Sabtu, 31 Oktober 2009

Siapa tukang pikir?



Anda suka berfikir?




Oleh: Harisz (sumber: diskopi.wordpress.com)



"Telling the truth is always revolutionary"
– Antonio Gramsci (1891 – 1937)



Setiap tempat dan waktu punya cabarannya sendiri. Setiap zaman pasti berdepan dengan waktu – waktu sukar yang menuntut jalan keluar. Setiap masyarakat pasti dihadapkan dengan permasalah sosial rumit yang mendesak jawapan. Permasalahan itu boleh hadir dalam berbagai rupa – kemiskinan, kebuluran, penindasan, perlecehan, ketidakadilan – dan saat itu semua akan bertanya, mengapa hal ini terjadi? Bagaimana mengatasinya? Apakah pilihan yang ada? Dan yang acap diulang – soalan yang turut mendasari seluruh kajian ini – pada siapakah soalan ini ditujukan?


Pastinya akan ada satu kelompok daripada bahagian masyarakat itu yang mengunakan fikiran mereka untuk memahami masalah sosial tersebut, mencerakin, menghubungkannya dengan hal –hal lainnya lalu merumuskan pilihan – pilihan yang ada sebagai ramuan penawar kesakitan sosial itu.


Kelompok ini sering ada dalam kalangan masyarakat dan keberadaannya itu lebih jelas ketika wujud ketempangan sosial. Mereka ini yang disebut dengan pelbagai panggilan – cendekiawan, alim ulama, inteligensia, intelektual, pemimpin – sering melatari setiap evolusi mahu pun revolusi sosial dan politik. Namun kerap juga peranan intelektual ini tidak dihargai pada zamannya; Ibnu Khaldun menulis karyanya, Muqadimmah seawal kurun ke 16, namun minat antarabangsa terhadap karya besar ini hanya terselah pada abad ke 20. Begitu juga dengan Das Kapital menjadi besar berpengaruh bukan pada hayat Marx, malah dia sendiri tidak menjangkakannya.

Oleh sebab sifat intelektual yang mengilhamkan perubahan, kelompok ini sering berhadapan dengan tekanan autoriti kekuasaan yang cenderung mengekal dan mengukuhkan status quo mereka. Tekanan – tekanan ini membentuk set sikap intelektual terhadap kekuasaan dan cara mereka mendepani dan menanganinya.


(Syed Husein) Alatas dalam tulisannya yang penting dalam memahami intelektual di Malaysia telah membezakan dengan jelas antara inteligensia yang mempunyai kelulusan formal semata tetapi tidak dapat mencerap apatah lagi menganalisa persoalan di luar bidang pekerjaan mereka. Berbanding dengan intelektual yang mempunyai daya pemikiran tinggi dan kritis membahas persoalan masyarakat dan mempunyai kefahaman yang luas terhadap perkara di luar bidang mereka dan manpu mengaitkanya Alatas mengariskan enam ciri intelektual iaitu, mereka direkrut daripada latar pendidikan dan kelas yang berbeza, berada dalam kalangan pendukung atau penentang gerakan kebudayan dan politik, umumnya bukan buruh tetapi sebahagian besarnya menjadi penulis, dekan , penyair, wartawan dan sebagainya, sampai batas tertentu mereka menjauhkan diri daripada masyarakat, tidak hanya tertarik kepada hal yang teknis dan mempunyai perspektif yang meluas dalam bentuk hubungan yang menyeluruh, serta kebiasaanya mereka adalah kelompok kecil dalam masyarakat.


Dalam bidang pemikiran masyarakat, beliau selalu bertarung secara terbuka dalam media dan medan-medan lain melawan kejumudan atau apa yang beliau istilahkan sebagai ‘bebalisme’. Tugas memahami watak tertawan ini perlu bagi keperluan tesis kerana kolonial juga sebahagian daripada bentuk – bentuk kekuasaan yang harus dinilai hubungannya terhadap intelektual Alattas dalam bahasanya menyatakan:


“Kita menyaksikan gejala serupa dalam masyarakat membangun. Universiti didirikan tanpa semangat intelektual. Birokrasi diperkenalkan tanpa mengikuti tatacara yang tegas dan meluas akan asas-asas kenaikan pangkat kerana jasa, kecekapan dan sikap pelayanan terhadap masyarakat. Demokrasi berparlimen diperkenalkan tanpa semangat ketentuan yang bersih, pemilihan jujur dan rasa tanggungjawab sejati kepada prinsip-prinsipnya. Ilmu pengetahuan diperkenalkan, sebagaimana dikatakan Afghani, tanpa semangat menyelidik. Sifat proses pemodenan yang tidak lengkap, bahkan tanpa semangat, merupakan penyebab keterbelakangan masyarakat membangun. Tidak ada revolusi intelektual dan falsafah yang mendahului pemodenan dan proses pembangunan. Sebab dari semua ini adalah tiadanya sejumlah kaum revolusioner yang cukup besar.”


Mengikut sudut pandang Ali Shariati, golongan intelektual haruslah terdiri daripada mereka yang dapat membedah kondisi masyarakatnya lalu membangukan teori mereka sendiri berdasarkan keperluan tempatan. Bukannya mereka yang hanya bersandarkan kepada kefahaman teori yang disalin daripada Eropah kerana Eropah mempunyai pengalaman dan sejarah yang berbeza.


Intelektual juga harus mampu memahami punca masalah masyarakatnya, dengan cara sentiasa bersama – sama mereka. Kefahaman yang benar hanya akan terhasil apabila seorang pemikir itu hidup di tengah – tengah masyarakatnya (bukannya mengasingkan diri di universiti atau mana – mana institusi penyelidikan) dan berbahasa dengan bahasa masyarakatnya.


Intelektual yang berfungsi juga terdiri daripada mereka yang dapat melorongkan jalan keluar daripada polemik sosial yang dihadapi oleh masyarakat. Mereka juga mampu untuk menggerakkan massa untuk berubah baik melalui idea mahupun aksi. Tuntasnya, Shariati merumuskan intelektual adalah mereka yang dapat berbicara dalam bahasa yang persuasive kepada masyarakatnya dan mengilhamkan jalan – jalan menuju perubahan yang baik.


Intelektual bagi Shariati haruslah datang daripada kehendak dan keperluan masyarakatnya. Seorang yang ingin dinilai sebagai intelektual mesti mempunyai korpus pengetahuan yang luas dan jika mampu mendalam dalam setiap bidang. Bahan bacaan kuno hinggalah teori – teori kini daripada Timur hingga ke Barat mesti dicerap dan dihadamkan oleh para intelektual agar mereka dapat memperluaskan perspektif mereka dan tidak bersikap bias terhadap mana – mana pandangan. Intelektual bagi Shariati haruslah datang daripada kehendak dan keperluan masyarakatnya.


Edward W. Said mendefinisikan intelektual sebagai individu yang punya bakat untuk mengartikulasikan pandangan, sikap atau perspektifnya kepada awam. Edward W. Said banyak mengutip pandangan Antonio Gramsci – salah seorang idolanya – apabila memberi konseptual intelektual. Di dalam buku Gramsci yang berjudul Selections From Prison Notebooks (1978), Gramsci mengatakan "semua orang adalah intelektual, tapi tidak semua orang memiliki fungsi intelektual dan dalam setiap ranah pekerjaan pasti akan terbentuk pemikir dan pendobrak kekalutan massa."


"Each man … carries on some form of intellectual activity, that is, he is a ‘philosopher’, …he participates in a particular conception of the world, has a conscious line of moral conduct and therefore contributes to sustain a conception of the world or to modify it, that is, to bring into being new modes of thought… All men are intellectuals . . . but not all men have in society the function of intellectuals. Thus, because it can happen that everyone at some time fries a couple of eggs or sews up a tear in his jacket, we do not necessarily say that everyone is a cook or a tailor."

Lalu mari kita tanyakan, di mana letak duduknya para pemikir di Malaysia ini dalam menganjurkan transformasi politik, sosial, dan ekonomi.


tamat bahagian 1.


Komentar:

Sesiapa yang bercita-cita untuk lakukan revolusi, evolusi, tajdid, islah di UTP perlu kenal pasti siapakah tukang pikir untuk projek-projek tersebut. Mulai dari hari ini, saya cadangkan adik-adik sekalian jenguk-jenguklah IRC selalu khususnya ruangan Platinum khazanah buku-buku Allahyarham Tan Sri Azizan di IRC. Lihat bagaimana 'arkitek' projek peng-antarabangsa-an PETRONAS itu memperkayakan diri beliau dengan bahan bacaan yang pelbagai.


Bagi yang Muslim, ISLAMICA Resource Center juga satu tempat yang baik untuk menyuburkan daya intelektualisme anda untuk diguna pakai dalam proses pembaik pulihan budaya ilmu di UTP.


If university students do not read and reflect, who would? The man on the street?

If scholars don't read and reflect, how can their students do the same?
If scholars don't read, reflect and write, how can their students do the same!


Masa saya sudah habis. Perjuangan di luar sedang menanti. Sama-sama kita istiqamah dalam Kebenaran dan Pencerahan. Amin.


Paradoks politik Aristotelian dalam politik kampus UTP




Aristotle ahli falsafah peripatetik yang agung.


Pemikir agung tamadun Barat dalam karya agungnya Politica (Politics) pernah menulis:


"man is by nature a political animal"



Pandangan yang dikutip oleh Aristotle ini merupakan satu kesimpulan yang sahih zaman-berzaman dalam sejarah manusiawi TETAPI tidak di Universiti Teknologi PETRONAS.


Dictum Aristotle ini kalau cuba dijelaskan dalam konteks politik kampus UTP akan jadi begini:

"UTPian is by nature NOT a political animal"


Tapi semua itu bakal berubah dengan Revolusi Oktober Universiti Teknologi PETRONAS.


Seperti gunung berapi pendam yang aktif (pergi tanya budak Geoscience), bulan Oktober 2009 menjadikan period letusan yang sangat dahsyat dalam sejarah kewujudan politik kampus buat mahasiswa undergrad UTP.


Biarpun kelihatan seolah-olah berlaku satu anjakan paradigma yang unik, "tenaga" ini harus ditampung, dan dibimbing dengan ilmu dan kefahaman mengikut lunas agama, budaya dan adat tempatan.


Kita tidak mahu Revolusi Oktober UTP menjadi kisah kejam seperti Revolusi Perancis dengan alkisah "Reign of Terror", dan "Storming the Bastille", ataupun kisah Revolusi Amerika dengan alkisah "Boston Tea Party" dan "Civil War" ataupun lahirnya "Gulag Archipelago" (meminjam frasa Alexander Solzhenitsyn) yang memungkinkan kewujudan pengaruh counter-revolution daripada mana-mana pihak yang tidak diingini.


Kita tidak mahu dictum falsafah politik Aristotle itu benar-benar menjadi secara literal atau lebih teruk ya'ni "political savage".


Oleh yang sedemikian, saya berpendapat, UTPians yang sudah memiliki anjakan paradigma tersebut haruslah cuba sedaya upaya menyusun semula emosi dan kefahaman masing-masing dengan mengenal pasti ketua yang boleh dipercayai dalam batch masing-masing untuk mengawal arus revolusi ini daripada bertukar "liar".


Rakan Masjid sebagai sebuah institusi yang sah, BUKAN scapegoat utama kerana ianya merupakan hak milik semua UTPians. Badan dakwah ulung ini telah di "hijack" oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggunjawab untuk memenuhi aspirasi politik kampus mereka dengan CARA yang salah lagi tidak bertanggungjawab.


Nama baik Rakan Masjid telah tercemar dengan perbuatatan yang kita semua sedia maklum berlaku dalam banyak siri pilihan raya kampus.


Institusi Rakan Masjid tidak bersalah tapi ORANG yang mengemudi institusi itu kepada perbuatan yang tidak bertanggungjawab itulah yang bersalah!


Guilty as charge till proven otherwise!


Jadi, halakan tenaga, kemarahan, kekecewaan, simpati, cadangan, dan idea anda kepada perkara yang lebih penting iaitu menyemarakkan rasa kebersamaan dan keadilan sosial dalam kampus demi membaiki mutu kesedaran politik dan hak mahasiswa UTP yang sudah lama hilang dalam ufuk maya.


I predict more things to come from UTPians...


Guide your senses, your mind, your emotion, your spirituality for a greater revolution later on...

REMEMBER! HATRED FOR RAKAN MASJID WILL BRING US NOWHERE FOR A GREATER CHANGE!

I REPEAT,

HATRED FOR RAKAN MASJID WILL BRING US NOWHERE FOR A GREATER CHANGE!



Macam tokoh revolusinier Amerika Latin, Ernesto "Che Guevara" katakan:


"At the risk of sounding ridiculous, let me say that the true revolutionary is guided by feelings of LOVE"



And our basis for this LOVE should be rooted on the value of JUSTICE and INTELLECTUALISM in parallel to the mission and vision of UTP in "Engineering futures".


So, don't waste your bullets. We have a bigger, and more precious target to be aimed for.


Sekian, viva la revolution!



P/S: Mungkin UTPians boleh cadangkan dan tubuhkan Suruhanjaya di-Rektor (yang selalunya Suruhanjaya di-Raja bagi masalah di luar kampus) untuk menyiasat kepincangan dan kelesuan politik kampus UTP.


Jumaat, 30 Oktober 2009

PRK: Satu kritikan...



Dua link pendapat yang menarik daripada golongan massa UTP untuk BACAAN, dan ANALISA:





'Revolusi Oktober' Universiti Teknologi PETRONAS




Those who make peaceful revolution impossible, make violent revolution inevitable.

John Fitzgerald Kennedy quotes (American 35th US President (1961-63), 1917-1963)



The greatest revolution of our generation is the discovery that human beings, by changing the inner attitudes of their minds, can change the outer aspects of their lives

William James quotes (American Philosopher and Psychologist, leader of the philosophical movement of Pragmatism, 1842-1910)



Every generation needs a new revolution.

Thomas Jefferson quotes (American 3rd US President (1801-09). Author of the Declaration of Independence. 1762-1826)



Every revolution was first a thought in one man's mind

Ralph Waldo Emerson quotes (American Poet, Lecturer and Essayist, 1803-1882)



At the turn of each century there will arise in this ummah (the Muslim community) these who will call for a religious renewal (revival)”.

~Prophet Muhammad (Peace Be Upon Him), narrated by Abu Hurairah in Sunan Abu Dawud.



Kita mahu revolusi yang aman di UTP iaitu revolusi spiritual, fizikal dan minda. Mampukah anda menyahutnya sebagai seorang UTPians?



1. Melihat blog saya dikunjungi para UTPians dalam skala yang amat besar, berserta pengakuan pengalaman dan luahan rasa yang begitu dahsyat, ternyata terdapat suatu 'kuasa terpendam' yang baru terpancul daripada hati dan minda para UTPians yang selama hari ini yang mungkin terbujur kaku dengan semangat defeatist.



2. Memandangkan kuasa terpendam ini meningkat melangit dalam bulan Oktober, saya teringat kisah yang sama juga berlaku dalam sejarah manusiawi abad ke-20 yang dipanggil Октябрьская революция ataupun The October Revolution atau lebih dikenali sebagai Revolusi Bolshevik ya’ni revolusi golongan awam/massa yang ditindas oleh golongan aristokras Tsarist di Rusia.



3. Dalam Revolusi Bolshevik di Rusia, kita ada pemikir seperti Lenin dan Trotsky yang menggunakan teks The Communist Manifesto hasil tulisan Karl Marx dan Friedrich Engels. Begitu juga dengan Revolusi Amerika yang dicanai oleh Thomas Paine dengan karyanya Common Sense serta dokongan para Founding Fathers Amerika Syarikat sendiri seperti Benjamin Franklin, dan George Washington. Revolusi Perancis yang terkenal dengan slogan Liberté, égalité, fraternité itu juga didokong kuat oleh penulisan para pemikir zaman Pencerahan Eropah ya’ni Voltaire dan Rousseau. Reformarsi Protestanisme menentang hegemoni Gereja Roman Katolik juga dicetus oleh penulisan Martin Luther melalui The Ninety-Five Theses yang disebar meluas menggunakan mesin cetak Gutenberg.



4. Dalam sejarah tajdid Islam juga para ulama’ yang berwibawa seperti Imam Al-Ghazali memulakan ‘revolusi spiritual, mental dan fizikal’ melaluin penulisan kitab seperti Ihya’ Ulum al-Din (Revival of Religious Science), Imam Rabbani al-Sirhindi dengan kitabnya Maktubat (Collected Letters), Shah Wali Allah al-Dehlawi dengan kitab Hujjat Allah al-Balighah (The Conclusive Arguments from God), dan juga Said Bediuzzaman Nursi dengan kitab Risala-i-Nur (Epistle of Lights).




5. Semua revolusi dan reformasi mempunyai asas teori yang kuat dan teguh. Untuk itu, Revolusi Oktober di UTP juga perlu akan kerangka dan blueprint yang mantap untuk dijadikan panduan melakukan perubahan.



6. Tugas saya adalah seperti para pemikir dan penulis dalam sejarah revolusi peradaban manusiawi yang lain cuma dalam konteks yang lebih kecil iaitu di kampus UTP yang tercinta ini.



7. Saya telah menulis banyak makalah berkenaan cara untuk memperbaiki mutu aktivisme mahasiswa khususnya di UTP melalui makalah saya yang bertajuk The Revival of Malaysian University Political Philosophy: Special Reference to Universiti Teknologi PETRONAS dan juga The University and the Captive Mind. Saya juga telah menulis banyak makalah yang menjelaskan kepentingan budaya ilmu dan peranan mahasiswa ketika di universiti.



8. Setiap revolusi pasti akan mencabar status quo. There will be no stones left unturned. Sudah tentu revolusi politik kampus mahasiswa ianya perlu bermula dengan kembalinya “kesedaran” tulen dikalangan siswa.



9. Mungkin ada yang mempertikaikan kenapa “kita” semua tidak lakukan sendiri perubahan yang diidamkan.



10. Jawapan saya pertama kita harus belajar praxis sesebuah revolusi itu bermula dengan kesedaran diri terhadap kepincangan status quo dalam sesebuah masyarakat.



11. Sudah banyak yang berbuat tapi tak ramai yang berfikir.



12. Apa yang kita mahu adalah “revolusi yang aman dan “demokrasi yang terpimpin”.



13. Kita tidak mahu budaya “pak turut” dikalangan siswa dengan sogokkan murahan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.



14. Saya percaya, para UTPians yang bersetuju dengan artikel saya berasa kesal dengan CARA monopoli dan propaganda murahan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab dalam kempen pilihan raya baru-baru ini.



15. Para UTPians yang setuju dengan artikel saya TIDAK SAMA SEKALI MENENTANG RAKAN MASJID PER SE TETAPI KAMI MENENTANG CARA YANG SALAH DALAM MERAIH UNDI seperti yang kita sudah maklum melalui pengalaman masing-masing dalam ruangan komen dalam entri sebelumnya dan luahan rasa kecewa dalam blog-blog UTPians yang lain.



16. Mungkin ada pihak akan berkata “ini semua lumrah dan adat buat gerakan dakwah”. Bagi saya ini hanyalah hujah apologetik yang dangkal. Still in state of denial.



17. Dalam Islam, tiada nas dan dalil yang mengatakan “MATLAMAT MENGHALALKAN CARA”.



18. CARA 'pihak terbabit' memanipulasi pemikiran naïf adik-adik UTPians yang baru kenal kampus seperti yang banyak diterang dalam ruangan komen dan blog-blog para UTPians melambangkan prinsip realpolitik yang bersifat pragmatisme yang juga boleh di’cop’ sebagai pengaruh Machiavellianisme.



19. CARA yang hodoh, jelek dan kotor ini menandakan satu PENGHINAAN kepada fakulti berfikir UTPians khususnya adik-adik UTPians yang baru melangkah masuk ke alam kehidupan yang baru di UTP ini.



20. Their method of garnering votes are so demeaning to Islamic way of justice furthermore its insulting and can be considered as ‘STATUTORY RAPE to the democratic intelligence of UTPians especially to our younger brothers and sister in Foundation and First Year.



21. Kita cuma mahukan keadilan untuk semua yang sudah lama dahagakan perubahan yang tiada kesampaian.



22. Tak guna para pembaca yang pro-Rakan Masjid cuba berselindung by just sweeping the dirt under the carpet. Satu hari, karpet itu akan mengelembung dan nampaklah kotoran yang degil tersebut.



23. Kita tidak minta perubahan drastik melainkan pengakuan jujur daripada pihak yang terbabit bahawasanya kami telah berbuat tidak adil dalam berkempen, khususnya kepada adik-adik foundation dan first year yang baru nak kenal sepak terajang politik kampus.



24. Untuk mengelak sebarang sangkaan buruk yang semakin terpendam dikalangan UTPians, Rakan Masjid perlu membuka ruang demokrasi yang lebih luas untuk semua golongan UTPians yang pelbagai fikrah untuk bersama-sama membantu projek islah badan dakwah paling besar dan legal di UTP ini.



25. Rakan Masjid juga harus walk the talk dengan membuka ruang demokrasi yang lebih luas dalam pemilihan jawatan kuasa tertinggi yang selama hari ini gagal mengambil kira pandangan massa UTPians.



26. Anda harus berfikir dengan lapang dan hati terbuka bahawasanya universiti ini milik semua pelajar. Kita semua bakal pemimpin masa depan dan akan ramai antara kita yang akan duduk dalam PETRONAS (Insyaallah). Jikalau budaya politik kampus disekat dengan halangan sebegini, masakan kita bermimpi untuk lahirkan pemimpin seperti Tan Sri Hassan Marican atau Allahyarham Tan Sri Azizan, usahkan bermimpi melahirkan pemimpin hebat seperti Tun Dr. Mahathir dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim hanya kerana berbeza pemikiran dalam politik monopoli sebegini!



27. Saya akan menulis lagi cadangan untuk memperkasakan kesedaran yang ada sekarang ini agar ianya tidak lagi mati ditelan semangat fatalism dan defeatism.



28. Seperti kata Obama, “Change, we believe in!



29. Semoga Revolusi Oktober ini didasari dengan ilmu dan kefahaman, bukan emosi semata-mata.



30. Sekali lagi saya perkatakan, saya dan para pembaca yang setuju dengan pandangan saya TIDAK MENENTANG RAKAN MASJID tetapi hanya MENENTANG CARA BAGAIMANA KEMPEN PILIHAN RAYA MELALUI MANIPULASI PENGARUH SMART GROUP DILAKSANAKAN UNTUK MERAIH UNDI BUAT CALON-CALON PRO-RAKAN MASJID.



31. Tiada pertubuhan dakwah yang maksum. Jika mereka ada buat kesilapan, kita perlu tegur.



32. Sekian, viva la revolution!


Rujukan lanjut pandangan massa UTP berkenaan isu ini:











Khamis, 29 Oktober 2009

Politik Machiavellinisme dan PRK UTP: Satu analisa ringkas




Nampaknya kena tunggu lagilah Mr. Obama ye?



Berakhir sudah sesi pilihan raya kampus UTP. Keputusannya adalah:


hanif (calon no.1)-1390
muid (calon no.2)-1428
acap (calon no.3)-951 (tewas)
ain (calon no.4 )-1394
jenani (calon no.5)-1040
umair (calon no.6)-1454 (tertinggi)


Seperti yang dijangkakan para calon Pro-Rakan Masjid menggondol semua kerusi utama dan calon yang kalah iaitu Acap (calon no.3) yang juga merupakan BUKAN calon Pro-Rakan Masjid tersungkur walaupun beliau sebenarnya berpotensi untuk mendapat undian yang tinggi.


Tapi biasalah, politik mahasiswa di UTP ni 'special' sikit.


Mari kita cuba analisa keputusan pilihan raya kampus UTP.


Saya rasa menyesal pula tak nyatakan sokongan secara terbuka kepada mana-mana calon yang saya rasa mampu membawa perjuangan siswa-siswi UTP ke malakut yang lebih tinggi. Ini kerana macam saya kata tadi, politik mahasiswa di UTP ni 'special' sikit.


Saya memang dah 'bajet' dan boleh 'baca' siapa calon yang akan cuba di'push' sejauh mungkin iaitu calon yang paling senior dan berpengalaman (sudah tentu pro-Rakan Masjid) iaitu Haniff Humam. Dia seorang saja yang empunya ' jentera' pilihan raya yang mantap sangat seperti
bunting dan banner yang memang memukau 'mata' tapi belum tentu 'hati' dan 'minda':







Selaku senior, saya secara peribadi tiada masalah dengan Haniff. Memang saya rasa beliau perlu duduk di atas kerusi 'panas' MPPUTP sebab pengalaman beliau yang banyak sebelum ini tapi ini belum tentu menjadikan MPPUTP sebagai satu badan siswa yang paling berwibawa bukan?


Calon lain semuanya budak-budak
junior yang baru saja nak kenal sepak terajang politik kampus yang juga merupakan calon-calon Pro-Rakan Masjid seperti Mu'id calon no. 2, Umair calon no. 6, dan Ain calon. no 4 dan juga calon non-Malay, Miss Jenani calon no. 5.


Dan Acap calon no.3 bukanlah orang Rakan Masjid.


Eh kejap, Miss Jenani calon dokongan Rakan Masjid ke?


Jangan terkejut, kalau anda perasan
Google Talk masing-masing malam sepanjang berkempen, perasan tak kawan-kawan Rakan Masjid meletakkan poster beliau pada status dan suruh undi Miss Jenani? Kan? Kan?


Beria-ria mereka sokong Miss Jenani, KONON nak tiru strategi PAS la bawak masuk calon India kat DUN Tiram, Johor masa Pilihan Raya Umum 2008.


Bagus, bagus ini yang kita mahu, tahniah Miss Jenani kerana berani bertanding dan menang!


Secara peribadi, saya tiada masalah dengan semua calon-calon yang menang. Tapi saya ada masalah dengan CARA mereka menang.


Nak tahu kenapa calon yang diminati ramai, Acap (calon no.3) kalah?


Mari kita tengok komen-komen daripada para bloggers yang lain:



““You must know, that I stand alone, without any backup from any organizations..just me and My3forall…we are young and brave enough to take on other bigger names and bigger organization…we want a healthy campus politics …not a planned question and answer session, not a provoking but constructive fight among candidates…not a cowardly play of praising before aquestion…


2)Anonymous October 27, 2009 3:18 PM (dalam entri rausyanfikir.com)
To anon> Aku mmg nampak dia mmg ter"kena" pada malam menifesto! hello,Aku dah tau siapa ko laa.. IP pun skrg dah boleh dapat! MMg #3 layak untuk pegang tampuk! Aku nampak jelas pada malam menifesto bagaimana keadaan tidak adil berlaku ke atasnya!

Bukankah jengkel apabila soalan yang berbentuk provokasi,hentaman oleh seorang muslimah (tambahan saya: budak ex-MPPUTP pro-Rakan Masjid) berbisa dalam masa 3 minit hanya boleh dijawab 10 saat oleh budak tu?

tapi, aku tetap proud, he convince me even he just given 10 second! Pls3... Jangan too emosional here! nak kutuk2 orang!




3) Komen-komen dari blog Bujang Hine

-gerammm sangatt ade org cabut n renyuk2kn poster acap n other candidates (tambahan saya: kadang-kadang berlakon je koyak-koyak tu) dpn mate aku siang td. tp ade satu candidate pnye poster tu deorg x cabut pulak. not fair.
rase cm nk sound je org tu tp bdn dye besa takut la :(


-hopefully new line mpp ni wat keje...jgn jd mcm mpp last season...mmg perit gler bekerja bwh diorg...n then...1 lagi...klu korg nk taw...Rakan Masjid memonopoli mpp sejak bpe lme tah...n cre diorg pancing undi ade lah dgn cre dtg blk kebilik n sebut no undi ape n ade khabar angon mengatekan diorg ade sebot "jgn undi no 3"...ape cer ni beb...klu mng dgn cre ni ape kes beb...then, setelah merase bekerje ng mpp@rakan masjid nih...ak sedar rakan masjid nih...klu die bg keje...ko amik keje ni n siap kn sblm date line...but org atasan mst dpt nme sebagai PD/PM walaupon x wat keje...ini yg ckp pemerintahan terbaik...hope new line ni x ulang bnde in lagi...


So apa yang boleh kita rumuskan di sini melalui bukti-bukti empirikal ini? Mudah saja, memang ADA KONSPIRASI MENENTANG ACAP CALON NO.3. Siapa lagi kalau bukan 'puak-puak itu'.


Nak tahu berapa kerat turung mengundi, mengikut maklumat daripada mantan MPPUTP tahun lepas, Hasmadi Hasbi:

"Seramai 1535 pengundi telah menggunakan kuasa undi mereka di peti undi pada PRK UTP pada kali ini(2009). Jumlah ini menyumbang sebanyak lebih kurang 25 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi. Peratusan pengundi yang turun mengundi pada tahun ini (2009) berkurang berbanding pada tahun 2008 iaitu lebih kurang 3024 pengundi yang menyumbang sebanyak 48.3 peratus (Rekod pengundian tertinggi UTP). Ke manakah perginya baki 75 peratus undi yang lain??"


25% tu agak-agak budak-budak mana? Saya berani jamin semua tu rata-rata budak-budak
foundation dan first year khususnya di kalangan yang sertai usrah SMART GROUP Rakan Masjid yang dipujuk rayu oleh abang-abang dan kakak-kakak naqib dan naqibah untuk turun mengundi calon-calon Pro-Rakan Masjid.


Salah ke diorang nak
promote calon Rakan Masjid termasuklah Miss Jenani?


TAK SALAH SAMA SEKALI, KERANA ITULAH DEMOKRASI KAMPUS!


Tapi kan setiap kali pilihan raya daripada saya sendiri waktu
foundation sehinggalah saya dah nak grad ni, modus operandi mereka sama sahaja iaitu bak kata kawan-kawan saya yang anti-hegemoni Rakan Masjid (maaf, kasar sedikit) :


"diorang nak 'kencing' budak-budak junior boleh la!"


Ya, 'jentera' calon-calon Pro-Rakan Masjid terbukti telah melakukan
semi-character assasination terhadap Acap calon no.3 seperti yang tertera pada bukti-bukti di atas.


Apakah benda-benda ini hanya tuduhan rambang, serkap jarang atau benar-benar berlaku zaman-berzaman? Untuk mengelakkan sebarang unsur
bias, mari kita baca luahan hati budak UTP final year yang ada pengalaman dengan gejala politik Machiavelli ini:

Pilihan Raya Kampus - Satu pandangan peribadi


oleh Aminur Rashid


"Salam semua. Sudah lama saya membiarkan blog saya bersawang tanpa sebarang bahan bacaan untuk semua. Mungkin hanya satu perkataan sahaja yang boleh aku berikan, aku busy, ketika banyak pekara sudah mencapai due date for submition dan juga presentation disini dan disana.

Kali ini aku ingin berkongsi tentang pilihan raya kampus UTP. Seperti sedia maklum, para pelajar UTP tengah “selesema” pilihanraya. Aku tidak boleh meletakkan perkataan demam pada situasi ini kerana pilihanraya UTP selalu hambar kerana tidak mendapat sambutan di kalangan pelajarnya sendiri. Mungkin ini adalah pekara cliché yang setiap kali pilihanraya pasti akan berlaku pekara ini.

Termasuk tahun ini, plihan raya bagi general constitution hanya 6 calon yang bertanding, dan program constitution semua calon menang tanpa bertanding. Bayangkan jarang sekali situasi menang tanpa bertanding berlaku di IPT lain. Mungkin alas an yang ingin diberikan ialah kita IPTS. Kita berbeza dengan IPTA. Mungkin ada kebenaran disitu, tapi kenapa pekara ini sering sahaja berlaku dan semangat pilihanraya tiada dalam diri setiap pelajar UTP termasuk saya.

Secara jujur saya katakan saya tidak suka politik UTP. KENAPA?

1) Saya pernah mengaggotai rakan exco MPPUTP pada satu ketika dahulu. Saya akui saya pernah memasang niat untuk bertanding dan menjadi salah seorang wakil pelajar dan membawa bercita-cita untuk membawa suara pelajar berada ditempatnya tersendiri. Namun saya melihat pelbagai masalah yang berlaku dalam kepimpinan MPPUTP. Saya tidak mengatakan mereka tidak layak untuk menjadi MPP, tetapi cara mereka berkerja tidak bersungguh-sungguh memperjuangkan nasib dan kebajikan pelajar. Mungkin terdapat banyak halangan untuk memastikan setiap suara pelajar didengari oleh pihak pentadbir.

Namun fungsi MPP masih tidak bergerak disebabkan kegagalan untuk meyakinkan pelajar bahawa MPPUTP adalah badan kebajikan pelajar dan pelajar harus menggunakan MPP sebagai wadah untuk bersuara kepada pihak pentadbir. Mungkin pekara ini indah khabar dari rupa. Masih ingatkah anda, semasa saya ditahun dua dan tiga, pelajar menyalurkan masalah tentang kebajikan mereka terus ke rector kita tanpa melalui MPP. Kenapa? Bukan kah MPP adalah badan suara pelajar? Bukan kah MPP menjaga kebajikan pelajar? Tapi mereka tidak juga menggunkan MPP, kerana pelajar muak dengan MPP tanpa ada tindakan susulan walaupun masalah berlarutan pada masa yang lama. Mungkin untuk menyelesaikan pekara itu mengambil masa yang lama perlu melalui rundingan dan sebagainya. Tapi paling kurang berikanlah penjelasan kepada pelajar. Sehingga pelajar tertanya-tanya apakah status kepada pekara tersebut, sudah ada tindakan atau tidak. Kekal senyap dan sunyi tanpa sebarang berita….

2) Sindrom MPP-RM. Yup saya katakan pekara ini wujud, mungkin ada perkaitan antara dua badan ini. Namun itu bukan masalahnya. Masalahnya wujud ketika kempen pilihanraya. Kalau calon MPP dari RM, penyokongnya sudah pasti ada dikalangan RM. Yang menjadi egen mereka adalah kawan baik calon itu yang mungkin berasal dari RM. Namun, saya tidak menyukai cara mereka berkempen. Kenapa?

Kerana perayu-perayu undi ini bukan mempopularkan calon mereka dengan memberi sebab dan musabab kenapa perlu mengundi calon mereka, malah mereka menggunakan strategi memburukan calon lain untuk merayu undi. Mungkin strategi ini tidak dilakukan oleh semua perayu undi namun, perayu undi yang datang pada saya ketika waktu muda-muda di UTP dulu pernah lakukan. Bayangkan Sungguh tidak manis dipandang oleh orang apabila kita berketayap, kopiah dan berserban untuk merayu undi, tetiba kita mengutuk dan memburukkan calon lain. Itu adalah satu strategi yang salah dan kotor, sepatutnya perayu-perayu undi ini hanya perlu mempromosikan calon mereka sahaja. Bukan memburukan calon lain. Kalo calon anda hebat, sudah pasti anda Berjaya mempegaruhi pelajar-pelajar untuk mengundi calon anda tanpa perlu memburukan calon anda. Mudah sahaja.

Analogi cukup mudah, kalo anda ingin menjual produk kesihatan anda, anda tidak perlu untuk menceritakan keburukan produk kesihatan yang lain. Cukuplah anda menceritakan kehebatan produk kesihatan anda. Jika betol produk anda bagus, sudah pasti ramai yang membeli. Tidak perlu orang membeli produk anda kerana anda menceritakan keburukan produk lain, walhal produk anda 2X5 dengan produk yang anda buruk-burukan. Cuba anda fikirkan apa kesan kepada pengguna jika membeli produk anda kerana terpenguh dengan keburukan produk lain yang dicanang-canang oleh anda ketika menjual produk tersebut, dan produk anda tidak berkualiti lah pulak!!. Apa akan tejadi,Haru biru la jawapnya nanti.

3) Kebanyakkan event-event di UTP yang dianjurkan oleh MPP sendiri dinominasi oleh kroni-kroni mereka sahaja. Sehingga ada seorang sahabat saya, yang bukan beragama islam berkata, jika saya bukan RM, saya tidak akan dapat masuk mana-mana event dari MPP. Sampai begitu sekali tanggapan negatif mereka. Saya tidak kisah andai ahli-ahli ajk tertinggi mahupun rendah dikalangan RM, tapi pastikan mereka berkelayakan untuk mendapat position tersebut dalam sebuah event. Selalu saya lihat, kekadang HICOM event-event ini, kurang pengalaman untuk menjawat jawatan tersebut, tapi diambil untuk jawatan tersebut dan orang yang layak diletakkan hanya menjadi ahli committee biasa dalam event tersebut. Malah ada yang tidak datang untuk ditemuduga mendapat jawatan yang tinggi seperti head of department(HOD).

Saya tidak kisah andai calon ini layak untuk menjawat jawatan tersebut. Namun mata yang memerhati ini akan menyebabkan hati kita terdetik, “Eh apsal budak nie leh jadi HICOM nieh, sedangkah dia teruk buat kerja, pengalaman pun tak da”“ Eh apsal si A tuh tak jadi HOD sedangkan dia banyak kot join event-event sebelom nie”, Kata B kepada C dan didengari oleh D, E dan F. dan

Apa bila pekara ini berlaku, sudah pasti kepimpinan MPP akan tercalar sedikit. Orang akan berkata, MPP mengamalkan kroni sahaja. Walaupun sistem pemilihan adalah terbuka kepada semua. Kenapa, wujud pekara ini, andai mereka bukan dari kalangan kumpulan anda, dan mereka berkelayakkan untuk menjawat jawatan tersebut, kenapa masih tidak terpilih? Mungkin keputusan ditangan anda dan anda ada berhak untuk memberikan seribu satu alas an kenapa memilih mereka, namun logic akal dan kreteria pengambilan haruslah diutamakan. Gunakanlah motto ini untuk event anda, Jika anda hebat, anda akan terpilih.

4) Sepanjang saya bergelar pelajar UTP hampir genap 4 tahun dan 6 bulan, masalah-masalah sewaktu saya tahun asas, masih berulang tanpa ada penyelesaian. Ini lah sebab dominan yang saya tidak suka dengan pilihanraya UTP. Wakil MPP, silih berganti bertukar. Namun masalah tidak pernah diselesaikan. Mungkin andaian saya, mereka dah menjalankan tugas, namun terdapat halangan-halangan dari pentadbiran yang menghalang untuk pekara tersebut selesai. Mungkin apa yang kita harapkan tidak semua akan tertunai, tetapi ingat hak kita sebagai pelajar, dan hak itu harus setiap pelajar nikmati, maka masalah itu harus diselesaikan. Anda pemimpim kami. Anda bertanggungjwap untuk memastikan hak kami yang membayar yuran setiap tahun boleh dinikmati. Jika masalah masih tidak selesai, sila tampil membuat pengumuman, letak kan di notis board atau pun menggunakan medium anda seperti eleraning dan sebagainya. Mungkin pelajar dapat mengetahui apakah status malasah ini dan bukan hanya senyap tanpa khabar berita.

Mungkin ada dikalangan pembaca nanti mengatakan saya ini cakap banyak je, pergi lah jadi MPP. Jawapan saya mudah, saya tidak layak menajdi MPP. Saya sudah cemin diri saya sendiri. Maka anda yang rasa diri anda layak untuk bertanding, harulah menjalankan tugas dengan baik, jika dipilih. Jangan sambil lewa sahaja, kelak dipersoalan disana nanti.

Namun saya mengharapkan sebelum saya meninggalkan kampus tercinta ini, Wakil MPP yang dipilih kali ini akan mengubah segala persepsi buruk saya pada pilihanraya UTP dan MPP. Mungkin mereka mampu membuatkan saya gembira untuk menigngalkan UTP dan saya boleh berbangga untuk menceritakan MPPUTP best, walaupun kami dari IPTS. Kawan saya dari UPM, merupakan presiden MPP disana, Beliau dikenali ramai seluruh warga UPM dan kepimpinannya amat dihormati dah disegani oleh warga UPM. Kenapa anda tidak boleh lakukan sedemikian. Jika anda dipilih menjadi pemimpin nanti dan membaca penulisan ini, sila berfikir sejenak dan lakukan perubahan. Anda wajib membersihkan nama MPPUTP dari pandangan serong dari masyarakatnya sendiri. Berani menerima cabaran, mesti berani melakukan tindakan."


So sebelum budak-budak Rakan Masjid ni 'serang' saya, saya ingatkan balik jangan jadi bodoh macam politikus PAS yang cuba nak cari gaduh dengan bloggers. Dulu sebelum PRU 2008 punyalah angkat 'media alternatif' sekarang bila kelam kabut dengan isu
Unity Government tiba-tiba nak serang bloggers. Dalam UTP ni ramai sahaja yang perhati dengan teliti dan kritis seperti yang anda sedang saksikan sekarang dalam laman maya.

Maka kita dah sahkan budaya kotor lagi jijik ini yang pernah berlaku dan MASIH berlaku hingga ke musim pilihan raya tahun ini.


Secara logiklah, bukan ramai pun siswa-siswi India dalam UTP ini. Pola perpaduan kaum kat UTP pun sangat lemah. Mana mungkin siswa Melayu boleh undi calon India sampai kalah calon Melayu yang lain, bukan? Saya bukan bersifat perkauman tapi bicara HAKIKAT hubungan antara kaum di UTP memang sangat da'if!

Maka, Acap calon no.3 menjadi 'korban' pilihan raya kampus kali ini. Tapi kita perlu jawab lagi soalan cepumas:


MENGAPA ACAP CALON NO.3?

Saya baru teringat yang si Acap ini pernah bersama saya 'membantai' Zainah Anwar dalam
Malaysian Student Leaders' Summit 2008. Saya terkejut juga tengok ada budak kecik-kecik keluar dan memperkenalkan diri sebagai budak UTP.



Gambar diambil daripada blog peribadi Acap calon no.3 (lihat sini)

Melihat cara beliau berucap dan melihat biodata beliau ringkas dalam blog kempen serta blog peribadi beliau tidak dapat tidak pihak Rausyanfikir.com harus menyatakan hakikat yang budak junior ini ada 'something to offer' untuk kepimpinan para pelajar UTP.


Seperti yang tertera dalam blog kempen beliau, Acap calon no.3 merupakan bekas Naib Ketua Pelajar Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR, sekolah premier ni!). Malah beliau juga merupakan seorang debater yang sudah tentu mempunyai teknik ucapan dan persuassion yang baik. Melihat cara beliau menulis di blog juga menandakan beliau tidak kekok dari segi penulisan dan persembahan idea.


Takkanlah para pengundi yang kenal dia sanggup tolak orang yang ada kaliber macam ini...


Tapi dah tertolak dah dek kempen politik yang kotor lagi jijik itu.


AGAK-AGAK APA SEBAB YE 'JENTERA' RAKAN MASJID MENOLAK ACAP CALON NO.3?


Saya ada 2 hipotesis:

Pertama, seperti yang tertulis pada ruangan affiliation Acap calon no.3 pada sidebar bahagian kanan blog peribadi beliau, penglibatan beliau dengan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Perak serta Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) merupakan satu liabiliti buat kabinet satu jenis fikrah ala Rakan Masjid yang empunya sistem tarbiyah yang berbeda dengan PEMBINA dan ISMA. Miss Jenanji tidaklah sangat merisaukan sebab beliau hanya seorang sudah tentu tiada bargaining power dalam kabinet MPPUTP kelak (lainlah ada Makkal Sakthi dalam UTP) .


Maka saya berpendapat percaturan memenangkan Miss Jenani adalah the safer bet than Acap yang empunya karisma dan kemampuan yang benar-benar mampu mencabar status quo selesa pengaruh Rakan Masjid dalam MPPUTP.


Kedua, for me Acap will really be pain in the arse for MPPUTP if he were to be part of the leadership as his critical mindedness, and visionary style of thinking would definitely cause more obstructions in decision making processes later on for MPPUTP.(senang cerita bukan jenis burung belatuk terangguk-angguk atau wala' membabi buta la).


Kerugian siswa UTP kerana kekalahan Acap calon no.3


Walaubagaimanapun, keputusan telah keluar dan muktamad Acap calon. no 3 kalah. Beliau pun dah redha dengan kekalahan tersebut tetapi para penyokongnya khususnya satu batch dengan beliau rasa perplex dengan kekalahan Acap yang paling koman pun dijangkakan menang di tempat ke-5 daripada 6 kerusi, seterusnya melayakkan beliau ke kerusi 'panas' tersebut.


Biarpun begitu, saya selaku 'orang tua' di kampus ini membaca situasi ini sebagai satu kerugian sebenarnya. Dengan kekalahan Acap calon no.3 saya rasa kita kehilangan satu calon pemimpin yang berwibawa dan dinamik hendaknya pula berpengalaman luas sebagai Naib Ketua Pelajar sekolah premier SBP iaitu SDAR (plus bukan pro-Rakan Masjid).


Saya percaya jikalau Acap calon no.3 wujud dalam kabinet MPPUTP kerja-kerja 'menekan' dan 'persuassion' hak siswa UTP kepada pihak pengurusan akan lebih mantap dek kerana pengalaman dan kemampuan si Acap calon no.3.


Tidak mengapa, saya yakin ini adalah sepak terajang pertama buat Acap calon no.3 dan para penyokongnya yang lain. Saya harap tahun depan Acap calon no.3 dapat bertanding sekali lagi dengan satu jentera yang lebih kuat dalam menyaingi hegemoni pengaruh Rakan Masjid dalam pilihan raya kampus UTP khususnya di kalangan budak-budak yang baru nak
mumayyiz politik kampus iaitu budak-budak foundation dan first year.


Quo Vadis Rakan Masjid?

Jelas terang bersuluh, melalui bukti-bukti empirikal yang BUKAN DITULIS oleh Rausyanfikir.com menjelaskan bahawa budak-budak UTP BUKAN BODOH DAN DUNGU berkenaan politik kampus serta berkenaan status quo Rakan Masjid dan MPPUTP serta event-event yang berkaitan dengan entiti-entiti tersebut.


Dalam keghairahan Rakan Masjid menangkis dan menempis kritikan-kritikan panas daripada siswa-siswi UTP baik yang Muslin serta non-Muslim seperti rakan saya Presiden Rakan Masjid sendiri lakukan ini (walaupun ditulis dalam nada denial state), ternyata Rakan Masjid juga tidak walk the talk seperti yang mereka sarakankan.


Contohnya, saya ingin tanya disini, apakah Rakan Masjid UTP benar-benar mengikut slogan "democracy is the best policy" dalam melantik kepimpinan mereka khususnya Majlis Tertinggi Rakan Masjid?


Saya rasa mengapa ramai budak-budak UTP bo-layan Rakan Masjid dan MPPUTP adalah kerana tiada semangat inklusif antara massa UTP dan juga Rakan Masjid.


Saya ingin menegaskan disini bahawa RAKAN MASJID UTP ADALAH HAK MILIK SEMUA MAHASISWA UTP BUKAN MILIK GOLONGAN 'TERTENTU' YANG SELAMA HARI INI MENUTUP RUANG DEMOKRASI DALAM RAKAN MASJID.


Kita ada banyak pertubuhan dakwah dalam UTP, malah presiden Kelab Remaja Islah (KARISMA) Nasional pun ada di UTP tapi tidak mampu memecah tembok hegemoni Rakan Masjid sebab biasalah, ada satu je badan dakwah yang legal yang lain tak legal.

'Kematian' demokrasi dalam Rakan Masjid ini membuatkan sistem tarbiyah, visi dan misi mereka tidak dinamik dan memenuhi agenda 'satu pihak' sahaja kerana sudah tentu, seperti dalam tradisi keilmuan Islam sendiri kita ada banyak manhaj yang unik BUKAN semata-mata yang berteraskan POLITIK sahaja.


Mungkin ada dikalangan ahli Rakan Masjid akan melabel saya sebagai 'musuh' dan segala macam konotas negatif kerana 'membongkarkan' anasir-anasir negatif sebegini tetapi percayalah apa yang saya katakan ini merupakan ubat yang paling pahit untuk ditelan agar Rakan Masjid kembali segar dengan izzah yang baru, yang mampu mengembalikan imej perjuangan Islam di UTP dengan lebih berkesan.


Setakat pandai menggula-gulakan budak foundation dan first year, yang juga berjaya diumpan masuk melalui monopoli Minggu Aluan Siswa (MAS), sampai bila-bila Rakan Masjid akan berada ditahap sebegitu. Mengharapkan kuantiti budak-budak baru nak mumayyiz idealisme kampus berbanding kualiti sokongan daripada seluruh massa di UTP.


Ingat! Tuduhan saya ini bukan satu kecaman tapi merupakan antara luahan suara-suara terpendam budak-budak UTP yang lain yang selalunya (saya sendiri waktu dalam Rakan Masjid) dikatakan TIDAK PEKA, HEDONISTIK etc. SEPERTI YANG TERBUKTI JELAS DALAM LUAHAN RASA DI ATAS TADI!


Mentaliti "I am holier than thou" ini harus benar-benar dikikis agar teguran dan komentar orang lain diterima dengan seadanya!


Saya suka berkongsi persoalan yang diutarakan oleh pensyarah Malaysian Studies dan Political Science UTP, Prof. Ahmad Murad Merican


"
Impossible for UTP students to arrive at enlightenment if the climate of unenlightenment perpetuates in where it is not supposed to be."


Apakah Rakan Masjid menjadi ejen kepada anasir ketiadaan pencerahan (unenlightenment) ini atau sebaliknya?


Mungkin kita semua boleh beringat daripada kata-kata mujaddid agung Turki abad ke-20, Said Bediuzzaman Nursi:


"Devoted fools are more dangerous to the religion than its worst enemies"


"Orang wara' yang BODOH lebih bahaya kepada agama (ya'ni Islam) daripada musuh-nya"


Melihat komentar, rungutan dan cadangan balas yang ada di ruang maya oleh siswa, para pensyarah dan pihak pengurusan UTP (termasuklah segelintir pihak pentadbiran masjid yang 'tidak selesa' dengan 'karenah' budak-budak Rakan Masjid) ternyata kita memang terperangkap dalam climate of stupidity dalam kampus ini.


Saya rasa tanpa sedar, Rakan Masjid bukan lakukan Islamisasi tapi de-Islamisasi!

Quo vadis Rakan Masjid? Amélioration au Déconfiture?



Tepuk dada tanyalah iman!



P/S: Sebelum suruh orang walk the talk, settle-kan dulu masalah epistemologi perjuangan anda yang tak kena gaya dengan ontologi kampus dan universiti! Tak faham pergi jumpa Prof. Ahmad Murad Merican!

LAMPIRAN (Jawapan balas Acap calon no.3):


Salam and Hi dear brother,
I'm acap, candidate no.3 for the past election.

I sincerely would like to thank you for coming to my defense in this issue. I am actually a constant reader of your blog and much of your reformation ideas are incultivated in me.

The truth is, I'm expecting my defeat. We were limited in the sense of fund and manpower. Nevertheless, I wanted to push through this election process to prove that there are people who are against this hegemony.

My risk here was very great. The same risk you took when you first started this revolution. We are the common UTPians who really want change is this university.

My hope is that, we will continue this struggle and help each other in cleansing back our campus politic.

We hate "politik gula-gula" and "choki2". We want to win with ideas, actions and results. Keep your spirit alive and never give up.

Revolution must be started with a few like us. And believe in Allah, one day the truth will win once again. Justice, equality and level play will emerge again in our campus politic.

Till then, thank you.