Rabu, 6 Januari 2010

Jika kita gagal...





Nama website: Kalimatullah



Lihat bagaimana perkataan Allah, dan sebagainya dalam versi Islam telah diguna salahkan untuk tujuan propaganda. Video ini dibuat padat tahun 2005.


Muhasabah buat semua para pejuang Islam khususnya dari PAS, selaku jemaah terbesar dan paling berpengaruh: http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/mason-mason-melayu-bahagian-vi.html


Maqasid al-Shari'ah yang pertama dan terpaling penting adalah mempertahankan 'Aqidah, bukan undi, demokrasi, Pakatan Rakyat dan yang sewaktu dengannya. PAS harus lebih tegas bersama semua gerakan Islam dan UMNO dalam menetapkan pendirian yang mapan lagi jelas berhubung isu ini. Jangan gadaikan Aqidah umat kerana politik murahan!

P/S: Hairan mengapa keputusan pendirian ini dibuat oleh PAS melalui mesyuarat bersama lujnah politik...


17 ulasan:

neo berkata...

Politikus, biasalah...

Nak jaga hati. tapi hebat juga dalil yang dipakai masing2.

Kedua-dua belah pihak mempunyai hujah yang baik dan rasional di sisi islam. Khilaf ini ada khilaf yang mamduh (terpuji). Cuma yang mazmumnya (kejinya), kita bergaduh sesama sendiri kerana mempertahankan pendapat masing masing.

PEMENANG berkata...

kah2.... gune kalimah allah haram

hedonism kat tv tu halal
raswah tu halal
curi duit rakyat halal
tipu rakyat halal

tak cakap pape.....

saye meminati anda

tapi bile terlampau ilmiah dan tak tenggelam dalam dunia sebenar dan kehidupan rakyat mungkin artikel2 anda akan berbeza pandangan dengan org yg lebih tua

http://tukartiub.blogspot.com/

saye rase lebih adil kalau anda nak kritik pas kritik dan puji

apabila kritik sahaja..sape nak dengar?

timbul salah paham pembace seoalah2 pas ini sakit teruk macam umno

timbul salah paham bahawa umno takde penyakit sedangkan penyakit umno lagi parah

kalau politik kotor sape yg nak bersihkan....urm takpela biar je la kotor...

teruskan pembacaan dan pengkajian anda cume lebih berhati2 ketike menulis dan mengolah idea

abdulm989@gmail.com berkata...

Assalamualaikum saudara rausyan.

Memang betul kita harus pertahankan kalimah Allah ini. Tetapi saya makin menyampah dengan sikap UMNO yang munafik ini. Sejak bila pula dia prihatin tentang Islam ini?sejak bila pula mereka nak menjadi pembela agama?

orang bukan Islam "haram" guna perkataan Allah tetapi UMNO "menghalalkan" judi,rasuah,arak,pusat-pusat hiburan yang melalaikan,hina janggut Nabi dan banyak lagi kalau nak tulis di sini.

Rausyanfikir berkata...

Wassalam,

Saya percaya tak semua pemimpin UMNO munafik tegar tetapi manusia-manusia yang keliru akan kefahaman Islam-nya. Mahathir apakah dia belajar Islam secara betul zaman beliau bersekolah era penjajah? Rasanya tidak sudah pasti dia keliru.

Lain pula dengan Anwar Ibrahim! Mantan Presiden ABIM! Sekarang beliau sendiri keliru!

Usah politikkan isu ini!

mohd berkata...

wan,
aku pun heran..apsal lujnah politik plak?.Pasal apa tak bincang ngan ustaz haron din?aduih..sedih btol aku.Aku cadangkan, marilah kita semua pemuda yg 'sedar' membersihkan PAS.jom.kita gegarkan dunia.hahaha

mohd berkata...

marilah kita..pendekar sufi muda dan tua, kita sucikan PAS..gegarkan umat!!!!ini abad kita..abad sufi

Shahnon berkata...

In politics, the end always justifies the mean.

Keputusan PAS jelas merupakan keputusan politik. Sebab itulah mesyuarat ini dibuat bersama Lujnah Politik PAS. Bukannya dengan Dewan Ulama atau Majlis Syura.

In the end, kepentingan politik mengatasi kepentingan segala-gala.

weber berkata...

macam mana pun, pilihan yang ada tetap PAS.. kalau PAS buat jahat pun, UMNO 10x lagi jahat...

bab agama ni, bersatu la. lebih2 lagi kalau menyentuh bab akidah. kalau dalam isu Palestin kita satu suara, kenapa dalam isu kalimah Allah ini tak boleh satu suara?

walaupun realitinya PAS perlukan undi bukan Islam, takkan la sampai menggadai prinsip dan akidah. nak berceramah dalam gereja silakan. tapi sewenangnya menyokong penggunaan kalimah Allah oleh gereja Katolik boleh menjadi fitnah kepada PAS sendiri..

~albazrah~ berkata...

Politik selalu membutakan mata, kenapa ilmu para ulama' dan para Profesor seperti Prof Dr. Haron Din dan Prof Al-Attas tak nak dipandang? UMNO memang payah nak diharap, PAS penakut sangat.

Patutlah para ulama yang ikhlas dan cintakan Islam dengan tulus selalu meninggalkan medan politik kerana bercanggah dengan hati mereka yang tawajjuh hanya kepada Allah, seperti Maulana Zakaria al-Kandahlawi, Abul Hassan Ali al-Nadawi, Bediuzzaman Said Nursi. Lihat juga tulisan Said Ramadhan Al-Buti yang di bahagian kedua hidup mereka sering melihat politik tidak berjaya mencapai hakikat Islam.

Kasihan umat Islam.

Rausyanfikir berkata...

Salam kepada semua khususnya kak albazrah.

Insyaallah saya akan muat naik video syarah Dr. Farid Shahran semalam di UIA berhubung isu ini di Youtube. Sangat jelas dan mantap, kalau tak faham lagi memang sah Sufastaiyyah.

Tanpa Nama berkata...

For the sake of "not politicising the issue" does not mean we should be lineant in prioritizing our aqidah. Aqidah is always number one..

Umno will always be there ready to play the hero, what to do...

PAS cannot sell off it's principles "DASAR PAS ADALAH ISLAM"

Tanpa Nama berkata...

salam
mengapa tidak mahu faham2 lagi?
Ini isu Aqidah, jadi jangan timbulkan isu judi, arak, dll.
Ini bukan isu PAS, UMNO, PKR, dll.
Ini isu bersangkutan semua orang Islam
Kalau Allah s.w.t datangkan bala, samada dari PAS, UMNO, PKR atau berkecuali, semua kena.
Tolong fikir secara matang. Jangan emosi tidak bertempat.... lebih-lebih lagi yang sudah berusia

Hamba Allah berkata...

saya harap saudara sosialis kanan dan kak albazrah masuk politik agar ia bersih. Tanpa orang sesucu kalian, dunia politik akan semakin teruk.

jangan harapkan kepada pimpinan yang ada sekarang. kalianlah yang gerakkan.

ridhwan

Udin berkata...

Isu ini telah lama diberikan penergn oleh Dewan Ulamak PAS:
http://ulamak.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29:tidak-salah-penganut-kristian-guna-kalimah-allah--dewan-ulamak-pas-pusat&catid=24:kenytaan-rasmi&Itemid=19

Udin berkata...

Dewan ulama PAS dah lama jawab isu ini

http://ulamak.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29:tidak-salah-penganut-kristian-guna-kalimah-allah--dewan-ulamak-pas-pusat&catid=24:kenytaan-rasmi&Itemid=19

dreamerofdreams berkata...

Kenapa pula isu ini adalah isu aqidah sedangkan dalam diskusi pengajian Islam sendiri sudah wujud perbezaan pendapat? Kenapa pula anda mengatakan pendapat PAS itu adalah melanggar dasar Islam? Apakah pendapat PAS ini hanya di kalangan PAS sahaja? Muslimin di luar Malaysia, seperti di Tanah Arab, di Amerika dan Eropah juga berpegang pada pendapat yang sama dengan PAS! Bacalah sendiri kenyataan media daripada ISNA! Segala "kekeliruan" yang anda fikirkan ini hanya dalam minda anda sahaja! Ingatlah, kita hanya akan mengetahui jawaban sebenar dalam hal ini daripada Allah SWT sendiri sahaja!

Tanpa Nama berkata...

Salam. Memang jawapan sebenar pada Allah Taala. Sudahkah sdr dreamerofdreams dll. mohon petunjuk Allah, jangan cakap saja. Sy dah mohon dan jawapannya mmg tak boleh.