Sabtu, 19 Mei 2012

Satu huraian, cerakinan, dan perincian ringkas terhadap kekusutan yang timbul dalam memahami tujuan dan maʿna sebenar perbahasan “Tiada diperlukan pengabsahan-pembezaan (taṣdīq wa fāriq) kelas-kelas ulamaʾ Ahl Sunnah wa’l Jamaah kepada ulamaʾ haraki/siasah dalam pengkategorian sumber autoriti Faham Ilmu (epistemologi) Ahl Sunnah Wa’l Jamaah” berserta kaitan intim perbahasan ini dengan Cabaran Ketamadunan Barat.


  
Pemudah bicara (prelude)…

Kes 1:
“Baca buku apa tu?”
“Oh ni ha buku Islām and Secularism.”
“Eh, siapa yang tulis? Dia ulamaʾ haraki ke?”
“Aish, kenapa tanya macam tu? Kau hanya baca kalau ulamaʾ haraki tulis saja ke?”
“Ye la, kan kita ada banyak buku-buku DPF tak habis baca lagi. Buat apa baca buku-buku yang tak memperkuatkan fikrah kita sebagai ahli gerakan Islam”

Kes 2:
“Akhi, boleh tak kita jemput Ustaz A bagi syarahan dalam multaqaʾ nuqabaʾ kita?”
“Dia itu siapa? Dari mana? Dia “orang kita” ke?
“Apa maksud enta akhi? Dia bukan orang Jemaah kita. Tapi dia sangat pakar dalam menjelaskan sejarah Ketamadunan Barat yang ana fikir dapat bantu memperbetulkan salah faham ahli-ahli kita terhadap Barat, Sekularisme”
“Ish, tak bolehla akhi. Kita boleh jemput ustaz-ustaz yang memang dalam harakah kita cukuplah. Nanti campur aduk dan tak selari fikrah boleh futur ahli!”

Kes 3:
Best-lah buku Islām and Secularism ni. Kau tak nak baca ke?”
“Aku tak fahamlah. Tinggi sangat. Aku baca sikit dah tahu yang apa dia cakap dalam buku tu bukan praktikal pun. Kita sebagai ahli haraki kena hadam buku-buku yang membantu kita mencapai matlamat secara praktikal, bukan buku-buku yang banyak teori macam buku Islām and Secularism tu.”

Kes 4:
“Kenapa nak tegakkan negara Islam?”
“La, kau tak ingat ke Ustaz tu cakap yang prinsip usul fiqh apa yang membawa kepada wajib ianya wajib”
“Habis apa yang wajib?”
“Kuasa politiklah”
“Kau tak rasa kita ada masalah lebih mendasar ke? Macam masalah kesalah fahaman dan kekeliruan ilmu. Sebab kata Ustaz Syed Naquib Al-Attas, masalah itu yang melahirkan kebobrokan dalam masyarakat kita sebab mereka yang keliru akan mengangkat pemimpin yang keliru”
“Alah kau ni, ikut sangat cakap ustaz yang tak bersifat haraki tu. Aku tahu dia tu jenis teori melangit je. Tak membumi dalam nak selesaikan masalah ummah. Kita ikut jelah ulamaʾ haraki sebab mereka lebih masak dalam hal-hal nak tegakkan hukum hakam sampai jadikan Malaysia ni negara Islam”.

Kes 5:
“Eh, kenapa silibus usrah kita ni tak didedahkan dengan karya-karya ulamaʾ silam ek? Kenapa tak ada sesi baca Kitab al-Ilm dalam Ihyaʾ Imam al-Ghazali?”
“La, kau ni tak faham lagi ke, kitab tu kan tassawuf sangat. Rumit pula.”
“Jemputlah penceramah yang faham kitab tu dan bagi syarahan secara jelas cabaran ilmu yang Imam al-Ghazali tulis”
“Tak boleh. Jemaah kita hanya bagi jemput ulamaʾ haraki. Yang tak haraki ini risiko tinggi takut-takut mengelirukan fikrah anak-anak usrah kita. Kita hadam buku-buku DPF kan dah cukup.”

Kes 6:
“Kau tak rasa ke orang Melayu kita yang sebenarnya bersaudara satu aqidah iaitu Islam boleh berpecah sangat teruk berbanding orang Cina yang walaupun tidak seaqidah (ada Kristian, Buddha) dan berbeda faham politik masih boleh bersatu?”
“Kau ni, kan kerajaan tu taghut. Kena tumbangkanlah. Ini antara haqq dan batil!”
“Ok aku faham, kita memang nak hapuskan kezaliman dalam apa jua cara cuma aku rasa macam cara kita ni tidak berapa menguntungkan umat pada masa mendatang…”
“Kenapa kau kata macam tu?”
“Sebab aku tengok kaum lain berpolitik tak adalah sampai berlaku zalim sesama mereka sampai nak tebang Pohon Perpaduan yang mereka bina sekian lama. Kaum lain kalau parti lawan buat benda baik mereka akan bagi kredit yang sewajarnya kepada parti tersebut walaupun pada hakikatnya mereka adalah lawan dan pesaing sengit. Kita pula jarang buat begitu antara satu sama lain. Yang ada mesti hanya kritikan dan cemuhan tanpa henti, tak pernah salah satu pihak memberi penghargaan terhadap sumbangan masing-masing. Ini bagi aku, tak akan mampu mengangkat dan mengubah pemikiran orang Melayu untuk bermuafakat membaiki antara satu sama lain – apatah lagi bila golongan ulamaʾ yang sepatutnya duduk lebih tinggi selaku “power broker” sebenar dalam percaturan kekuasan ummah kini telah mengambil tempatnya tersendiri yang tiada menyumbang ke arah perpaduan ummah.”
“Kau nak tahu sebab apa jadi macam ni? Sebabnya mereka tak jalankan hukum Allah. Malaysia ni bukan negara Islam, tapi sekular. Sebab tu kita kena dapatkan kuasa ke Putrajaya baru dapat kita betulkan semua ni.”
“Aku faham, tapi tak ada ke cara lain yang lebih selamat dan stabil seperti apa yang Said Nursi buat dengan Atarturk, Gulen buat dengan generasi pemimpin Sekularis Turki tegar dulu. Aku risau macam kes kerajaan-kerajaan Islam kecil (petty kingdoms) yang bersekongkol dengan Kerajaan Kristian dibawah Isabella untuk hancurkan Khilafah Islam yang lebih besar atas nama menegakkan keadilan dan akhirnya semua kerajaan Islam jatuh ditikam belakang oleh Isabella.”

Kes 7:
“Kau setuju tak kalau aku kata Jemaah kita ni sebenarnya sangat menjunjung tinggi satu faham (ideology) yang dipanggil political Islam. Ianya sesuatu yang amat baharu dan tidak sama dengan apa yang wujud dalam seperti contoh gerakan al-Sanusiyyah, gerakan Uthman Don Fodio di Hausaland, mahupun al-Muwwahidun yang dipimpin Ibn Tumart. Kita ada sistem tarbiyah kita sendiri, ulamaʾ kita sendiri, semuanya dikategorikan sebagai bersifat haraki. Tengoklah surah pertama yang kita kena faham dalam usrah ialah surah As-Saff. Terus cakap fasal berjemaah yang bersifat tanzim, bukan sangat bicara Jemaah dalam erti kata Ahl Sunnah Wal Jamaah – banding beza Sunni, Shi’ie, Wahhabi, Liberal dan lain-lain. Kita memandang sepi sumber-sumber selain dan di luar Jemaah. Entahlah aku rasa kalau ikutnya surah As-Saff tu bukannya yang paling awlaʾ untuk kita fahamkan anak-anak usrah kita. Patutnya kita kena kupas tafsir ayat Perjanjian di alam al-Mithaq tu sebab aku rasa itu lagi asasi untuk Pandangan Alam Islam. Kita kena kenal diri insani kita dalam erti kata yang sebenar sebelum bercita-cita lebih besar ke tahap negara Islam. Kau tak rasa macam tu ke?”
“Kan aku dah cakap, jangan baca buku-buku yang bukan haraki, dan dengar ceramah dengan ulamaʾ bukan haraki. Tengok betapa kelirunya fikrah kau sekarang!

(sekadar selingan untuk sediakan sedikit konteks “bunga rampai” yang paling mudah untuk difahami walaupun tidak menjelaskan kedalaman sebenar apa yang akan saya jelaskan di bawah)

**********


Alhamdulillah banyak pandangan dan kritikan yang diutarakan terhadap penulisan saya tempoh hari yang bertajuk  “Sedikit bingkisan berkenaan ulamaʾharaki/siasah dan faham perubahan yang didakyah mereka”. Ini satu wacana sihat. Suka saya jelaskan dalam banyak-banyak komen yang dilontarkan, hanya ada beberapa sahabat saya yang berjaya memahami apa dan  ke mana sebenarnya yang ingin saya bawa dan sampaikan. Adapun jawap balas akhi Marwan Bukhari itu sangatlah baik cuma pada hemat saya tiada menusuk kepada persoalan sebenar yang  saya telah dan sedang bangkitkan.

Ketahuilah tulisan tersebut seperti saya ketengahkan dengan jelas di dalamnya bukan berkisar pada mawduʿ fiqhiyyah. Apa yang saya cuba bangkitkan seperti sebenarnya berkisar berkenaan mawduʿ ruang bicaranya "epistemic" - asas-asas dan faham ilmu yang menjadi hujjah kepada pengabsahan satu bentuk kelompok ulamaʾ yang baharu itu, yang tiada pernah timbul jua dalam sejarah kaum Muslimin sebelumnya.

Hendaknya makalah pertama tadi itu, kalau dibaca tanpa jua membaca beberapa pautan yang dimuatkan di dalam nota kakinya khususnya berkenaan Said Bediuzzaman Nursi, tiada mampu tersingkap maʾna yang tersirat disebalik penghujjahan tersebut.

Di peringkat mawduʿ Siasah Syarʿiyyah seperti yang dipertahan hebat oleh akhi Marwan dan akhi Rauf al-Azhari, ana langsung tiada masalah. Kita iʿtiraf peranan ulamaʾ yang mendokong perjuangan tersebut cuma yang ana persoalkan apakah batas-batas seseorang itu tatkala terlibat secara aktif dalam percaturan politik kepartian yaʾni merangkap sebagai seorang politikus yang mana dengan peranan ini telah berlaku satu simbiosis baru ulamaʾ-umaraʾ dalam satu identiti.

Pada hemat ana, perkara ini sangat berpotensi (seperti yang disaksikan di Iran, dimana faham Vilayet Faqih Imam Khomeini itu telah disalah guna hingga terbentuknya satu lapisan penguasa yang menjadikan agama sebagai alat mengekalkan kuasa mereka di pentas politik) menimbulkan konflik tatkala sedang berfungsi di pentas politik kepartian.

Bagi ana, adalah amat sukar untuk seseorang alim itu dapat berlaku adil terhadap dirinya serta latar perjuangannya di pentas politik selaku seorang politikus par excellence yang kadang kala tergelincir daripada menjadi alim tanpa sedar menjadi khutabaʾ par excellence. Dan risiko ini menjadi lebih besar bila terabsah kelompok ulamaʾ haraki/siasah yang sebenarnya bagi ana satu "misnomer in Islamic epistemology".

Ini kerana Siasah Syarʾiyyah itu tiada pernah tertogel dan terpisah dan terasing dan terhumban keluar dari sibghah epistemic Fiqhiyyah dan AUTORITI yaʾni ULIL AMRI dalam hal ini tiada lain tiada bukan Fuqahaʾ dan Usuliyyun. Cukup sudah dengan kategori itu untuk kita angkat menjadi wakil dan jurubicara di medan siasah sebab golongan ini "well-rounded enough" untuk istinbat hukum etc. dalam mengatur cara perjalanan siasah syar'iyyah umat yang sebenarnya salah satu juzuk daripada perana ulamaʾ masani.

Dan disinilah penjelasan Ustaz Raja Mukhlis itu lebih terang dan jelas bilamana beliau telah meleburkan kelewahan label ulamaʾ harakah/siasah itu ke tempat yang sepatutnya iatu harakah Islamiyyah dalam erti kata yang lebih syumul - bukan sekadar tiang seri partai politik berlabelkan Islam.

Kita takut label ulamaʾ haraki/siasah itu tiada lain tiada bukan sebenarnya membuka kepada pintu untuk mengabsahkan ulamaʾ yang pseudo, yang sekadar handal bersiasah tetapi tidak kemas Pandangan Alamnya.

Kalau kita lihat hari ini, tanda-tanda ke arah itu sudah semakin membesar jikalau kalian benar-benar meneliti perkembangan politik dalam kelompok yang mengangkat dan berselindung disebalik bendera Islam.

Dan semua ini ada kaitan dengan arus modenisasi yang dilayari oleh bahtera gerakan pan-Islamisme bermula awal abad ke-20 yang kini semakin hilang arah ditiup angin Perubahan Ketamadunan Barat - tiada pasti hakikat kemajuan yang dicari dalam mengurus tadbir diri dan Umat.

In short: We do not need to label our good, waraʾ Muslim politicians with sanctified labels of ulamaʾ haraki/siasah as it will create a precedent of another kind of AUTHORITY that has never been created before due to in the past, such AUTHORITIES were already sufficient in the shape of Sufiyyah, Mutakallimun, Fuqahaʾ, Mufassirun, and Muhaddithun. Epistemic problem will abound to rise when legitimacy of such a strange term being co-opted into our luminaries of ulamaʾ which is A VERY IMPORTANT EPISTEMOLOGICAL INSTITUTION THAT BIND US AS A GROUP CALLED AHL-SUNNAH WA'L JAMAAH.

I stress again Ulamaʾ Haraki/Siasah has no place within our Epistemological Authorities due to the sufficient nature of the the type of ulamaʾ we already had in the past and we do not need unnecessary innovation on such terms to be co-opted into our tradition.

17 Mei 2012, 10.40 pm
****

Berhubung pertukaran pandangan dengan sahabat-sahabat dari al-Azhar dan Jordan berkenaan isu ulamaʾ haraki/siasah, sebenarnya antara kita lebih banyak persamaan daripada perbedaan. Dari segi akidah, mazhab fiqhiyyah, tassawuf semua sama menerima keautoritian ulamaʾ muhaqqiqin zaman-berzaman. Kita bukan Wahhabi dan jelas dari segi kerangka epistemologi banyak sekali yang sama.

Adapun 'perbezaan' yang timbul itu sebenarnya bukan juga tanda perpecahan atau konflik  sebaliknya satu rahmat kerana dengan adanya perbezaan pandangan itulah kedua-dua pihak saling dapat belajar antara satu sama lain. Tapi melihat komen-komen dan jawap balas yang ditujukan kepada saya, seolah-olah penghuraian saya itu ditafsir sebagai satu "serangan" walhal tiada sama sekali melainkan untuk menyelak satu sudut yang mungkin terlepas pandang dan jarang difikirkan secara holistik.

Pengalaman berbahas dengan sahabat-sahabat dari al-Azhar dan Jordan memberitahu saya bahawa kerangka penafsiran permasalahan yang amat bersangkut paut dengan cara "memandang alam" itulah yang membedakan kita.

Mudahnya saya sebenarnya mahu bergerak dari

A --> C

tapi sahabat-sahabat al-Azhari dan Jordan mahu singgah di


A --> B dan B++ --> C

Saya bicara isu tersebut dalam kerangka Ketamadunan dan Faham Ilmu tetapi sahabat-sahabat dari al-Azhar dan Jordan bicara dalam kerangka Fiqhiyyah dan Siyasah Shar’iyyah.

Saya bicara isu tersebut untuk membuka jalan membina Ketamadunan Islam manakala sahabat-sahabat dari al-Azhar dan Jordan mahu singgah ke mukim Negara Islam sebentar walaupun diakhirnya mahu menuju ke tempat yang saya ingin tuju jua.

Kedua-duanya pada hemat saya betul dan menuju ke matlamat yang sama berdasarkan titik bertolak yang sama kerana kita mentasdiqkan kerangka epistemologi yang sama ya’ni berdasarkan manhaj Ahl Sunnah wa’l-Jamaah yang tulen – (bukan Wahhabi,  Shi’ie, Liberalisme etc.)

Apa yang membezakan ialah CARA mengenal pasti, menyantuni dan mengemukakan penyelesaian terhadap ranjau dan duri yang bertebaran di atas jalan daʾwah yang kita sama-sama telusuri atau secara teknikalnya dalam Bahasa Inggeris boleh dijelaskan sebagai:

1) Identification of problems, problematization of the problems; 
2) Concretizing the identified problems by sifting through the real from pseudo-problems as well as its symptoms, and finally  
3) Promulgating and devising the necessary action plan towards engaging such problems in the view to unravel the real, long-lasting solutions rather than intermediary, short-term solutions.

Apakahnya ranjau dan duri yang saya maksudkan tersebut?

Bagi sahabat-sahabat al-Azhar dan Jordan, onak dan duri itu  mungkin lebih tampaknya dari segi yang zahir berupa kezaliman pemerintah, kepincangan sistem, ketirisan wang negara, royalti tak dibayar , Malaysia bukan negara Islam, dan banyak lagi  yang semuanya saya tanpa sedikit pun berasa shakk dan menidakkan kesemua permasalahan tersebut.

Bagi saya pula ranjau dan duri tersebut berupa serangan bertubi-tubi secara halus oleh golongan bukan Ahl Sunnah Wal Jamaah terhadap kerangka epistemologi dan ontologi kita, serangan sekularisasi sebagai satu program falsafah, mainan realpolitik licik yang berselindung disebalik kebersamaan menentang kezaliman, masalah kehilangan adab dalam sistem pendidikan, kejahilan kaum Muslimin khusus umat Melayu terhadap sejarah ketamadunannya, penyempitan tradisi keilmuan Islam, kegagalan memahami sifat dan rupa-cita asasi Ketamadunan Barat,  penyama rataan (leveling) ulamaʾ zaman terdahulu dengan zaman ini dengan mengecil-ngecillan kewibawaan mereka – secara sedar atau tidak, mempolitikkan perkara yang tak sepatutnya dipolitikkan dan banyak lagi yang jarang sekali diketengahkan oleh para du’at dalam harakah Islamiyyah moden khususnya yang cenderung dan tegar ke arah politik – yang mana kesemua ini menyumbang kepada masalah sebenar kebobrokan yang berlaku dalam masyakarat dalam setiap institusi penting baik politik serta agama.

Perbezaan ini seperti saya jelaskan di atas bukan perbezaan yang memecahkan kita sebaliknya perbezaan yang menuntut kita untuk lebih mengenali dan memahami antara satu sama lain kerana takut-takut apa yang kita tahu dan faham rupanya ada lagi sudut-sudut dan sisi-sisi pandang yang tiada dicerap kerana ketidakmampuan dan ketiadaan pengalaman memahami autoriti yang maʿruf dan faqih benar terhadap cabaran masani juga masa lalu.

Dan pada hemat saya, apa yang saya jelaskan disini sebenarnya bukan hasil tilikan akali tanpa asas sebaliknya adalah saduran daripada kajian dan telaah saya terhadap hujjah dan manhaj tajdid yang digagas oleh al-Ustaz Said Bediuzzaman Nursi dan al-Ustaz Syed Naquib al-Attas.

Perbezaan yang berlaku ini sebenarnya dan sepatutnya memperkayakan kita dan dengan hanya menyedari kekurangan diri kita baru dapat kita belajar antara satu sama lain.

Perbezaan yang kita sedang dan telah saksikan mutakhir ini menuntut kita berfikir lebih dalam “mengapa, mengapa dan mengapa si fulan ini dan si fulan itu berkata dan berhujjah begitu?”

Sukacitanya saya dalam banyak hal khusus yang sudah qatʿi (kita tak pernah tiada bersetuju soal aqidah) sudah selesai. Apa yang ingin saya bangkitkan dan ajak sahabat-sahabat yang menuntu ilmu di Dunia Arab bertitik tolak daripada perbahasan yang sangat menarik ini ialah untuk kita sama-sama memperkasakan Pandangan Alam Islam kita dalam menilai cabaran semasa Kaum Muslimin di peringkat KETAMADUNAN juga KEBANGSAAN.

Saya lihat secara jujur, perbezaan pandangan yang ada dalam mawduʿ ini timbul kerana kita tidak bertemu dan menganalisanya/cerakinkannya menggunakan kerangka yang sama.

Kerangka yang saya maksudkan disini bukan kerangka yang sudah qatʿi itu sebaliknya kerangka yang bersifat tambahan, fard kifayah ya’ni juzuk pemerkasaan pemahaman terhadap cabaran semasa dalam satu bentuk gergasi yang dipanggil Ketamadunan Barat.

Cara untuk memahami Ketamadunan Barat ini sesuatu yang cukup sukar jikalau kita tiada kemampuan mengenalinya terlebih dahulu dalam bentuknya yang paling halus dan yang paling berbahaya ya’ni Pandangan Alam Ketamadunan Barat itu sendiri. Ianya lebih sukar masani kerana Pandangan Alam Ketamadunan Barat itu telah didakyahkan kepada Kaum Muslimin berserta seluruh kaum-kaum ʿalami (dunia) lain bahawa mereka merupakan Penamat Sejarah (rujuk Francis Fukuyama), satu kesempurnaan palsu yang bersifat sejagat tiada mampu terelak lagi oleh semua kaum yang wujud masani.

Masalah ini bertambah runcing bilamana kita kaum Muslimin sudah tidak kenal lagi siapa diri kita yang sebenarnya baik dari segi persejarahan kuliyyat (universal) mahupun juz’iyyat (bahagian Ketamadunan Islam yang nan pelbagai rupa cita dalam kes kita ialah Ketamadunan Melayu Islam/ Jawi).

Lebih parah Ketamadunan Barat itu bukan lagi tertakluk kepada batas-batas watani mereka sendiri sebaliknya hidup segar-bugar di dalam wilayah asing kita jua. Pendek kata, Ketamadunan Barat itu telah tiba di setiap ceruk dunia malah dalam sanubari kita jua! The West is not ‘there’ it is ‘here’ and ‘now’!

Saya amat sukacita untuk membantu sahabat-sahabat yang sedang tafaqquh fi al-din di Dunia Arab khusus dari al-Azhar dan Jordan untuk kita sama-sama belajar dan memperkasakan Pandangan Alam Islam dan lawan-lawannya dalam usaha merangka satu sistem penyelesaian yang benar terhadap permasalahan yang benar berbading permasalahan yang palsu-palsu atau sekadar tanda-tanda luaran semata (symptoms).

Apakah dengan belajar di Dunia Arab di pusat-pusat pengajian Islam tersohor lagi bersejarah masih perlu lagi kepada pemerkasaan Pandangan Alam Islam contra Pandangan Alam Ketamadunan Barat?

Secara asasi memang tiada diperlukan kalau mana sudah tertanam dan tersemai asas fard ʿayn yang kuat tetapi untuk berinteraksi dengan cabaran masani seperti yang saya jelaskan di atas, amat perlu sekali kita lakukan seperti istilahnya dalam Bahasa Inggeris – “augmentation” ya’ni menjadikan Pandangan Alam Islam kita lebih perkasa untuk mengenal pasti dan memahami permasalahan yang ada kerana banyak daripada asatizah kita tiada upaya mengenal pasti dan memahami  permasalahan yang saya ketengahkan di atas – ya’ni Cabaran Ketamadunan Barat secara jelas dan sistemetik berserta keperluan menghurai pertindihan-pertindihan halus yang telah didakyahkan oleh mereka-mereka yang terpasung dalam gelang Modenisme, Neo-Modenisme seperti Sayyid Ahmad Khan, Muhammad Abduh, al-Afghani dan banyak lagi – menjerat juzuk-juzuk ilmu fard ʿayn dan yang lebih parah ilmu fard kifayah.

Dan Insha-Allah, kesemua cabaran ini sedikit sebanyak dapat difahami dan diatasi dengan memahami kerangka yang diketengahkan oleh al-Ustaz Syed Naquib Al-Attas yang telah kami di pihak Himpunan Keilmuan Muslim (HAKIM) olah pada peringkat asas dalam Worldview of Islam Discourse Series (WISE). Ada beberapa teman-teman saya dari Indonesia bekas graduan al-Azhar yang telah mengikuti kursus selama setahun ini telah menyatakan rasa penghargaan yang sangat tinggi kerana kursus intensif ini telah memperkayakan dan memberi kerangka yang sangat dinamik untuk berinteraksi dengan khazanah tradisi keilmuan Islam serta tradisi keilmuan Barat tanpa berasa ragu-ragu dan rendah diri. Kata mereka kini sedikit sebanyak telah mampu “connect the dots” dan membuatkan mereka lihat khazanah turāth khususnya sebagai sesuatu yang hidup untuk berhadapan Cabaran Ketamadunan Barat.

Untuk lebih memahami kupasan saya ini, dijemput untuk membaca beberapa potongan perenggan dalam makalah yang ditulis oleh Dr. Joseph Lumbard, "The Decline of Knowledge and the Rise of Ideology in Muslim World" yang termuat dalam bukunya Islam, Fundamentalism and the Betrayal of Tradition (Indiana: World Wisdom, 2009) 

Oleh Wan Ahmad Fayhsal
19 Mei 2012, 2.30pm.


Some excerpts from the book:

"Not only have many Muslim thinkers demonstrated a shallow understanding of non-Islamic elements, they have also distorted the religion itself. In attempting to reconstruct and reinterpret the Islamic tradition in light of the perceived achievements of the times, modernist thinkers of the past, such as Sayyid Aḥmad Khān, Muḥammad ʿAbduh and Jamāl al-Dīn Afghānī abandoned the rigorous intellectual discernment of traditional Islamic intellectuality - the first outright, the others with more subtlety. They lost sight of their intellectual traditions and unwittingly surrendered the ground of intelligence to a secular humanist tradition, whose ideologies they tried to foist upon other by reading them into their own traditions or simply by adding the adjective "Islamic"

...

Though each has different players with different shades of emphasis, both stringent reformism and liberal modernism constitute artificial limitations of traditional Islamic knowledge inspired by the influence of secular ideologies. This has led to the inversion of Islamic thought and the destruction of Islamic civilization. As Seyyed Hossein Nasr writes, "In trying to render back to Islam its power on the stage of history, many of these movements have disfigured the nature of Islam itself."

...

Liberal modernist Muslim thinkers and radical reformist activists are two sides of the same coin. Whereas medieval thinkers like Ghazālī were able to analyze and utilize tools from outside influences, radical reformists reject them outwardly while submitting inwardly, and modernists attempt to patch them onto the fabric of Islam, some claiming that they have been a part of that fabric all along. Both movements represent a subversion of traditional values and teachings from within the Islamic tradition. In an effort to transform Islamic civilization, each has in fact hastened the onset of the very illnesses they sought to ameliorate. Rather than contemplating and evaluating Western civilization through the Islamic intellectual tradition, modernists have embraced many tenets of Western though out of a deep sense of inferiority - a sense which results from mistaking the power of Western nations for the truth of Western ideologies. Finding these movements within their midst, the reformists have retreated to fanatical adherence and pietistic sentimentalism. The modernists fail to offer solutions because they only provide intermediate solutions which are fideistic and voluntaristic at best. But such a response cannot provide lastings solutions to the challenges posed by the West, because these are at root intellectual challenges which demand an intellectual response.

...

The choice of great thinkers from whom one seeks guidance is not limited to a narrow definition of "orthodoxy", but extends to all those Islamic thinkers, Sunnī and Shīʿī, who have tried to lend clarity to the understanding of reality enjoined by the Qurʾān and ḥadīth. Those intellectuals who have been chosen for this essay are but few luminaries from an extensive tradition one which continues into our own day and is now showing signs of new life. In order for the malaise of the Islamic world to be fully addressed and the radical reform movements to be brought back into the fold of the Islamic tradition, the iḥsānī intellectual tradition needs to be accorded its proper place in a way of life that is fully and truly Islamic. In applying the principles of Islam to the modern world, while avoiding the passionate rhetorical battles which rage around them, the representatives of this tradition exemplify this saying of Abū Saʿīd b. Abī 'l-Khayr:

"A [true] man is one who sits and rises among others, sleeps and eats, and interacts with others in the bazaar, buying and selling, who mixes with people, yet for one moment is not forgetful of God in his heart."

But such a path is not achieved by focusing upon reform of the world, of Islam, or of one's nation. It is first and foremost a reform of one's self."

____________________________________________________________________


Short comments:
Same points as raised by Prof. Al-Attas although Prof. Al-Attas have more gravitas in explaining those in his seminal works such as Risalah Untuk Kaum Muslimin and Islam and Secularism.

For further explication of such topics can be attained in WISE of HAKIM:

1st Semester
Module 1: The Worldview of Islam: A Brief Overview
Module 2: The Place and Role of the Holy Qur'an and Sunnah
Module 3: The Nature and Reality of Man
Module 4: The Cosmos as the Created Book
Module 5: The Nature and Purpose of Knowledge
Module 6: The Meaning and Experience of Happiness

2nd Semester
Module 7: The External Problems of the Muslims: The Challenges of Western Culture
Module 8: The Threats of Secularization towards the Natural World, Politics and Values
Module 9: The Internal Problems of the Muslims: The Corruption of Knowledge, the Loss of Adab and the Rise of False Leaders
Module 10: The Islamization of Contemporary Knowledge and the Dewesternization of Thought and Language
Module 11: Ta'dib as the Concept of Education in Islam
Module 12: The Advent of Islam in the Histories of the Western and Malay Worlds

3rd Semester
Module 13: Epistemology
Module 14: Islamic Pyschology
Module 15: Islamic Theology
Module 16: The Study of Religion: Its History and Philosophy
Module 17: Philosophy and Ethical Theory
Module 18: The Philosophy of Science
Module 19: Tafsir, Ta'wil and Hermeneutics
Module 20: Usul Al-Fiqh: Siyasah Shar'iyyah
Module 21: Usul Al-Fiqh: Maqasid Al-Shari'iyyah
Module 22: Ethics and Leadership
Module 23: The Study of Malay Civilization: Its Philosophy and The Role of Islam
Module 24: Contemporary Islamic Thought

Tiada ulasan: