Rabu, 29 April 2009

Fiqh al-Hadharah: Satu renungan awal (Siri 1)


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, teman-teman yang dirahmati Allah dalam dunia yang serba fana ini.


Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam. Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan dan kedamaian kepada junjungan kami, Muhammad, pembawa dan penyampai khabar gembira (basya'irul khayrat) kepada kaum mukminin, sebagaimana firman Allah SWT: Dan berikanlah khabar gembira bagi orang-orang yang beriman (2:223). Dan bahawa Allah tidak mengabaikan pahala orang-orang beriman (3:171).
 


Saya mula-mula menyebut mengenai Fiqh al-Hadharah ini sewaktu menyampaikan ucapan dasar sebagai Presiden MISG-UK&Eire pada tahun 2001-2002. Kemudian teman-teman meminta saya mengembangkan idea ini tetapi tidak berpeluang kerana pulang dari UK saya terus diamanahkan sebagai YDP Wilayah Persekutuan. Kemudian Saudara Presiden Yusri Mohamad mempelawa saya sebagai Ketua Biro Pendidikan ABIM Pusat selain memangku jawatan Setiausaha Agung. Bagaimanapun Alhamdulillah, oleh kerana amanah saya sebagai pimpinan ABIM sudah dipenghujung maka saya berpeluang semula untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman mengembangkan idea Fiqh al-Hadharah sebagai satu projek mengemukakan peranan besar Islam dalam menangani Modeniti. InsyaAllah.


 
Sekitar akhir 1990an dan awal 2000an, terdapat sarjana yang telah membicarakan soal "post-Islamism", "post-political-Islam" yang merujuk kepada fenomena pasca-gerakan Islam atau pun pasca-aktivisma gerakan politik Islam. Perkara ini timbul kerana pengkaji "Islamism" atau "Islamic activism" mendapati semacam gerakan Islam telah kehilangan jika tidak kehabisan dinamika dan relevan dalam paradigma yang sedia ada. Dinamisme dan relevansi manhaj Sayyid Qutb, Abu al-'Ala al-Mawdudi malah Ayatullah Ruhullah Khomeini mula memperlihatkan ketidakupayaan dalam menghadapi cabaran zaman dan lingkungan. Paling jelas idea "Pembentukan Negara Islam dan Perlaksanaan Hukum Hudud" kini menjadi passe/outdated bagi aktivis Islam.
 



Diwaktu yang sama juga kita mendapati kritik terhadap manhaj gerakan Islam dan aktivisme gerakan Islam ini bukanlah satu perkara baru. Dahulu lagi Allahyarham Fazlur Rahman telah menyebut perkara ini, begitu juga Allahyarham Malik Bennabi. Malah di negara kita Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas juga seringkali memperkata persoalan ini dalam kuliah-kuliah beliau. Antara perkara pokok yang membawa kepada ketidakupayaan manhaj gerakan Islam atau aktivisma gerakan politik Islam ialah kurangnya perhatian yang diberikan terhadap dimensi tradisi keilmuan dan keruhanian yang menjadi teras kepada kekuatan peradaban Islam sejak zaman-zaman. Dalam bahasa yang agak "extreme" bahawa ianya seperti "ill-informed and naive political and social activism resulted in intellectual bankruptcy and spiritual impotency". 



 
Pada fahaman saya fenomena "paradigmatic exhaustion" yang berlaku kepada manhaj "fiqh al-harakah" bukanlah hal yang memeranjatkan jika kita melihat kepada asal-usul pemikiran manhaj "fiqh al-harakah" itu sendiri. Pengaruh Jamal al-Din al-Afghani, Muhammad 'Abduh dan Rashid Rida (Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas ruh-ruh mereka) jelas sekali membentuk orientasi aktivisma politik dan sosial gerakan Islam. Tetapi yang lebih utama lagi bahawa kesemua tokoh-tokoh ini dikenali sebagai tokoh-tokoh modenis Islam. Dalam erti kata yang lain pembentukan manhaj "fiqh al-harakah" terbina dari faham-faham modenis yang meskipun telah di"Islamisasikan" masih meninggalkan kesan modenism dalam pemikiran dan tindakan gerakan. 


 


Saya mengusulkan manhaj "fiqh al-hadharah" sebagai ganti kepada "fiqh al-harakah" melihatkan kepada kegagalan gerakan Islam dan aktivisme Islam untuk menggarap kekuatan tradisi ilmiah, ruhaniah dan adabiah Islam dalam modus operandi mereka. "Fiqh al-harakah" dalam banyak hal dipengaruhi oleh pemikiran modenis terutamanya dalam penolakannya terhadap tradisi ilmiah, ruhaniah dan adabiah Islam dan juga penumpuan yang berlebihan terhadap persoalan politik dan kuasa. Ini bagaimanapun memerlukan kita menghuraikan terlebih dahulu apakah itu modernity, modernism dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya seperti secularism, postmodern dan seumpamanya.

 

 

Persoalannya ialah tanpa disedari bagaimana mungkin gerakan dan aktivisma Islam yang dipengaruhi, dicorakkan dan diwarnakan dengan faham modenism/modeniti boleh mengemukakan alternatif Islam dalam menangani kemelut kehidupan manusia semasa. Cabaran kepada gerakan dan aktivisma Islam ialah untuk mengeluarkan diri mereka dahulu dari penjara dan perangkap modenism/modeniti dan kemudian barulah mereka boleh menawarkan sumbangan Islam terhadap kehidupan moden masakini. Jika tidak kita akan terus-terusan bermain dalam permainan yang telah diatur oleh falsafah/kaedah/prinsip modenism/modeniti itu sendiri. 
 


InsyaAllah jika berkesempatan kita akan melihat persoalan modeniti/modenism ini dan hubungkaitnya dengan Islam diperbincangan akan datang.

 

Sekian wabillahi tawfiq wal hidayah wasamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


al-Faqir ilallah al-Ghani,

 

Dr. Amran Muhammad,

Setiausaha Agung,

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).



Komentar:


Kepada rakan-rakan Jemaah Islam Kampus, muqaddimah di atas mungkin menerangkan sedikit sebanyak mengapa saya kata "Amicus Jemaah Islam Kampus, sed magis amica Veritas"


Kita sebenarnya berjuang dalam perangkap yang berpotensi melakukan fasad kepada umat dengan ilmu yang dicerap dalam bilik kuliah. Sebab itu saya harus bertindak seperti kambing hitam (kerana tidak diberi peluang yang sewajarnya oleh MT) agar berkocak sedikit fikrah rakan-rakan sekalian yang selama hari ini enak dibuai utopianisme di kampus. Tidak mengapa cemuhan itu dan ini. Selalunya yang mencemuh itu manusia yang tidak ingin mendapatkan jawapan secara peribadi. Docile assumption leads to infertile conclusion.


Ayuh semester depan kita bermuzakarrah demi kebaikkan warga kampus. Ingat, saham kampus ini cukup besar buat masa depan negara dan anda selaku pemegang amanah saham paling besar dalam urus tadbir di peringkat akar umbi harus peka dengan cabaran sebenar mahasiswa dan universiti, bukan pseudo-challenges ala politikus di luar. 



Selasa, 28 April 2009

Dictum cinta akan Kebenaran



Plato dan Aristotle


 Aristotle pernah berkata ketika berbeda pendapat dengan gurunya Plato:

Amicus Plato, sed magis amica Veritas

(Plato I love, but I love Truth more)

Begitu juga dengan Imam ad-Dhahabi tidak gusar menegur gurunya Ibn Taimiyyah kerana kekeliruan beliau dalam perihal aqidah Ahl Sunnah Wal Jamaah seperti yang tertera dalam surat beliau kepada gurunya ini.

Maka saya juga ingin menzahirkan dictum saya:

"Amicus Jemaah Islam Kampus, sed magis amica Veritas"

(Jemaah Islam Kampus I love, but I love Truth more)


Nasihat saya pada adik-adik yang baru bertatih masuk Jemaah Islam Kampus:

"Do not expect Truth arrives from spoonfeeding process such as Tamrin, Usrah etc. Certainty comes from Knowledge. And Knowledge according to Prof. al-Attas is 'the arrival (husul) of the meaning (ma'na) to the soul, and the arrival of the soul to the meaning.' If great man like Imam al-Ghazali himself experienced spiritual crisis, who are we to say we would not face that?"


Jangan biarkan pandangan sinis dan dangkal sesetengah pihak melunturkan usaha membina pandangan alam Islam (ru'yat al-Islam lil wujud) anda. Lebihkan masa bertafakkur daripada ber-harakiyyah semata-mata. Budaya bertafakkur seperti tidak pernah wujud dalam Jemaah Islam Kampus. Ubahlah untuk menikmati kesannya. Dunia anda sebagai Mahasiswa hanya sekali. Jangan biarkan manusia lain perkudakan anda demi kepentingan 'pihak asing' yang tidak faham langsung erti dan idealisme pendidikan di Universiti dan jati diri sebagai Mahasiswa. 


Percayalah, saya telah melaluinya. 




Isnin, 27 April 2009

Umat Islam perlu bertegas pertahankan isu nama "ALLAH"



Catholics oppose new non-'Allah' Bible
Apr 26, 09 11:08am

A Malay-language Bible that does not use the word "Allah" has caused controversy among Malaysian Catholics, as the church here fights a court case to guarantee its right to use the word.

The Catholic Herald newspaper, in its Sunday edition, criticised the release of the new Bible this week at an international bookfair, which uses the Hebrew word "Elohim" instead of "Allah" for God.

Father Lawrence Andrew"The Catholic Bible that the church uses has the word 'Allah' for God whereas in comparison, this one does not," the paper's editor Father Lawrence Andrew toldAFP.

"The new Malay Bible weakens the argument for using the word Allah because some groups are trying to substitute God with a foreign name, whereas Allah is the Malay word for God and has been the accepted translation for centuries," he said.

"The publishers have copied substantially from the Indonesian Bible which was approved by the Indonesian Bible Society and the Catholic Church but this new version has not been approved by the society or the church in Indonesia or here."

The publishers of the Bible could not be reached for comment.

Christians using the word 'Allah' for centuries

The Catholic Church has taken legal action against the government after it was ordered not to use the disputed word under threat of having its paper's publishing permit revoked.

The authorities argue the word should be used only by Muslims, who form the bulk of the country's multicultural population.

Andrew said Malaysian Christians have been using the word "Allah" for centuries in translations of the Bible, and in popular prayers. The opposition has also called for the ban to be revoked.

dap graftbuster pc 230409 tony pua"The term 'Allah' has been used in Indonesia and the Middle East by Christians without prosecution or controversy, despite both being overwhelmingly Muslim-majority regions," opposition lawmaker Tony Pua said.

"It has been proven beyond doubt that it is not a term specifically monopolised only by Muslims," he said in a statement yesterday.

A court is expected to decide on May 28 whether the Church has the right to use the word.

- AFP

sumber: Malaysiakini


Sekali lagi saya sertakan ulasan Dr. Khaliff Muammar:


Isu Nama Allah: Persoalan Aqidah Bukan Perebutan Nama

Oleh: Khalif Muammar [Penulis adalah Felo Penyelidik ATMA (Institut Alam dan Tamadun Melayu), UKM.]

Isu Herald Tribune telah mengundang reaksi pelbagai pihak sejak awal tahun ini. Setelah Kementerian Dalam Negeri memutuskan untuk melarang penggunaan nama Allah oleh surat khabar tersebut, Dewan Ulama Pas (Harakah, 1 Januari 2008) menyatakan Islam tidak melarang penganut agama lain menggunakan kalimat Allah bagi Tuhan mereka. Sebagai reaksi saya juga telah membahas isu ini dalam artikel yang diterbitkan dalam laman web khairaummah. com pada 20 Januari 2008 dengan harapan ia dapat membantu umat Islam di negara ini memahami persoalan yang sebenar.


Namun isu ini ternyata menjadi hangat kembali apabila Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin, menulis dalam Mingguan Malaysia pada 27 April 2008 bahawa Umat Islam tidak perlu berebut nama Allah dengan penganut Katolik. Mereka berhak menamakan Tuhan mereka dengan nama Allah kerana dalam al-Qur'an pun kaum Musyrikin menggunakan nama Allah. Mufti juga menegaskan bahawa yang menjadi permasalahan adalah bukan nama Tuhan tetapi kesyirikan penganutnya. Saya terpanggil untuk memberi tanggapan kerana hal ini akan mengundang kekeliruan jika tidak diperjelaskan dengan tuntas.


Yang paling penting kita perlu jelas bahawa nama Allah telah menjadi nama khas bagi Tuhan umat Islam. Perlu dibezakan antara kalimat Allah dari sudut bahasa yang telah wujud sejak zaman Jahiliyyah dengan kalimat Allah yang telah diIslamkan setelah menjadi istilah atau nama khas. Jika kita perhatikan kalimat tawhid: la ilaha illa Allah. Ia tidak bermakna tiada tuhan melainkan Tuhan, tetapi tiada tuhan melainkan Allah. Kerana jika ia bermakna tiada tuhan melainkan Tuhan maka tidak ada maknanya seseorang mengucapkan kalimat tawhid itu. Oleh kerana itu sarjana-sarjana Islam tidak bersetuju untuk menggantikan Allah dengan God dalam bahasa Inggeris.


Pengislaman nama Allah ini juga jelas apabila kita lihat surah al-Ikhlas, antara surah terpenting dalam al-Qur'an, yang menjelaskan siapakah Allah dan apakah sifat-sifatnya: "Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan, dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia"."(al-Ikhlas: 1-4). Berdasarkan Surah dia atas, sebagai orang Islam kita mesti yakin bahawa yang bernama Allah adalah yang mempunyai sifat-sifat tersebut. Dalam erti kata lain kita tidak mengakui bahawa yang tidak mempunyai sifat-sifat tersebut juga adalah Allah.


Seperti yang dinyatakan oleh Dr. Asri memang masyarakat Jahiliyyah menggunakan nama Allah, tetapi nama Allah di situ digunakan dari sudut bahasa sahaja dan sebelum perkataan itu diIslamisasikan. Ia kemudian menjadi nama khusus yang merujuk kepada sifat-sifat di atas. Kata-kata solat, contohnya, dari segi bahasa adalah doa dan telah digunakan oleh orang Arab sejak pra-Islam lagi, ia kemudian menjadi istilah yang merujuk khusus kepada apa yang dicontohkan oleh Rasulullah s.a.w. Oleh itu kita tidak boleh mengatakan orang Katolik juga melakukan solat hanya kerana mereka berdoa di gereja.


Umat Islam perlu melihat apa yang berlaku di sebalik persoalan nama Allah ini. Jika kita lihat dengan teliti isu ini dengan isu-isu yang sebelumnya kita akan dapat melihat hubungannya. Contohnya isu pluralisme agama yang giat dipromosikan oleh orang bukan Islam dan sebahagian orang Islam sendiri iaitu Islam Liberal. Para pendukung pluralisme agama ini berusaha untuk mendangkalkan makna-makna atau kata kunci dalam agama. Mereka mengatakan bahawa Tuhan dalam agama manapun pada peringkat tertinggi (transcendental) adalah sama. Bagi umat Islam, konsep Tuhan kita jauh berbeza dengan konsep Tuhan dalam agama mana pun.


Pendukung pluralisme agama juga menekankan wujudnya persamaan antara agama-agama dan perbezaan perlu diketepikan untuk kebaikan bersama. Padahal bagi kita perbezaan fundamental antara Islam dengan agama lain walaupun sedikit adalah sangat penting dan tidak boleh dipinggirkan. Sebahagian orang bukan Islam bahkan mengaku telah Islam tanpa perlu masuk Islam. Kerana mereka merasa telah 'berserah diri' kepada Tuhan. Di sini mereka merujuk perkataan Islam dari sudut bahasa ialah berserah diri. Jika Allah hanya bermakna Tuhan maka kini mereka akan mendakwa bahawa mereka juga telah beriman kepada Allah. Padahal mereka hanya percaya pada Tuhan.



Contohnya lagi kita tidak boleh menggunakan kata 'liberal' untuk makna terbuka kerana ia memberi konotasi yang dalam. Kita pun tidak akan mengatakan bahawa mereka telah memonopoli perkataan liberal. Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas adalah sarjana Islam yang paling tegas dalam hal pemberian nama atau istilah ini. Bagi beliau banyak kekeliruan berpunca daripada penamaan. Contohnya pelajaran berbeza dengan pendidikan dan ta'dib. Istilah moden dan klasik dalam pembahagian sejarah bagi beliau tidak relevan dengan sejarah Islam dan lain-lain lagi.


Sebenarnya tidak ada nas sorih dan qat'i dalam persoalan ini. Nas dan dalil yang dikemukakan oleh Dr. Asri hanya menunjukkan bahawa masyarakat Jahiliyyah telah menggunakan kalimat Allah untuk merujuk kepada Tuhan mereka. Kita perlu melihat ayat-ayat dan hadis-hadis seumpamanya dalam konteks penggunaannya dari sudut bahasa. Dari sudut bahasa Allah bermakna Tuhan.


Ayat-ayat tersebut turun ketika Islam mula diperkenalkan sebagai proses berdialog dengan kaum musyrikin. Setelah konsep-konsep penting dalam Islam jelas dan worldview Islam terbentuk maka di sini proses Islamisasi berlaku baik terhadap bahasa, budaya dan pemikiran masyarakat Arab.


Oleh kerana itu dengan mendangkalkan makna Allah maka kita telah menafikan proses Islamisasi tersebut dan kembali seolah-olah Islam belum bertapak. Memang kita boleh membuat kesimpulan tidak menjadi masalah orang bukan Islam menggunakan nama Allah kerana hal tersebut "tampak" secara literalnya wujud dalam al-Qur'an. Namun, dalam berijtihad seseorang ilmuwan tidak boleh hanya bersandarkan kepada makna literal teks atau nas tetapi perlu juga melihat kepada maqasid dan falsafah yang mendasarinya sebagaimana telah ditegaskan oleh al-Shatibi.


Persoalan nama Allah tidak boleh dilihat dari sudut fiqh sahaja khususnya kerana ia menyangkut aqidah. Ia mesti melibatkan kepakaran dalam bidang falsafah Islam, dan lebih spesifik metafizik Islam dan epistemologi Islam. Dalam perbualan peribadi dengan seorang tokoh pemikiran Islam, Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud, beliau memberitahu dan menyambung hujah Prof S.M.N al-Attas bahawa al-Qur'an telah merubah dan memperbaiki kekeliruan dan kerusakan yang telah terjadi kepada hakikat-hakikat penting yang berkisar di sekitar ketuhanan, kemanusiaan dan kejadian.


Dalam hal ini yang terjadi ialah proses Islamisasi terutama tentang hakikat ketuhanan yang merupakan tiang seri agama Islam. Menurut beliau lagi sekarang ini yang kelihatan sedang berlaku ialah proses deislamisasi dengan membawa makna-makna yang asing dan berlawanan dengan aqidah dan pandangan alam Islam, samada aliran-aliran sekular atau dari agama-agama lain. Prof Wan Mohd Nor juga berkata setiap istilah dalam semua bahasa mempunyai batas-batas makna yang sah yang mencerminkan pandangan alam tertentu, dan yang membezakan sesuatu istilah itu dengan yang lain.


Persamaan yang banyak pun masih memerlukan istilah atau nama yang berbeza jika terdapat hanya satu perbezaan yang penting. Sebab itulah semua bahasa-bahasa yang tinggi mempunyai kamus. Keldai, kuda, baghal banyak persamaan tetapi terdapat perbezaan; dua manusia kembar siam juga diberi nama yang berbeza. Orang bukan Islam boleh mempekayakan kamus peristilahan Bahasa Melayu dengan menggunakan nama lain bagi Tuhan mereka. Dalam konteks Kristian, mereka boleh gunakan Tuhan, Dewata, Deus, Theos, atau God. Selama ini gereja, kuil, sami, paderi, uskup dan lain telah memperkayakan Bahasa Melayu dan tidak menimbulkan kekeliruan dan kemarahan masyarakat yang beragama lain.


Di sini jelaslah bahawa seseorang yang bercakap tentang persoalan aqidah mesti faham kaitannya dengan worldview, tasawur dan pemikiran Islam. Dalam hal ini, aqidah tidak hanya bermakna kepercayaan dan keimanan dalam ertikata yang sempit seperti biasa difahami oleh masyarakat umum, namun ia adalah satu set keyakinan yang dapat memberi kesan kepada cara berfikir (worldview) dan cara hidup (way of life) seseorang Muslim.


Kita juga perlu berfikir mengapa kaum Katolik ingin menggunakan nama Allah? Kita tidak boleh tertipu dengan hujah persamaan nama yang bagi sesetengah orang hanya bersifat luaran. Kita tahu pada hakikatnya nama Tuhan mereka bukan Allah. Nama Allah mungkin relevan bagi penganut Kristian di negeri-negeri Arab tetapi tidak di selain negeri Arab. Oleh itu jelas terdapat agenda yang tersembunyi yang tidak boleh luput dari perhatian umat Islam. Isu ini juga dibangkitkan dengan memanfaatkan toleransi dan dialog antara agama yang semakin mendesak ketika ini.


Tindakan membiarkan pihak Kristian menggunakan kalimat Allah bukan satu toleransi tetapi satu penggadaian hak dan kedaulatan. Ia adalah satu kerugian yang besar dan kelemahan yang nyata apabila umat Islam membiarkan penganut agama lain mendangkalkan konsep dan istilah penting dalam Islam. Perkataan Allah, solat, tawhid, rasul, bahkan istilah Islam itu sendiri membawa makna yang tersendiri setelah diislamisasikan. Kalimat-kalimat ini telah menjadi bahagian penting daripada pandangan sarwa Islam (Islamic worldview). Jika ia dikaburkan maka sudah tentu akan memberi kesan kepada pemikiran dan aqidah umat Islam. Sesiapa pun yang ingin memahami persoalan ini perlu sedar bahawa beberapa istilah keagamaan tertentu telah menjadi 'milik' umat Islam.


Sebarang tindakan meng-'import'nya boleh dianggap sebagai penyalahgunaan dan pencabulan terhadap agama Islam. Istilah-istilah keagamaan mesti dihormati, dari agama manapun ia datang, oleh penganut agama lain. Toleransi mungkin berlaku jika wujud penghormatan terhadap agama lain. Nama dan istilah tertentu seperti Pope, Paderi (priest), Sami (Monk) dalam agama-agama tertentu tidak boleh digunakan sewenang-wenang oleh penganut agama lain. Ini bukan sahaja kerana ia telah sinonim dengan agama penggunanya tetapi juga kerana kalimat ini telah diwarnai atau mengandungi pandangan sarwa penggunanya.


Oleh itu tindakan Kementerian Dalam Negeri pada 31 Disember 2007 melarang penggunaan nama Allah dalam surat khabar Herald adalah tindakan tepat dan positif yang bermakna bagi umat Islam. Ia perlu disokong dan orang-orang agama tidak sepatutnya mengeruhkan lagi keadaan. Umat Islam mesti mempertahankan nama Allah untuk tidak digunakan oleh orang bukan Islam selagi termampu. Masyarakat Islam di negeri-negeri Arab tidak mempunyai kemampuan untuk mempertahankan hal ini kerana ia berlaku secara halus dan di luar kawalan mereka. Kebelakangan ini tampaknya ketidaksepakatan orang Islam dalam hal ini telah membuka ruang kepada Herald Tribune untuk menggugat keputusan Kementerian tersebut.


Maka dapat disimpulkan bahawa jika dilihat dari sudut falsafah dan pemikiran, dan bukan hanya dari sudut fiqh, kita akan melihat bahawa nama memberikan seribu makna. Jauhnya perbezaan antara Allah dengan Tuhan ibarat langit dengan bumi. Jelaslah isu ini bukan isu perebutan nama tetapi isu yang menyangkut jantung aqidah.


Ia juga berkaitrapat dengan pendangkalan makna Allah untuk menjustifikasikan pluralisme agama. Kita tidak boleh membiarkan pendangkalan makna tersebut berlaku tanpa penolakan umat Islam. Adalah menjadi tanggungjawab semua ilmuwan Islam untuk menentang segala usaha mendangkalkan makna dalam Islam.

sumber: Minda Madani



Isu ini sebenarnya boleh diselesaikan dengan cepat jikalau semua ulama' dari pelbagai kumpulan mengeluarkan satu kenyataan rasmi dengan menegaskan akan perihal umat Islam dalam isu ini. Saya lihat bilamana Dewan Ulama' PAS dan Dr. Asri membuat kenyataan yang tidak berapa menguntungkan umat Islam dalam isu penggunaan nama Allah ini, maka Kotak Pandora itu terus terbuka sehingga meleret-leret isu ini dijaja dalam media massa yang sememangnya suka memanaskan masyarakat dengan isu-isu sensitif.


Jangan pandang remeh isu ini. Kalau anda baca majalah Sabili edisi minggu lepas anda pasti akan terima hujah Dr. Khalif Muammar di atas.





Juga baca artikel dalam Sabili ini tentang agenda Kristianisasi yang menggunakan modus operandi kekeliruan semantik dalam Bahasa Indonesia:





Kita di Malaysia ini tidak dilanda badai Islam Liberal, dan Pluralisme agama secara tegar seperti jiran kita nun di sebelah sana. Sudah tentu dalam perihal sebegini kita ambil mudah. Berfikir secara simplistik sehingga tidak nampak kesan limpahan daripada isu ini kelak. Hendak pula bila sebuah jemaah Islam politik sudah duduk di bawah payung yang menghimpunkan bermacam-macam manusia yang berbeza ideologi tetapi dibalut dengan satu tujuan ya'ni KUASA.


Untuk berKUASA, dalam politik era pasca moden ini, semua benda jadi halal. Demi undi, aqidah boleh digadaikan sementara waktu semata-mata untuk memuaskan hati pengundi.


Ini sama juga dengan kes
I-Dance di Pulau Pinang tempoh hari. Nasib baik Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang jenis tidak totok politik kekuasaan dan juga NGO Islam yang lain turut sama berkerja keras membedah pengaruh liberalisme yang menular dengan topeng yang seolah-olah tidak mendatangkan kemudaratan (nak tahu lebih lanjut kena tanya orang Pulau Pinang).


Saya harap Dewan Ulama' PAS sekali lagi dapat keluarkan kenyataan tegas berhubung perkara ini kerana PAS mempunyai leverage terbesar dalam menzahirkan izzah Islam di Malaysia.



Pengumuman:

Esok, Selasa 28 April 2009, Saya akan mengupas secara tuntas berkenaan buku di bawah di kelas Malaysian Studies dibawah kelolaan Prof. Murad Merican:






Tajuk pembetangan saya adalah berdasarkan kertas kerja yang saya tulis untuk projek Malaysian Studies iaitu
"Preliminary analysis on Syed Muhammad Naquib al-Attas' thoughts with special reference to his Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu."


Wacana ini turut disertai oleh rakan-rakan yang lain dalam membicarakan isu ISA dari perspektif mahasiswa luar negara yang membuat perbandingan ringkas akan akta yang zalim ini dengan akta yang sama di luar Malaysia.


Wacana akan bermula pada jam 5.30 petang di Poket D3.


Jumaat, 24 April 2009

'Wonderkid' bola sepak Malaysia



Jarang saya
blogging pasal keluarga. Maklumlah, private matters. Tapi saya nak kongsi juga.



Semalam saya cuba
google nama ayah saya. Dalam proses tersebut saya terjumpa nama 'Wan Kuzain Wan Kamal'.



Saya sangat terkejut. Cukup ramai yang memuji beliau.



Jikalau anda google nama beliau, anda akan dilampirkan dengan pelbagai laman web, blog dan forum yang membincangkan akan potensi besar Wan Kuzain dalam untuk masa depan bola sepak Malaysia. Semacam Titus James dahulu. Saya ingat hanya khabar angin sehinggalah saya menonton video klip beliau di Youtube:







Saya terkesima melihat Wan Kuzain menggelecek bola. Beliau mampu mengawal bola dengan kemas disamping mempunyai kelajuan menggelecek yang agak baik. Lihat saja anak-anak Mat Saleh yang di 'siat' di atas padang dengan skil dan kelincahan beliau menggelecek.


Mungkin Wan Kuzain secara teknikalnya tidak sehebat
wonderkid Algeria Madin Mohamed  yang dinobatkan sebagai Zinedine Zidane masa depan tetapi saya yakin melihat cara beliau bermain, dan jikalau dilatih dengan program tunas harapan yang baik, tak mustahil dengan izin-Nya, Wan Kuzain bakal diintai oleh scout dari kelab bola gergasi Eropah atau Amerika Syarikat.


Rupa-rupanya sudah meningkat matang budak ini.


Wan Kuzain Wan Kamal merupakan adik saya, satu ayah berlainan ibu.


Panjang cerita silsilah keluarga saya ini. Tapi yang pasti ibu dan ayah saya bercerai sewaktu saya berumur 2 tahun. Maka dipendekkan cerita ayah kandung saya berkahwin lain dan sekarang menetap di Amerika Syarikat. Mereka mempuyai 3 orang anak lelaki dan Wan Kuzain merupakan yang kedua daripada tiga adik-beradik.



Wan Kuzain dan Wan Kuzack. 5 tahun lalu.



Kali terakhir saya berhubung dengan mereka selepas SPM 2004. Pada waktu itu, Wan Kuzain baru berumur 5 tahun. Cakap pun tak berapa betul. Tapi ayah saya ada beritahu bahawa si Wan Kuzain ini ada potensi untuk menjadi pemain bola yang baik.



Pada waktu itu saya tidaklah ambil berat mana ye lah budak kecil. Tapi sekarang terbuka besar mata saya melihat si adik saya yang cilik itu sudah menjadi seorang pemain bola sepak yang digeruni oleh teman-teman sepermainannya di Amerika Syarikat.



Saya yakin mesti ayah saya dah latih beliau dengan baik dari kecil lagi.



Entahlah, walaupun tidak pernah berjumpa dengan mereka lagi setakat ini, saya rasa sangat bangga dan gembira melihat pencapaian adik saya yang satu ini. Mungkin kami semua, walaupun berlainan ibu, mewarisi
sportsmanship daripada ayah saya.



Bezanya saya menyimpang ke sukan ragbi sewaktu di Sekolah Menengah Sains Selangor bermain untuk Kuala Lumpur dari tingkatan 3 hingga tingkatan 5. Terliur untuk bermain mewakili Perak atau Selangor untuk Sukan Malaysia (SUKMA) pada tahun 2005 tapi tak kesampaiaan setelah
intima' dengan Jemaah Islam Kampus. Maklumlah, kena dahulukan yang lebih awla'. Ramai rakan sepasukan saya bermain untuk negeri masing-masing pada tahun tersebut. Cemburu melihat mereka menang pingat. Tak apalah bukan rezeki saya. Sekarang saya memang sudah bersara sepenuhnya dari arena sukan. Fokus intelektualisme dan tolong bantu selesaikan masalah ummah. Dulu sempat lagi nak imbang kerja-kerja jemaah dan peribadi tapi sekarang ini dah rasa berat. Hendak pula kalau sudah menjadi bapa kelak (Insya-Allah, doa-doakan).



Saya terpaksa meninggalkan sukan bola sepak sewaktu darjah 6 kerana Ibu bising takut gagal UPSR. Pada waktu itu juga saya sudah pakai cermin mata (dek main
computer games) maka amat sukar untuk saya bermain bola dengan baik. Ragbi lain. Walaupun rabun saya masih mampu coordinate diri dalam permainan kecuali jika hari semakin gelap.



Pengorbanan meninggalkan bola sepak membuka peluang untuk saya masuk ke Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS) di Bandar Tun Razak, Cheras yang turun temurun mewarisi sukan ragbi sebagai 'maruah' sekolah. Sempat jugalah mewakili sekolah untuk sukan bola sepak sewaktu tingkatan 3 tapi '
flop' sebab coach tak bagi main di posisi pertahanan sebaliknya suruh saya jadi target man seperti Ruud Van Nistelrooy.



Memang
fail sebab rabun mata ini menjadi liabiliti untuk saya mengasah pandangan (vision) di atas padang. Saya sudah bagitahu coach bahawa saya rabun, lagipun saya tidak empunya skil teknikal yang baik. Nak suruh jadi Luca Toni pun tak boleh. Saya lebih selesa sebagai bek kanan yang boleh lakukan overlap sebab saya suka crossing bola. Bola sepak perlu ada vision yang baik sebab nak hantar bola kena tepat dan cepat. Ragbi pula adalah contact game yang tidak memerlukan ruang yang luas seperti bola sepak untuk pergerakan di atas padang ditambah pula kalau bermain 15 sebelah.



Akhirnya ragbi menjadi sebahagian penting
tarbiyah jasadiyyah (the best and most effective ever for me, cannot be matched even when you go to Tamrin!) dan juga pembinaan weltanschauung diri sebagai remaja pada waktu itu.



Tak sangka ada juga adik yang jadi
sportsman yang berpotensi besar untuk melangkah jauh.



To all my kid brothers, since all of you cannot read Bahasa Melayu, I have to write in English just to extend my happiness for your achivements especially to Wan Kuzain.


Be a good son and also a good Muslim first, then the world is yours. As your elder brother, eventhough we have not met, I still share the feeling of togetherness as brothers.


To Wan Kuzain,
If one day any football scout from big clubs head hunting you, make sure you ground yourself properly to all of the basic needs to be a Muslim. Try to emulate those good Muslim footballers such as Franck Ribery, Nicolas Anelka, Fredric Kanoute, Eric Abidal and others who, despite playing in big stages in Europe yet their Islamic-self is firmly rooted in their heart, mind and soul.


Living in United States today is a big challenge for Muslims. I hope you can stay true to your roots. Being a sportsman sometimes can make you go astray without proper guidance from parents and mentors. I know it because I have been there, done that.


To Dad, if you manage to come across my blog, I would like to extend my praise to you for being a good and supportive father to those boys. Their successes are yours too. Perhaps you might want to consider in sending them for a summer retreat to Zaytuna Institute under the tutelage of Syakh Hamza Yusuf to polish their Islamic
fard ayn knowledge. If Wan Kuzain got hold into that firmly, I do not mind if he play for those big clubs in future. But ad-din comes first, knowledge, sports...in that order.


All the best to all of you in Carbondale! My prayers and support will always be with you guys. Insya-Allah.




Khamis, 23 April 2009

Bicara Nursi di pagi hari



Dua buah buku yang tak boleh diletak untuk minggu ini.



Hari ini berbeda sedikit. Saya berkepit dengan buku di surau hostel selepas subuh. Selalunya macam biasa terjelapuk di atas katil bagi meng-qada' masa lelap malam semalam. Entah mengapa buang tebiat. Mungkin mimpi semalam yang entah boleh dikategorikan sebagai 'mimpi ngeri' atau 'mimpi manis'. 



Kena bukak tafsir mimpi Ibn Sirin ni.



Selesai solat sunat sebelum subuh di dalam bilik saya teraba-raba mencari buku yang boleh dibawa bersama ke surau. Pilihan di hati Kitab al-Tanwir  fi Isqat al-Tadbir ( The Book of Illumination) karangan sufi intelektual agung zaman silam, Ibn 'Ata'Allah al-Iskandari. Turut sama meminta-minta untuk dibawa turun Mishkat al-Anwar ( The Niche of Lights) karangan juga sufi intelektual agung zaman-berzaman Imam Al-Ghazali. 



Fikir punya fikir saya cekup Risale-i-Nur jilid al-Mathnawi al-Nuri ( Seedbed of the Light) karangan mujaddid Turki Said Bediuzzaman Nursi dan juga buku yang menghanguskan duit belanja hujung bulan April Maqasid al-Shariah as Philosophy of Islamic Law karangan Dr. Jasser Auda.



Mungkin buku-buku yang baru dibeli daripada Pesta Buku lebih menggiurkan untuk dibaca. 



Selesai solat subuh saya bersandar di dinding surau sambil membelek kalam Nursi. 45 minit berlalu kemudian tukar buku Maqasid pula.



Entah. Saya temui ketenangan disebalik kegilaan timbunan projek tahun akhir kejuruteraan kimia dengan membaca buku-buku sebegini. 



Banyak yang saya hendak kongsi tapi maklumlah kesuntukkan masa. Dalam kepala ini ada deretan idea yang hendak dilampirkan ke dalam blog ini.


Bila sudah tersengguk membaca Maqasid saya tukar kepada kalam Nursi kembali. Jam sudah menunjukkan 7.21 am.


Cafeteria pun sudah mula bising dengan suara tukang masak. Perut pun sudah berkeroncong. 


Sambil-sambil makan nasi goreng beserta teh tarik panas, saya keseorangan diri tanpa sedar telah tenggelam dalam kalam Nursi sewaktu menyuap nasi ke mulut. 


Terpaku sebentar bertafakkur dengan kalam yang ditulis Nursi:


"Those 'civilized' people who consider corruption and regression to be progress, ignorance to be certified knowledge, and the deepets sleep to be fully awake are among the second group"


Kira-kira terjemahannya:

"Mereka yang mengaku 'bertamadun' melihat kerosakkan (fasad) dan pengunduran sebagai kemajuan, kejahilan sebagai ilmu yang di'itiraf dan tidur nyenyak sebagai kesedaran tulen merupakan antara manusia yang tergolong daripada kumpulan kedua tersebut".


Kumpulan kedua tersebut seperti yang ditulis oleh Nursi:


"One is lost in a particle; the world is lost in another. One opens a vast world of multiplicity with the key given to him or her and, straying, becomes lost and able to reach unity and belief in Divine Uniy only with great difficulty. People also differ greatly in the way they follow on their spiritual journeying. Some advance easily and attain peace and unity; others are overcome by fancies and heedlessness and, completely lost in multiplicity (of things), forget unity,"


Nursi menerangkan satu pardoks ala The Matrix. Yang disangka realiti rupa-rupanya ilusi. Yang disangka kemajuan rupa-rupanya kemunduran. Yang disangka ilmu rupa-rupanya tekaan (conjencture/zann). Yang disangka sedar rupanya masih tidur!



Lama saya renung kalam tersebut tak sedar cawan teh tarik sudah lama meniti di bibir.



Ah, panjang sekali boleh saya kupas kalam yang menarik ini. Sayangnya sekejap lagi kena bentang sistem rawatan bendalir buangan Industri Elektronik. Masa amat mencemburui perkongsian kita.



Ringkasnya, saya lihat Nursi sedang berbicara berkenaan haqiqah. Kritikan ini, pada pengamatan saya boleh dilanjutkan kepada analisa kritis terhadap Jemaah Islam Kampus hatta gerakan Islam seperti PAS sekali pun. 



Kalam ini boleh diletakkan sebagai bab aqidah dan pandangan alam Islam ( worldview of Islam)



Maaf saya tidak dapat kupas sekarang. Karya Maqasid Dr Jasser Auda yang menarik pun tak mampu nak kupas walaupun bagi saya sangat menarik untuk dibaca!



Mungkin saya boleh bagi tugasan kepada para pembaca. Sila tadabbur surah al-Haqqah (The Reality) dalam al-Quran dan cuba cungkil tema besar daripada surah tersebut yang mungkin agak tersirat jikalau dibaca sekilas pandang.



Sekian bicara ringkas di pagi hari.