Khamis, 14 Januari 2010

It's a simple logic...


I have two simple pictures that could portray some logical values embedded in them about the kalimah "Allah" issue. 

Here is the first picture. I am quite surprise when I viewed a picture being circulated by other Facebookers as depicted below:




I guess it is just a simple logic, isn't it? Surprisingly, this guy was only referring to Prof. Al-Attas' speech which I have transcribed earlier.

Let us move to the second one.

What will happen, if, (let me phrase this in hypothetical mode), we legalized the usage of the word "Allah" to non-Muslim in order for them to "contextualize" their religious practices? Will the repercussion from this legal decision could possibly yield something like the picture being shown below, as what already occurred in Indonesia?



Now, for the sake of our long-lived tradition of peaceful and harmonious society, don't you think this kind of panorama will not cause a great tension and distress among the communities here in Malaysia, especially among the Muslims and Christians? 

Sometimes, it is more worthy - and safer, to remain "conservative" than to open up the Pandora's Box.

As a responsible Muslim, I will abide full-heartedly to the Islamic authority in this country -  the Fatwa Council, which actually had already concluded upon this matter for quite some time ago. 

A picture worth more than a thousand words. Two pictures here, for me are priceless...



14 ulasan:

PEMENANG berkata...

apabila seseorang itu bijak dan x bodoh xde maslaah pon gambar tuh..ternyate akidah diorang x btol dan dioarng telah salah gune kalimah Allah

hanye orang yang bodoh saje yang akan keliru

oleh sebab itu pendidikan tauhid harus ditekankan kepada semua orang bukan orang islam sahaja

bukan dengan cara menghalang 100% diorang nak gune

ni la kebodohan umno menyebabkan islam asyik bertahan sahaje...hedonisma digalakkan...mansuia jadi bengap...pas tu semuanya kene protect..buku tu x boleh masuk...buku ni x boleh.......sebab orang da h jadi bodoh maka kene la jaga lebih sikit cam dalam isu kalimah allah

ape pon kamu ni kan tahu ini khilaf
tengok sendiri fatwa prof dr wahbah az zuhaili dan dr yusuf al qardhawi

x silap umar al khattab pernah semayang dalam gereja ..xde masalah pon....

ni bukan masalah konservatif atau x......

Rausyanfikir berkata...

Saudara jangan underestimate after effect. Masakan tidak rakan-rakan kita, malah HAMKA sendiri tak mahu sambut Hari Natal di sana?

PEMENANG berkata...

sepatutnye anda mengambil ruang ini berdakwah kepada non muslim tentang akidah ...ini kesempatan yang baik

kenape kite pandang sume org kafir sebagai kafor harbi?

wat the fish

ade gak kafir zimmi...

kah2 ini sume salah umno
menakutkan2 org kafir dengan hudula ape la

kdg2 bile tenggelam dalam dunia ilmiah dan x membumikannye menyebabkan care anda berfikir jadi huduh

tengok TGNA ilmu nye saye yakin banyak tapi dia membumikan kefahaman dia bukannye menggunakan 'jargon' word yang menyusahkan orang nak paham...

pandangan alam la...kah2

sori terkasar sket

ape pon saye akan terus bace blog anda sebagai seorang penuis yang kritikal

Rausyanfikir berkata...

Orang macam saudara ni lah mencemarkan nama baik Ibn Sina yang bersusah payah memartabatkan tradisi ilmu Islam dengan ilm falsafah, mantiq etc. Malulah. Saudarakan pelajar medic.

Kalau tak faham, buat cara tak faham. Tak perlu sinikal. Saudara nak kritik peribadai saya tiada masalah, tapi kritik ilmu, biar beradab.

PEMENANG berkata...

tu masalah menyambut perayaan agama lain

rujuk sendiri fatwa dr yusuf al qardhawi

saya rasa saya memandang masalah ini dari sudut fekah sebab itu jadi begini

anda pandang dari sudut falsafah

tapi kalau begitu, tepatla kenyataan PAS bahawa kalu boleh dielakkan gune secara keliru

sebab kalau masalah fekah lebih baik rujuk ulamak muktabar...

ok maaf atas komen saya

PEMENANG berkata...

sile terangkan ape yg saye tak faham

jangan jadi cam umno yang asyik nak tutup2 je ....

PEMENANG berkata...

oklah..maafkan saya..saya xberniat nak kritik ilmu pandangan alam....

..jangan marah kat saye

urm ape pon

teruskan menulis sebab kalau ape2 yang saye setuju saya diamkan aje

kalau ape yang saya kurang setuju saya akan komen

Syed SP berkata...

Salam,

Bagi saya.. bila saja memanggil orang lain sebagai 'bodoh'..maka hilang la perkara yang dinamakan 'perbincangan berilmiah' dan sewaktu dengannya.

Sememangnya kalau kita *betul-betul* terdidik dgn perkara tauhid dalam agama islam, mungkin benda-benda ni tak ada masalah.

Tapi as always, jumlah orang ramai yang kurang terdidik akan selama-lamanya tergolong sebagai majoriti, jadi adalah tanggungjawab pemerintah untuk melindungi orang ramai dalam perkara-perkara seperti ini.

dreamerofdreams berkata...

previously i also supported that god is ilah in Arabic, and upheld the view that non-Muslims should not use Allah as reference to their god. However, after reading the views from Dr. Asri for example, and hearing from my Arab colleagues, and listening to the understanding of my other non-Malay Muslim friends, it seems that the understanding of the Malay Muslim on the name of Allah is flawed. Perhaps, as you said, better remain conservative than opening up the Pandora's box. But is not truth more important? For in truth lies wisdom.

Tanpa Nama berkata...

saya pernah berhujjah dgn seorang guru sekolah menengah. beliau nyatakan kita tidak boleh protect generasi muda dari pengaruh budaya hedonism termasuk homoseksual. logik yg digunakan golongan belia perlu didedahkan bagi mematangkan mereka dan sebahgiaan dari pendidikan.

saya jawab "then you have failed first as an adult, and second, which is worst, as a teacher".
sebagai seorang yang telah diberi ilmu dan pengalaman, sewajarnya tugas kita membimbing mereka.

Sekiranya kita tahu, melalui pengalaman, di depan sana ada lobang, mungkin banyak lobang, dan kita melihat sekumpulan remaja yang sedang menuju ke arah sana, apakah kita hanya akan berdiam diri dan membiarkan saja mereka terpelesuk? kalau gitu sikap kita, sia-sia segala ilmu yg dimiliki.

sekurang-kurangnya sebagai orang dewasa,kita akan cuba memberi amaran tentang bahaya di depan. samada mereka ingin dengar atau tidak, itu perkara kedua. tapi tanggung-jawab kita memastikan amaran diberi kerana kita sedar ditahap mereka, belum ada keupayaan untuk menilai. lebih baik lagi jika kita dapat melakukan sesuatu untuk menutup lobang-lobang tersebut supaya tiada yang perlu terpelesuk dan mengakibatkan kerugian berpanjangan termasuk kehilangan jiwa.

saya tambah, kalau pun kita tidak mahu lakukan sesuatu, kita tidak wajar memudahkannya dengan memberi lampu hijau. Isyarat yg kita beri sebagai orang dewasa sekurang-kurangnya dapat membuat mereka berfikir sejenak. selepas itu jika mereka ingin teruskan juga, kita tiada dapat menahan. Tapi dengan adanya amaran yang diberi, memberi peluang mereka yg lalai untuk berhenti sejenak dan berfikir. satu hari nanti mungkin mereka akan sedar dan hargai.

apa yg ingin saya kongsi, tidak semua orang mempunyai kemampuan yang sama. keupayaan memandang jauh ke depan serta kemampuan menganalisa dari berbagai sudut merupakan kelebihan segelintir orang saya. jadi menjadi tanggung-jawab mereka yang sedar untuk memberi amaran kepada yang lain. dan sikap yang menerima seharusnya, berhenti sejenak untuk berfikir dan bukan terus melulu menuduh sebarangan.

dalam isu ini, terdapat usaha untuk menyamakan akal orang awam dgn mereka yang IQ lebih tinggi. saranan2 supaya ditingkatkan ajaran tauhid adalah sesuatu yang simplistik. kanak-kanak, remaja dan orang-orang kurang cerdas perlu dilindungi. selain itu, kita perlu timbang kemaslahatan umum lebih diutamakan dari kemaslahan peribadi. tanpa menggunakan kalimah Allah, tidak akan menjejas pihak gereja. jika selama ini mereka dapat menarik ribuan orang memeluk agama mereka tanpa menggunakan istilah Allah, mengapa sekarang mereka merasa kerumitan. sebaliknya, penggunaan istilah Allah akan mendatangkan lebih banyak lagi kerumitan umum dari banyak sudut. jadi, pertimbangannya mengapa kita harus melibatkan diri dengan perkara2 yang kurang manfaatnya. ada banyak lagi perkara lain yang boleh kita tumpu dari. masa yang digunakan untuk menangani boleh dimanfaatkan lebih baik lagi.

Salman Amir berkata...

@Pemenang

Suatu permasalahan tidak boleh di lihat dari sudut dalil dan hukum sahaja, tapi mesti bermula dari segi:

(1)Falsafah@tasawwur@hakikat- punca permasalahan ini, yang sebenarnya di timbulkan oleh golongan kristian 'Malaysia'yang jelas-jelas punya agenda kristianisasi.

(2)Maqasid@tujuan pensyariatan/hukum - Hukum berubah mengikut keadaan semasa dan setempat. Tidak wajar sebagai orang awam melangkaui fatwa setempat yang telah di wartakan dengan mengambil mana-mana pandangan ulama' muktabar yang bercanggah dengan fatwa setempat ( Rujuk Adab mufti wal mustafti )

3) Kaedah Feqhiah (Hasil dari dalil feqh dan interakaksi nusus feqh) " daru'l mafsadah awla min jalbul maslahah" Mengelak mudarrah (Aqidah Muslim dlm isu ini) DIDAHULUKAN/UTAMA dari men'gain' maslahah (dakwah non Muslim)

Jangan sekadar melihat ianya dari pandangan steriotaip :
(1) Politik - Melihat ianya agenda UMNO yang semata-mata untuk menyemarakkan agenda Melayu. Tidak di nafikan,UMNO sangat lemah dan tidak bersungguh-sungguh dalam menangani isu ini (sekadar demonstrasi jalanan )walaupun mereka mempunyai kuasa politik yang kuat dan boleh mempengaruhi keputusan mahkamah.

(2)Dakwah - Ramai golongan 'islamik' yang terlampau bersikap positif dalam isu ini,seolah-olah golongan kristian akan mudah-mudah meninggalkan agama mereka kerana mereka akan terkeliru dan inilah peluang dakwah kita. Hakikat yang sebenarnya ialah sebaliknya. Majoriti orang islam yang tidak memahami agama yang akan terkeliru dengan penggunaan kalimah ini apatah lagi dengan gerakan dakwah yang sentiasa lesu di Malaysia ini.

(3)Literal dalil Al-Quran dan Hadith - Golongan ini sentiasa berbeza pendapat dalam apa-apa isu pun kerana mereka tidak pernah menimbangkan ilmu usul feqh dalam meletakkan hukum. Mereka 'lurus bendul' dalam melihat setiap permasalahan dengan qaedah mereka :Al-aslu fil as'ya' al-ibahah(Asal setiap perkara adalah harus) dan al-aslu fil ibadah al-hurmah (Asal setiap ibadah itu adalah haram) sedangkan persoalan hukum memerlukan keahlian dan bukan boleh di lontarkan sewenang-wenangnya.

Bukakan minda,dunia ini lebih dari pandangan mata.

Wallahua'lam.

alqasam berkata...

@pemenang:

anda baca dan faham tak konteks menyeluruh dan tulisan-tulisan ini? Jika anda faham dan meneliti dari semua sudut, Fatwa dr Yusuf Qardhawi dan Wahbah Zuhaily tidak boleh digunakan dalam konteks uruf Malaysia.

"Fatwa setempat (uruf) yakni dikeluarkan perlu melihat konteks uruf dan tempat" seperti kaedah Feqh:-

" Al-hukm tatatghayyur bitaghyyur al-azman wal amkan"

-Hukum itu berubah dengan berubahnya tempat dan masa-

Yakni ia tidak statik. Banyak faktor dan maqsad perlu diteliti untuk fatwa asal/zahir sesuai atau tidak dari aplikasi maqasid, feqh dan aqidah.

saifulislam pun dah jawab akan perkara ini. Kalau masih tak faham tak tahulah...

PEMENANG berkata...

okeh terima kasih....saya akan kaji dengan lebih dalam

CosmicBoy berkata...

Bagi muslim-muslim, Allah ialah kata nama diri (proper name), beda dengan org Kristen, Allah ialah kata nama umum (generic name), jadi utk kalian, Allah kalian, utk kami, Allah kami, satu kalimat, dua konsep...utk agama kalian, urusan kalian, utk agama kami, urusan kami...kami tidak ngurusin agama kalian, kalian jangan ngurusin agama kami...sayang, ada dari kalangan kalian yg bertendesi menekan & maksain!