Selasa, 3 November 2009

Surat terbuka untuk Rakan Masjid UTP


Bismillahirrahmaanirrahim..


Beberapa hari berlalu, saya saksikan blog ini kian sesak dengan kunjungan serta komen dari sahabat2 UTP. Sudah tentu, kejadian seumpama ini jarang sekali berlaku, kerana selama ini ramai yang memerhati dari jauh, namun untuk turut sama menyumbang idea tidak ramai yang sudi.


Sebulan cuma waktu yang tinggal buat saya bergelar pelajar UTP. Dalam kekangan masa, saya tidak mahu meninggalkan UTP dalam suasana tanpa harmoni. Di sinilah saya memulakan langkah bergelar mahasiswa, melatih diri bertemu mehnah pelbagai, maka saya berharap penghujang episod perjuangan saya di sini berakhir dengan kebaikan.


Saya hanya manusia biasa yang diikat emosi, kadang kala tulisan saya bernada keras dan tegas. Hanya Allah mengerti liku-liku yang saya lalui di bumi Tronoh ini. Namun pengaruh emosi tidak sama sekali menafikan perjuangan saya menegakkan kebenaran meski bukan mudah untuk kekal istiqamah.


Saya sama sekali tidak pernah menafikan hakikat saya pernah ditarbiyyah menerusi Rakan Masjid, mengenal Islam dengan lebih mendalam menerusinya, merasakan ukhuwah dan kebersamaan sewaktu bersama Rakan Masjid, yang hilang saat saya menemui hakikat kebenaran lain yang lebih serasi dengan jiwa saya. Saya redha, meski kehilangan.


Sebagai manusia yang terzahir lemah, ada waktu maksud saya ditafsir berbeda. Barangkali dek gaya bahasa saya yang sukar diterima, atau alasan sejarah silam yang menjarakkan niat baik saya untuk sampai. Namun lebih dari itu saya menginginkan kebaikan… Dan sungguh saya mengharapkan ukhuwah dalam tautan ilmu benar dan keyakinan hakiki. Bukan atas dasar ikatan tertentu yang tercemar lantaran sifat kita.


Saya mengharapkan dalam waktu-waktu akhir di sini, ada ruang untuk ukhuwah berbunga kembali. Ada ruang untuk niat baik saya dimengerti. Ada keterbukaan untuk khilaf saya dimaafi. Saya memperjuangkan idea kebangkitan mahasiswa di universiti-universiti lain dengan sambutan yang ikhlas, namun di tempat sendiri dipandang sepi. Kerugian bagi sayakah? Atau bagi komuniti mahasiswa kita di sini?


Buat sahabat-sahabat Rakan Masjid,


Perjuangan anda tidak mudah. Kerana berjuang untuk Islam atas jalan yang benar itu harganya syurga. Kalaulah ada walau sedikit cuma ruang untuk penyatuan berlangsung, ukhuwah ditaut kembali demi kebaikan bersama, saya sangat berlapang dada. Bagai telingkah adik beradik, saya mengharapkan kebaikan bersama. Setiap kita ditaqdir bertemu jalan berbeza, maka jalan perjuangan juga berbeza. Saya berjuang dalam lapangan ilmu, mencari perca-perca ilmu yang harus disatukan kembali. Sama seperti perjuangan kalian, perjuangan saya juga tidak mudah dan memerlukan sokongan.


Walau bagaimanapun kebenaran tetap harus ditegakkan biarpun pahit dan seolah-olah menentang arus. Mungkin tindak tanduk saya akan dilihat sebagai negatif tetapi demi memperkukuhkan dakwah di kampus ini, saya rela dikambing hitamkan oleh rakan-rakan sekalian demi survival perjuangan yang lebih panjang kelak dalam dan luar kampus. Sampai bila kita harus dimanjakan dengan keadaan yang ‘mudah’ sebegini sedangkan diluar sana kita diratah semahu-mahunya?


Sampai bila kita masih berfikir “tidak apa, mereka tak tahu, tak faham” sedangkan hakikat yang sebaliknya berlaku. Perkara ini sudah lama berlarutan sehingga menampakkan sifat ke-dinasti-an yang tidak enak dikalangan massa UTP. Seperti yang acap kali ditekankan oleh Ibn Khaldun, setiap tamadun/dinasti ada period jatuh bangunnya. Cuma CARA bagaimana mereka dijatuh/digulingkan terpulang kepada CARA bagaimana “rakyat” dibawah kekuasaan kita dipelihara. Hukum karma bukan?


Pemimpin gerakan Islam Al-Nahdah , Tunisia yang kini hidup dalam buangan di London, Rashid Ghanouchi pernah menyatakan di dalam satu tulisannya bahawa kesilapan paling besar gerakan Islam ialah adalah ketidaksediaan atau keberatan untuk bermuhasabah dan dimuhasabah. Dan Allah telah mentakdirkan krisis ini wujud sebagai satu muhasabah buat kita semua, ya termasuklah saya dan seluruh massa UTP yang lain.


Menerusi surat terbuka ini, saya membuka ruang seluas-luasnya memohon maaf atas segala kesilapan kepada sahabat serta memaafkan khilaf yang berlaku. Sebarang kebangkitan dan kesedaran mahupun keinsafan harus penghujungnya disandarkan kepada Allah. Andai tidak dinilai di sisi dunia, moga terpandang di sisi Tuhan…


Selamat menjawab peperiksaan dan melakukan pengislahan gerak kerja dakwah di UTP bi iznillah...


Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal a.k.a Rausyanfikir


IKLAN:


Untuk yang berminat menjalani latihan intensif dakwah intelektualisme + dakwah aktivisme, sila klik di bawah.Disinilah saya mendapat tarbiyah "extra" sehinggalah menjadi seorang rausyanfikir. Memang telah mengubah paradigma saya selaku seorang mahasiswa. Boleh cuba kalau berminat, Insyaallah bermanfaat.




14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

trafic tinggi blog ni.perghhh(kontrovesi)

serve nuffnag la weh.bole dpt duit...

Tanpa Nama berkata...

salam.

saya akan bagi link blog ni pada us.dawi dan us.rahmat untuk diambil idea2 dan teguran2 dari pihak student.
kalau perlu, juge diberi pada sir mohd.nor rosli, sebagai lecturer yg selalu menyokog program dan aktivit RM.

harap melalui idea2 student dan teguran studen, perubahan dlm RM dapat dilakukan. itu pun kalau perlu atau idea tu boleh diterima pakai.

wasallam.

Rausyanfikir berkata...

Insyaallah, mereka dah tahu :)

Tanpa Nama berkata...

Ooo...ini la rausyanfikir....

Saya kenal dia semasa dia buat praktikal di KLCC with some others UTP trainee.

This is the story that I heard about him. His blog is always critical toward Rakan Masjid (RM). From what I learnt from the other UTP trainees,( I believe they are also RM people). This guy was actually former RM. He initially share same mind with those in RM. However, he later broke rank with RM.

This guy I believe become too egoistic and what I learn he requested to be appointed some kind of Adviser or I call Mursyidul Am (Spiritual Leader) of RM.

Why? I believe he think he is so smart because he read book that the average UTP student would not read...All those philosophical books. So he believe that since I am more knowledgeable than others I should be the Adviser straightaway, I should be exempted to attend usrah (usrah is compulsory to RM people). He said RM practice "Holie than thou" but I think he is the one that practice, believe in such....

So, now he is trying his best to screw RM. Well....I hope he can be Mursyidul Am of RM, maybe after he graduate later...peach bro..

KLCC engineer

awas berkata...

waaa...ini sudah lebih...

Tanpa Nama berkata...

tak abes2 lah ko rausyan.
kejp mintak maap
kejap serang semula.
macam sesumpah


ke telah dirancang (harap2 tak r)
aku baru nk puji ko ngn surat terbuka. tapi kecewa semula dgn coment kat atas.

kena bakar seket melatah
lek-lek r.

masing-masing ada cara perjuangan masing-masing.

tegur takpe, jgn buka aib jemah.
aku yakin giler Jemaah ke or RM utp tu ke sedang cari solution untuk sembuhkan balik keadaan dorg.

lek-lek r bro.
lu jaga thiqoh diri lu.
aku org luar, wlpun sbgai pemerhati tp ade juga sense of respect kat mana-mana jemahh.

jujur ckp r, jgn sampai aku tak respect lu r. aku suka baca pe ko tulis tp ni cm dh over.

ni kalo nk cool down things, coolkan terus.
jgn melatah dgn coment org. kalo dia fitnah lu jgn attack jemaah utp lu smula.
sbb setiap penulis bertangunjwb dengn ape yg dia tulis. so cool okey

aku harap ko makin matang psal bab ni.matang bro..

Ex-UIA
Azmi Tok Wan

Muhammad Syafiq berkata...

to all...

~~rambut sama hitam,hati len2~~
~~dont judge the book by looking its cover~~

tak semestinya orng berkopiyah baik, n tak semestinya orng rempit(dan sewaktu dgn nya) jahat...
bila emosi n nafsu menguasai kita.. tu pasal kita boleh berubah 180degress... kerana jawatan kita boleh berubah..kerana ego pun kita leh berubah... itulah realiti sekarng ni...

kritikan kepada kita adalah untuk kita renung2kan(muhasabah diri la tu) kalo betul, berubah... kalo salah bg penjelasan(tp bkn nk cover salah kita)

bahaya kalo kita men wat assumption bodo2 tnpa ad bukti kukuh..
kita takleh nilai seseorng tu hanya melalui observation aje.. ni name nye stereotyping kan(dak2 skolar PETRONAS ad blajo mase STE)
ingt ni math ke nak wat assumption.. hahha

to Abang Pacak.. stylo la lu bro.. hahaha
btw good luck for your final...

sume kebaikan dtg dari allah
kalo ad salah dalm post ni, sume nye dtng dari saya...

~StyLe~
MECHE first yr first sm

Rausyanfikir berkata...

Emo2 :)

Biasalah, saya budak baru belajar. Masih tak sempurna. Belajar dari pengalaman. Insyaallah dan t kasih atas teguran dan sokongan ikhlas.

aku masih mentah berkata...

asslmualaikum..

aku sokong betul kata azmi tokwan tu. rilek ar faisal. klu ko wat camni aku tak nampak jalan penyelsaian. korang sit balik. duduk bincang same2. klu xnak sokong atau dokong jadi ngan sampai nak meruntuhkan. aku phm kes ko lain. tapi jangan marah nyamuk kelambu dibakar bro. nampak macam ade dendam tak selesai je.. plez la. stop benda2 ni. aku buka blog ko nak bace bnd2 yang ilmiah. dah ko skali terpengaruh ngan politik2 ni sume. pehal? klu xminat ko xyah ar "menceburkan" diri ngan politik ni sume. ko jadi je academician mcm aziz bari ke atau sape2. jgn emo bro. nnt org hilang respek ngan ko sape lagi blh diharap utk jd pengkritik yang ilmiah??? lu pikir la sendiri.

to rm korang pikir la baik2 ats ape yg jadi. betulkan keadaan. percatura korang kn btl sbb bnyk mata yg perati ape tndkn yg korang nk buat..

~aku hidup nak tgk org berbaik utk ISLAM~

xiaoyu berkata...

salam..

so dis is rausyanfikir..my 'shbt' asked me 2 read ur blog s i feel like a weirdOoo in my life s one of da da'ie in my green kampus..

i feel like an alien for my thought r differ from my akhi n ukhti in jamaah..'brbezakah trbiyahku d trbiyah mrk?adkh hanya krn aku lbih mndalami teori2 ktokohan inggeris dlm kuliah2ku,mnjdikn aku tak tsiqah d sufi spti mrk..??'

..alhamdulillah,i get sum answer in here..im NOT weird nor alien,im juz a lil bit DIFFERENT like u!hehe..

nway,teruslah pejuangkan agama hanif ini,andai mrk x mngerti hari ini,god will, mereka akan faham nanti..yg pntg,kt sme2 brjuang,d sme2 'mnjaga aib' shbt2 islam kt..

ana jg sdg brusaha krs utk bw tsunami prubahan dalam grak kije islam d kmpus, andai gagal disini, janjiku pada pemilik roh d jasad ini, benih2 islam akn terus mengalir d setiap lautan 'ikan kecil' ini berenang..ini baiah ku..insyaALLAH,xkn sekali2 aku mgkiri,slagi aku brgelar ahli gerakan islam...n bro rausyan,my pray on u too..=)

Rausyanfikir berkata...

Wassalam,

Nice to know u. Im just a plain inquisitive guy :)

Umar Mukhtar Bin Mohd Noor berkata...

Salam ya akh..

(meminjam kata-kata Ibnu Taimiyyah)

""Aku melewati hari-hari dalam
hidupku dimana suara hatiku berkata, kalaulah yang dinikmati ahli syurga itu seperti apa yang kurasakan,
pastilah mereka dalam kehidupan yang bahagia".
Di dalam sel penjara dan penyiksaannya, beliau pernah mengatakan: "Apa yang hendak dilakukan musuh
terhadapku? Kehidupan di dalam penjara bagiku merupakan khalwat (mengasingkan diri dari kebisingan
dunia), pengasingan bagiku merupakan rekreasi, dan jika aku dibunuh adalah mati syahid".

Cari geng bro, supaya ada yg leh nasihat dan menguat.. n jangan jeorpadize JIK secara general..hentam UTP sendiri sudah lah...takut-takut orang soleh doa kita jadi tak betul..JIK lebih tua dari dunia falsafah nta..

Ana akhuka fillah wa lillah..

barakallahu fiik..

Rausyanfikir berkata...

Wassalam,

Kurang tepat tu. Dunia falsafah ana bukan omongan kosong rekaan sendiri sebaliknya hujahan dan konsepsi yang terbina, diperbaiki oleh ulama' silam (sudah tentu ana bukan yang terbaik dalam bab ini). JIK-lah harus fahami dan mengakui kesilapan yang sekarang ini tidak lagi diperakui tentang tindakan mereka.

Mungkin enta tidak faham krisis yang berlaku ini.

Wallahua'lam.

P/S: Ana ingin mengusulkan JIK dibebaskan daripada sebarang aliran dominan dari luar. Boleh terima?

Allen berkata...

I don't give a damn what everyone says..Rausyanfikir has a brain and he's using it! Problem is why is RM trying to do, always trying to controlthe campus, always boycotting things that don't concern them...just like me, we are all university students, NOT little kids, NOT juviniles, so i say Raunsyanfikir should keep doing what he does and speak his mind so RM will think twice before they try to make crappy statements so they can keep stepping on other student's ways of thinking and doing things...this is 1Malaysia, so we have a right to think of our own actions, if we just bow down to RM, we will be the same like the third world countries like Nigeria, or Somalia....so I suggest if there is anything thats wrong done by the RM, just say it and never listen to what they say...

-Rakan Bebas Berfikir