Ahad, 29 April 2012

Aqidah Islam menentang realpolitik



ʿManuskrip Aqāid al-Nasafī

Dalam kitab ʿAqidah Ahl Sunnah yang amat masyhur - diguna diseluruh dunia Islam ratusan tahun sudah, karangan Imām Abū Ḥafṣ ʿUmar Najm al-Dīn al-Nasafī, dijelaskan dalam matn-nya: 

"Wa lā yanaʿzilu al-imām bi'l-fisqi wa'l-jaūri wa yajaūzu as-ṣalātu ḥalfa kulli birrin wa fājirin wa yuṣalli ʿalā kulli birrin wa fājirin

Ya'ni diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu tahun 1590 M sebagai: 

"Dan tiada maʿzul (yaʿnī dipachchat) raja-raja itu sebab fāsiq dan daruhaka dan harus sembahyang dibelakang segala ṣāliḥ dan fāsiq: dan sembahyang kita atas segala ṣaliḥ dan fāsiq (yaʿnī mayyit ṣāliḥ dan mayyit fāsiq)"

(rujukan - Al-Attas, Syed Muhammad Naquib, The Oldest Known Malay Manuscript: A 16th century Malay translation of the ʿAqāid of al-Nasafī, 1988)

Sedikit renungan:

Pada hemat saya tatkala menghibau kekacauan yang berlaku dalam kaum Muslimin, matn ʿaqidah ini sebenarnya menegah secara keras bibit-bibit awal mahupun terkemudian yang membuka ruang kepada "realpolitik" dalam kancah krisis kepimpinan Kaum Muslimin. Bukan disuruh kita meredhai sebarang kesalahan itu tetapi ditegah keras membuka ruang kepada fasad yang lebih berbahaya daripada kezaliman pemimin fāsiq Muslim itu. 

Persoalannya: Benar dan pastikah sebarang ʿamal jamaʾie politik pakatan - baik BN dan PR - tidak ditusuk sebarang anasir realpolitik dari dalam hatta dari luar? 

Malaysia dan Turki, ini sahaja negara Muslim yang berfungsi dan tidak bermuara di daerah "failed states". Sudah nampakkah burung-burung nasar (vulture) yang bertenggek dari luar menunggu masa untuk memamah bangkai kita?

Mungkin kerana inilah Imam al-Ghazali dan Badiuzzaman Said Nursi cuba sedaya upaya untuk menjauhi dan menumpukan islah pada landasan yang paling asas - ʿilmu. Dan mereka berdua terang lagi bersuruh telah berjaya dunia-akhirat mengislahkan ummah yang jauh lebih jelek daripada UMNO dan sekalian isinya.

Perubahan yang didambakan kaum Muslimin tidak harus diselit pada roda Fortuna.

6 ulasan:

S.Putra berkata...

Salam Abang Fayshal.

Satu tulisan yang baik, cuma pada pendapat saya, burung camar tidak memakan bangkai (atau jika ya, mungkin tidak sesuai dilambangkan sebagai burung yang menanti masa untuk meratah mangsa yang lemah atau bangkai). Mungkin yang sesuai adalah burung hering, atau gagak.

Wallahua'lam.

SPIJ

Rausyanfikir berkata...

Jzk Syed. Camar tu ingat Vulture. Tengok kamus tadi burung nasar.

Warna Warni berkata...

tiap parti ada agenda tersendiri....daripada mengutuk org lain baik berfikir & cari salah diri dulu

Fenomena Zaman berkata...

Assalamualaikum Warahmatullah

Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah.

Saya baru sahaja terjumpa dengan blog ini dan saya berasakan gagasan yang dibawa oleh prof Syed Naquib perlu dibincangkan dengan lebih serius. Syukur kerana Tuan serius di dalah hal dan benar-benar mahu membawa ketengah isu ini kepada masyarakat Islam di negara kita.

Pada hemat saya tiada masalah dalam soal realpolitic ini.

Kerana saya melihat objektif dan idea politik yang ideal itu boleh sahaja dicapai oleh orang Islam di Malaysia pada masa yang sama kerana orang Islam adalah majoriti di dalam negara.

Namun, mengapa hal ini tidak berlaku?

Pada pemerhatian saya yang ringkas ini adalah kerana pemimpin-pemimpin di dalam PAS dan UMNO tidak pernah serius untuk duduk sepakat dan mendaulatkan nilai-nilai ideal yang terkandung di dalam Al-Quran dan Warisan. Rasullulah.

Apabila di ajak bersatu, ada pula yang menolak kerana alasan kononya pernah serik dipermainkan.

Manakala parti dominan yang sedang memerintah pula takut kehilangan sahabat lama di dalam barisan yang telah setia bersama sejak merdeka.

Ada satu parti Islam yang dahulu begitu vokal melaungkan untuk menubuhkan negara Islam kini dilihat menjadi lemah dan sudah mula berkompromi dengan parti bukan Islam. Matlamat menubuhkan negara Islam kini bukan lagi agenda mereka. Mereka mula dan terpaksa mengaku bahawa untuk mencapai kuasa dan menumpaskan parti pemerintah yang sedia ada, maka mereka perlu bergabung dengan pembangkan bukan Islam yang lain.

Bermula dengan idea untuk bersendirian memperjuangkan negara Islam, kini mereka beralih kepada realpolitik dengan mengambil keputusan untuk bergabung dengan PKR dan DAP. Matlamatnya adalah untuk menjatuhkan BN dan UMNO.

PAS telah mengambil pendekatan realpolitik kerana matlamat mereka adalah ABU @ Asal Bukan UMNO.

Dan mereka telah mengabaikan sisi Al-Quran yang menyuruh umat Islam bersatu.

Umat Islam sememangnya telah lama berpecah selepas Rasulullah wafat.
Namun realpolitik yang berasakan sistem kepartian demokrasi ini telah membuatkan perpecahan umat Islam itu menjadi lebih teruk dan lebih parah lagi.

Sekadar melontarkan pandangan.

Salam hormat dan salam persaudaraan daripada saya

fenomenazaman.blogspot.com

Amermeftah berkata...

Join JATI!

Ariffin Khomeini berkata...

Aku tak sokong pisahkan politik dan agama. Tetapi bila agama jadi gula-gula politik, aku panas.

mungkin sekular jalan penyelesaiannya.
http://chomeini.blogspot.com/2012/05/demonstrasi-bersih-30-adalah-haram.html