Sabtu, 31 Oktober 2009

Paradoks politik Aristotelian dalam politik kampus UTP




Aristotle ahli falsafah peripatetik yang agung.


Pemikir agung tamadun Barat dalam karya agungnya Politica (Politics) pernah menulis:


"man is by nature a political animal"



Pandangan yang dikutip oleh Aristotle ini merupakan satu kesimpulan yang sahih zaman-berzaman dalam sejarah manusiawi TETAPI tidak di Universiti Teknologi PETRONAS.


Dictum Aristotle ini kalau cuba dijelaskan dalam konteks politik kampus UTP akan jadi begini:

"UTPian is by nature NOT a political animal"


Tapi semua itu bakal berubah dengan Revolusi Oktober Universiti Teknologi PETRONAS.


Seperti gunung berapi pendam yang aktif (pergi tanya budak Geoscience), bulan Oktober 2009 menjadikan period letusan yang sangat dahsyat dalam sejarah kewujudan politik kampus buat mahasiswa undergrad UTP.


Biarpun kelihatan seolah-olah berlaku satu anjakan paradigma yang unik, "tenaga" ini harus ditampung, dan dibimbing dengan ilmu dan kefahaman mengikut lunas agama, budaya dan adat tempatan.


Kita tidak mahu Revolusi Oktober UTP menjadi kisah kejam seperti Revolusi Perancis dengan alkisah "Reign of Terror", dan "Storming the Bastille", ataupun kisah Revolusi Amerika dengan alkisah "Boston Tea Party" dan "Civil War" ataupun lahirnya "Gulag Archipelago" (meminjam frasa Alexander Solzhenitsyn) yang memungkinkan kewujudan pengaruh counter-revolution daripada mana-mana pihak yang tidak diingini.


Kita tidak mahu dictum falsafah politik Aristotle itu benar-benar menjadi secara literal atau lebih teruk ya'ni "political savage".


Oleh yang sedemikian, saya berpendapat, UTPians yang sudah memiliki anjakan paradigma tersebut haruslah cuba sedaya upaya menyusun semula emosi dan kefahaman masing-masing dengan mengenal pasti ketua yang boleh dipercayai dalam batch masing-masing untuk mengawal arus revolusi ini daripada bertukar "liar".


Rakan Masjid sebagai sebuah institusi yang sah, BUKAN scapegoat utama kerana ianya merupakan hak milik semua UTPians. Badan dakwah ulung ini telah di "hijack" oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggunjawab untuk memenuhi aspirasi politik kampus mereka dengan CARA yang salah lagi tidak bertanggungjawab.


Nama baik Rakan Masjid telah tercemar dengan perbuatatan yang kita semua sedia maklum berlaku dalam banyak siri pilihan raya kampus.


Institusi Rakan Masjid tidak bersalah tapi ORANG yang mengemudi institusi itu kepada perbuatan yang tidak bertanggungjawab itulah yang bersalah!


Guilty as charge till proven otherwise!


Jadi, halakan tenaga, kemarahan, kekecewaan, simpati, cadangan, dan idea anda kepada perkara yang lebih penting iaitu menyemarakkan rasa kebersamaan dan keadilan sosial dalam kampus demi membaiki mutu kesedaran politik dan hak mahasiswa UTP yang sudah lama hilang dalam ufuk maya.


I predict more things to come from UTPians...


Guide your senses, your mind, your emotion, your spirituality for a greater revolution later on...

REMEMBER! HATRED FOR RAKAN MASJID WILL BRING US NOWHERE FOR A GREATER CHANGE!

I REPEAT,

HATRED FOR RAKAN MASJID WILL BRING US NOWHERE FOR A GREATER CHANGE!



Macam tokoh revolusinier Amerika Latin, Ernesto "Che Guevara" katakan:


"At the risk of sounding ridiculous, let me say that the true revolutionary is guided by feelings of LOVE"



And our basis for this LOVE should be rooted on the value of JUSTICE and INTELLECTUALISM in parallel to the mission and vision of UTP in "Engineering futures".


So, don't waste your bullets. We have a bigger, and more precious target to be aimed for.


Sekian, viva la revolution!



P/S: Mungkin UTPians boleh cadangkan dan tubuhkan Suruhanjaya di-Rektor (yang selalunya Suruhanjaya di-Raja bagi masalah di luar kampus) untuk menyiasat kepincangan dan kelesuan politik kampus UTP.


12 ulasan:

oranglidi berkata...

"HATRED FOR RAKAN MASJID WILL BRING US NOWHERE FOR A GREATER CHANGE!"

wa pegang kata2 ni.. wa pegang..

wat suruhanjaya pilihan raya pun ok. hehe.

faiz berkata...

Some people still dont get it..they still think this is about utpians against RAKAN MASJID...FYI no its not...buka lah mate dan hati jgn lah ketaksuban menular dlm jiwa..what we are concern is the future of the students of utp..RM is fine..its just the minority of people that membuat org meluat dgn RM..kerana nila setitik rosak susu sebelanga....
if ur defence is because your method of dakwah is superior..then i think its back do the drawing board coz the key to a successful dakwah is by understanding YOUR audience...ape masalah mereke dan mane dtgnye masalh ini...to win a war you must know your opponent ( the art of war )...by just assuming u know the opponent well is not enough..your usaha will be sia2...
what we see here is merely the tip of an iceberg where a bigger problem lies within the society..if mane2 badan xboleh nk menerime constructive criticism then it’s going to be the end of the road..The objective a of constructive criticism is to aid or to help in improving one’s self..
it is because we care or syg..kite xnk tgk mane2 bdn dakwah jatuh kerana ketaksuban mereka sendiri...i dont want any JIK jatuh or tumble because we need them...kalau xd mereka siape nk wt dakwah??..do you guys get the the point?? it is to HELP YOU..not RIDICULE YOU..i think we are matured enough to realise that..

Rausyanfikir berkata...

well said Faiz. I hope RM can take note on this also all UTPians who are still can't discern properly on the truth that we want to put forth.

Tanpa Nama berkata...

InsyALLAH RM will take all the advise and comment from all.

Thank you so0 soo much.
May all of your effort gives a strong and much more better RM in the future.

Ameen

Regards,
RM member

faiz berkata...

thank you too to anonymous..all of us hope for a better utp..i.allah..we want kesedaran rohani dan akal fikiran...our future is at stake if we dont act now.. wallahualam

ibnu ghazali berkata...

bismillahirrahmanirrahim,
nice said faiz,tapi bagi saya ada
beberapa perkara perlu diperbetulkan.
jikalau kita menganggap tanggungjawab dakwah hanya diletakkan atas bahu RM adalah satu kesilapan fatal,yang sebenarnya menyempitkan pemikiran semua orang..

tanggungjawab dakwah adalah tanggungjwab semua,dan bukan RM sahaja yang berdakwah di UTP,ramai lagi orang yang berdakwah,cuma ramai sahaja yang tidak nampak,kerana warga utp sudah buta semuanya akibat pemikiran dakwah=RM,RM=dakwah..

dakwah yang RM buat,bagi saya memang bagus,tapi kalau mereka cuma menganggap event-event yang mereka buat itu adalah dakwah,itu adalah silap..mereka cuma melahirkan manusia yang cintakan event,bukan cintakan Allah..

kepada RM,kalau kamu anggap kewujudan jemaah lain di UTP adalah sesuatu yang membataskan gerak kerja dakwah kamu semua,itu adalah silap kerana kamu sendiri akan menghalang gerak kerja dakwah orang lain kerana pemikiran sempit ini.junior ada bertanya pada saya,kenapa perlu wujudkan jemaah lain dan ini tanda umat islam berpecah belah dan kenapa nak kacau anak SG kamu,carilah orang yang xikut SG.kita berpecah belah sekiranya tidak wujud sifat "berlapang dada" dengan khilaf antara RM-non RM.dan nak tanya,semua orang islam,yang masuk dari foundation kan semuanya wajib join SG,jadi non-SG cumalah non-muslim di UTP.

dakwah bukanlah tujuannya untuk membina bi'ah solehah semata-mata di UTP sahaja,bahkan melahirkan mujahid yang sentiasa akan berjuang dalam hidupnya.kalau kita tengok,majoriti orang yang keluar utp bahkan RM akn keluar daripada utp,dan akhirnya tidak lagi rajin menegakkan islam di dalam diri mereka,juga di sekitar mereka.mereka hanyut dengan tanggungjawab dunia,dan tidak lagi buat SG di luar kampus,naqib-naqib semua sudah kering,dan ramai jugak yang lebih terjerumus dalam dunia maksiat.na'uzubillah.

dakwah milik semua,dan tanggungjawab semua.xde RM pun,
xbermakna dakwah xbleh hidup.
[5:54]Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.

Allah akan tetap mendatangkan
manusia yang akan terus berdakwah.
kalau semua anggap xde RM,xde
dakwah,itu adalah sikap jumud.
tapi saya xberharap agar RM
dimansuhkan,takut nanti berkurang
orang yang nak beramal dengan Islam.ingat,hidayah milik Allah,
dan manusia itu hanyalah asbab~

sarhanah berkata...

salam

pacak. aku cadangkan ko join masuk RM. ase care tu lebih senang ko nak sampaikan idea ko utk RM drpd ko jdi outsider or pengkritik je. ko bole ubah pape yg ko nak ubah dlm RM.care dorg fikir ke, bertindak ke, organize somting ke. sile apply kat presiden RM atau akram.

RM badan yg nak menegakkan Islam kt UTP ni. jgn terlalu menentang. ko pun seorang Islam jugk. ke mane kita pergi pun agama x bole tolak tepi.

sekian.

Rausyanfikir berkata...

Wassalam,

Cik Sarhanah, aku bekas RM. Aku tahu A to Z semua kerja RM, yang hitam dan yang putih. Aku keluar RM sebab aku tidak selesa dengan manhaj RM khususnya dalam bab nak berpolitik.

Aku dah nak grad. KO kena beza kutuk dan kritik. Aku tak kritik kosong. Aku siap bagi solution lagi. Terpulang nak pakai tak nak.


RM BUKAN SATU-SATUNYA ENTITI DAKWAH DALAM KAMPUS. RM tak mewakili semua Muslim secara MUTLAK.

Dalam hal penipuan, choki2 PRK ini, SEGALA TINDAKAN RM TIDAK MELAMBANGKAN PENDIRIKAN KAUM MUSLIMIN UTP BAIK YANG GENG USRAH SERTA GENG HUHAHUHA.

Yang mungkin setuju adalah manusia2 yg menjalankan kegiatan tidak beretika tersebut.

Kalau aku tak kritik, dan ditakdirkan blog aku jadi pemangkin kepada kesedaran politik kampus, apakah ko ingat budak2 UTP akan ambil peduli hak mereka?


pliz, aku dah cakap baik2 tapi tak makan saman. so siapa makan cili dialah terasa pedasnya.

Susah sangat ke nak minta maaf pada semua budak UTP?

Ko tahu apa rasa budak2 yg bertanding kena koyak poster, pancit tayar, kena diperburukkan2?


Pliz, ni bukan akhlak politikus Islam. Machiavelllian.

Aku nak tengok hujah.Bukan emosi.

Ko pernah dengar institusi Hisbah? Kalo belum pergi buat research dulu.

Jikalau tuduhan aku dan UTPian lain salah, sila buktikan kami salah.

Sekian.

Tanpa Nama berkata...

"Ko tahu apa rasa budak2 yg bertanding kena koyak poster, pancit tayar, kena diperburukkan2?"

"Jikalau tuduhan aku dan UTPian lain salah, sila buktikan kami salah."

sila buktikan tuduhan tu betul dulu...

ada ker tuduh2 tapi, xder bukti.....

Iskandar Zulkarnain berkata...

Assalamualaikum saudara Rausyan.

Saya masih keliru lagi dengan pendirian politik saudara.Apakah RM pun nak sibuk berpolitik macam persatuan laian ke?

Saya fikir lebih baik mahsiswa dan mahasiswi tumpu kepada akadenik.Wujudkan politik akademik dan politik hikmah.

Jangan ada mana-mana persatuan siswa menjadi cawangan kepada mana-mana parti di luar kampus.

Saya cukup tertarik dengan hujag-hujah serta penulisan saudara rausyan.

Bolehkah saudara cadangkan beberapam buku-buku ilmiah yang saya patut baca sebagai siswa terutamanya buku politik?

Rausyanfikir berkata...

Wassalam,

Saya non-partisan. Macam mana2 kampus pun semua ada jaringan dengan parti politik luar khususnya PAS.

Sebagai siswa mungkin saudara boleh selongkar library UUM cari buku Prof. Al-Attas. Buku politik mungkin boleh baca Ibn Khaldun Muqaddimah.

Iskandar Zulkarnain berkata...

Terima kasih kerana memberikan cadangan.

Macam mana saudara tahu saya mahsiswa UUM?macm ada sixth sense je...