Sabtu, 2 Januari 2010

Isu kehilangan adab dalam penggunaan nama "Allah" : Jangan jadi naif!


Saya masih ingat sewaktu mula-mula berjinak dengan gerakan dakwah, antara "hero" yang paling saya kagumi ialah Allahyarham Syeikh Ahmad Deedat. Sebelum beliau meninggal dunia, pesanan beliau pada kita semua ialah mempertahankan aqidah umat dari arus kristianisasi yang datang dari pelbagai rupa sama ada secara intelektualisme melalui penulisan golongan Orientalis mahupun berbentuk sosio-politik seperti gerakan kemanusian yang gencar dilaksanakan di kawasan krisis seperti Acheh, dan Darfur.

Pokok pangkal nasihat Syeikh Deedat ialah JANGAN JADI NAIF! 

Lupakah kita akan Pope Benedict sendiri DENGAN SENGAJA menconteng arang kepada maruah umat Islam walhal beliau bukan jahil terhadap Islam memandangkan beliau merupakan seorang theologian dan ketua Roman Katolik dunia!

Sepanjang saya berdebat dan membahas isu ini, saya lihat yang menjadi masalah bukan sangat golongan Ad-Dholin itu sebab kerja-kerja menyesatkan dan mengelirukan ini adalah tugas hakiki mereka TETAPI yang lebih menyedihkan bila mana sesetengah ulama' kita yang mempunyai pengaruh yang besar turut sama melihat isu ini secara naif dan penuh dengan kekeliruan!

Golongan yang keliru ini SELALUNYA datang daripada aliran yang menolak tradisi keilmuan Islam yang berusia lebih 1000 tahun, dan mereka ini lebih senang dikenali sebagai pemuka Salafiyyah/Wahabbiyyah dan juga Modenis/Reformis (political Islam).

Kedua-dua golongan ini SELALUNYA mengabaikan ilmu-ilmu penting yang telah bertindak sebagai tunjang tradisi keilmuan Islam seperti 'ilm kalam, 'ilm tassawuf, 'ilm falsafah Islamiyyah (al-mantiq al-suri = formal logic) kerana sifat literalisme (bagi Salafiyyah/Wahabiyyah) dan sifat "minda tertawan" terhadap Naratif Agung Barat yang halus menusuk akal-budi mereka (bagi Modernis/Reformis).

Tanpa kefahaman yang tuntas berkenaan ilmu-ilmu ini kita akan senang tertipu, dan 
terkeliru malah boleh tersesat dengan serangan falsafah sekularisme jajaan Tamadun Barat, dan gerakan Kristianisasi yang telah lapuk di Barat menjadikan ombak perubahan ini sebagai pemangkin kepada limpahan tajaan agenda liberalisme, pluralisme agama di Dunia Islam seperti mana yang teruk melanda Indonesia.

Sudah sampai masanya kita sama-sama mengkaji dan memetakan semula ontologi golongan kafir dan ahli kitab berdasarkan nas naqliyyah dan aqliyyah yang telah dirumus panjang lebar oleh para 'ulama silam yang berwibawa. Untuk itu saya amat sarankan agar kita dapat membaca buku ini secara tuntas:







Buku "Al-Amthal dalam Al-Qur'an: Golongan Kafir dan Ahli Kitab" ini telah dirumus dengan baik oleh Ustaz Zainal Abidin Mohamad dan Ustaz Muhd Najib Abdul Kadir dalam memahami aspek ontologi (mahiyyah/the whatness) golongan kafir dan ahli kitab berdasarkan kupasan-kupasan para mufassirun, mutakkalimun, fuqaha' silam seperti Imam Fakhr Din Al-Razi, Imam Al-Qurtubi, Imam Jalal al-Din al-Suyuti, Imam al-Baydawi dan banyak lagi.

Seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah berkenaan hadith Nabi s.a.w berkenaan al-amthal yang termuat dalam Riwayat Imam al-Baihaqi:
“Al-Qur’an diturunkan dalam lima bentuk iaitu halal, haram, muhkam, mutashabihah, dan perumpamaan (Amthal). Maka beramallah dengan yang halal, jauhilah yang haram, ikutilah yang muhkam, berimanlah dengan mutashabihah, dan ambillah pengajaran daripada perumpamaan“. (Riwayat al-Baihaqi).
Al-Amthal dapat mendekatkan sesuatu gambaran dan hakikat sebenar supaya menjadi peringatan dan iktibar atau galakan dan dorongan kepada manusia berkenaan golongan tersebut.

Sesiapa yang rajin mengikuti blog ini, saya sudah mengupas panjang berkenaan hal ini berdasarkan hujah-hujah bukan sahaja dari autoriti Islam tetapi juga autoriti teragung Kristian ya'ni Saint Thomas Aquinas yang dikupas dengan tuntas oleh salah seorang anak murid Prof. Syed Naquib Al-Attas iaitu Dr. Sani Badron dalam entri ini.

Saya sarankan para pembaca sekalian merujuk entri yang sangat jujur dalam membongkar motif tersirat aliran Kristianisasi dalam blog Demi Negara.

Bagi memahami dampaknya pada masyarakat am dalam konteks Indonesia yang mengalami kecelaruan autoriti agama (tidak seperti kita yang empunya peruntukkan khas berkaitan agama Islam dalam Perlembagaan), rujuk tulisan ringkas da'ie yang cukup digerani puak liberalis agama di Indonesia iaitu Dr. Adian Husaini (anak murid Prof. Wan Mohd. Nor Wan Daud).

Dari segi dampak terhadap Islam sebagai Agama Persekutuan, rujuk tulisan Zainul Rijal, Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia.

Juga rujuk hujah golongan Kristian sendiri yang menolak nama Allah untuk diguna pakai dalam ibadat mereka.


Analisa menarik juga dari blog Another Brick in the Wall.

Sekarang baru saya faham kesan perubahan semantik Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia. Dengan "membuka" ruang daripada Melayu kepada Malaysia, tunjang semantik bahasa Islami yang terdapat dalam ta'rif Melayu bakal bercampur aduk dengan tuntutan kaum lain yang ingin mengguna pakai Bahasa Melayu yang telah diperluaskan menjadi Bahasa Malaysia untuk kegunaan pelbagai kaum dan agama di Malaysia. 

Tanpa memahami dan menilai peri penting bahasa dalam pembentukkan pandangan alam Islam (ru'yat al-Islam lil wujud) yang menjadi teras akal-budi aqidah Islami, kita akan terlepas pandang daripada elemen asing yang cuba menerobos masuk ke dalam kerangka Bahasa Melayu yang terbina dengan kemas melalui proses Islamisasi dalam sejarah Nusantara (rujuk karya Islam and Secularism dan Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu tulisan Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas). 

Dengan menukar ta'rif bahasa kebangsaan daripada Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia, kita secara tak lansung membuka ruang pengsekuleran Bahasa Melayu kerana cuba memenuhi falsafah inklusif hasil daripada semantik perkataan "Malaysia" itu!

Inilah salah satu tanda-tanda de-Islamisasi yang amat halus! Pertahankan ta'rif Bahasa Melayu daripada diubah suai, diselewengkan menjadi Bahasa Malaysia yang lebih vague dan jauh daripada semantik bahasa Islami!

Sekali lagi saya tekankan, umat Islam jangan jadi naif dalam isu ini kerana polemik ini membawa maksud de-Islamisasi yang tersirat!



15 ulasan:

neo berkata...

Tahniah.

Kupasan yang jelas dan tegas.

This is the final wake up call for all muslims.

Thanks 4 da info.

encikbaca berkata...

Saya juga ada membaca buku yang tuan baca. al-Amthal dalam Al-Quran untuk golongan Kafir dan Ahli Kitab.

encikbaca.wordpress.com

terry bogart berkata...

thanx sebab abg sudi ulas..

terry bogart berkata...

i got this from wikepedia under "anwar ibrahim"

One of the major changes that he did was to rename the national language from Bahasa Malaysia to Bahasa Melayu.

alQasam berkata...

Askum.

Perkongsian menarik.

Tadi saya ada menurunkan komentar di blog YB Khalid. Komentar menyentuh dari sudah pertembungan masalahah vs mudaraah dalam Kaedah Feqh ( Ruling Method) dan linguastik. Tetapi entah macam mana ada connection prob semua hilang tak dapat dipost.

Sejujurnya, saya tidaklah terlalu terkejut atau tersentuh sentiviti yang terlampau. Namun bila melihat isu ini dari segi lughah (linguastik), semantik, maqasid syara', siasah syariah, feqh da'wah dan usul feqh maka ia sangat tidak tepat KONTEKS penggunaan semata-mata dalil dari zahir nas. Ia tidak boleh ditanggapi sekadar literaly nas semata-mata. Maka terasa 'geram'nya juga polemik ini.

Ia lebih dari sekadar sentimen atau hak eksklusif. Ia berkaitan Aqidah. JIka kita pergi website dakyah Kristianisasi Melayu memang hujah mereka begitulah. Mari kita sembah ALLAH dan masuk ke agama kristian sebab Tuhan kami pun ALLAH. Keliru?
Begitulah. Apabila isu-isu tidak ditimbang dengan kaedah feqh (bagaimana menguruskan dalil dan nas).

Mudarrah = Keliru aqidah + usaha dakyah kristian

Maslahah-kononnya(bg mereka yang menyokong) = Peluang dakwa nonMuslims + memberi peluang memperkuat Aqidah.

Maka bertembungan gain benefit and avoiding harm in religion, maka avoiding harm didahulukan ( درء المفسدة أولى من جلب المصلحة).

Satu lagi tulisan Dr Khalif Muammar menarik juga.

http://iii.com.my/index.php?option=com_content&view=frontpage

Allahua'lam.

alqasam berkata...

Satu point lagi yang saya terlupa sertakan. Apabila kita meneliti hujjah mereka yang menyokong i.e Dr Asri, YB Khalid dan Us Zaharuddin (Tetapi Us Zaharuddin tidak bersetuju dari aspek Siasah Syariah (Political Science) kita akan mendapati hujah mereka atas nas/dalil literally.

Menggunakan literal nas semata-mata namun aplikasi atas KONTEKS penggunaan yang salah:-

1) Uruf Malaysia tidak boleh digunapakai. Qiyas ma'al fariq (Qiyas dengan keadaan negara lain i.e Uk, US etc yang 'dikatakan' menggunakan nama ALLAH dalam da'wa mereka)

2) Konteks penggunaan literal dalil yang salah. Sebagai contoh ayat:-

" Dan berkatalah Yahudi, Uzair itu anak ALLAH"

Lafaz itlaq (إطلاق) dalam AlQuran bukan semua akan menjadi أمر (Suruhan/Arahan) dalam bentuk hukum harus/halal/haram. Perlu ada kupasan seterusnya menerusi kaedah feqh dan usul feqh.

3) Konteks penggunaan ALLAH yang diitlaq dalam AlQuran perlu dilihat dari sudut Siyaqul Kalam ( سياق الكلام) penggunaan ayat-ayat tertentu. Adakah diitlaq sebagai penceritaan, analogi atau sekadar pemindahan/proses pengkisahan.

Semua sudut termenologi Quran perlu diambil kira mengikut methodologi hukum yang telah disusun.

Allahua'lam.

alqasam berkata...

Askum saudara Rausyan. Saya tertarik untuk menambah sedikit dalam komentar saya. Satu lagi point kita boleh bina when we read the comments or argumentation from those who seems to support/take it positively the hujjah antaranya:-

Dan sesungguhnya, jika kamu (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!" (al-Zukhruf : 87-88) dan (Surah al-Ankabut ayat 63)" .

1- Tentulah konteks ayat tersebut berbicara atau reflects back upon ALLAH as the Ultimate atau ALLAH yang ESA. Sedang yang kristian Herald nak gunapakai BUKAN merujuk ALLAH the ALMIGHT sebaliknya konsep triniti.

2- Bahkan tentulah keesaan ALLAH tidak akan terjejas samada kita menyembahNYA, mengakui keESAanya atau tidak. KEESAAN Allah bersifat Qadim. الله قيام بنفسه. Sedang kitalah yang akan terjejas jika tidak mengakui keESAAAN ALLAH.

3- Bahkan juga sudah semestinya ALLAH lah PENCIPTA semua makhluk dari sudut ma'nawi (essence) dan hakikat sebenarnya samada manusia mengguna pakai term/bahasa apa pun. Samada manusia mengakui atau tidak. Sebaliknya kita - sebagai manusia- yang tidak mengakui/submit to ALMIGHTY ALLAH. Jesteru dalam penggunaan terms ini lebih kepada bentuk konteks penggunaan yang perlu digunakan methodologi ahkam berbalik/merujuk kepada kita. Yakni kita merujuk kepada siapa? Dalam hal ini kembali kepada penggunaan proses dakyah missionari maka secara terus ia tertolak.

Allah menyebut: (maksudnya) “Sesungguhnya telah kafirlah mereka yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari yang tiga (triniti)”. padahal tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa..(Surah al-Maidah ayat 73).

4- Uruf (custom) luar negara tidak boleh dijadikan stance or hujjah kerana - العادة محكمة- Adat/Custom/unique custom sesebuah tempat boleh disandarkan hujjah selagi mana tidak bertentangan dengan AlQuran, Sunnah, Ijma' dan Qiyas. Di negara kita mudarrat (mrk yg goyah/keliru Aqidah dalam dakyah) dan masalahah (yg dikatakan di luar negara ramai masuk Islam sbb whatsnot regarding term ALLAH adalah dua perkara berbeza melalui KONTEKS URUF Malaysia. Kita mudarrah lebih besar/utama dari nak menarik nonmuslims. Jesteru melalui kaedah feqh apa yang sy sebut sebelum ini, konsep/hujjah yang mereka gunakan jelasnya tertolak.

Allahua'lam.

PEMENANG berkata...

harap pihak um## tak bising2 dalam mende yang masih khilaf ulamak

tapi bila mendeg dah sah haram ..hedonism.....raswah...halal plak hik2

setuju dengan penulis blog cume harap tak terikut dengan permainan media yg dikuasai um##

Rausyanfikir berkata...

Syukran kak Alqasam. Lama tak dengar cerita :)

Hujah akak sangat bernas dan harapnya orang lain mendapat manfaat.

Saya lihat haru-biru umat Islam hari ni datang dari puak Wahabi, Libertarian dan Modernis dalam PKR, PAS dan awam.

encikbaca berkata...

Tuan Rausyanfikir yang dihormati,

Terimah kasih kerana meluluskan komen saya.

Melarang penggunaan perkataan Allah oleh agama lain mungkin boleh dilaksanakan oleh pemerintah kita (selepas proses mahkamah). Pun begitu, pada hemat saya ia bukan satu penyelesaian jangka panjang. Selamanya pendakyah Kristian akan terus berusaha menyebarkan ajaran agamanya.

Makhamah Malaysia boleh melarang penggunaan kalimah ini. Tapi undang-undag ini tidak akan terpakai pada laman web dan blog. Begitu juga pada sebaran-sebaran yang lain.

Bagaimana pula dengan mahasiswa kita yang belajar di Indonesia dan negara lain. Mereka terdedah.

Saya akan bersama pemerintah, seandainya pemerintah mahu perkataan Allah dilarang diguna oleh agama lain.

Namun sebagai umat Islam, kita perlu memikirkan tindakan untuk jangkasama yang lebih panjang.

Wallahu a'lam.

terry bogart berkata...

yups.. saya sependapat dengn encikbaca.. itulah yg saya maksudkan apabila saya ber 'chat' dengan abg melalui gtalk.. yg saya maksudkan adalah, apakan tindakan utk 'counter-attack' yg bkesan walaupun ambil masa yg panjang..

1st blog yg saya tuju selepas isu pnggunaa pkataan "Allah" adalah blog ni.. hal ni kerana, saya nak jawpaan yg mmpunyai huraian dan CADANGAN penyelesaian...

sebab, saya ingt lagi..masa discussion ISLAMICA, abg pernah cakap ....pihak2 yg branggungjawab perlu memikirkan isu pngangguran kerana ekonomi negara jatuh seterusnya mgggalakkan aktiviti2 ragut dan rompak..,bukannya pi berebut bkaitan politik... dan hal ni memang berlaku apabila banyak blaku kes2 ragut n pecah rumah dengan mendadak.. [ISLMAICA skang dah macm baca kitab n ceramah, xbminat nak pi lg dah]..

nampak macm harapan saya tinggi sangt, tapi itulah yg saya cuba pupuk sebelum memahami realiti sebenar..

dreamerofdreams berkata...

Membaca hujah-hujah wan rausyanfikir dan alqasam dalam hal ini tak ubah seperti "mindset" orang Melayu Muslim yang mensinonimkan bahawa Melayu itu adalah Islam. Sedangkan Arab sendiri, yang diturunkan padanya Muhammad Rasulullah SAW dengan wahyu pun tidak sinonim dengan Islam, apatah lagi Melayu! Ingatlah, agama adalah agama, bangsa adalah bangsa, bahasa adalah bahasa, negara adalah negara! Proses mensinonimkan Melayu dengan Islam ini tak ada bezanya dengan proses mensinonimkan agama dan bangsa Yahudi!

aL berkata...

Assalammua'laikum,

saya tertarik dengan blog En.Rausyan. Tetapi saya sedang cuba memahami, apakah tujuan encik menulis semua ini. Bukan niat untuk berlaku 'offensive', apa yang dimaksudkan saya selain daripada kaedah menyedarkan saudara kita sekalian, apakah penyelesaian yang encik Rausyan cuba ikhtiarkan?

Ulasan saya, saya tidak berkata 'ya', dan bukan pula 'tidak', apatah lagi 'tidak kisah'. Tetapi segala perungkaian demi perungkaian menimbulkan pendapat demi pendapat yang masing-masing alhamdulillah berhujah dengan ilmu. Maka masing-masing teguh pada pendirian masing-masing. Dalam kemelut kita dengan isu penggunaan nama Allah oleh orang kaffir, kita terlupa saudara kita sendiri. Memang niat kita menentang mereka yang kaffir, tapi lihatlah, kita sudah jauh terlanjur berperang dengan saudara sendiri antara ya dengan tidak.

Saudara, seperti salah satu artikel didalam blog saudara ada menyatakan tentang 'perbincangan'. Maka, jangan kita tuggu para pemimpin untuk duduk berapat lutut, kerana rakyat juga mempunyai akal dan ilmu. Penggunaan nama ini sudah berlaku, fikirkan penyelesaiannya. Apa yang akan berlaku kemudian, bagaimana akan kita tangani. Selesaikan masalah. Berdebat tentang sah atau tidak sah ini bukannya tak perlu, tapi inilah niat mereka yang mencetuskan. Memang kita dijalan yang benar di dalam perancangan mereka. Benar-benar seperti yang dirancangkan. Jadi, kalau kita hendak menyelidik dan berdebat tentang sah atau tidak ini, sambil-sambil lah kita rujuk kepada puncanya. Maksud saya, bagaimana kebenaran penggunaan nama Allah ini dapat diluluskan. Dan dengan itu, maka saudara mesti akan, dan memang nampak bahawa negara kita sememangnya negara sekuler yang masalah ini adalah lagi besar daripada masalah penggunaan nama ini. Inilah ketua kepada peng'halal' segala yang haram di negara kita. Sistem kita perlu diubah.

hans berkata...

salam,

Orang katolik sebenarnya sudah mempunyai nama bagi tuhan mereka. nama tersebut adalah YHWH. Jadi kenapa orang catholic sibuk sangat nak guna nama Allah, nama yang maha suci dalam agama Islam. Mereka nak adopt nama Allah dan memberinya konsep triniti, kenapa?. Adalah tanggung jawab orang islam untuk memelihara kesucian nama Allah. Berbalik kenapa orang2 catholic tidak guna nama YHWH dalam bible terjemahan mereka?? Jawapanya mereka (catholic) sendiri dilarang menyebut atau menggunakan nama YHWH (nama tuhan mereka)kononnya bagi menjaga kesucian nama YHWH. Pelik sungguh mereka ini, berbeza dengan orang islam, yg digalakkan menyebut nama Allah dan memuji kesucian dan kebesaran nama Allah, tetapi mereka sebaliknya.

menurut "Vatican Congregation for Divine Worship and the Sacraments, dated June 29 2008"
rujuk website

http://www.catholicnews.com/data/stories/cns/0804119.htm

"By directive of the Holy Father, in accord with the Congregation for the Doctrine of the Faith, this congregation ... deems it convenient to communicate to the bishops' conferences ... as regards the translation and the pronunciation, in a liturgical setting, of the divine name signified in the sacred Tetragrammaton," said the letter signed by Cardinal Francis Arinze and Archbishop Malcolm Ranjith, congregation prefect and secretary, respectively.

The Tetragrammaton is YHWH, the four consonants of the ancient Hebrew name for God.

"As an expression of the infinite greatness and majesty of God, it was held to be unpronounceable and hence was replaced during the reading of sacred Scripture by means of the use of an alternate name: 'Adonai,' which means 'Lord,'"

......

"Apart from a motive of a purely philological order, there is also that of remaining faithful to the church's tradition, from the beginning, that the sacred Tetragrammaton was never pronounced in the Christian context nor translated into any of the languages into which the Bible was translated."
seterusnya
The two Vatican officials noted that "Liturgiam Authenticam," the congregation's 2001 document on liturgical translations, stated that "the name of almighty God expressed by the Hebrew Tetragrammaton and rendered in Latin by the word 'Dominus,' is to be rendered into any given vernacular by a word equivalent in meaning."

Ini mungkin juga bermakna semasa mubaligh catholic tiba di Borneo mungkin 400-500 tahun dulu, penduduk tempatan pada ketika itu adalah beragama Islam. Apakah kita nak biar sejarah hitam ini merebak di seluruh Malaysia. nama tuhan orang catholic adalah YHWH, tetapi mereka sendiri tidak dibenarkan mengguna nama tersebut, kerana Vatican bimbang nama tersebut tercemar. Apakah kita orang Islam diMalaysia nak biar paderi catholic kebebasan mencemar kesucian nama Allah??

rnahaikal berkata...

Sila rujuk juga:

http://www.islam.gov.my/portal/pr_kalimah_Allah.php