Isnin, 28 September 2009

Ulama' Nusantara Dan Sumbangan Terhadap Tamadun Melayu



Oleh Hasanul Arifin


Dalam pengamatan saya, saya dapati bahawa banyak kitab-kitab sejarah dan ketamadunan Islam yang dikarang baik dari kalangan sarjana Muslim maupun Orientalis Barat adalah mengenai sejarah perkembangan Islam di Timur Tengah dan di Andalusia. Ada juga yang menceritakan mengenai keunggulan Empayar Mughal Islam di India. Seakan-akan tamadun Islam yang cemerlang dan gemilang adalah hak mutlak mereka yang tinggal dalam kawasan itu.


Justeru timbul satu soalan yang agak sulit dalam benak fikiran saya; apa pula sumbangan orang Melayu terhadap ketamadunan dan keilmuan Islam? Apakah sebenarnya ta'rif ketamadunan yang cemerlang dan gemilang? Adakah yang dimaksudkan tamadun yang cemerlang dan gemilang hanya pada peninggalan sejarah yang bersifat zahiriah seperti mahligai Topkapi yang menjadi lambang keagunangan Khalifah Uthmaniyah? Ataukah kecemerlangan itu lebih daripada tapak-tapak sejarah yang indah?


Sebegai pemuda generasi pasca moden, kita dikelirukan oleh pelbagai anasir yang mencerminkan masyarakat Melayu kita sebagai masyarakat yang malas dan mundur. Sebagaimana yang dinyatakan ilmuan kontemporari, Syed Hussein Alatas di dalam bukunya "The Myth of The Lazy Natives", Almarhum Alatas menceritakan mengenai taktik sulit para Orientalis dan penjajah, yang menulis kitab-kitab sejarah Melayu, di mana di dalam penulisan-penulisan ini mereka sengaja menggambarkan kemalasan dan kemunduran orang-orang Melayu. Dengan cara ini, mereka harapkan bahawa orang Melayu sendiri akan diputuskan dan sejarah keintelektualan mereka, lantas akan yakin bahawa secara fitrahnya mereka adalah kaum yang malas berfikir dan gemar berfoya-foya.


Ini diburukkan lagi dengan sikap orang Melayu yang ta'sub secara melampau terhadap golongan bukan Melayu, lebih-lebih lagi mereka yang berketurunan Arab. Sebagaimana yang diceritakan Abdullah Munshi di dalam kitabnya "Hikayat Abdullah" beliau melahirkan kekecewaannya terhadap sebilangan orang Melayu yang sanggup menggadaikan anak perempuan, tanah dan harta mereka untuk menyenangkan hati para peniaga Arab yang singgah di kota-kota orang Melayu, hanya untuk kononnya mendapatkan barakah dari bangsa ahlul bait.


Sebenarnya tiada salahnya jika seseorang itu menghormati para ilmuan dan tokoh-tokoh Sufi atas dasar alimnya dan wara'nya dan bukan dasar keturunannya, kerana orang Arab itu sebenarnya sama sahaja seperti bangsa lain; ada yang beradab dan ada juga yang kurang adabnya. Namun penghormatan dan pengiktirafan yang sama harus juga diberikan kepada Ulama' Melayu kita yang banyak menyumbangkan fikiran dalam membina tamadun Melayu.


Sebagaimana yang dinyatakan Syed Naquib Al-Attas di dalam bukunya "Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu," masyarakat Melayu sebenarnya bukan bangsa yang hina sebagaimana yang dicerminkan Orientalis Barat. Kecemerlangan dan kegemilangan tamadun Melayu mungkin tidak gah seperti mahligai Topkapi maupun Alhambra. Mana tidak, sememangnya tidak masuk akal jika orang Melayu membina mahligai sebesar Taj Mahal, kerana alam Melayu itu bukan suatu kawasan geografi yang dapat membekalkan si pembina dengan bahan-bahan untuk membangunkan bangunan-bangunan batu yang besar.


Ta'rif cemerlang dan gemilang itu menjangkaui benda-benda yang bersifat lahiriah. Daya pemikiran Melayu yang tajam dan canggih dicerminkan di dalam bahasa dan kesusasteraan Melayu sendiri, yang dapat menggambarkan secara tepat dan jitu hakikat metafizika dan falsafah Islam yang tinggi! Daya pemikiran Melayu yang tajam dan canggih juga didapati pada kitab-kitab metafizika dan tasawwuf, yang dikarang ulama'-ulama' Melayu bertaraf "world-class." Ulama'-ulama' Melayu seperti Hamzah Fansuri dan Nuruddin Ar-Raniri mampu mensyarahkan kitab-kitab falsafah dan hakikat-hakikat yang tinggi yang dikarang ulama'-ulama' silam. Bahkan, manuskrip Melayu yang tertua yang telah dijumpai setakat ini adalah artikel yang menta'rifkan beberapa dasar-dasar metafizika Islam, bukan kisah-kisah dan hikayat-hikayat remeh yang tiada faedahnya.


Dengan manuskrip ini, kita boleh menyimpulkan bahawa wujudnya budaya ilmu dalam masyarakat Melayu suatu masa dahulu. Hakikat ini tiada pula diceritakan para Orientalis yang sengaja mahu memisahkan kita dari sejarah kita yang kaya. Ini ditambahkan pula dengan kurangnya para ilmuan yang ingin mengkaji dengan ikhlas dan menyebarkan pula sejarah Islam di alam Melayu. Justeru yang diceritakan hanya kisah tokoh-tokoh Islam dari benua yang lain, seakan-akan menggambarkan bahawa kita ini masyarakat yang tidak punya sejarah yang gemilang.


Yang menarik sekali, Professor Naquib Al-Attas yang bersyarah mengenai sejarah tamadun Melayu dengan harapan agar dapat dikembalikan maruah orang Melayu yang diinjak-injak kaum penjajah yang biadab itu, merupakan seorang yang berketurunan Arab dari Hadramaut!


Usah hanya membesar-besarkan cerita tokoh-tokoh Islam dari Hadramaut, dari Andalusia dan sebagainya. Dalam era yang penuh dengan kekeliruan ini, kita perlu dihubungkan kembali dengan sejarah tamadun kita, dengan khazanah ilmuan kita. Ayuh kita berikan pengiktirafan yang sewajarnya terhadap ulama'ulama' Nusantara kita seperti Hamzah Fansuri, Nuruddin Ar-Raniri, Abdul Rauf Singkel. Begitu juga ulama' Melayu yang lebih kontemporari seperti Tok Kenali dan Said Al-Linggi. Tambahan pula, usah kita hanya berbangga dengan tarikat bangsa lain seperti Naqsyahbandiah dan sebaginya. Untuk bersikap adil kita kaji juga sejarah tarikat-tarikat tanah Melayu seperti Tarikat Ahmadiyyah Idrisiyyah yang berpangkalan di Negeri Sembilan, dan Tarikat Syattariyah di Terengganu.



Berbekalkan pengetahuan mengenai semangat dan budaya ilmu mereka, kita aplikasikan dalam hidup kita, agar kita sebagai orang Melayu juga dapat memberi sumbangan yang bermakna terhadap tamadun Islam. Usah statik sebagai masyarakat pengguna yang taqlid sahaja terhadap ulama-ulama Arab maupun bangsa yang lain.


Bukankah Al-Ghazali itu seorang berbangsa Parsi dan bukan Arab? Renungkanlah...


Penulis merupakan Naib Presiden Persatuan Mahasiswa Islam National University of Singapore. Beliau merupakan mahasiswa dalam pengkhususan dalam Kejuruteraan Bio dan Pengurusan Teknologi dan mempunyai minat yang mendalam terhadap Falsafah Islam dan Epistemologi.


Rujuk juga makalah beliau bertajuk The Forgotten History of the Intellectual Malays: A brief reviw of the Malay translation of Al-Nasafi's Aqa'id.


Rujuk juga makalah dan video saya berkenaan syarah Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu mengikut kerangka ilmiah Al-Attas di sini.


Khamis, 24 September 2009

Mencari ma'na yang hilang



Hampir 5 jam saya 'beraya' dengan buku-buku di Kinokuniya tadi. Sempat jugalah belek buku blockbuster hujung tahun ini:




Seperti yang saya terangkan dalam entri-entri lalu, karya Dan Brown seperti Da Vinci Code, Angel and Demons, dan Deception Point telah saya khatamkan sewaktu saya masih berada di tingkatan 5 lagi, pertengahan 2004 dalam jangka masa nak berhadapan dengan beberapa siri peperiksaan percubaan untuk SPM.


Memang addicted kerana Dan Brown mengahwinkan fakta dan fiksyen dengan begitu baik sekali sehingga menimbulkan polemik yang serius khususnya daripada novel Da Vinci Code.


Saya tidak berhajat nak beli pun novel ini kerana The Alchemist karangan Paul Coelho pun tak habis baca lagi. Maka nak baca lebih-lebih dekat sana rasa tak menarik pula sebab novel ni bukan boleh langkah bab macam baca buku-buku bukan fiksyen yang lain.


Saya pun beleklah muka surat awal dan terdapat satu kata hikmah yang menarik daripada Dan Brown:

"To live in the world without becoming aware of the meaning of the world is like wandering about in a great library without touching the books." - The secret teachings of all ages.

Kata-kata yang sangat berma'na sekali untuk semua manusia fikirkan. Pencarian ma'na adalah satu misi paling penting buat seseorang insan kerana tanpa ma'na hidup ini bagaikan tenggelam dalam lautan gelap gelita, tanpa hala tuju yang akhirnya membawa kepada kemunsnahan jiwa di dunia dan di akhirat kelak.


Dalam saya meninjau rak buku bahagian agama, saya terjumpa sebuah buku yang amat kena dengan kata hikmah dalam buku Dan Brown itu tadi:





Satu buku yang serius kerana dilabel oleh penerbitnya sebagai genre falsafah, isu global dan agama. Dr. Dennis Ford dalam buku ini mengkaji pendekatan dalam mencari ma'na yang pernah dilakukan oleh manusia. Antaranya melalui pendekatan cerita dongeng (mythology), falsafah, sains, pasca-modenisme, pragmatisme, metafizika, dan naturalisme.


Kita buat pelbagai perkara tapi apakah kita sedar akan ma'na yang terselindung disebalik perbuatan-perbutan tersebut? Apa ma'na pendidikan? Apa ma'na ibadah?
Bukankah alam yang dijadikan Allah S.W.T ini merupakan ayat atau tanda seperti yang kerap kali dijelaskan dalam Al-Qur'an?



Jikalau ianya tanda, ini bermakna objek yang dicerap oleh aqal kita itu bukanlah tujuan terakhir dalam memahaminya.



Hakikat sesebuah tanda pastinya merujuk kepada sesuatu yang lain yang lebih penting berbanding tanda tersebut, dalam konteks ini, Tuhan Yang Maha Esa selaku Pencipta alam yang nan luas ini. Malah dalam banyak doktrin sufi yang besar-besar seperti wahdatul wujud, irfan,
al-hikmah al-ishraqiyah dan al-hikmah al-muta'alliyyah meletakkan pemusatan ma'na kehidupan hanya kepada Allah S.W.T.



Dari aspek ilmu kalam sekalipun, perbahasan yang lebih mendalam berkenaan kalimah syahadah oleh Imam Fakr Din al-Razi dalam karya beliau Asrar at-Tanwil wa Anwar al-Ta'wil turut membawa kepada pencarian ma'na dalam memahami hakikat kalimah syahadah yang merupakan rubber stamp utama untuk menjadi seorang Muslim sejati.



Kalau kita gagal mencari ma'na dan yakin dengannya maka apakah beza kita dengan agama Kristian yang meletakkan blind faith kepada para penganutnya dalam memahami doktrin aqidah mereka yang cukup mengelirukan tersebut? Maka, golongan pendakwah kristian lebih suka mencerminkan dakwah mereka dari segi tindakan tanpa ilmu yang yakin kerana mereka tahu orang yang rasional dan mampu berfikir dengan betul pasti dapat kesan ketempangan doktrin aqidah agama Kristian.



Islam bukan untuk orang bodoh kata Prof. al-Attas. Bodoh di sini membawa maksud bukan semata-mata untuk dianut dalam keadaan tidak faham ma'na menjadi Muslim tersebut serta ma'na Islam itu sendiri. Sebab itu dalam bab aqidah Islam, kita tidak boleh bertaqlid. Fiqh takpa tapi bukan aqidah. Setiap Muslim harus men-tahqiq-kan diri dalam mencapai ma'na dalam proses pengta'diban yang dilalui dari kecil sampailah ke liang lahad. Prof. al-Attas sendiri dalam mendefinisikan ma'na ilmu menjelaskan bahawa ianya adalah:


"Ketibaan (wusul) diri kepada ma'na dan ketibaan (husul) ma'na kepada diri"


Dalam Risalah untuk Kaum Muslimin, Prof. al-Attas mengupas hakikat ilmu mengikut pandangan alam Islam dengan panjang lebar:

" Ilmu adalah satu proses atau gerak-daya memperoleh pengetahuan dan merujuk kepada suatu sifat yang berada pada sesuatu (Insan) yang hidup, yang membolehkan diri yang mengetahui itu mengetahui yang diketahui. Ilmu juga pengenalan atau ma'rifat terhadap yang dikenali sebagaimana adanya. Pengenalan ini pengenalan yang yakin tentang kebenarannya, dan merujuk kepada hikmah. Maka ilmu adalah sesuatu yang meyakinkan dan memahamkan dengan nyata. Mengenali dan mengetahui sesuatu itu adalah mengenali dan mengetahui seba-seba wuju dan keadaan sesuatu yang dikenali dan diketahui. Imu adalah gerak-daya memperoleh atau menghasilkan sesuatu menerusi tilikan akal - iaitu tilikan yang memandang hakikat sesuatu seperti adanya. Ilmu itu kepercayaan yang teguh dan tiada berubah di dalam kalbu. Ilmu adalah suatu gerak-daya ke arah penjelasan, penetapan dan penentuan. Ilmu itu pergerakan terhadap kebenaran. Ilmu itu i'tiqad mengenai hakikat sesuatu seperti adanya. Ilmu itu mengakibatkan ketenteraman diri. Ilmu itu merupakan peringatan, gambaran akal, renungan, pandangan batin. Ilmu itu kenyataan sesuatu dari pihak dirinya sendiri. Ilmu itu gambaran rupa-batin, faham atau ma'na dalam fikiran dan gerak-daya yang membentuk perkara-perkara tersebut itu. Ilmu itu perkara dalaman, bukan perkara luaran diri."


Mengikut Orientalis terkemuka, Franz Rozenthal dalam karyanya The Knowledge Triumphant: The Concept of Knowledge in Medieval Islam menyenaraikan banyak definisi tentang ma'na ilmu yang diformulasikan oleh ulama' Islam zaman-berzaman dan beliau membuat kesimpulan bahawasanya agama Islam merupakan satu-satunya agama yang wujud dalam sejarah manusiawi yang paling menekankan aspek ilmu (sudah tentu bukan dalam ma'na ilmu yang keliru seperti yang difahami pada hari ini dalam bentuk komoditi dan utiliti) dalam kehidupan penganutnya. Pendek kata, tiada satu pun aspek agama Islam yang sia-sia dan tiada ma'na untuk diamalkan oleh penganutnya.


Tapi sayang, majoriti gerakan dakwah Islam pada hari ini lebih berbangga dengan kerja-kerja amal tanpa mengambil kira peri penting ilmu dalam mendasari usaha dakwah tersebut. Jika begitu apa beza gerakan dakwah Islam dan gerakan missionary Kristian yang bersepah di seluruh dunia?



Mungkin inilah manifestasi kepada masalah paling asas kepada umat Islam di seluruh dunia iaitu masalah kehilangan adab dalam pendidikan yang melahirkan kesan lingkaran ganas seperti yang dijelaskan oleh Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas dan juga dari aspek sains sosialnya oleh abang beliau Prof. Syed Husein Alatas dengan fenomena 'watak tertawan'.



Kalau di Barat pula, kita ada Prof. Allan Bloom dengan karya The Closing of an American Mind, Neil Postman dengan karya The End of Education, Ivan Illich dengan Deschooling Society, Karl Marx dengan konsep terasingan (alienation) dalam Das Kapital, barisan pemikir Mazhab Frankfurt seperti Adorno, Horkheimer, Fromm, dan Marcuse yang mengkritik sistem sosial dan kehidupan masyarakat kapitalis kerana menjadikan ma'na dalam pendidikan hanya sebagai satu komoditi bersifat kebendaan semata-mata seperti yang jelas terpampang dalam ma'na disebalik konsep Human Capital atau Modal Insan.



Kehilangan ma'na yang dahsyat berlaku sehingga kita hanya mampu menjadi pak turut (muqallid) dalam pelbagai perkara dalam setiap juzuk kehidupan kita pada hari ini. Seperti biasa, rujukan utama adalah Ketamadunan Barat.



Mungkin sajak karangan Prof. Madya Dr. Zainiy Uthman, anak murid Prof. al-Attas yang senior dan juga pensyarah subjek UNGS di IIUM di bawah ini mampu menjelaskan fenomena kehilangan ma'na dalam pendidikan dalam masyarakat kita:


Buku Oh Buku

Buku oh buku
Mengapa engkau berdebu


Macam mana aku tak berdebu
Student tak pegang aku


Student oh student
mengapa tak pegang buku
Macam mana aku nak pegang
Makna aku tak tahu


Makna oh makna
macam mana engkau tak diketahu


Macam mana aku nak diketahu
Kepala profesor semuanya merapu


Wahai profesor
mengapa kepala engkau merapu


Macam mana aku tak merapu
Aku naik ni pun kerana mengampu


Profesor oh profesor
Mengapa mesti mengampu
Macam mana tak mengampu
Orang Atas tak faham makna ilmu


Wahai ilmu
Mengapa susah nak faham kamu
Bukannya susah nak faham aku
Tetapi


Bolehkah sibuta berkata perihal warna
Bolehkah sipekak berkata perihal irama
Bolehkah situli berkata perihal merdu suara
Bolehkah si Iblis menerima wibawa Insan dengan ilmunya


Tanpa iktiraf dan pengakuan
Tiada berlaku budaya ilmu
Ibarat tanah yang kering
Tiada hayat padanya


Ilmu segar dengan penghayatan
Mengenal Tuhan, diri Dan alam


Untuk kukuhkan lagi kefahaman mengenai isu ini silalah tonton video berikut:












Jumaat, 18 September 2009

Salam Eid Mubarak Maaf Zahir Batin






Assalamualaikum w.b.t,


Kepada semua pengunjung Rausyanfikir.com yang setia, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana masih sudi menemani perjalanan yang sukar ini dan semoga pengta'diban diri kita dalam madrasah Ramadhan pada kali ini bakal membuahkan hasil yang lebih berkualiti dalam usaha menjadi Insan al-Kamil pada hari-hari yang mendatang.


Mohon maaf jika terkasar bahasa dan terpedas rasa dalam menulis, berhujah dan berkomentar yang mana semua itu hanyalah dilakukan untuk menegakkan yang haq dan menghancurkan yang batil. Sebagai manusia biasa, saya juga tiada dapat lari daripada kesalahan diri dalam proses pengislahan diri dan masyarakat. Apa yang baik itu daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu juga daripada Allah S.W.T tetapi disandarkan kepada diri saya sendiri. Kita sambung berpolemik dalam beberapa hari lagi.


Salam Eid Mubarak, maaf zahir dan batin!




Isnin, 14 September 2009

Tentang Jeff Ooi





Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, pelbagai persediaan dibuat oleh segenap Muslim di seluruh dunia bagi mendapatkan keberkatan yang dijanjikan oleh Allah SWT. Namun, di dalam bulan yang mulia ini, masih ada individu-individu yang kurang senang dengan agama Islam sehingga sanggup menghina Syari‘ah Islam secara terbuka di dalam blognya. Individu tersebut tidak lain tidak bukan ialah Jeff Ooi.


Forum Penyelarasan Umat (FORUM)


FORUM disertai oleh lebih 20 NGO Islam Pulau Pinang mendesak Jeff Ooi meminta maaf dan meletakkan jawatan beliau di dalam kerajaan negeri Pulau Pinang (baca). Ini berikutan penghinaan beliau terhadap Syari‘ah Islam dan mengaitkan Islam dengan ekstrimisme. Penghinaan ini timbul setelah perbalahan beliau dengan salah seorang Ahli Majlis Kerajaan Tempatan Pulau Pinang, Mohd Razali Abdullah, merangkap ahli Jamaah Islah Malaysia (JIM), sehingga membawa kepada ketelanjuran Jeff Ooi mengaitkan agama Mohd Razali (baca: Islam) sebagai ekstrimisme.


Ini sepatutnya tidak berlaku kepada seorang Ahli Parlimen yang menjadi Ketua Staf Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Kesilapan yang dilakukan oleh Jeff Ooi merupakan kesilapan yang tidak patut ada pada mana-mana pemimpin di Negara ini. Jeff Ooi harus sedar bahawa dirinya adalah pemimpin, bukan lagi blogger yang boleh menulis sesuka hati sehingga menghina agama Islam. Penghinaan Jeff Ooi terhadap Syari‘ah Islam lahir daripada isi hati beliau sendiri. Ini adalah fitrah manusia yang sedang marah – kemarahan membawa kepada luahan isi hati yang terpendam sekian lama!


Penghinaan ini juga memperlihatkan kepada masyarakat bahawa Jeff Ooi terpengaruh dengan propaganda Barat yang melabelkan Islam sebagai terrorisme. Satu kesilapan yang teramat dangkal puncanya bilamana pemimpin Negara ini termakan penipuan yang terbesar yang dibuat oleh Barat selama ini.


Permohonan maaf secara terbuka serta perletakan jawatan Jeff Ooi dilihat sebagai jalan terbaik dalam menyelesaikan isu ini. Jeff Ooi yang menetap di Negara Islam sepatutnya dibuang negeri dan dilucutkan kerakyatan apabila menghina Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan, namun atas keprihatinan FORUM, permohonan maaf dan perletakan jawatan beliau sudah memadai. Ini dapat dijadikan iktibar kepada mana-mana Ahli Parlimen atau individu lain yang keterlaluan menghina agama individu lain!


Jeff Ooi Hina Syari‘ah Islam!

Tengok bagaimana sikap Jeff Ooi dan The Star yang memutarbelitkan fakta. FORUM mendesak Jeff Ooi meminta maaf dan meletak jawatan kerana MENGHINA SYARI‘AH ISLAM, bukan menghina JIM! (baca) Kenyataan Jeff Ooi yang mengaitkan JIM dengan pengganas telah pun ditarik balik dan JIM Pusat menerima penarikan tersebut. Namun, pertikaian yang menjadi buah mulut masyarakat ialah perbalahan antara Jeff Ooi dan JIM, sedangkan isu yang sebenar ialah perbalahan antara Jeff Ooi dan masyarakat Islam seluruhnya!


Juga, di dalam Malaysiakini (baca), isu ini dilihat seolah-olah pergaduhan Jeff Ooi dan JIM, sedangkan tuntutan maaf serta perletakan jawatan yang didesak oleh FORUM adalah bersandarkan isu penghinaan Syari‘ah Islam oleh Jeff Ooi. Jeff Ooi harus meminta maaf kepada semua umat Islam secara terbuka dan meletakkan jawatan secara sukarela atau terpaksa untuk membuktikan bahawa beliau ikhlas dan sebagai pengajaran kepada individu lain terutamanya pemimpin yang bersikap kurang ajar terhadap agama individu lain!


Media sangat licik dalam memutar-belitkan fakta dan menyokong Jeff Ooi secara tidak langsung.


Jeff Ooi dan Yahudi Qainuqa’

Setelah pembukaan Kota Madinah oleh baginda RasuluLlah SAW, perjanjian antara umat Islam dan kaum Yahudi di Madinah dimeterai. Perjanjian ini dibuat bagi menjaga kesejahteraan masyarakat Madinah selama di bawah pemerintahan Islam. Namun, kaum Yahudi Qainuqa’ adalah yang pertama melanggari perjanjian tersebut.


Pada suatu hari, seorang wanita Islam sedang membeli di pasar kaum Yahudi di Madinah. Apabila wanita tersebut sedang memilih barangan untuk dibeli, seorang daripada kaum Yahudi Qainuqa’ mengganggu malah mempersendakan ‘aurat wanita tersebut. Sedang wanita Islam tadi duduk untuk memilih barangan, Yahudi tersebut mengikat kain bersama tudung wanita tersebut lalu terbukalah ‘aurat wanita Islam itu apabila dia berdiri. Maka bersoraklah Yahudi Qainuqa’ kegirangan setelah dapat melihat ‘aurat wanita Islam.


Kejadian ini disaksikan oleh seorang lelaki Islam yang sedang melalui kawasan tersebut. Dengan segera, lelaki Islam tadi menghunus pedang lalu membunuh Yahudi Qainuqa’ yang mempersendakan ‘aurat dan wanita Islam – ini adalah Syari‘ah Islam. Kemudian, lelaki Islam tersebut dibunuh oleh kaum Yahudi Qainuqa’.


Selepas kisah ini diberitakan kepada Nabi SAW, dengan segera baginda melancarkan peperangan terhadap Yahudi Qainuqa’ untuk mengusir mereka keluar dari kota Madinah. Malah, kemarahan baginda ketika itu diceritakan oleh para Sahabat sebagai kemarahan yang tidak pernah dilihat ada pada diri RasuluLlah SAW oleh mereka selama ini. RasuluLlah yang sangat penyabar ketika diri baginda dicaci dan dihina oleh orang lain sebelum ini dilihat tegas dan marah ketika Syari‘ah Islam dihina dan dipersenda sedemikian rupa.


Sedang RasuluLlah dalam perjalanan untuk memerangi kaum Yahudi Qainuqa’, ketua kaum munafiq iaitu ‘AbduLlah bin Ubai menghalang RasuluLlah SAW dengan memegang tangan baginda seraya berkata:

Sesungguhnya mereka adalah Sahabat kita. Mereka menolong kita dalam peperangan. Sungguh, aku khuatir sekiranya masa diterbalikkan dan mereka pula yang memerangi kita

RasuluLlah SAW berdiam diri dengan muka yang marah, baginda tidak mengendahkan saranan ‘AbduLlah bin Ubai, malah baginda tidak sama sekali menghina ‘AbduLlah bin Ubai yang ternyata munafiq. RasuluLlah SAW meminta ‘AbduLlah bin Ubai melepaskan tangan baginda untuk memerangi Yahudi Qainuqa’ habis-habisan, namun ternyata ‘AbduLlah bin Ubai berdegil mahu membela Yahudi Qainuqa’ yang menghina Syari‘ah Islam secara terang-terangan itu!


Peristiwa ini jika dihayati dan difahami oleh semua Muslim di seluruh dunia, maka tidak ada sesiapa yang berani menghina Syari‘ah Islam – dan tidak ada seorang Muslim pun yang berani menghalang Muslim yang lain untuk memerangi orang yang menghina Syari‘ah Islam!


Teori Kekuasaan Umno

Kosmo politik di negara ini berada di tahap yang cukup kritikal. Teori Kekuasaan Umno meresap ke seluruh jiwa masyarakat sehingga sesiapa sahaja yang membantah tindakan Pakatan Rakyat dianggap tali barut Umno. Saya ulangi – sesiapa sahaja yang membantah Pakatan Rakyat dianggap Umno.

Teori ini juga terjadi kepada kumpulan pembangkang sewaktu ketika dahulu apabila Umno berada di era kegemilangan sehingga memerintah Negara ini untuk sekian lamanya. Di waktu itu, Umno digambarkan sebagai kuasa mutlak pemerintahan sehingga sesiapa sahaja yang membantah Umno akan dilabel sebagai pembangkang. Saya ulangi – sesiapa sahaja yang membantah Umno dilabel pembangkang.


Teori ini hanya diimani oleh orang-orang yang benar-benar bodoh sahaja.


Jeff Ooi lebih biadab apabila memfitnah FORUM ditaja oleh Umno (baca). Kenyataan ini sengaja dibuat oleh Jeff Ooi bagi mengaburi mata Muslim di dalam Pakatan Rakyat dan sebagai ‘alasan budak-budak’ bagi mengelak beliau daripada meminta maaf kepada semua umat Islam dan meletak jawatan di dalam kerajaan negeri Pulau Pinang.


Malah, ada juga segelintir pihak Umno yang cuba ‘menunggang’ penentangan umat Islam terhadap Jeff Ooi dan DAP untuk menarik perhatian masyarakat bahawa merekalah yang selama ini membela Islam dengan tidak bersekongkol dengan DAP. Sikap sebegini senantiasa berlaku kepada mana-mana parti politik yang mempergunakan isu-isu semasa sebagai batu loncatan menunjukkan kegagalan Pakatan Rakyat memerintah negeri.


Politik akan terus dengan sikap politik mereka untuk meraih apa yang mereka hajati, walau dengan cara apa sekalipun. Namun, saya tidak menolak mana-mana Muslim yang benar-benar ikhlas dan mulai sedar bahawa Islam sedang diperkotak-katikkan di hadapan kita dengan wajah anti-Islam yang ‘tersenyum.’ Usaha mempertahankan Islam adalah tindakan bersama, niat yang berbeza dalam mempertahankan Islam adalah di dalam pengetahuan Allah SWT semata-mata.


Perlu diingat bahawa penentangan FORUM terhadap Jeff Ooi adalah disebabkan penghinaan beliau terhadap Syari‘ah Islam. FORUM yang bertindak sebagai badan bebas, diulangi – badan bebas – menjadi suara sebenar rakyat di Pulau Pinang yang beragama Islam dalam menyuarakan kebenaran. Kesempitan faham politik di negara ini menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada wakil-wakil mereka terutama Muslim dalam mempertahankan Islam secara menyeluruh.


Jeff Ooi Pengganas Agama

Jeff Ooi tidak sepatutnya menjadi ahli Parlimen. Beliau merupakan pengganas agama – menghina agama lain dan tidak mengakui kesilapan sambil memutar-belitkan fakta media lalu memfitnah FORUM ditaja oleh Umno!


Nah! Kesalahan Jeff Ooi yang berlapis-lapis ini membuka mata kita tentang siapa sebenarnya Jeff Ooi. Hanya Muslim yang masih ‘tidur’ dan enak ‘menjamu’ hidangan DAP sahaja yang benar-benar berada di dalam kesesatan yang nyata!


Ke Tepi!

Di luar sana masih ada umat Islam yang masih acuh tak acuh bermain isu penghinaan Syari‘ah Islam oleh Jeff Ooi. Dengan alasanda‘wah menuntut kesabaran, mereka menggadai Syari‘ah Islam dengan bersekongkol membela Jeff Ooi. Tetapi sewaktu Umno memerintah dahulu, manusia-manusia inilah yang bertegang urat leher mencaci Umno yang menjadikan rasuah sebagai punca rezeki – tiada pula alasan da‘wah menuntut kesabaran.


Bagi setiap Muslim yang benar-benar sayangkan Islam dan membantah tindakan Jeff Ooi menghina Syari‘ah Islam, sila turunkan tandatangan anda di sini. Digalakkan anda menyertakan sekali komen sebagai bukti anda benar-benar marah terhadap tindakan keterlaluan oleh Jeff Ooi.


Namun harus diingat, makian atau cacian tidak dibenarkan sama sekali. Marah harus mengikut Syari‘ah, bukan mengikut Syaitan.


Bagi setiap Muslim yang menentang FORUM dan menyokong Jeff Ooi, nasihat saya, ketepilah. Jangan sesekali menghalang kami – dan meletakkan diri kamu di tempat ‘Abdullah bin Ubai!


*Artikel ini adalah luahan saya sebagai salah seorang anggota di dalam FORUM dan bukanlah suara rasmi FORUM.


___________________________________________________________________________________________

Answering Jeff Ooi lies and
5 Open Questions to Jeff Ooi


Forum Penyelaras Umat (FORUM) – a coalition of Penang Muslim NGOs - is highly disturbed and saddened by the continued arrogance of Jeff Ooi as shown in his statement yesterday (STAR; 11th September 2009) in which he tried to cover up and manipulate his statements relating the Syariah to extremism.


In his statement, Ooi tried:


· to manipulate people understanding with his retraction (without apology) to Jemaah Islah Malaysia (JIM) as an extremist organisation had closed the issue while trying to sweep his slanderous conclusion of Syariah as extremism under the carpet.


· to deflect attention from his slanderous statements by implying FORUM to be an agent of UMNO seeking to trying to undermine the Pakatan Rakyat government and


· to delegitimise FORUM by merely dismissing it as an unregistered organisation undeserving of his response and ,



FORUM poses questions for Ooi to address:


1. Has Jeff Ooi apologised and retracted his statement relating the Syariah to extremism’?


Ooi in his statement on 2nd August 2009, because of a personal squabble he harbours with a member of the Penang Municipal Council (MPPP) who also happens to be a JIM member, coined JIM as an extremist organisation merely for the reason that JIM as an organisation propagates the practice and implementation of the Syariah. Jeff may have merely retracted a statement that had been made, but he has not retracted or apologised to any party for having related Islam to extremism. Even a general description of himself in the Wikipedia concur that Jeff Ooi had relates Syariah to extremism. Seeking one's statement to be struck off the record does not absolve the person of the responsibility for having made the statement in the first place.





2. Does Jeff Ooi seek to hide behind and use partisan politics to cover up the issue?


To date, FORUM has not related Ooi's arrogant remarks to any political party but regards the issue originating from a personal mistake on his part. Ooi is now trying to divert the whole issue into a matter of narrow-minded party politics, which is clearly not the case by implying as an UMNO agent. FORUM does not speak on behalf or is supported by ANY political party, whether from PR or BN. FORUM is a coalition of Muslim NGOs that speaks for the interest of all according to the teachings of Islam.




3. Does Jeff Ooi as PR leader censure freedom of association?


FORUM is coalition of Penang-based registered organisations such as JIM, PUMPP, ISMA, ABIM, HALUAN and other Muslim-based people groups, much like 1998 GERAK and GMI which his party DAP had vehemently supported and in turn enjoyed the support of. Ooi has himself betrayed his own extremist tendencies by using his position to delegitimise and demonise groups whose goals are not in consonance with his personal vision and ideals of Malaysia.



Should the Constitution's guarantees for freedom of association be qualified to rule out JIM members - or their supporters - from holding office? For someone who preaches democratic ideals, Ooi's statements are more in line with the utterances of dictators and demagogues.




4. Promotion of religious hatred and insensitivity


Ooi has contributed to the creation and perpetuation of greater misconceptions towards Islam and the Syariah. Jeff Ooi and his supporters are building people supports for him not to apologies over his uncalled remark on Syariah and Islam. He has also taught by his example that while it is wrong to insult and give derogatory labels (such as 'extremist') to other religions and their adherents, it is OK to do so in the case of Islam and its laws.



Under Syariah (Islamic rules) we Muslim have been thought to respect other religion (“for you your religion, for me mine” : Quran (109) : 6), not to force people into converting to Islam [Quran 2 : 256] and against the act of condemning other religion [Quran 6 : 108] as it is the case of the cow head protest.



FORUM is AGAINST those who - in the cow head incident in Shah Alam, Selangor - in their ignorance of or in defiance of Islamic teachings insulted the Hindu community and their faith when they paraded and stepped and spit on the head of a slaughtered cow. In Islam, Muslim are told to respect other religions and that insulting the sacred symbols of other faiths is tantamount to insulting God Almighty. Every individual is indeed entitled to his or her right to dissenting views and opinions. Especially in the context of Malaysia, this should not be taken to mean Islam can be subject to vilification, particularly by one who is not an adherent to the faith. While Ooi was against the cow head incident in Selangor due to his supposed 'sensitivities' towards the Hindu religion, he does not demonstrate the same 'sensitivities' towards Islam.



We Muslims, called Jeff Ooi, his supporters and others who are similar to him not to intervene into Islam, Syariah and respect the sensitivities of Muslim




5. Would Ooi have stated his real position on Syariah before being elected as a YB?


FORUM is not calling for action against Ooi's position as Jelutong MP that he attained through the democratic process (including he should remember, through the efforts of Muslim supporters of PR), but in his capacity as Chief of Staff in the Chief Minister's Office and as one who has a direct say in the formulation and implementation of state government policies, including on religious matters. In the context of the Hindraf phenomenon, it would have been a folly for Ooi to have stated any of his personal views against Indians and the Hindu faith before the March 8 election, just as he had not uttered any anti-Islam remarks during his many campaigns tin Penang (of whom Malays make up 40%) to get voted. His first mistake has now been compounded by his arrogance in refusing not to apologise.


Once again, FORUM calls Ooi: apologise and step down as Chief of Staff for the Chief Minister office. Failing which the state government should remove him of his administrative position.



FORUM launches signature campaign to achieve the above demands, an action taken after long and due consideration of Ooi 's arrogance and stance on the issue and state government's inaction. The campaign has started, goes beyond the digitalized middle class Blackberry-carrying cyber community which Ooi sees as his strongest constituency, and is going to the grass root level.



Even if his Ooi privately has low regard for Islam and Muslims' aspirations to be governed by the teachings and laws of their faith, it is not appropriate now, nor will it ever be appropriate, for Ooi as a elected representative and holder of government office to express them publicly and expect us to stand by quietly while he continues his office.



Mohd Hafiz Nordin and Md Roslan Hashim

FORUM Spoke persons


Sabtu, 12 September 2009

Mengasah daya intelek dengan berseminar,berforum dan aktiviti yang sewaktu dengan-nya



Selesai sudah beberapa siri seminar dan forum yang saya telah hadiri, sama ada sebagai pembentang atau selaku peserta. Maraton intelektualisme ini saya rasa paling susah hendak didaki sewaktu Seminar ASASI berkenaan Pemikiran, Teknologi dan Budaya yang baru-baru ini diadakan kunjung kalinya di UTP yang memang kering kontang dengan aktiviti budaya ilmu sebegini. Dah lama ASASI nak buat seminar di UTP tapi tak dapat kata putus. Walaubagaimanapun, dengan ada orang kuat budaya ilmu macam Prof. Ahmad Murad Merican, maka aktiviti sebegini dapat dijalankan juga.


Maka Prof. Murad pun memberi amanah kepada saya untuk menulis kertas kerja dan menjadi salah seorang pembentang dalam seminar tersebut. Memadangkan jabatan Social and Humanities UTP kenal benar saya maka tidak menjadi satu masalah saya rasa mengikut perkiraan mereka untuk siswa tahun akhir Kejuruteraan Kimia membentang kertas kerja dalam seminar ASASI ini. Malah saya rasa jabatan Chemical Engineering UTP pun tak sedar dan tak tahu saya terlibat dalam perkara sebegini. Untuk itu saya harus ucapakan jutaan terima kasih kepada para pensyarah yang budiman lagi memahami daripada jabatan Social and Humanities UTP kerana memberi saya peluang untuk saya asah daya intelektualisme dalam pelbagai program anjuran jabatan.



Ini kali ketiga dalam jangka masa 1 tahun saya bentang kertas kerja serius. Pertama kali tahun lepas bulan September kalau tak silap dalam seminar fiqh dan pembangunan lestari di USM. Masa tu saya asyik tertanya-tanya:


" Am I doing the right thing? Presenting a paper in a Islamic science seminar? How would they react when they know that I am just a third year Chemical Engineering student talking about worldview stuff?"


Memang cuak. Ye la yang bentang paper semua stock pensyarah Pendidikan Islam dari UM, UKM, USM dan yang seangkatan dengan-nya. Tapi saya rasa saya dah lakukan yang terbaik seperti yang tersiar dalam video ini.




Pembentangan kedua yang serius adalah ketika seminar Humanities di UTP awal tahun ini di mana saya membentangkan kertas kerja bertajuk "The University and Captive Mind" buat pertama kalinya di hadapan para pensyarah dari pelbagai universiti dalam negara. Satu pengalaman yang menarik.




Pembentangan ketiga pula ketika di Perhimpunan Penulis Muda Kebangsaaan 2009 anjuran PENA-DBP di Melaka pada bulan Jun empoh hari dimana saya terpaksa bersemuka dengan golongan sasterawan muda dalam mengupas makalah bertajuk "Sastera Ilmi pemangkin budaya intelektualisme dalam peradaban ummah: satu renungan awal".



Satu lagi paradoks berlaku kerana saya bukan seorang penulis kreatif seperti mereka dan saya dijemput oleh pihak penganjur atas kapasiti saya sebagai orang sains dan kejuruteraan. Ini pun saya syak sebab saya bukan akademis seperti yang lain dalam bab-bab jurutera dan sains! Tipulah kalau kata tak cuak sebab buatnya diajukan soalan-soalan pedas tak ke susah saya nak jawab. Nasib baik Puan Nisah Haron bagi komen sahaja dengan mengkelaskan novel Ayat-ayat Cinta sebagai novel pop Islami. Lega sedikit sebab saya yang ajukan gagasan persuratan baru dalam seminar tidak tahu bahawa ianya bakal menjadi perdebatan hangat dikalangan penulis sebab gagasan ini seperti yang saya cerita dalam blog ini ianya adalah proses Islamisasi ilmu sastera dan sangat tegas dengan pendefinisian ma'na sastera dan mengkritik karya-karya yang bersifat sekular (dari segi rupa dan isi) termasuklah karya para Sasterawan Negara kita yang lampau (ingat, kita fokus karya bukan orang. Kritikan pada karya).



Kemudian saya hanya mengisi banyak forum, diskusi dan hadiri seminar sebagai peserta. Maraton intelektualisme sebegini dalam jangka masa setahun telah banyak membantu saya dari pelbagai aspek kendiri khususnya dalam membina keyakinan intelektualisme, seni berfikir teratur, dan paling penting membina jaringan yang memungkinkan kehadiran traffic yang konsisten dalam Rausyanfikir.com.



Bila saya tinjau balik, tak adalah lama sangat saya terjerebak dalam budaya ilmu ini. Tapi momentum dia sangat deras sehingga rasa macam 'orang lama'. Tiada siapa ajar saya macam mana nak tulis kertas kerja yang berjela-jela. Saya banyak baca, dan rujuk makalah-makalah yang saya dapat dalam seminar yang saya hadiri dan memberanikan diri untuk cuba menulis seperti mereka (sudah tentu tahapnya masih kurang).


Mana ada siswa jurutera kimia di ajar tulis kertas kerja falsafah, pemikiran, sosiologi, ekonomi yang memerlukan cross-referrence dalam banyak disiplin ilmu. Saya kira, niat saya untuk mencari kebenaran dalam setiap persoalan menjadikan saya begitu bersemangat dalam melatih diri untuk menulis perkara sebegini.


Dari kiri: Prof. Murad, Asyraff (someideas.wordpress.com), Rausyanfikir.com, Ustadh Maalik Bennet, Prof. Ir. Wan Ramdli Wan Daud (Pres. ASASI), Dr. Alinor, Ustadh Rahmat, Ustadh Pisol.


Maka dalam seminar ASASI terbaru ini, saya telah menulis makalah bertajuk "Propaganda and the distortion of worldview: A preliminary analysis." Niat saya sebenarnya adalah untuk memahami dan mengembang luaskan tesis Prof. al-Attas berkenaan kerosakkan ilmu (corruption of knowledge) dengan menumpukan kepada aspek praxis-nya.Bagaimana ilmu boleh rosak? Media massa? Setuju. Tapi bagaimana?


Maka saya cuba mengorek rahsia ini dan saya ketemu banyak perkara menarik. Untuk makalah ini saya memang tulis bersandarkan kerangka al-Attas dari segi falsafah ilmu tapi dari segi falsafah praxis kerosakkan ilmu saya tumpu kepada Jacques Elull dan Neil Postman. Prof. Ahmad Murad Merican lebih arif berkenaan falsafah teknologi dan media. Kertas kerja tersebut telah disiarkan dalam entri terdahulu dan ini pula video pembentangan saya di sini, sini dan sini.



Ternyata semua aktiviti sebegini telah banya mengasah daya intelektualisme saya walaupun saya sebenarnya bukan daripada bidang ilmu sebegini. Walaupun ramai yang masih tak faham dan skeptik dengan kegiatan sebegini tapi inilah hakikat menjadi seorang mahasiswa. Seperti kata kawan saya, Hasanul Arifin, orang kuat Persatuan Pelajar Islam NUS Singapura:

If university students do not read and reflect, who would? The man on the street?


Begitu juga dengan penambahan daripada rakan saya, En. Wan Mohd Aimran, pensyarah muda Fizik Gunaan di UKM:


If scholars don't read and reflect, how can their students do the same?



Saya nak tambah juga:

If scholars don't read, reflect and write, how can their students do the same!


Inilah masalah kehilangan ma'na dalam sistem pendidikan khususnya di universiti. Kita hanya berpotensi melahirkan golongan para pensyarah kangkung dan mahasiswa taugeh. Mungkin yang berminat nak fahami apa saya maksudkan dengan sindrom kesayuran tersebut boleh rujuk gejala pembodohan anak-anak muda dengan membaca buku ini:


Amerika dan Malaysia sama sahaja. Kerana proses Pembaratan berlaku seiring dengan proses globalisasi. Maka buku ini boleh dirujuk sama dalam konteks masyarakat kita.



Selepas ini ada beberapa lagi jemputan dan yang paling hampir adalah Seminar Intelektual Muda ASASI. Maklumat lanjut boleh dicapai disini.