembagaan! 

Kita tiada Cromwell, tiada Charles I dalam sejarah Melayu. Raja-Raja kita berdaulat dan tidak terputus sampai la ni!

Bersyukur dan berbanggalah menjadi Muslim, berbangsa Melayu, dan rakyat Malaysia!

Tiada ulasan: