Sabtu, 5 Disember 2009

Memperingati sedekad "Battle of Seattle"



Globalisme sudah semakin terhakis pengaruhnya. Krisis ekonomi dan kewangan dunia, peperangan dan pemanasan global semuanya boleh dinisbahkan secara langsung atau tidak ke atas pengaruh globalisme dengan slogan yang indah khabar dari rupa seperti 'globalisasi', 'modenisasi', 'perdagangan bebas', 'pembangunan' dan banyak lagi yang sudah menjadi slogan ruji masyarakat negara bangsa.


Genap 10 tahun sudah pertarungan yang berlaku antara massa dan perompak kapitalis di bandar besar Seattle, Amerika Syarikat. Persidangan Pertubuhan Perdangan Dunia atau lebih dikenali sebagai WTO yang cuba menggubal dasar perdangan anatarabangsa secara kosensus telah ditentang habis-habisan oleh para aktivis anti-globalisasi yang datang dari seluruh pelusuk dunia.


Kegagalan siri rundingan Seattle yang cuba diteruskan dengan siri rundingan Cancun dan Doha tidak menjanjikan 'syurga perdagangan bebas' seperti yang diharapkan oleh negara-negara Dunia Pertama yang mempunyai competitive advantage ke atas negara-negara Dunia Ketiga yang baru keluar dari cengkaman sang penjajah.


Kini, perjuangan menentang hegemoni dan plutnomi 'kerajaan dunia' seperti yang dijaja oleh IMF, Bank Dunia dan WTO semakin mendapat perhatian. Momentum dan kesedaran akan perlunya kita menggantikan dogma ekonomi neo-liberal sedang dicanai hebat dengan revolusi massa baik dari aspek ilmu serta aktivisme.


Saya juga, tidak terkecuali untuk terlibat secara serius dalam perjuangan ini yang sememangnya telah mengubah hidup saya selaku mahasiswa dan kini sebagai rakyat Malaysia yang patriotik.


Siri protes rundingan perdagangan bebas antara Malaysia dan Amerika Syarikat (MUFTA) yang berlaku sewaktu saya masih di tahun 1 pengajian di universiti telah banyak membuka minda saya akan realiti era globalisme ini. Melalui gerak kerja protes inilah saya dikaderkan tanpa paksaan dan indoktrinasi, tapi atas dasar ilmu, kefahaman dan kesedaran yang melahirkan kerangka idealisme 'rausyanfikir' yang saya semati dalam diri.


Mungkin siri protes dan penerangan awam yang dilakukan oleh Persatuan Pengguna P. Pinang (CAP), Sahabat Alam Malaysia (SAM), TERAS, JERIT dan PSM tidak mencapai tahap Battle of Seattle seperti yang dilakonkan semula dalam filem dengan tajuk yang sama, walaubagaimanapun, kesedaran yang ditabur benih kepada golongan nelayan, petani, serta orang awam, telah sedikit sebanyak membangkitkan daya aktivisme menentang kebobrokan sistem ekonomi kapitalisme yang menjadi ikutan majoriti kerajaan dunia termasuklah negara kita, Malaysia.




Oleh kerana siri rundingan WTO gagal, negara-negara kapitalis dunia pertama dengan bantuan syarikat gergasi yang menjadi pelobi utama kerajaan mereka telah menerobos jalan perdagangan yang berbentuk dua hala,
government to government berbanding secara konsensus oleh semua ahli WTO.


Malaysia, sebagai negara yang bergerak laju ke hadapan, menjadi sasaran paling diminati oleh golongan kapitalis ini.


Siri video di bawah ini menerangkan perjuangan kami, selaku aktivis massa dalam menentang ketidak adilan rundingan perdagangan dua hala yang berlaku sekitar tahun 2006.





















Untuk memahami realiti semasa episod kemelut globalisme ini, sila baca makalah aktivis Dunia Ketiga yang cukup berjasa dalam menentang arus ketidak adilan corporate globalization, iaitu Walden Bello dengan tajuknya The Meaning of Seattle: Truth Becomes True Through Action.




2 ulasan:

Serikandi Islam berkata...

nak ty ,makalah ni,de di commercial market?atau kne g search di librry?interested to study this topic u brought up.

Rausyanfikir berkata...

Makalah mana?