Jumaat, 8 Januari 2010

The Grand Scheme


Below material is excellent insights of serious matters defining the need by Tan Sri Pakiam, to use the word Allah;

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"Eropah tidak lagi mengamalkan asas ajaran sebenar yang mampu menangkis penyebaran Islam yang kini semakin nyata di benua ini. Jika eropah tidak berubah dan kembali kepada asas Kristian, ia akan diisilamkan" kata Ketua Katolik Republik Czech , Biskop Miloslav Vlk.
Nampaknya, mereka juga menghadapi masalah dengan agama mereka.

Mungkin masyarakat Eropah terlalu pintar untuk dikelentongkan, maka kini mereka perlu berpindah ke masyarakat yang dilabel "the lazy natives" untuk meraih sokongan bagi agama mereka.

sallyaww berkata...

Rausanfikir

1. Agenda kristiansasi serta sekularisasi telah diketahui ummah sejak tahun 1511 lagi. Pendedahan anda cuma mensensasikannya sahaja.

2. Yang penting adalah kreativiti pemuda seperti Rausyanfikr dalam menghadapi agenda tersebut.

3. Dalam isu kalimah Allah, reaksi ummah haruslah :-
a. Kelihatan tegas terhadap musuh.
b. Kelihatan tidak ekstrimis terhadap golongan yang berminat kepada islam serta golongan yang "muslim friendly".
c. Tidak mempunyai impak negatif kepada minoriti islam diluar negara.
d. tidak mempunyai impak negatif terhadap pertubuhan islam seperti Al Ikhwan, AKP. PKS, Jummaat Al Islami, ISNA dsb.

e. Kelihatan menghormati undang-undang.

3. Reaksi tegas perlu kreatif.

4. Kenyataan rasmi PAS setakat ini mantap.

5. Reaksi Pemuda PAS menghormati keputusan mahkamah disamping berdialog dengan pehak gereja adalah yang terbaik.

Udin berkata...

Saya tidak bersetuju dengan saudara Rausyanfikir yg mengkritik kenyataan yg dibuat PAS trhadap isu ini.

Pertamanya, saudara perlulah mengtahui siapakah yg berautoriti di dlm menangani perkara ini. Golongan yg paling berautoriti buat mngeluarkn kenyataan bg isu ini adalah para ulama'. Saudara??? Sedangkan majoriti jawatankuasa PAS yg telah bersepakat mngeluarkan keputusan trsebut adalah ahlinya. saudara??? Siapa??

Saudara megemukakn pndgn sinis bilamana PAS brbincang dgn Lajnah Politiknya berhubng isu ini. Adakh anda fikirkan lajnah politik PAS tidak merujuk kepada nas2 agama bila brbincng? Adakah anda fikir lajnah politik PAs itu tidak kenal nas-nas agama dlm berpolitik?? KEtahuilah bahawa mereka lebih memahami politik Islam yg sebenar lebih drpd anda. Bahkan mereka itu diplih melalui kaedah yg dianjurkn oleh Islam yg tiada dlm UMNO.Janganlah memahami politik sperti UMNO yg memisahkn politik daripada sistem agama yg syumul ini.

Memandngkn perkara ini melibatkn isu akidah, adalah amat penting ianya menjadikn isu ini perlu dirujuk kepada mereka yg ahlinya. Mereka ini adalah orang yg mempelajari disiplin ilmu Islam serta mengeluarkn pndgn melalui disiplin musyawwarah dan syura. Siapa pula kita ini?? adakah kita telah memahami ilmu agama ini benar mengikut disiplinnya? Apakah kita meletakkan diri kita yg sorang ni sbgai hakim ataupun 'syura' yg trbaik dalam isu ini ketika mereka yg memiliki disiplin ilmu agama melalui displin syura memberikn keputusn setelh mana dibincangkn dan dipohonkan kpd Allah utk diberikn petunjuk?

Saya yakin saudara mampu menjadi pemikir Islam yg baik jika saudara melalui jalan disipin ilmu agama yg baik. Saya risau kiranya kita meletakkan suatu itu betul atau salah hanyasanya pada timbangn pemikirn dan pengetahuan kita yg tidak melalui kaedah disiplin beragama yg sepatutnya Dalam keadaan kita BUKAN AHLINYA.

Saya mngharp kita boleh melihat dan merenung bgaimana pndangan ataupun sikap yg ditonjolkn oleh UStaz Hasrizal Abdul Jamil melalui penulisan di blognya berhubung isu ini. http://saifulislam.com/?p=7371

MOga saudara dpt menjadi pemikir Islam yg baik dan membumikan perjuangan rakyat melaui kaedah serta disiplin amal Islami yg baik.

Tanpa Nama berkata...

Memang satu keunikan orang Melayu yang amat diketahui oleh pihak penjajah zaman kolonial dan zaman kini. mereka suka bertengkar sesama sendiri dari melihat kepada isu yang lebih besar. dizaman penjajah, mreka tidak kenal siapa kawan dan siapa musuh. inilah kekeliruan yang sengaja ditimbulkan oleh pihak lawan. ini juga yang dilabel sebagai bebalisma oleh Allahyarham Syed Hussein Al-Attas.
Cuba kita lihat isu ini tanpa emosi dan diwarnai apa juga agenda peribadi.
Pertama, semua menerima iaitu satu kesilapan telah dilakukan. tidak perlulah kita kutuk pesalah kerana manusia tidak sunyi dari kesilapan.
kedua, kita kaji bagaimana untuk mengatasinya.
ketiga, siapa yang layak untuk diberi tugas memimpin usaha-usaha ini.
Sudut ini telah dibincang dari berbagai aspek : undang-undang, aqidah, sosical, dll. Jadi, setiap yang benar-benar prihatin perlu memahami dengan jelas hujjah2 yang telah diberikan. Kita kena akui, zaman kita ini, cendiakawan2 bukan seperti zaman2 silam dimana mereka menguasai berbagai bidang. Jadi, tidak mustahil ketika memberi pandangan, pihak2 tertentu tidak mampu mengambil kita semua aspek.
Bagi mengatasi masalah ini, memerlukan strategi jangka panjang. Memerlukan stamina dan resources yang mencukupi. Diperingkat awal, janganlah kita bergaduh sesama sendiri sehingga keletihan nanti.

Kita tahu permainan yang sedang dicatur oleh banyak pihak. ada pihak yang akn sengaja memperlambatkan tindakan kerana menguntungkan mereka. ini bagi memberi mereka peluang "membalas" segala kritikan yang diterima sebelumny. Mereka suka jika rakyat melepaskan kemarahan dan kegeraman kepada pihak2 yang digembar-gemburkan sebagai pencetus angkara ini. Pihak pertama ini ingin supaya pihak2 lain hilang kredibiliti dari sudut politik.
Kita juga tahu, pihak2 yang lain, sedar kesilapan yang telah dilakukan dan sedang berusaha untuk melakukan damage control. Sebab itu, mereka saranan diadakan dialog dan sebagainya. Sewajarnya, mereka tidak terlibat dengan pihak musuh kerana pihak musuh telah mengenali strategi mereka dan kelemahan mereka. Sebaiknya, mereka menggunakan khidmat pihak yang neutral, golongan ilmuan2 wibawa yang tiada kepentingan, yang faham masalah dari berbagai sudut untuk mengadakan dialog. Team ilmuan ini dilantik dan dipersetuji bagi mewakili pandangan masyarakat umum. Selain itu, para aktivis perlu terus tumpu memberi tekanan kepada pihak lawan. Tentangan dari semua pihak, dari semua sudut, akan membantu mempercepatkan proses menanganinya. Yang penting, kita bersatu hati dalam menanganinya. Isu-isu lapuk (politik) cuba ketepikan sementara waktu demi Tuhan ku, aqidah kita dan masa depan kita.