Selasa, 8 Disember 2009

Disebalik tabir perdagangan karbon


Para pemimpin dunia sedang bersidang di Copenhagen, Denmark berkenaan isu kesan pemanasan global. Buat pemimpin dari negara-negara tanah rendah dan kepulauan seperti Maldives, Bangladesh dan Fiji masalah kesan pemanasan global ini soal hidup mati rakyat mereka.



Tetapi dalam saat-saat yang genting ini, negara dunia pertama seperti Amerika Syarikat masih lagi angkuh dengan nafsu kapitalis mereka untuk mencari selok belok penting bagi memutar belitkan isu bahawasanya tiada wujud kesan pemanasan global. Mereka ini dipanggil global warming skeptics dan juga global warming deniers.


Syarikat-syarikat minyak besar khususnya Exxon Mobile, Chevron dan Shell sering kali menggunakan propaganda "green washing" dalam mengaburi fakta sebenar tentang kesan pemanasan global khususnya Exxon yang terkenal dengan cara "ruthless" dalam urusan perniagaan minyak. Mereka telah beruapaya "membeli" para saintis yang berpaling tadah daripada kebenaran untuk merangka tesis dan data bagi menyokong ketiada wujudan kesan pemanasan global.


Bagaimana pula golongan yang mengiakan kebenaran kesan pemanasan global TETAPI sebenarnya bertindak seperti serigala bertopengkan biri-biri? Mereka menyokong dari segi kesahihan fenomenan tertsebut dengan menawarkan peluang "pakej penyelsaian" kepada masalah ini melalui pengehadan dan perdagangan karbon (carbon cap and trade). Siapakah mereka ini? Tidak lain tidak bukan, para perompak dari Wall Street yang masih tidak insaf akan realiti dunia kita pada hari ini.


Syukur Alhamdulillah, aktivis wanita yang saya hormati, Annie Leonard yang terkenal dengan video The Story of Stuff telah kembali dengan satu lagi video yang menarik berkaitan dengan carbon cap and trade.


Saya teringat ketika menjayakan projek akhir tahun mereka-bentuk kilang pemprosesan kimia yang saya wajib selesaikan bersama rakan-rakan jurusan kejuruteraan kimia, saya "terpaksa" menggunakan penyelesaiaan cap and trade ini dalam menjustifikasikan mekanisme reka-bentuk kilang kami yang konon-nya environmental friendly dalam mengurangkan pelepasan sisa karbon daripada kilang tersebut.


Nak grad punya pasal maka terpakslah "hipokrit" sekejap.


Demi menebus kembali "kecurangan intelektualisme" saya sepanjang berkhidmat sebagai mahasiswa tahun akhir dalam mereka-bentuk kilang pemprosesan kimia tersebut, kini saya menyatakan sokongan dan kepercayaan saya yang SEBENAR tentang perihal carbon cap and trade ini melalui video yang sangat menarik hasil usaha Annie Leonard ini. Jangan lupa sebark-sebarkan kepada semua! (rujuk juga dokumentari menarik Carbon Trade Watch disini)





4 ulasan:

weber berkata...

benar atau tidak isu pemanasan sejagat ni.. mungkin masa boleh memberikan kita jawapan..tetapi apa yang benar dan pasti.. minyak/gas akan habis.. dulu shallow.. sekarang dah deep sea.. lepas ni apa lagi..

kita kena beralih kepada sumber tenaga alternatif.. yang 'reliable'.. boleh bertahan dalam jangkamasa panjang.. dan paling penting.. MURAH...

next in line---nuclear

Wayfarer berkata...

Hmm... susah gak nk memikirkan solusi yg betul2 berkesan, tp dlm video ni x dpt lari drp unsur tamak sstg manusia...

Kalau nk tau jwpn kpd mrk yg x percaya perubahan cuaca akibat manusia bleh lihat link nama saya.

Ttg nuklear, harus terus pertingkatkan teknologi & juga fikir ttg bekalan uranium...

Wallahua'lam Wsslm

Pezzomania berkata...

Negara kita banyak juga lakukan carbon trade ni untuk AS yang kononnya untuk mengimbagi tahap pelepasan karbon dunia. hakikatnya semua itu hanya duit semata.

Tapi, yg membimbangkan sekarang ini adalah pengeluar karbon oleh negara China.Tak tahulah jika Barat hanya nak larikan tumpuan ke arah Negara China.hakikatnya, Barat lebih banyak propaganda berbanding tindakan yang sebetulnya patut mereka lakukan.

penggunaan tenaga alternatif amat disambut baik jika dilakukan di negara kita. Pada pendapat saya, tenaga angin amat berpotensi untuk dilakukan di pantai timur. tenaga solar pula amat sesuai diseluruh pelosok tanah air.

Mengenai kos pula, assemble komponen yg diperlukan dalam negara.Selain mewujudkan peluang kerja, industri ni besar peluangnya.

Tenaga nuklear pula tidak saya bantah 100%, tapi perlulah dipastikan keselamatannya kerana tidak mahu tragedi Chernobyl berlaku. Habis semua.

Malakian berkata...

Untuk memastikan kelangsungan hidup manusia, penggunaan tenaga yang 'renewable', seperti solar, hydro, biomass, geothermal perlu digunakan. Silat lihat dalam Surah al-Kahf di mana Allah memberi mesej secara tidak langsung bagaimana ketertarikan manusia terhadap cahaya matahari melalui contoh pembalikan badan pemuda al-Kahf tersebut. Allah mencadangkan penggunaan tenaga cahaya matahari sebagai tenaga yang semula jadi.

Tetapi sistem kapitalis yang di mana nilai matawang semakin menurun, lebih banyak sumber alam yang semula jadi semakin terhakis dan dirampas dengan rakusnya. Ini ada berkaitan dengan sistem kewangan sedunia yang 'usurious'.