Ada
3 industri teknologi tinggi yang senantiasa terkehadapan dari segi kajian dan
penghasilan ciptaan terbaharu dan termaju:
1) Indusri Minyak dan Gas (O&G)
2) Aeroangkasa (Aerospace)
3) Nuklear
Saya
berpeluang dengan izin-Nya setelah selesai 5 tahun mengaji Kejuruteraan Kimia untuk
menyertai syarikat minyak negara dan menjadi eksekutif di Divisyen Teknologi dan
Kejuruteraan yang bertanggungjawab mengurus-selia kajian-kajian berkaitan
teknologi minyak dan gas baik diperingkat huluan (upstream) dan hiliran (downstream).
Sifat
industri sebegini adalah sangat pesat dengan penemuan-penemuan teknologi baharu
(technological breakthrough) yang
kadang-kala kalau kita ikuti secara dekat laporan-laporan di jurnal-jurnal
khusus, banyaknya tak masuk akal.
Tak
masuk akal kerana, bak kata guru kami Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas,
sains dan teknologi punya sifat yang mirip "sihir" kerana bagi insan
yang tiada biasa, akan terpacak kaku kagum melihat segala macam ciptaan dan
inovasi saintifik.
Hal
yang sama berlaku dalam industri aeroangkasa.
Industri
pembinaan kapal terbang merupakan contoh “oligopoli sempurna” (perfect oligopoly) atau lebih tepat – “duopoly”, yakni satu keadaan perniagaan
yang terhad kepada dua pengeluar sahaja yang menguasai keseluruhan pasaran.
Dan
kita sedia maklum ada dua nama besar yang buat kapal terbang untuk semua
airlines: Boeing dan Airbus.
Boeing
berpusat di Amerika Syarikat dan mendapat bantuan dan sokongan kerajaan AS dan
Airbus berpengkalan di Perancis yang mendapat bantuan dan sokongan padu
konsortium negara-negara EU seperti Perancis, Jerman, UK dan Sepanyol.
Tahun
lalu saya ke Turki sempat berbincang dengan beberapa penasihat ekonomi kerajaan
Turki. Mereka menyatakan bagaimana sukarnya untuk syarikat Turki yang mempunyai
kemampuan teknologi yang sama hebat dan kos pengeluaran yang lebih murah yakni
dalam membuat kerusi kapal terbang, hatta dengan lobi kerajaan Turki ke EU pun
mereka masih tak berupaya menembusi pasaran dan industri penerbangan yang
berpusat di Dunia Barat.
Dan
dalam industri inilah kita dapat lihat muka tempayan penyokong “free market” yang kerana ianya tidak terpakai
dalam industri sebegini tetapi bila mereka mahu “jual” kepada kita, semua jenis
dasar yang kita letak dicop sebagai “protectionism”.
Nifaq yang nyata.
Kenapa
macam begitu sekali sukar untuk negara-negara bukan Barat untuk menembusi
pasaran mereka? Jauh sekali hendak bicara “technology transfer”.
Ya,
salah satu yang penting selain “greed, greed, greed, greed” ialah “DEFENCE”.
Yup,
you heard that well: PERTAHANAN.
Ini
kerana sektor O&G, Aeroangkasa, dan Nuklear adalah adik kembar “modern
military industrial complex” khususnya Aeroangkasa.
Banyak
sekali teknologi yang dicipta pada asalnya bertujuan dan untuk “client” utama
mereka yakni Kementerian Pertahanan.
Apa
yang disajikan kepada kita ialah sisa-sisa teknologi saja walhal yang paling “ngetop” dan “super-advance” yang tak tertimbul dalam benak akal kita masih
tersimpan rapi dan hanya terbatas dalam penggunaan oleh pihak Kementerian
Pertahanan mereka.
Kalau
begitulah, kita seharusnya, khusus buat peneliti yang serius, menyemak semula
“andaian-andaian” yang kuat berhubung teknologi yang berupaya untuk memintas
isyarat antara kapal terbang dan menara kawalan (dalam istilah teknikal: radar
jamming) atau pendek kata berupaya mewujudkan satu keadaan yang bersifat
“stealth” yakni sukar dikesan oleh radar atau sonar.
Untuk
mereka yang tak belajar ilmu sains dan teknologi, hal ini seolah-olah magic dan
tak masuh akal tapi bagi mereka yang biasa buat kajian lebih atau terlibat
dalam bidang ini ianya langsung masuk akal.
Ya,
teknologi sebegini sudah wujud dan sudahpun beroperasi iaitu AWACS juga dunia
sudah menyaksikan kewujudan Stealh Bomber: semuanya milik negara-negara Besar
itu khususnya Negara Polis Dunia.
(rujukan berkenaan AWACS: http://beforeitsnews.com/alternative/2014/03/case-closed-hijacked-by-awacs-2916516.html
Kalau
kita faham hakikat duniawi ini, sepak terajang political economy ini, kita
tidak akan cepat-cepat melatah dan membuat kesimpulan yang bersifat “pemutus”
kepada takdir Ilahi semata.
Seolah-olah
penjelasan kita kalau dalam pendalilan mantiq-qiyas (syllogism) itu lompong “middle-term”-nya
(qarāʾin qiyāsiyya/al-ḥadd al-awsāṭ)
sebaliknya terus terjun kepada kesimpulan. Maka huraian dan penjelasan kita itu
seakan-akan tergantung tidak bertali. Tiada dalil aqli, tiada dalil burhani.
Agama
Islam mengajar umatnya berfikir dan menimbal segala-galanya dengan aqal yang
sihat, menggunakan hukum aqal dengan betul seperti yang diajar ʿulamā’. Apa yang
ḥaqq itu pasti tiada bercanggah dengan aqal walaupun ada hal-hal tertentu yang
bersifat “supra-rasional” yakni tiada boleh dibatasi dengan idrak aqliyah semata
(contoh persoalan ghaybiyāt). Agama Islam punya ciri dan sifat yang saintifik –
yakni menekanan kepentingan dan kesahihan pembuktian dan pendalilan dengan
kesepaduan ilmu naqli dan aqli dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
Para
ʿulamāʾ uṣūli khususnya golongan mutakallimūn memanfaatkan dan membangunkan
kerangka penyiasatan saintifik berhubung sebarang kejadian yang mawjud dalam
ʿalam ṭabiʿī melalui prinsip-prinsip kesebaban (causality) yang empat (al-ʿilal al-arbaʿah) seperti: sebab
akhir (al-ʿillah al-ghāʾiyah), sebab benda (al-ʿillah al-mādiyyah), sebab
bentuk (al-ʿillah al-ṣuriyah) sebab pelaku (al-ʿillah al-fāʿilah).
Kalau
kita berfikir sekurang-kurangnya berasaskan kerangka ini, kita boleh sedikit
sebanyak mentertibkan dan mentashihkan samada ianya konspirasi murahan ataupun
benar-benar konspirasi hakiki.
Contoh,
seharusnya kita jelas menyemak dan membentangkan semua sebab yang mungkin
(baca: masuk akal; ini tidak termasuk MH370 dirampas oleh UFO, Spaghetti
Monster, Gargoyles walaupun kesemuanya boleh dicitakan dalam
zihin-minda-khayalan kita) sesuai dengan kaedah mantiq "min al-maʿlūm ilā
al-majhūl": bermula dengan yang JELAS menuju kepada yang tidak jelas. Dan
ternyata setelah kita ketepikan pelbagai kemungkinan yang ishkali (dubious).
Kehilangan
yang asal itu bukannya kehilangan lesap masuk ke alam ghayb tetapi kegagalan
kita mengesan apa yang “intercept” atau “pemutusan” jalur komunikasi antara pesawat
dan radar di menara kawalan. Maka yang harus diselidik dan dicari sebab
berlakunya itu bukanlah pada sebab bentuk (al-ʿillah
ṣūriyah) dan sebab benda (al-ʿīllah
al-mādiyah) – yang nyata tiada menunjukkan sebarang bukti seperti serpihan
“debris” dan segala macam petanda yang termuat dalam ruang lingkup pertanyaan
asbab tersebut; sebaliknya siasatan dan tumpuan awal dan utama harus diberikan
pada sebab pelaku (al-ʿillah al-fāʿilah)
– yakni sebab langsung yang mengubah sifat asali (penerbangan dan perhubungan
pesawat dengan menara kawalan) perkara tersebut yang telah berlaku “anomaly” (shudhūdh) ke atasnya yang berupa “sebab
terputusnya 'ping' daripada pesawat dengan radar di menara kawalan secara semerta”.
Seperti
dijelaskan di atas tadi, ternyata sebenarnya kemungkinan yang kuat (kini pihak
berkuasa negara telah mengesahkan “hijack” [rampasan] adalah satu yang “conclusive” rujuk laporan) jikalau kita
padankan kepingan-kepingan jigsaw ini dengan mencantumkan asbab yang tepat
mengikut tertib berfikir mantiqi yang betul seperti yang diajar oleh para
ʿulamāʾ kita dahulu.
Tapi
dalam kes MH370 yang hilang ini, kelihatan ramai daripada orang Melayu tidak
berupaya berfikir dengan teratur dan dengan tertib yang betul khususnya
dikalangan yang sudah belajar sampai ke universiti. Alih-alih, golongan kita, walaupun berpendidikan tinggi, lebih suka dan teruja dibuai dengan kebodohan bomoh-bomoh palsu
dan “sarkis media” yang menyajikan desas-desus semata.
Oleh
yang sedemikian, janganlah kita, begitu cepat membuat kesimpulan dan
mempermudah-mudahkan masalah yang memang sebenarnya sangat rumit. Bagi golongan
agamawan, peranan anda ialah memberikan indhār
(peringatan) kepada sekalian manusia untuk memperkuatkan keimanan kepada-Nya
tidak kira dalam apa jua keadaan, pada masa yang sama mengiktiraf dan merujuk
kepada AHLI dalam bidang-bidang yang terlibat dengan masalah MH370 ini agar
masyarakat tahu dan dididik untuk mengenali autoriti.
Wallahuaʿlām
Tiada ulasan:
Catat Ulasan