Ahad, 27 Disember 2009

Paradoks pembangunan dalam "The Economist"




 Kini, para kapitalis sendiri telah menilai semua ontologi "pembangunan" dan "kemajuan" yang mereka telah capai.


Edisi hujung tahun majalah ekonomi kapitalisme, The Economist membawakan satu tema yang sangat jarang diperkatakan. Isu berkembar hujung tahun ini menceritakan perihal kritis berkenaan pembangunan, kemajuan dari segi ma'nawi yang amat jarang dibicarakan dalam majalah terkemuka ini.


Oleh yang sedemikian, saya amat menyarakan para pembaca budiman dapat menelaah, ya bukan sekadar membaca tapi menelaah makalah tersebut BERSERTA komen-komen yang memberi jawapan balas terhadap makalah tersebut dalam edisi online-nya di sini.


Saya mendapati perbahasan berkualiti dari pelbagai paradigma sang pembaca telah mewarnai ma'na yang boleh dikupas dalam makalah tersebut. Kritikan para pembaca dari Barat yang mengalami sendiri proses perubahan yang dijaja oleh sistem ekonomi kapitalisme dan demokrasi liberal yang pernah dinobatkan dengan sifat hubris oleh Francis Fukuyama sebagai "The End of History" telah dicabar oleh realiti semasa yang mencengkam.


Biarpun dimamah kerosakkan yang maha dahsyat, pengakuan jujur masih sukar untuk dilafaz oleh pemuka idelogi yang kufur berkenaan pembangunan dan kemajuan berakarkan falasafah sekularisme. Sifat renungan batin mereka yang myopic ini amat sesuai dengan apa yang telah termaktub dalam Al-Qur'an dalam surah Al-Baqarah:



Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan".

Perbahasan yang mendalam dari aspek metafizik setakat ini yang dikemukakan mengikut sudut pandang Islam dapat dikaji dalam karya-karya Prof. Al-Attas sendiri. Sangat tuntas dan menyeluruh.


Elok juga makalah itu kalau mampu dijadikan bahan perbincangan dalam usrah khususnya buat para pemikir jemaah Islam seperti PAS yang bakal menggalas tanggungjawab merencana "kemajuan" tanpa terkesan tanpa sedar dengan pengaruh kekufuran dalam menanggapi ma'na kata kunci tersebut.




Tiada ulasan: