Selasa, 6 September 2011

Pelancaran Buku dan Seminar karya terbaru Prof. Syed Naquib Al-Attas




Jemput hadir ke majlis pelancaran dan seminar tentang sejarah Alam Melayu.

Buku ini merupakan satu kesinambungan daripada syarahan 1973 yang Prof. Al-Attas sampaikan di UKM kemudian diperpanjangkan pula dalam Islam & Secularism bahagian
Preliminary statement on a general theory of the Islamization of the Malay-Indonesian Archipelago
.

Buku ini mempertahankan sejarah dan peranan gol.  Ahl Sunnah Wal Jamaah yang memacu penyebaran dakwah Islamiyyah di Alam Melayu sebagai satu gerak kerja yang tersusun dan berpaksikan manhaj Tasawwuf Ahl Sunnah, me-radd pandangan sejarawan yang mengaitkan/membesarkan akan peranan gol. Syi'ah dalam menyampaikan risalah dakwah serta menjelaskan asal usul kerangka pandangan alam Ahl Sunnah yang terbentuk melalui proses pengislaman Bahasa Melayu yang amat unik.

Buku ini pada hemat saya bakal mentajdidkan kembali tradisi ilmu Ahl Sunnah dalam bidang historiografi dan falsafah persejarahan Islam yang tersangatlah kurang sarjana yang meneliti hal ini masani.

Buku ini contoh kehebatan dan kemampuan kerangka Ahl Sunnah yang ditajdidkan oleh Prof. A-Attas untuk generasi hadapan terus perkasakan dari semasa ke semasa.

Pendek kata, kalau nak tahu bagaimana Prof. Al-Attas "operationalize" kerangka Metafizik Islam beliau seperti yang tertulis dalam Prolegomena, inilah bukti empiris-nya.