Jumaat, 7 Februari 2014

Jāhiliyyah moden adalah Mubtadiʿūn dan mereka bukan kāfir


Karya hebat al-Shahid Imām Dr Saʿid Ramaḍān al-Būṭī



oleh Wan Fayhsal

Fī al-Tanzīl al-ʿAzīz, Qāla'Llāhu Taʿālā:

فماذا بعد الحق إلا الضلال 

("Apa yang ada melangkaui Kebenaran itu kecuali ianya adalah Kesesatan?")

ولا تلبسوا الحق بالباطل وتكتموا الحق وأنتم تعلمون

("Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya."

ولا تكونوا كالتي نقضت غزلها من بعد قوة أنكاثا

("Dan janganlah kamu menjadi seperti perempuan yang telah merombak satu persatu benda yang dipintalnya, sesudah ia selesai memintalnya kuat teguh")

Telah berkata Saydinā ʿUmar al-Khaṭṭāb (RA):

إنما تنقض عرى الإسلام عروة عروة اذا نشأ في الإسلام من لم يعرف الجاهلية
 
"Akan terungkai ikatan Islām satu persatu bilamana seseorang itu lahir dalam Islām tetapi tidak mengenali akan Jāhiliyyah")

---

Saya fikir ramai yang tak bersetuju punya andaian bahawa label "liberal" itu membawa kepada "murtad" apatah lagi "mengkafirkan". Jangan salah faham. Ahl al-Sunnah tidak akan mengkafirkan mana-mana pihak selagi mana mereka, seperti jelas Imām Al-Ghazālī dalam "Fayṣal al-Tafriqa bayna al-Islām wa'l-Zandaqah" (Decisive Criterion between Islām and Heresy), beriʿtiqad bahawa: 

1) Allah SWT itu wujud dan Esa 
2) Nabi Muhammad SAW adalah Rasulullah
3) Hari Akhirat/Pembalasan itu Benar

Biarpun doktrin mereka punya macam-macam bidʿah, selagi mana mereka berpegang kepada ketiga-tiga iʿtiqad ini, mereka tiada boleh ditakfirkan. 

Sebab itu mereka yang bukan Ahl al-Sunnah digelar Mubtadiʿūn/Ahl-Bidʿah (The Innovators) kerana mereka menambah-nambahkan sesuatu yang tidak boleh ditambah atau kurang mana-mana yang tak boleh dikurang. Kreatif bagai!

Nak ditekan di sini seperti mana para Imām ʿAqidah Ahl al-Sunnah wa'l-Jamaʿah kita ialah dalam soal Uṣūl, kita berpegang kepada qaedah: 

الاعتقاد مذهبنا صواب لا يحتمل الخطاء و مذهب غيرنا خطاء لا يحتمل الصواب  
"Iʿtiqad/Pegangan/Worldview/Ru'yat al-Islām kami adalah benar dan TIDAK SESEKALI PUNYA KESALAHAN, dan Iʿtiqad selain daripada kami adalah salah dan TIDAK SESEKALI PUNYA KEBENARAN". 

Ini qaedah uṣūl dalam bab ʿAqidah Ahl al-Sunnah. Ianya lebih "keras", "tegas" lagi "adil" dan lebih "berat" berbanding "qaul/qaedah" dalam ikhtilaf furu'iyah yang Imām al-Shāfiʿi jelaskan:

رأيي صواب يحتمل الخطاء و رأي غيري خطاء يحتمل الصواب 
"Pendapatku benar tetapi mungkin juga punya kesalahan, dan pendapat selainku mungkin salah tetapi mungkin juga punya kebenaran".

Nah, jangan kita keliru antara dua medan ini: uṣūl dan furūʿ. 

Dan Ahl al-Sunnah bukannya jumud. Golongan al-Sawad al-Aʿẓām (The Mainstreamers) dan al-Firqah al-Nājiyyah (The Saved Group) yakni Ahl al-Sunnah wa'l-Jamaʿah itu CUKUP LUAS (namapun Jamaʿah) dan kita adalah lambang dan manifestasi hadīth Nabi SAW: 

لا تجتمع أمتي على ضلالة

Malah penisbahan dan pembahasan tentang "ilmu al-Maqālāt al-Firaq" atau seperti yang terakam dalam Kashshāf Iṣṭilāḥāt al-Funūn oleh al-Tahānawī dan al-Jurjānī dalam al-Taʿrifāt yakni Ilmu al-Furqān: "satu ilmu yang membicarakan secara rinci tentang perbedaan antara yang haqq dan batil" (al-ʿilm al-tafṣīlī al-fāriq bayna al-ḥaqq wa'l-bāṭil).

Dan hal ini telah diteruskan oleh al-Shahīd al-ʿAllamah Muḥammad Saʿid Ramaḍān al-Būṭī dalam karyanya "al-Madhahaib al-Tawḥīdīyyah wa'l-Falsafāt al-Muʿāṣirah" (The Tawḥīdic Schools and Contemporary Philosophies/Ideologies).

Dalam karya ilmu al-Firaq moden ini, al-Shahīd al-Būṭī telah menjelaskan lebih lanjut akan percambahan-percambahan baru yang sedang menyusup masuk dalam benak pemikiran pemikir-pemikir Islām moden seperti ideologi Dialektika Materialisme (al-Mādiyah al-Jadaliyya), Pensejarahan Materialisme (al-Mādiyah al-Tārikhiyyah), golongan Existentialist (al-Madhhab al-Wujūdī), Evolutionist Lamarckian dan Darwinian (Naẓariyāt al-Taṭawwūr al-Lāmārkiyyah wa Dārwīnīyyah) juga pemikiran Sekular (ʿIlmāniyyah). 

Dan al-Būṭī bukan sesedap hati saja "melabel" kerana beliau sendiri telah menggariskan alat penimbang dan qaedah untuk memilah dan menilai firaq ini menggunakan apa yang beliau istilahkan sebagai "al-Mīzān al-Islāmī" yang dibangunkan di atas asas (mabādiʾ) uṣūl al-dīn (epistemologi, ontologi, aksiologi) yang benar-benar milik Ahl al-Sunnah. 

Wallahuaʿlam.