Saya dan anak Melayu pertama dan satu-satunya yang berkhidmat di ROSATOM, saudara Khairuddin.
Selesai
sudah 3 hari saya berkampung di Hilton Kuala Lumpur dari 26 sampailah 28
Januari 2015 menghadiri persidangan tahunan Nuclear Power Asia 2015.
Saya hadir selaku felo penyelidik dan penganalisa geopolitik Putra Business
School (PBS) pada masa yang sama selaku anak muda yang ingin belajar dengan
lebih dekat daripada pakar-pakar nuklear negara serta dunia.
Sebelum
saya menghadirkan diri ke persidangan ini, saya telah lakukan banyak pembacaan
dan perbincangan dengan para profesor di PBS tentang nuklear.
Fokus
saya mudah: nuklear dan hubungannya (interface) dengan geopolitik
semasa.
Kelihatan
ramai pegawai daripada Agensi Nuklear Malaysia (badan yang bertanggungjawab
mengurus hal-hal Nuklear, dahulunya PUSPATI), Malaysia Nuclear Power
Corporation (MNPC - jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri yang
bertanggungjawab mengurus pelaksanaan program nuklear Malaysia) juga Lembaga
Perlesenan Tenaga Atom (Atomic Energy Licensing Board - AELB) yang juga
merupakan badan di bawah MOSTI yang diberi amanah untuk menguatkuasa Akta 304
berhubung benda-benda radioaktif.
Tidak
kurang juga syarikat-syarikat besar yang terkenal dalam industri nuklear
Westinghouse-Toshiba, GE Hitachi, Areva, Pillsbury, - masing-masing samada menjadi penaja
sampingan atau pembentang (baca: marketing
drive untuk produk mereka).
Pada hari pertama program, saya sempat hadir ke satu bengkel kempen kepada awam
untuk pembinaan loji tenaga nuklear yang dianjurkan julung kalinya oleh penaja
Platinum Nuclear Asia 2015 - Rosatom State Atomic Energy Corporation atau nama
glamour mereka - ROSATOM, yang berpengkalan di Russia.
Antara soalan yang telah saya tanyakan kepada para pegawai
ROSATOM:
(1) apakah wujud peranan stakeholder keagamaan, dalam konteks Russia, Gereja
Ortodoks Kristian, dalam merencana penerimaan awam terhadap projek loji tenaga
nuklear?
(2) selain daripada kempen nuklear untuk tenaga hijau, tidakkah
boleh kita berkempen bahawa projek tenaga nuklear sebagai satu inisiatif
pertahanan yang bersifat penegahan (defensive deterrent) untuk
diterangkan kepada rakyat Malaysia?
Untuk soalan (1) jawapannya amat minima. Saya saja tanya sebab
tengok Patriarch Gereja Ortodoks masuk Duma (Dewan Rakyat di Russia)
baru-baru ni kempen tentang isu moral - sesuatu yang asing di Barat apatah lagi
Russia sebagai negara bekas komunis. Tampaknya peranan agama semakin melebar di
Russia di bawah Presiden Vladimir Putin.
Jawapan kepada soalan (2) bermula dengan agak gamit kerana ramai
terkejut saya bertanyakan soalan yang agak kontroversi sebegitu "direct".
Sudah tentu jawapannya "NO". Tapi soalan saya tersebut telah
benar-benar menaikkan "suhu" bengkel.
Hari
pertama hanya tertumpu pada bengkel yang bersifat “public relation” untuk orang awam maka tidak
banyak yang bersifat teknikal dapat dibincangkan.
Keesokan
hariya pada sebelah pagi hari pertama persidangan saya tidak sempat bertanya
ketika sesi CEO MNPC, Dr Mohd Zamzam bercakap. Saya cadangnya nak bertanyakan
tentang halatuju program nuklear di Malaysia (saya akan jelaskan nanti kenapa
diistilahkan "program").
Tapi
saya sempat bertanya di hadapan semua hadirin ketika sesi pembentangan oleh
Nikolai Drozdov, Pengarah, Jabatan Urus Niaga Antarabangsa, Rosatom. Saya masih tertanya-tanya bagaimana India yang baru sahaja mengalamai peralihan kuasa melalui pelantikan Perdana Menteri yang baru iaitu daripada BJP, Narendra Modi boleh bersetuju dengan Rusia untuk menandatangani 12 NPP. Saya bertanya kepada Drozdov adakah India yang meminta Russia untuk membina NPP atau memang ianya satu usaha daripada Kremlin, melalui presidennya, Vladimir Putin yang menawarkan diri?
Masakan
baru saja Modi berkuasa, tak sampai setengah tahun sudah boleh membuat
keputusan sebegini besar dan penting untuk India. Kita kena ingat bahawasanya
Modi datang daripada parti BJP. Sebelum ini kuasa politik India berada di bawah
dinasti keluarga Gandhi yang menerajui Kongres Nasional India (INC).
Drozdov
menjawab secara diplomatik bahawa kedua-dua pihak ada mengusulkan dan akhirnya
menandatangani perjanjian yang besar ini.
Saya
juga ada bertanyakan soalan yang sama berkenaan Argentina yang kini di bawah Presiden Cristina Kirchner tentang perjanjian pembinaan NPP yang baru juga
ditandatangani tahun lepas dengan Russia tapi tidak berjawab pula - mungkin tak
berapa dengar.
Walaupun
jawapan yang diberikan tidak memuaskan tapi saya boleh "congak"
bagaimana dan kenapa perjanjian-perjanjian itu berlaku.
Untuk
India, walaupun Modi masih baru, jentera kerajaannya tetap lama. Sama seperti
Malaysia, keputusan-keputusan penting yang melibatkan dasar negara mungkin
sudah diputus lama sebelum peralihan kuasa melalui pilihan raya. Atau mungkin
saja dalam hal melibatkan dasar luar dan juga nuklear, India sudah punya
"doktrin" yang jelas, yang mana hubungan luar dengan Russia dan
terkini melalui permuafakatan orde baru BRICS (singkatan daripada gabungan
negara-negara kuasa baru ekonomi dunia Brazil, Russia, India, China dan Afrika
Selatan) memudahkan lagi keputusan antara India dan China di buat. Atau mungkin
saja India kini sudah boleh menghidu ancaman yang sedang berlegar di Lautan
Hindi dengan dasar baru Amerika - "Paksi Asia" (Asian Pivot)
telah "memaksa" India untuk membuat keputusan secara drastik
berkenaan nuklear ini.
Tentang
Argentina, ianya tidak lagi menjadi misteri kerana pada saat ini Presiden
Kirchner sedang berhempas pulas mempertahankan negara beliau daripada
terus-menerus ditekan secara ekonomi oleh Amerika Syarikat kerana kes hutang
negara yang melibatkan dana lindungan nilai (hedge fund).
Selesai
sesi pleno, diteruskan pula dengan sesi-sesi kecil yang dibahagikan mengikut
tema. Saya hadir ke slot berkenaan kerangka perundangan yang melibatkan
nuklear.
Macam
biasa, industri nuklear sangat-sangat ketat dari segi penyeliaan dan
penggubalan undang-undang (heavily regulated). Banyak sungguh akta dan
piawai (standard) yang perlu di penuhi dan melatih para petugas yang
bakal mengemudi dan menyelia NPP.
Dalam
sesi ini sibuk benar wakil daripada golongan anti-nuklear yang menisbahkan diri
mereka kepada kumpulan Radio Bangsar Utama yang bertanyakan tentang "sisa
buangan nuklear" (nuclear waste). Tapi macam biasa, hal ini tidak dijawab
oleh pembentang kerana lari daripada tajuk.
Persidangan
berhenti untuk makan tengah hari dan seperti biasa, ianya dipenuhi dengan
membuat jalinan (networking) antara para hadirin.
Pada
sebelah petang ada satu sesi yang penting iaitu berkenaan Model Hakmilik (Ownership
Model) NPP yang sudah tentu menyentuh perihal pendanaan (financing),
pengurusan perjanjian hakmilik (contracting) dan juga model hakmilik
nuklear.
Selaku
graduan kejuruteraan kimia dan pernah bertugas selaku eksekutif perancangan dan
strategi di PETRONAS, saya ada sedikit pengalaman dan terdedah dengan hal-hal
yang melibatkan projek mega yang bernilai jutaan dan bilion ringgit seperti
pembinaan Petrochemical complex, Gas terminal, Floating LNG. Saya selalu hadir
dalam mesyuarat bersama pengarah, pengarah kanan dan juga Naib Presiden
Divisyen Teknologi dan Kejuruteraan (T&E) PETRONAS yang mempunyai amanah
untuk membantu PETRONAS Carigali, Gas, Petrochemical yang banyak mengambil khidmat kepakaran
kejuruteraan dairpada divisyen T&E.
Projek
dalam industri minyak dan gas khusus yang melibatkan huluan (upstream)
juga sesetengah projek hiliran (downstream) menelan modal yang besar (capital
intensive). Sudah tentu kerumitan dan risiko juga sama besar hendaknya
kalau melibatkan pelbagai pihak dari negara luar.
Projek
atau lebih tepat - "program" Nuklear bagi saya lebih dahsyat
kerana bukan sahaja memakan tempoh yang lama (10-12 tahun pembinaan), lebih
rumit lagi melibatkan pemenuhan tuntutan perundangan (legal compliances)
yang digariskan badan nuklear antarabangsa khususnya IAEA.
Contoh,
kalau kita nak bina loji kuasa arang batu, prosesnya tiadalah rumit. Tak banyak
akta yang perlu kita ikuti. Kalau nuklear daripada mula nak gali Uranium
sampailah nak tutup-lupuskan NPP (decommissioning) - semuanya terikat
pada akta-akta yang ketat.
Berbalik
kepada isu hakmilik, pembentang pertama adalah Edward McGinnis, Timbalan
Pembantu Setiausaha, bahagian Hal Ehwal Nuklear Antarabangsa, Dasar dan
Kerjasama, Jabatan Tenaga Kerajaan Amerika Syarikat.
Pembentangan
beliau cukup rapi. Ini adalah lambang profesionalisme kuasa besar dunia telah
banyak "menambat" hati para penggubal dasar negara-negara dunia
ketiga khususnya yang rapat dengan budaya Anglo-Saxon seperti Malaysia.
Mengikut
McGinnis, model hakmilik antara kerajaan (government-to-government)
masih menjadi pilihan utama dalam industri nuklear. Ini bermakna sebarang
program nuklear takkan mampu dibuat sendiri melainkan ada kerjasama rapat
dengan negara nuklear atau lebih tepat antara negara-negara kuasa Veto yang
merajai Majlis Keselamatan UN (UNSC).
Projek
nuklear berskala besar dan sudah tentu ada banyak pilihan dalam melibatkan
pendanaan. Ada yang bersifat pendanaan 100% daripada kerajaan, ada yang
melibatkan perkongsian antara kerajaan (antara negara yang baru dengan negara
nuklear), pendanaan swasta dan berbagai lagi.
Dalam
sesi ini ditanyakan oleh seorang ahli hadirin, saya fikir seorang peguam
daripada syarikat bernama Rothschild (ya, siapa lagi kalau bukan keluarga
lagenda itu) yang bertanyakan mengapa
setakat ini tiada didapati dan dilaporkan pendanaan projek janakuasa nuklear
daripada pihak swasta?
Jawapan
McGinnis memang sesuatu yang dijangka: projek nuklear lebih sekadar tenaga.
Mana mungkin kita boleh izinkan pihak ketiga yang bukan kerajaan punya tangan dalam
pendanaan (ini berbeda untuk kerjasama
antara kerajaan: g-to-g). Mendanai bermaksud mempunyai kuasa untuk mengawal
atau dalam istilah bahasa Inggeris: “pulling the purse strings”.
Walaupun
ada pengecualian seperti model "Mankala" yang digunapakai dalam projek NPP di Finland, yang saya fikir tidak jauh beda dengan
model "Musharakah" yang ada dalam Mu'amalah Kewangan Islam yang berteraskan "risk-sharing".
Model ini memberi ruang kepada pemodal swasta untuk menyertai konsortium Mankala
bersama-sama dengan kerajaan dan pemodal lain.
Kenyataan
diplomatik McGinnis itu sepatutnya boleh dibaca dengan lebih mendalam bahawa program
NPP sebenarnya amat-amat strategik dan jauh lebih penting daripada sekadar
menjana tenaga. Masakan tidak, penglibatan Washington secara khusus dalam
siri-siri rundingan dan diplomasi dengan negara-negara nuklear adalah sesuatu
yang rutin.
Pada
hari kedua persidangan, sesi pleno pagi membicarakan perkembangan global
berkenaan tenaga nuklear. Saya sempat bertanyakan soalan kepada Yoshiki Ogata,
pengarah jabatan projek nuklear global, Mitsubishi Heavy Industries yang
membicarakan status NPP pasca Fukushima. Dalam pembentangan beliau banyak
ditunjukkan bagaimana Mitsubishi menambah baik sistem keselamatan dan
penyelenggaraan NPP dengan bantuan robot untuk memasuki kawasan yang beradiasi
tinggi.
Soalan
saya kepada beliau ialah berkenaan cabaran serangan dan sabotaj siber (cyber
espionage) yang mana satu virus bernama Stuxnet dilaporkan punya peranan
terhadap “meltdown” reaktor nuklear di
Fukushima. Stuxnet pertama kali dilaporkan pada awal tahun 2000 di mana ianya telah menyerang NPP Bushehr dan Natanz di Iran.
Selalunya serangan berlaku ke atas sistem kawalan
industri (ICS) dan dalam kes NPP Bushehr di Iran, ICS jenis SCADA (supervisory
control and data acquisition) Siemens yang mengakibatkan berlakunya “overdrive” ke atas pengempar (centrifuge)
yang digunakan untuk memisahkan Uranium-235 (untuk buat bom) daripada
Uranium-238 (bukan untuk buat bom). Banyak pengkaji Stuxnet telah mengesannya berpunca dari negara Israel.
Antara yang disyaki terlibat ialah syarikat keselamatan dari Israel - Magna BSP - telah
ditugaskan untuk menyelenggara sistem keselamatan Fukushima sebelum berlakunya
gempa bumi.
LEBIH PARAH lagi Stuxnet ini turut dilancarkan dari server yang ada di MALAYSIA!
Panjang cerita Stuxnet kalau hendak dibicara tapi pokoknya ialah sempadan maya negara kita sudah bocor di mana virus yang amat bahaya untuk sebarang sistem kawalan industri yang berkomputer berjaya lolos masuk dan bertindak ke atas NPP di negara lain melalui jaringan maya.
Kembali kepada pembentangan wakil Mitsubishi tadi, Encik
Ogata itu hanya memberi jawapan yang umum saja dan tiada dibangkitkan perihal
Stuxnet. Agak hampa.
Saya tak puas hati dan ketika waktu makan tengah hari,
saya meluangkan masa dengan delegasi dari Iran. Saya tanyakan hal yang sama
tapi jawapan yang mereka berikan pun agak hampa. Saya fikir apakah mereka
sebenarnya naif (nuclear nerds) atau ini merupakan protokol biasa yang
dipegang oleh pengamal dan pakar nuklear untuk tidak sentuh hal-hal sensitif
khusus melibatkan politik dan ketenteraan.
Tahun
2015 ini juga bakal menyaksikan penguatkuasaan Konvensyen Tambahan berkenaan
Pampasan ke atas Sebarang Kemalangan
melibatkan Nuklear (Convention on Supplementary Compensation for Nuclear
Damage - CSC) yang berusaha untuk memujuk semua negara samada yang ada
nuklear atau tidak untuk bersama-sama menerimanya.
Bilamana
sudah dikuatkuasa, CSC akan menjadi payung perundangan antarabangsa untuk
sebarang masalah pampasan kepada mangsa-mangsa yang terkesan dengan kemalangan
yang melibatkan nuklear.
Ianya
juga bertindak seperti tabung insurans yang akan membantu negara-negara yang
terbabit dalam ruang lingkup zon khas ekonomi (exclusive economic zone)
dan juga meletakkan parameter liabiliti
kewangan untuk pengendali NPP (operator), had masa untuk sebarang tuntutan yang
melibatkan perundangan, dan segala bentuk insurans dan kewangan.
Rumusan Ringkas
Melihat dan mendengar yang tersurat dan tersirat sepanjang 3
hari tersebut, saya yakin Maqasid kita dalam membuat pertimbangan untuk "go
nuclear" di
Malaysia belum lengkap kalau kita tak ambil kira faktor Pertahanan dan
Geopolitik.
Ya saya adalah penyokong kuat untuk "Malaysia Go Nuclear"
bukan sekadar untuk tenaga (yang sebenarnya kecil saja sumbangan ke dalam
"Energy Mix" negara) tapi lebih penting sebagai satu Ribat (Fortress) pertahanan negara.
Mungkin ada yang tanya dan risau tentang kos, juga isu Non
Proliferation Treaty (NPT) - jangan risau itu beres kalau kita nekad dan
faham Maqasid al-Shari'ah untuk MALAYSIA GO NUCLEAR - sudah tentu pilihan saya
ialah dengan ROSATOM, Insha-Allah akan saya huraikan dalam kesempatan akan
datang.