Jumaat, 30 Oktober 2009

'Revolusi Oktober' Universiti Teknologi PETRONAS




Those who make peaceful revolution impossible, make violent revolution inevitable.

John Fitzgerald Kennedy quotes (American 35th US President (1961-63), 1917-1963)



The greatest revolution of our generation is the discovery that human beings, by changing the inner attitudes of their minds, can change the outer aspects of their lives

William James quotes (American Philosopher and Psychologist, leader of the philosophical movement of Pragmatism, 1842-1910)



Every generation needs a new revolution.

Thomas Jefferson quotes (American 3rd US President (1801-09). Author of the Declaration of Independence. 1762-1826)



Every revolution was first a thought in one man's mind

Ralph Waldo Emerson quotes (American Poet, Lecturer and Essayist, 1803-1882)



At the turn of each century there will arise in this ummah (the Muslim community) these who will call for a religious renewal (revival)”.

~Prophet Muhammad (Peace Be Upon Him), narrated by Abu Hurairah in Sunan Abu Dawud.



Kita mahu revolusi yang aman di UTP iaitu revolusi spiritual, fizikal dan minda. Mampukah anda menyahutnya sebagai seorang UTPians?



1. Melihat blog saya dikunjungi para UTPians dalam skala yang amat besar, berserta pengakuan pengalaman dan luahan rasa yang begitu dahsyat, ternyata terdapat suatu 'kuasa terpendam' yang baru terpancul daripada hati dan minda para UTPians yang selama hari ini yang mungkin terbujur kaku dengan semangat defeatist.



2. Memandangkan kuasa terpendam ini meningkat melangit dalam bulan Oktober, saya teringat kisah yang sama juga berlaku dalam sejarah manusiawi abad ke-20 yang dipanggil Октябрьская революция ataupun The October Revolution atau lebih dikenali sebagai Revolusi Bolshevik ya’ni revolusi golongan awam/massa yang ditindas oleh golongan aristokras Tsarist di Rusia.



3. Dalam Revolusi Bolshevik di Rusia, kita ada pemikir seperti Lenin dan Trotsky yang menggunakan teks The Communist Manifesto hasil tulisan Karl Marx dan Friedrich Engels. Begitu juga dengan Revolusi Amerika yang dicanai oleh Thomas Paine dengan karyanya Common Sense serta dokongan para Founding Fathers Amerika Syarikat sendiri seperti Benjamin Franklin, dan George Washington. Revolusi Perancis yang terkenal dengan slogan Liberté, égalité, fraternité itu juga didokong kuat oleh penulisan para pemikir zaman Pencerahan Eropah ya’ni Voltaire dan Rousseau. Reformarsi Protestanisme menentang hegemoni Gereja Roman Katolik juga dicetus oleh penulisan Martin Luther melalui The Ninety-Five Theses yang disebar meluas menggunakan mesin cetak Gutenberg.



4. Dalam sejarah tajdid Islam juga para ulama’ yang berwibawa seperti Imam Al-Ghazali memulakan ‘revolusi spiritual, mental dan fizikal’ melaluin penulisan kitab seperti Ihya’ Ulum al-Din (Revival of Religious Science), Imam Rabbani al-Sirhindi dengan kitabnya Maktubat (Collected Letters), Shah Wali Allah al-Dehlawi dengan kitab Hujjat Allah al-Balighah (The Conclusive Arguments from God), dan juga Said Bediuzzaman Nursi dengan kitab Risala-i-Nur (Epistle of Lights).




5. Semua revolusi dan reformasi mempunyai asas teori yang kuat dan teguh. Untuk itu, Revolusi Oktober di UTP juga perlu akan kerangka dan blueprint yang mantap untuk dijadikan panduan melakukan perubahan.



6. Tugas saya adalah seperti para pemikir dan penulis dalam sejarah revolusi peradaban manusiawi yang lain cuma dalam konteks yang lebih kecil iaitu di kampus UTP yang tercinta ini.



7. Saya telah menulis banyak makalah berkenaan cara untuk memperbaiki mutu aktivisme mahasiswa khususnya di UTP melalui makalah saya yang bertajuk The Revival of Malaysian University Political Philosophy: Special Reference to Universiti Teknologi PETRONAS dan juga The University and the Captive Mind. Saya juga telah menulis banyak makalah yang menjelaskan kepentingan budaya ilmu dan peranan mahasiswa ketika di universiti.



8. Setiap revolusi pasti akan mencabar status quo. There will be no stones left unturned. Sudah tentu revolusi politik kampus mahasiswa ianya perlu bermula dengan kembalinya “kesedaran” tulen dikalangan siswa.



9. Mungkin ada yang mempertikaikan kenapa “kita” semua tidak lakukan sendiri perubahan yang diidamkan.



10. Jawapan saya pertama kita harus belajar praxis sesebuah revolusi itu bermula dengan kesedaran diri terhadap kepincangan status quo dalam sesebuah masyarakat.



11. Sudah banyak yang berbuat tapi tak ramai yang berfikir.



12. Apa yang kita mahu adalah “revolusi yang aman dan “demokrasi yang terpimpin”.



13. Kita tidak mahu budaya “pak turut” dikalangan siswa dengan sogokkan murahan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.



14. Saya percaya, para UTPians yang bersetuju dengan artikel saya berasa kesal dengan CARA monopoli dan propaganda murahan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab dalam kempen pilihan raya baru-baru ini.



15. Para UTPians yang setuju dengan artikel saya TIDAK SAMA SEKALI MENENTANG RAKAN MASJID PER SE TETAPI KAMI MENENTANG CARA YANG SALAH DALAM MERAIH UNDI seperti yang kita sudah maklum melalui pengalaman masing-masing dalam ruangan komen dalam entri sebelumnya dan luahan rasa kecewa dalam blog-blog UTPians yang lain.



16. Mungkin ada pihak akan berkata “ini semua lumrah dan adat buat gerakan dakwah”. Bagi saya ini hanyalah hujah apologetik yang dangkal. Still in state of denial.



17. Dalam Islam, tiada nas dan dalil yang mengatakan “MATLAMAT MENGHALALKAN CARA”.



18. CARA 'pihak terbabit' memanipulasi pemikiran naïf adik-adik UTPians yang baru kenal kampus seperti yang banyak diterang dalam ruangan komen dan blog-blog para UTPians melambangkan prinsip realpolitik yang bersifat pragmatisme yang juga boleh di’cop’ sebagai pengaruh Machiavellianisme.



19. CARA yang hodoh, jelek dan kotor ini menandakan satu PENGHINAAN kepada fakulti berfikir UTPians khususnya adik-adik UTPians yang baru melangkah masuk ke alam kehidupan yang baru di UTP ini.



20. Their method of garnering votes are so demeaning to Islamic way of justice furthermore its insulting and can be considered as ‘STATUTORY RAPE to the democratic intelligence of UTPians especially to our younger brothers and sister in Foundation and First Year.



21. Kita cuma mahukan keadilan untuk semua yang sudah lama dahagakan perubahan yang tiada kesampaian.



22. Tak guna para pembaca yang pro-Rakan Masjid cuba berselindung by just sweeping the dirt under the carpet. Satu hari, karpet itu akan mengelembung dan nampaklah kotoran yang degil tersebut.



23. Kita tidak minta perubahan drastik melainkan pengakuan jujur daripada pihak yang terbabit bahawasanya kami telah berbuat tidak adil dalam berkempen, khususnya kepada adik-adik foundation dan first year yang baru nak kenal sepak terajang politik kampus.



24. Untuk mengelak sebarang sangkaan buruk yang semakin terpendam dikalangan UTPians, Rakan Masjid perlu membuka ruang demokrasi yang lebih luas untuk semua golongan UTPians yang pelbagai fikrah untuk bersama-sama membantu projek islah badan dakwah paling besar dan legal di UTP ini.



25. Rakan Masjid juga harus walk the talk dengan membuka ruang demokrasi yang lebih luas dalam pemilihan jawatan kuasa tertinggi yang selama hari ini gagal mengambil kira pandangan massa UTPians.



26. Anda harus berfikir dengan lapang dan hati terbuka bahawasanya universiti ini milik semua pelajar. Kita semua bakal pemimpin masa depan dan akan ramai antara kita yang akan duduk dalam PETRONAS (Insyaallah). Jikalau budaya politik kampus disekat dengan halangan sebegini, masakan kita bermimpi untuk lahirkan pemimpin seperti Tan Sri Hassan Marican atau Allahyarham Tan Sri Azizan, usahkan bermimpi melahirkan pemimpin hebat seperti Tun Dr. Mahathir dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim hanya kerana berbeza pemikiran dalam politik monopoli sebegini!



27. Saya akan menulis lagi cadangan untuk memperkasakan kesedaran yang ada sekarang ini agar ianya tidak lagi mati ditelan semangat fatalism dan defeatism.



28. Seperti kata Obama, “Change, we believe in!



29. Semoga Revolusi Oktober ini didasari dengan ilmu dan kefahaman, bukan emosi semata-mata.



30. Sekali lagi saya perkatakan, saya dan para pembaca yang setuju dengan pandangan saya TIDAK MENENTANG RAKAN MASJID tetapi hanya MENENTANG CARA BAGAIMANA KEMPEN PILIHAN RAYA MELALUI MANIPULASI PENGARUH SMART GROUP DILAKSANAKAN UNTUK MERAIH UNDI BUAT CALON-CALON PRO-RAKAN MASJID.



31. Tiada pertubuhan dakwah yang maksum. Jika mereka ada buat kesilapan, kita perlu tegur.



32. Sekian, viva la revolution!


Rujukan lanjut pandangan massa UTP berkenaan isu ini:











29 ulasan:

Nurhadi Zainol berkata...

teruskan perjuangan untuk keadilan student!! saya memerhati ;)

Hafiz Potter berkata...

salam saudara.
saya bekas MPP yang baru lepas, calon bebas. saya telah berusaha berbincang dengan management sebelom pilihanraya mengenai isu ini, tetapi saya terlambat berbincang. tiada ape2 kate putus dikeluarkan.

saya inginkan perubahan dari segi mentaliti pelajat UTP dan MPPUTP. saya ingin MPPUTP sendiri berubah, menjadi tidak bias kepada mane2 pihak.

Kalau boleh, saudara add lah saya kt gtalk - muhammad.hafiz.ss4@gmail.com
Maybe kite leh usahakan sesuatu untuk next election supaya sejarah tak berulang semula.

Regards, Hafiz.
Exco P&P, MPPUTP 2008/2009.

TAUBAT berkata...

salam sejahtera,

saya kira khutbah jumaat tadi sudah cukup utk menjelaskan keadaan, pandangan org ALIM telah dilontar jelas..

isunya kepimpinan,
kupasannya menyentuh isu semasa, panahnya kepada tindak tanduk kita,
huraian tepat pada KITA, tidak tersasar sedikit.

personally, saya percaya semua pihak perlu muhasabah kembali tidak kira penulis, pembaca, pengomen, penggerak, pengkritik, pendengar, semua sekali..

sejenak masa, tafakur..

kemana niat kita?
ape tujuan kite?
ego kite dipuja atau direbahkan?
emosi kita tinggal atau sanjung?
ibadah kite longgar atau bgaimana?

Saya kira ini proses pematangan yg baik utk semua...

topic close saya kira~

Fatul Akrul Ramli berkata...

kalau diikutkan, bukan mpp sahaja yg dimonopoli RM.. cuba tengok SRM dgn RCSU.. majoriti pun RM..

sebab pemikiran saya dengan RM sangat berbeza, saya tidak pernah join mana-mana event MPP, RCSU dan SRM..

sehinggalah semester lepas saya join MARSYAIW anjuran RCSU dan SRM sendiri.. apa yang saya belajar dari event tu? mereka cuba untuk mengubah culture kaum india..

bukan niat saya untuk memburukkan RM.. tapi siapa kita untuk mengubah kaum lain? tidak perlu juga saya beritahu apa yang mereka cuba ubah..

semenjak itu, saya hanya "bekerja" dengan orang-orang cina, india, foreigners yang sudah semestinya bukan dari RM.. salah satunya edx..

orang kata, orang melayu susah untuk join edx sebab edx dimonopoli kaum lain.. apa bezanya join event MPP, SRM dan RCSU yang sudah tentu memilih bulu..

apa-apa pun, saya sangat hormati pemikiran saudara.. keep it up!

Lydia berkata...

saya kira, kenapa mereka ramai di dalam RCSU, SRM dan sbgnya kerana mereka punya rasa mahu jadi pemimpin. tidak adil menyalahkan mereka kerana mereka mahu jadi pemimpin. Sebenarnya semua event ada kronisme. EDX sendiri pun ada kronisme, jika tidak, masakan muka yg sama saja yg uruskan EDX. peluang ada, tetapi kebanyakan kita tak mau amik sbb pemikiran stereotype dan bersikap anti-event. sedangkan bila ia dimonopoli, kita marah. haih.. saya bukan RM for the record, and I'm an event maniac in UTP.

Abdullah berkata...

Saya setuju dgn pdpt saudara rausyanfikir..cuma, saya kira ada bbrp pkara yg perlu kita phatikan..

Jgnlah kita sibuk memandang aib pihak lain sehingga kita tlepas pndg aib kita sdiri..

Saya kira kebnykan pbaca2 yg m'hntar komen bsifat sedemikian..Jadi saya berasa agak kecewa dgn pbaca yg lain kerana niat saudara rausyan yg cba menerapkan nilai kesedaran ke arah p'islahan sperti tidak bjaya.

Bahkan, timbul pula rasa kebencian dan kemarahan yg meluap-luap drpd para pbaca thdp pihak yg ditegur..Disebabkan itu, sy kira ingin saya kongsikan suatu link yg sesuai di sini..

http://ms.langitilahi.com/perkongsian-baiklah-dengan-semua-orang/#more-1811

mudah2an para pbaca sekalian sudi mbacanya dan mengambil iktibar drpd apa yg kita baca..

Semoga Allah memandang kita dgn pndgn rahmatNya kerana niat kita utk b'ubah mjdi hambaNya yg lebih baik...Jgnlah kita mcari kemurkaan Allah dgn mencaci maki mana2 pihak hanya sekadar utk melepaskan rasa geram dan kemarahan kita.

Ingin saya kongsikan kata2 Saidina Umar kpd Muawiyah, kalau x silap saya..sila betulkan klu saya tsilap..
"Wahai Muawiyah, lakuknlah apa yg ingin kamu lakukan atas mukabumi ini, tp, igtlah suatu hari nnti kamu akan kembali kpd Allah jua"

Wallahu A'lam

Rausyanfikir berkata...

RM kena jawab semua tuduhan tersebut berserta dalil dan nas al-quran.

Ini bukan soal memandang aib ke apa, tapi fokus kepada permasalahan.

Jangan berdolak dalih ye. Kita semua faham situasi genting dan menunggu jawapan balas daripada pihak yang bertanggungjawab.

Tiada siapa attack secara 'personal' tetapi semua fokus kepada CARA.

P/S: RM reaped what they have sowed for the past 10 years, and the anger of UTPians reflect that.

Ur Follower berkata...

"P/S: RM reaped what they have sowed for the past 10 years, and the anger of UTPians reflect that."

I dont understand what does u mean by this statement..

Is this mean u have been here for the past 10 years and you are very well aware of the problem since the past 10 years?

Hmm..are u even here in the past 10 years?

I admired ur words..but this statement makes me feel suspicious.. What are you trying to tell us?

Rausyanfikir berkata...

I was Rakan Masjid before. I know the whole history and already being confirmed by lecturers and management.

More to come soon...

FdausAmad berkata...

Pening kepala gua baca..

Ikut Dr Hizul je la..

FdausAmad berkata...

Ok gua dah baca kasi baekk punya..

jangan cerita macam macam yg lu orang xde firm information,

kalau tak pernah hidup masa zaman Biro Surau jgn cerita banyak.

Kalau tak pernah melepak dengan Khiril Nizam,
Tak payah cerita banyak..

kalau tak pernah bedebat dengan Tungku Nizar, atau brader nama Azral..tak payah cakap banyak.

Gua rasa, nama nama yg gua sebut tu saja ada qualification nak bercakap pasal "HISTORY".

Ok chow.

Rausyanfikir berkata...

Haha bro, lu mcm org lama je.

Betul la tu.

tengku Anis berkata...

Dua perkara yang berlegar dalam fikiran saya berkaitan isu ini:


1. Pelajar anti-RM mengambil kesempatan dengan mengambil hujah saudara untuk menghentam pihak RM. I think, the point of your writing wasnt to bash people around but to criticize in order to improve RM itself. But those people are using this writing as a bad sentiment to create more hatred in their self and justify their hatred to the islamic organization.


2. Orang2 RM keep on denying yang modus mereka yang dengan 'project' orang2 mereka ke dalam MPP, SRM, RCSU, MEDTECH. Walaupun orang yang di 'project' ke dalam badan2 ini tidak melakukan gerak kerja RM namun mereka masih menerima tarbiyah RM dan dipengaruhi sentimen RM sepanjang masa.


semoga pelajar UTP mampu menjadi golongan berfikir (samada pro-rm atau anti-rm) dan tidak meletakkan emosi di depan akal.

Tanpa Nama berkata...

the point is ...

kamu tidak sesakali salahkan diri sendiri utk tidak turun mengundi

kamu tidak sesakali salahkan diri sendiri jika kamu tidak mampu meraih undi

kamu sesekali tidak mengakui bahawa startegi kamu tidak mampu menawan warga yg 'bijak' dan dikategori tua di utp

sbb kamu tidak berubah ... dan tidak akan berubah selamanya jika hanya mampu berkokok disini

dari dulu smapailah skrang. masih sama ... percayalah, saya sudah melihatnya

Rausyanfikir berkata...

1) Its true that is why I stressed many-many times with BOLDED words on the issue of 'CARA'. But well, UTPians have exploded. Maka tak leh wat apa. Semua ni pandangan jujur dari mereka. Ada yang waras ada yang terlampau emo.

2)Well its true too. They need to clarify things.


That's why I ask them to read my important writings to re-focus back everything.

ejat08 berkata...

satu persoalan..ni peribadi pnye ye..bkn anti-RM mahupun pro-RM..

mmg btol saudara kritik cara..
tp,kalau dr kritikan saudara tuh, ramai pihak yg salah paham, dan jd benci pd RM, camne ye???

logiknye ssh la kerja2 dkwah slps nih sbb ramai dh hlg respek pd badan dakwah tuh sndiri..

Rausyanfikir berkata...

Semua yang berlaku ni adalah perasaan terpendam UTPians.

Saya pun kasihan kepada RM tapi semua ni benda yang terbuku...

Maka, secara tak langsung ianya akan jadi satu cabaran buat semua UTPians untuk isi ruang aktivisme massa UTP.

Macam mana nak isi? Nantikan...

oranglidi berkata...

wa stuju. ikut dr Hizul lagi bagus.

Tanpa Nama berkata...

InsyALLAH RM will take all the advise and comment from all.

Thank you so0 soo much.
May all of your effort gives a strong and much more better RM in the future.

Ameen

Regards,
RM member

pergijauh berkata...

ape beza RM ngn Halaqah?

Utpians kdg2 rasa konfius..
sbb..kita tak tau..penggerak sbnrnya..maybe dak2 grup Halaqah..

tapi kita sume hentam sama RM..

how?how?

UTPian berkata...

saudara Pacak said, "RM kena jawab semua tuduhan tersebut berserta dalil dan nas al-quran"

pesoalan: penulisan saudara dalam blog ni pon sy xde nmpak pon hadis dan nas al-quran. ke ade? sory if terlepas pandang :)

Rausyanfikir berkata...

Boleh tujukan satu permasalahan yang khusus untuk dijawab? Dalam isu ni pasal prk kan?

Kalau setakat nak putar belit soalan silakan menulis di tempat lain :)

Focus on the issue.

UTPian berkata...

tak... i mean from overall of your writing. kan better if saudara selitkan sedikit hadis and ayat al-quran... kan saudara juga kan memperjuangkan Islam.. hadis ngn ayat al-quran tu kan lebih baik dari kate2 falsafah2 barat.. :)

Rausyanfikir berkata...

Insyaallah, it depends on topics. Kalau quote ayat qur'an tanpa penjelasan yang tuntas berkenaan ayat dalam konteks persoalan tersebut akan jadi 'dry'.

Maybe you would ought to read Ibn Khaldun's Muqaddimah to see how high stature Islamic scholar like him presented his ideas :)

UTPian berkata...

insyaAllah~ :)

Amin Baek berkata...

pergijauh:rasanya xde dak halaqah yg bergiat dalam politikus kampus ni n takde kepentingan di situ..harap jangan serkap jarang ye..hehe..bhy if ta betol,jadi fitnah bai..tanya la dak2 yg dkunjungi jentera kempen calon2 tu,p tnye sapa dorg..aku pn leh kenal dorg..hape da..

SiZasH berkata...

salam..walaupun isu ne bleh dikategorikan dah agak basi, tapi saya tetap nak kongsi pendapat saya.saya sokong apa yang saudara Amin cakap.Kalau kita x tahu dan x der ilmu ttg suatu perkara tue..baik diam shj.jangan cakap ikut sedap mulut..atau jangan taip ikut sedap tangan..silap2 kita terburukkan pihak yang x terlibat langsung dgn politik kampus yg mcm ne..visi dan misi diaorg lebih jauh dan mantap dr ne..jgn hnya dengar org sna sni ckp..kalu org yg sampaikan al-quran dan sunnah dikatakan x betul, so sila bgthu saya siapa lg yg betul?

Rausyanfikir berkata...

Wslm. Saudari dah berapa lama duduk UTP? Tiada siapa pertikaikan visi dan misi mereka tapi CARA itulah yang menjadi kritikan keras UTPians. Betul itu sudah al-maklum oleh UTPians kerana kami dah rasa setiap tahun.

Hujah saudari agak dangkal maaf. Sangat terkait dengan persepsi bukan realiti yang berlaku di UTP.

freezer_91 berkata...

ana ingin memberi sedikit komen..ttg monopoli rakan masjid dlm rcsu, srm, n mpp...

sdrkh tuan empunya blog bhawa org yg mndapat tarbiyyah dan tidak mndapt tarbiyyah adlh 2 org yg berbeza. mereka yg mndpt tarbiyyah akan tggi fikrahnya dan secara automatiknya dia akan mmpnyai karisma yg tggi dan berkelayakan untk mnjd seorg pemimpin. Nmun begitu, org yg berkarisma tdk smstinya mmpunyai fikrah Islam yg mntap. Igtlah bhwa tiada alasan untuk kita meninggalkan dakwah.

nas al-Quran mnyatakan(xigt ayt mne)..

Allah mmrintahkan kamu kpd org yg berkelayakan.

igt x knapa Nabi mlntk Khalid al-Walid sbg pglima perang wlaupun sblm ni Khalid bnuh twnan perang?? ini adlh dsbbkn ktgkasan yg dmiliki oleh Khalid al-Walid tdk dmiliki oleh org yg lbih baik drpd dia. Maka Nabi kata itu adlh klmahan Khalid, Nabi mnta ampun kpd Allah mengampuni dosa2 Khalid.

Di sini, kita dpt mlht bhawa siasah adlh prkra yg dsebut dalam politik Islam.
KEMAHIRAN DAN AMANAH~
(al-quwwah dan al-amanah)
ini bermksd untk mnjd ktua kta hndaklah ada kmmpuan dalam politk dan soleh...

"Sesungguhnya yg sbaiknya kau lantik adalah yg kuat dan amanah"

di sni kita dapat lihat bhawa monopoli RM bukanlah disengajakan ttpi mereka layak!!jd mereka shrusnya mmikul tggungjawab sbg seorg ketua dan mnympaikan dakwah mnggunakan kuasa mereka. Igtlah, mndapat tggungjwab sbg seorng ktua bknlah hebat ttpi teramat-amatlah berat kerana ianya akan dipersoalkan di akhirat kelak.....

assalamualaikum w.b.t.