Khamis, 17 Disember 2009

Bertemu Shaykh Muhammad Al-Yaqoubi



Tazkirah Shaykh Al-Yaqoubi sangat menusuk qalbu.

Semalam saya berkesempaan untuk bertemu dengan seorang alim yang hebat, Shaykh Muhammad Al-Yaqoubi al-Hasani. Antara anak murid beliau yang terkenal adalah Shaykh Hamza Yusuf, Imam Zaid Shakir dan Shaykh Gibril Fouad Haddad yang menerajui gerakan dakwah di Barat. Baca sajalah biografi beliau disini.

Pertemuan tersebut diadakan di markas tarikat Ba'Alawi di Kemensah Heights, Hulu Kelang. Sebelum Shaykh datang, para hadirin sama-sama membaca mawlid. Rasanya ini kali pertama saya sertai majlis zikir tarikat. 

Shaykh Al-Yaqoubi hadir ke Malaysia atas jemputan untuk mengisi program "2nd International Muslim Unity Convention" yang baru sahaja selesai semalam. Biarpun beliau tiba agak lewat ke majlis semalam, para hadirin tetap setia menunggu beliau dan ternyata tazkirah yang beliau sampaikan amat menusuk qalbu.



Shaykh Al-Yaqoubi sangat mesra dengan hadirin.


Kefasihan beliau dalam Bahasa Inggeris membuatkan penyampaian ilmu tradisional khususnya ilmu tasawwuf sangat memberi kesan kepada para hadirin. Mendengar tazkirah beliau, saya teringat akan karisma yang sama seperti murid beliau ya'ni Shaykh Hamza Yusuf. 


Dalam majlis semalam, beliau juga sempat memberi ijazah kepada hadirin berkenaan "hadith rahmah" yang jalur sanadnya bersambung sehingga ke Sufian ibn Uyainah. Bagi yang tak berkesempatan, jangan gusar kerana di radio IKIM akan disiarkan temuramah Shaykh Muhammad al-Yaqoubi pada hari Ahad 27 Disember 2009 dan Ahad selepas itu jam 2.00 petang. Boleh juga capai video-video syarahan beliau di sacredknowledge.co.uk



1 ulasan:

aisyah anasmosa berkata...

Salamullah 'alaik.

Minta izin linkkan blog enta dalam blog ana.