Khamis, 22 Oktober 2009

Panas dikritik...



Blog ini tetiba menjadi 'panas' selang dua hari kebelakangan ini. Terdengar suara-suara kurang enak yang mula naik 'syeh' hasil tindak balas normal mekanisme "fight or flight" buat diri manusia dan macam biasa, pantang anak muda beralah!


Tapi 'panas' blog ini, 'panas' lagi Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad yang menyelar Prof. Aziz Bari dalam satu artikel yang ditulis intelektual perlembagaan ini dalam akhbar Sinar Harian baru-baru ini.


Respons Ustaz Idris (baru ditarik balik oleh Harakahdaily) sekali pandang jikalau saya sebagai penyokong PAS tegar (a.k.a ta'asub) semacam betul semuanya tapi dengan sedikit analisa logika yang kemas tanpa dipengaruhi emosi boleh sahaja meruntuhkan hujah-hujah Ustaz Idris tersebut dengan baik seperti mana yang cuba diterangkan oleh para bloggers lain, baik secara sopan mahupun sedikit 'biadap' untuk tujuan 'mengajar' bagi yang tak faham-faham. Seperti contoh:


1) Aduka Taruna


Atas kapasity lu Ketua Penerangan, gua memang respek tanggungjawab lu membela carta organisasi. Dah jadi Ketua Penerangan, memanglah kena defend organisasi lu, termasuk Presiden. Tapi, masuk bab hujah, memang kompom lu kono tempeleng dengan gua. Ke, lu sajer jer bagi hujah bodoh sebab lu sendiri menyampah dengan ulama bodoh sekor tuh?

Apa asas beliau mengatakan pimpinan PAS pro Umno (Sinar Harian 19/10/09). Adakah semata-mata kerana buat rumah terbuka orang Umno datang maka orang ini dianggap pro Umno.

Kalau itulah tuduhan yang tidak ada fakta yang kuat amat malanglah sebagai seorang ahli akademik.

Aiseh.... teknik memperbodohkan ahli PAS yang sedia bodoh ni lu copy derect la dengan module UMNO. Lu dakwa satu benda yang memang tak sebut, then lu pertikaikan. Nik Aziz cakap undi UMNO boleh masuk neraka, tapi Utusan dakwa Nik Aziz sebut undi PAS masuk syurga. Kan ke benda yang tak sebut tuh.

Gua dapat jer sms uma tentang Sinar Harian, gua dah terus merempit pergi cari. Gua baca benda alah tu dulu dari berita lain ma. Bila kala Prof tu bagi hujah open house ni, ustaz? Lu kencing agak2 la. Gua tempeleng lu karang.

Apa bangang ker status Prof nak bagi hujah open house? Ingat dia bangang macam Hadi ke pasal hujah pakai cawat? Bangang sungguh la. Pusing2... asal ulama jer mesti bangang. Asal bangang jer, mesti ulama. Haiihhhh..


.....


Huihh... lu kalau depan gua nih... memang gagap punya la. Gua sekolah cukup2. Setakat cedok idea dan buat kertas kerja bawa Majlis Syura berapa titik peluh nak dibandingkan dengan buruh kasar yang fight dalam medan maya, medan gereja, masuk tokong, buat forum?


Kemudian buat sial hapuskan kepercayaan yang terbina dalam kes ubat tamat tempoh, pecahnya Barisan Alternatif. Then, buruh kasar buat kerja balik. Then lu runtuhkan balik dengan Skandal Gelap (muzakarah konon. Bahasa Arab konon. Khahhk ptuih). Then buruh kasar buat balik. Then lu buat sial lagi dengan UG (unity government). Then bina balik, then buat sial lagi menggunakan Hasan Ali.


Maka celakalah ulama2 yang bangsat tanpa sedar menghalang Islamic State.


Dalam soal kenyataan mengenai politik di Selangor seolah-olah Presiden berdiam diri, adalah tidak betul. PAS ada cara tersendiri dalam menyelesaikan masalah ini Kita tidak perlulah memberi tahu kepada Prof apa yang kita buat. Sepatutnya Prof kena tanyalah kepada orang yang berkenaan.

Cara sendiri kepala serban hang. Hang bergantung kepada undi. Maka, lu kena ikut kepala pengundi. Kalau lu enggan, lu kena bentuk kepala pengundi dulu.

Kalau ikut cara Hadi, atau cara Idris, baik tak payah masuk PAS. Lu buat parti sendiri. Kalau dasar2 parti lu nak sorok, tak payah masuk wadah demokrasi undi. Lu masuk militan. Rahsia sepanjang masa. Hanya lu dengan SB jer tahu. P*&%$k punya ulama.

Bila pembolehubah pun silap, penetapan falsafah pun silap, apa lagi gua nak yakin terhadap lu semua?


"Sikalang aaa ostad... kita semua aaa... boleh undi PAS. Tapi haaa... kita olang mahu tahu apa dasar dan tindakan ostad, untuk isu Broga ni. Manyak susah ma..."


"Kita ada cara kita sendiri. Rahsia. Shhhhh.... (sambil tengok kiri kanan) Meh sini ada bisik."


Semua pun rapatkan telinga.


"Psstttt..... Kalau anta semua nak tahu, tanya Presiden sendiri."


F%&k off. Marketing dan ilmu politik yang macam gampang. Asal ulama pasti bangang. Asal bangang pasti Melayu.


Sebelum lu bentang postmortem Bagan Pinang, lu bentang postmortem Terengganu 2008 dulu bhaii...


Komentar:

Bahasa Aduka Taruna mungkin 'biadap' tapi cuba selami ma'na yang beliau cuba sampaikan dan baca paparan komen yang respons terhadap hujah beliau. Secara peribadi saya nampak Aduka Taruna 'hangin satu badan' melihat cara ustaz-ustaz PAS berfikir dan berhujah (tak semua lemah) yang saya juga rasa para Erdoganist dalam PAS lebih kemas, teratur dan mencapah dalam menilai masalah. Bahasa Aduka Taruna memang kesat dan jengel tapi macam saya katakan tadi cuba kaji balik artikel Prof. Aziz Bari dan juga jawap balas Ustaz Idris Ahmad baru mungkin boleh faham apa Aduka Taruna cuba sampaikan dalam satira super-emo-biadap ini.



2) Dr. Abdul Wahab Arbain

Borak-borak pasal politik, saya fikir yang paling teruk kena kritik, kena caci, kena maki, kena hamun dan berbagai-bagai lagi ialah pemimpin UMNO. Benar atau tidak benar apa yang dikritik, dicaci, dimaki, dihamun dan sebagainya adalah suatu perkara yang lain.


Kena kritik, kena caci, kena maki dan kena hamun tentulah sakit telinga dan sakit hati. Namun, setakat yang saya ketahui, pemimpin-pemimpin UMNO berkenaan senyap atau separuh senyap sahaja. Mungkin mereka atau sebahagian dari mereka menerima itu sebagai sesuatu yang baik. Atau, memang begitu sikap pemimpin yang baik.


Kenapa sikap begini tidak begitu ketara di kalangan pemimpin PAS? Dalam PAS, sesiapa yang kritik pemimpin (belum maki, belum hamun) tentu kena belasah teruk. Tak perlu ambil contoh yang lama-lama, ambil sahaja contoh yang berlaku sehari-dua yang lalu. Bukankah teruk Prof. Dr. Abdul Aziz Bari dibelasah? Kalau pemimpin PAS begini yang jadi menteri keselamatan dalam negeri, mungkin Aziz Bari dipindahkan ke Kemunting.

....


"Apabila Prof Aziz Bari bagi komen tentang kepimpinan PAS ramai melenting. Ketua Penerangan PAS Ustaz Idris Ahmad pun panas hingga berasap kepala. Apa lagi atas nama Ketua Penerangan dia pun membalas hujah Aziz Bari macam ahli PAS yang tak sekolah. Hujah yang penuh emosi dan kurang tertib sebagai pemimpin PAS.


Ini menunjukkan perangai PAS tulen yang selalu dikatakan oleh musuh politik PAS malah pemerhati politik, iaitu pemimpin PAS terutamanya yang pakai serban dan ketayap tak boleh dikritik mereka hanya boleh terima pujian saja. Sah!!! Betul cakap mereka. Terbukti. Proven."


Komentar:

Pandangan sebegini sudah menjadi satu cliche sahaja dalam persepsi massa terhadap kepimpinan PAS dalam bab dikritik dan mengkritik ini.



3) Ust Zolkharnain

Membaca sanggahan Ketua Penerangan PAS Pusat terhadap Dr Abdul Aziz Bari agak mengejutkan. Bagi saya sanggahan itu kurang objektif dan kurang manis keluar daripada pimpinan kanan PAS Pusat. Idris benar ketika dia membela Presiden dan pimpinan PAS yang lain, tetapi dia tidak patut ‘menyerang balas’ Abdul Aziz, samada atas sifat Abdul Aziz sebagai ahli akademik, apatah lagi atas sifat Abdul Aziz sebagai orang yang turut ‘menyumbang’ dengan caranya yang tersendiri kepada PAS.


Selaku pimpinan kanan PAS Idris, harus berkepala dingin biar pun hati panas. Ini bukan sekadar terhadap golongan akademik seperti Abdul Aziz bahkan terhadap anggota parti paling bawah sekali pun. Watak ini adalah watak para nabi.


Baca kisah Nabi Sulaiman dengan burung Hud-hud. Rujuk surah an-Naml ayat 20. Burung Hud-hud adalah burung kecil sahaja jika dibandingkan dengan besarnya kekuatan dan bilangan tentera Sulaiman yang terdiri daripada manusia, jin dan binatang. Ketiadaan burung Hud-hud jika tidak diambil kira oleh Sulaiman pun tidak menjejaskan apa-apa.


Tetapi, bagaimana sikap Sulaiman? Dia mencari burung Hud-hud, bahkan Sulaiman bersedia menghukum burung itu sekiranya ketiadaannya dalam barisan tentera tanpa alasan menasabah. Akhirnya burung Hud-hud tampil dengan berita besar. Berita tentang kekufuran seorang maharani di negeri Saba’.


Tindakan Sulaiman mencari burung Hud-hud dan bersedia menghukumnya menggambarkan keprihatinan Sulaiman terhadap setiap individu tenteranya. Selepas Sulaiman mendengar penjelasan burung hud-hud, dia tidak ‘menyerang balas’ burung Hud-hud tetapi segera direncanakan tindakan wajar terhadap maklumat itu.


Ini sebenarnya seni kepimpinan seorang pemimpin bila berhadapan dengan kerenah orang yang dipimpin. Saya agak hairan bila Idris seperti tidak menguasai seni ini sedangkan dia adalah bekas TPJ Perak dan Timbalan Ketua DPP Pusat.


Mengapa Idris tidak meletakkan dirinya di tempat Sulaiman dengan menganggap penting semua maklumat yang disampaikan dan seterusnya merencanakan tindakan wajar terhadap maklumat itu? Perlukah Abdul Aziz ‘diserang’ kembali?


Pemimpin tidak tahu semua perkara. Tidak semestinya orang yang berada di atas nampak semua benda. Dia mungkin nampak gajah yang berjalan tetapi dia tidak nampak semut yang merayap. Sulaiman adalah seorang nabi, menerima wahyu, tenteranya tidak terbilang, tetapi baginda ‘terlepas pandang’ terhadap isu di negeri Saba’.


Bila burung Hud-hud tampil dengan maklumat sebegitu besar, Sulaiman sangat berlapang dada menerimanya. Walau pun, secara zahirnya maklumat itu mencabar wibawa Sulaiman, yakni, bagaimana seorang nabi ‘tidak tahu atau tidak peka’ terhadap kekufuran seorang maharani?


Pemain bolasepak tidak tahu semua perkara. Kadang-kadang penonton lebih tahu apa yang patut dibuat oleh pemain berbanding pemain sendiri. Apa salahnya pemain menerima idea dan kritikan penonton itu? Jangan bimbang, penonton yang mengkritik pemain itu tidak akan menggantikan tempat pemain.


Ahli akademik memang sebahagian kerjanya adalah di bilik berhawa dingin. Walau pun mereka tidak turun ke medan tetapi mereka mendapat akses terhadap maklumat daripada sumber yang banyak dan berwibawa. Ibarat seorang jurutera, dia tidak perlu setiap jam berada di tapak pembinaan. Dia hanya mendapat maklumat sahaja daripada mandur yang dilantik. Dengan maklumat itu dia boleh membuat tanggapan, analisa dan keputusan.


Saya sangat berharap, pemimpin terutamanya pemimpin kanan PAS lebih berlapang dada apabila berhadapan dengan situasi sebegini. Apa salahnya, walau pun Idris tidak berupaya berterima kasih dengan dengan pandangan Abdul Aziz itu, dia mengeluarkan kenyataan menyambut baik pandangan itu.


Komentar:

Satu kritikan yang ikhlas lagi membina.


Kesimpulannya, cara gaya Ketua Penerangan PAS Pusat ini dalam memberi respons kepada kritikan Prof. Aziz Bari memang agak memalukan buat seorang pemimpin PAS Pusat. Merendah-rendahkan kredibiliti Prof. Aziz Bari serta menjawab kritikan dengan emosi yang meluap-luap sedangkan rakyat memerhati setiap tutur kata pemimpin mereka apatah lagi pemimpin yang mendambakan diri sebagai pewaris ulama' warisatul anbiya'.


Masa Prof. Aziz Bari puji PAS punyalah diangkat Profesor tu tapi bila beliau kritik PAS habis menyinga sesetengah pemimpin PAS yang selalunya bersifat REACTIONARY seperti Ustaz Idris Ahmad ini. Memperkecilkan intelektual/ilmuan seolah-olah PANDAI CAKAP sahaja sedangkan tak faham yang nak CAKAP tu bukan boleh jual dengan air liur macam ceramah politik tapi kena lakukan jihad ilmu untuk hasilkan perubahan PRAKTIKAL dalam erti kata MENGUBAH PERSEPSI DAN KEFAHAMAN para pembaca dan pendengar.


Imam al-Ghazali sendiri dalam Munqidh min al-Dhalal mengupas kata hikmah Saidina Ali r.a:

" …This is the practice of those dim-witted men who know the truth by men, and not men by the truth. The intelligent man, on the contrary, follows the advice of the Master of the Intelligent, Ali–God be pleased with him!–where he says: “Do not know the truth by men, but rather, know the truth and you will know its adherents.” The intelligent man, therefore, first knows the truth, then he considers what is actually said by someone. If it is true, he accepts it, whether the speaker be wrong or right in other matters. Indeed, such a man will often be intent on extracting what is true from the involved utterances of the erring, since he is aware that gold is usually found mixed with dirt. …"


Alhamdulillah, masih ada pemimpin PAS yang waras dalam berhadapan dengan kritikan daripada para manusia yang tiada kepentingan daripada golongan ilmuan seperti Prof. Aziz Bari.


Baca sajalah respons daripada Hanipa Maidin dan Tok Guru Nik Aziz sendiri.


Apa moral sebalik titipan kisah-kisah di atas ini dan hubung kaitnya dengan pertubuhan dakwah kampus ?


Rata-rata daripada mereka tidak mampu dan terbuka menerima teguran ikhlas (dan pedas) daripada akar umbi JIKALAU manusia itu BERBEDA FIKRAH (selalunya dicop,label KELIRU FIKRAH).


Ini merupakan sindrom zaman-berzaman buat para manusia ta'assub terhadap sebuah kumpulan dan difikirkan orang lain perlu "off hand" daripada 'padang permainan' mereka seperti mana Ustaz Idris Ahmad yang berhujah secara emosi, dan memperkecilkan seorang Profesor perlembagaan yang melihat sesuatu masalah, biarpun obscure dalam beberapa hal dalaman PAS tetapi ikhlas menegur demi kebenaran.


Sama jugalah yang ada dikampus-kampus pun (khususnya kampus yang setahun jagung usia pertubuhan dakwah).


Teringat pula status Ustaz Hasrizal (saifulislam.com) dalam Facebook sehari dua lepas yang berbunyi begini:


"murka dengan kumpulan-kumpulan dakwah di kampus yang hanya menumpukan kaderisasi dalaman tetapi tidak mahu terlibat dalam usaha dakwah umum. Selfish and misled!"



Status ini disambut dengan begitu rancak oleh rakan-rakan Facebook Ustaz Hasrizal seperti dibawah:


1) Rakan A:

"pernah menghadapi ahli2 kumpulan sebegini semasa dikampus dulu.. mereka hanya bangga dengan kumpulan mereka & tidak mahu bercampur gaul dengan orang lain.."


2) Ustaz Maszli Malek (penulis artikel yang 'kontroversial' satu ketika dahulu bertajuk "Ummah Centric vs. Jemaah Centric"):

"Syeikh, di luar negara pun sama...dok sesama Melayu aje...
Kena lihat orientasi mereka...yg murabbinya pun hanya gembira memberikan indoktrinisasi sedemikian, maka budak2 pun bertaklid sahaja..."


3)Rakan B:

"fish rot from the head. kalau kambing makan di kawasan orang, pengembalanya dulu mesti disalahkan. salah juga student2 tu. tapi, jgn lupa saham murabbinya"


Ustaz Hasrizal (saifulislam.com) membalas lagi:

"Mereka keliru antara ukhuwwah dan taasub kumpulan. Ukhuwwah ialah kemampuan untuk mesra dan adil dengan semua, manakala taassub berkumpulan ialah mesra sesama kumpulan tetapi dingin dengan orang lain.


Keengganan turun buat kerja dakwah umum terutamanya kepada kelompok yang dianggap 'tidak berpotensi' di kampus itu adalah kesombongan yang meracun jalan dakwah!"


Rasa cukuplah disini saya percaya para pembaca boleh menilai yang mana satu intan, yang mana satu kaca. Bagi saya:


"UTP students needs an Enlightenment. The "public sphere" has been stucked with underperformed student leaders. For that we need to topple down Ancien Régime through Tronoh Revolution. Liberté, égalité, fraternité!"


"Change for good is not a sin, though it'll cost you blood and tears"

Kata Prof. Ahmad Murad Merican, pensyarah subjek Malaysian Studies dan Political Science di UTP:

"
Impossible for UTP students to arrive at enlightenment if the climate of unenlightenment perpetuates in where it is not supposed to be."

Makanya, macam hadith Nabi S.A.W yang menceritkan akan perlunya mujaddid setiap kurun, secara hypothetical-nya, perjuangan mahasiswa di kampus pun, dalam skala yang lebih kecil, seperti kampus UTP ini iaitu setelah sedekad 'memerintah', juga perlukan tajdid minda dari atas sampailah ke bawah mencapah dan memusat di kalangan mahasiswa-nya. Untuk proses islah ini, saya telah usulkan dalam makalah saya bertajuk University and the Captive Mind tersebut.


Sekian, selamat berjuang buat rakan-rakan aktivis dakwah serta rakan-rakan orang awam di UTP yang sudah menyirap dengan status quo dalam kampus. Kalau Samy Vellu orang dah menyampah, apatah lagi oligarki ala Illuminati 10 tahun di bumi bijih timah ini!


Hasta La Victoria Siempre!


16 ulasan:

acabeire berkata...

kalau aku fikir2 balik, budak2 yg xbuat falsafah, agama ni memang naif. budak engin, medic, akaun, memang senang diperalatkan. kita ni nak marah sgt pada student2 taksub ni, kena tgk dulu siapa murabbi diorg. murabbi nila yang cetus elemen taksub ni. yg jadi mangsa student2 sains yang naif pasal agama macam kau dan aku. maybe ko kena nasihat murabbi kat utp tu dulu. kalau tak makan saman, halau je. aisyeh, aku pun dah ikut emo daa...

zacharias berkata...

Semua orang berhak memberi pendapat, dan semua orang berhak menjawab. Kalau aduka taruna boleh jawab dengan bahasa yang tak berapa molek, maka Ustaz Deris pun boleh menjawab Prof Aziz dengan perkara-perkara pelik.

Saya tak kenal la aduka taruna ni siapa. Tapi kena paham juga stress orang yang ke bagan pinang baru ni. Berdepan dengan parang, helmet, buluh runcing, dan entah apa kejadah lagi. Kena pukul, lebam sana sini. Markas kena kepung etc.Orang lain dok depan computer saje, sedap menaip dan mengkritik. Ye la, jihad di balik tabir/ di balik skrin kot.

Entah

Rausyanfikir berkata...

@acabeiere: dah sedia maklum. Ustaz Maszlee bukan kata camtu. Letih beb.

@Zacharias: saya boleh faham stress. Tapi tuduhan "open house" memang satu respons bodoh daripada Ketua Penerangan PAS. Saya tak nampak langsung serangan mengarut daripada Prof. Aziz Bari kepada PAS melainkan teguran ikhlas.

Macam mana nak perintah negara yang lebih "stress" kerjanya? Bahaya la. Bahaya untuk imej Islam!

Ustaz Idris demi maruah PAS lebih baik tulis surat pohon maaf tarik balik khususnya tuduhan "open house" tu.

Baru gentleman.

jundi hina berkata...

"Rata-rata daripada mereka tidak mampu dan terbuka menerima teguran ikhlas (dan pedas) daripada akar umbi JIKALAU manusia itu BERBEDA FIKRAH (selalunya dicop,label KELIRU FIKRAH). "

siapa yg ko mksudkn sbgai akar umbi???

kalu dh rase diri hebat sgt, buat jela prtubuhan dakwah baru, xyah la dok kutuk2 yg dh sedia ada..sume yg org xptut tau pon ko dh reveal kt sini..ko mmg hebat pon..dh layak jd amir dh!

Rausyanfikir berkata...

@jundi hina

Kutuk ke kritik? Amir? Nak jadi Amir? Maaf, langsung tak teringin.

Buka mata dan celik luas sikit. Pergi interview daripada Pak Ali sampai Rektor tengok apa diorang kata pasal mahasiswa dan kepimpinan di kampus.


Saya tulis ni bukan untuk budak sekarang tapi akan datang. Bila orang dah faham status quo, untuk baik pulih semua orang akan cuba bangkit bukan untuk jahanamkan budak-budak dakwah tapi untuk bagi saingan yang kuat. Bukankah itu "demokrasi" yang kalian juga mahu lihat subur di UTP?

Ahmad Humaizi Bin Din Mustafaha berkata...

Wahai saudaraku, jika engkau mengenali kebenaran, maka kau tundukkan jiwamu kepadanya. Walaupun pahit dan sakit untuk menerima, tetapi telanlah perlahan-lahan kerana ianya ubat yang mujarab.

Kebenaran itu bukan dinilai atas nama atau kumpulan,
Tetapi kebenaran itu dibina di atas hujah dari sunnah dan quran,

Saudara,
Janganlah kerana terdedahnya silap anda, anda melenting meninggi langit.
Jika benar teguran orang pada anda,
walau dari musuh tegar sekalipun,
ketahuilah, itu adalah kekuatan bagi mu.

Saudaraku,
Tidaklah syaitan itu dibuang dari syurga kerana mempertahankan kebenaran,
Tetapi kerana bongkak dan sombong menerima kebenaran!
Merasa lebih baik dari Adam!
Menolak kebenaran, walaupun jiwa telah mengerti hakikatnya.

Saudaraku,
tundukkan jiwamu kepada kebenaran.
kerna jiwa yang lurus itu selari dengan kebenaran,
kebenaran itu adalah fitrah insan,
kerana itu,
bersabar dan bertenanglah,
Jangan kau terperangkap oleh syaitan,
Yang sentiasa mengajak kepada kesesatan,
Walaupun jelas jalan kebenaran.

Semoga ada manfaat untuk semua.

Ahmad Humaizi. Ex-JIK UTP.
http://humaixi.blogspot.com

qisti zahra' berkata...

Salam,
Dr Aziz Bari seorang profesor undang-undand perlembagaan. Sepatutnya beliau kena jaga martabatnya sebagai profesor dalam bidang itu. Komen beliau tidak manis dalam hal ehwal yang bukan bidangnya, walaupun beliau tahu sedikit sebanyak dalam hal tu. Bukankah itu adab seorang ilmuwan? Prof Syed Naquib pun tak pernah buat kenyataan akhbar atau terbuka dalam hal ehwal yang bukan bidangnya, walaupun beliau tahu hal tu secara peribadi. Kita wajar membezakan pandangan profesional kita dengan pandangan peribadi. Elok sangat Dr Aziz bagi pandangan tu tanpa gunakan pangkat akademik dan merit beliau. Kalau Dr Agus buat macam Dr Aziz memang wajar. Tapi kalau Dr Agus buat komen pasal aspek-aspek teknikal undang-undang perlembagaan, memang tak wajar. Tapi ketika Dr Agus bincang-bincang dengan abah, memang dia ada pengetahuan yang mendalam tentang aspek-aspek teknikal undang-undang perlembagaan. Tapi, atas adab akademik, beliau taklah keluarkan pandangan peribadinya dalam akhbar dalam hal tu. Profesor Syed Naqib pun tak jawab masa kitorang tanya pasal hukum hakam. Bila habis makan, abah tanya, rasa-rasanya Prof tak tahu hukum ke? Masa tu baru saya sedar, adab seorang ilmuwan Islam memang indah dan halus. Akhirnya, ahli akademik barat pun menjejaki tradisi macam tu. Shaikh Rais, Ibnu Sina pun tak tulis buku pasal hukum-hakam. Adakah dia lebih rendah ilmu hukum hakamnya dari Al Ustaz Wahbah Zuhaili? Ketika Al Marhum Ahmad Deedat ditanya mengenai hukum hakam, beliau minta persoalan itu ditanya kepada pakar fiqh. Dr Ali Syariati pun hanya merangsangkan persoalan-persoalan Fiqh, tanpa memberikan jawapannya. Buku Hajj adalah contoh yang jelas. Sebab yang pakar saja yang wajar untuk menjawabnya. Barulah kita meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Salawat

Rausyanfikir berkata...

Wassalam,

Saya tak nampak langsung kenyataan Prof. Aziz Bari sebagai perlakuan "tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya". Itu bukan fatwa apatah lagi pandangan berkenaan kalam, fiqh tetapi sekadar bacaan politik yang mana semua orang ada hak untuk menilai dengan mata dan aqal nurani masing-masing.

Sepatutnya tidak menjadi isu sehingga "melompat" orang-orang PAS semacam Ustaz Idris Ahmad.

qisti zahra' berkata...

Salam,
Tiada siapa menafikan hak peribadi. Kita bicara tentang adab. Ustaz Idris boleh dikatakan melompat kerana kapasitinya sebagai pemimpin. Kalau orang biasa buat macam dia, itu hak dia. Asal saja tidak bertentangan dengan syarak. Begitu juga standard yang kita nak gunakan untuk Dr Aziz. Standard seorang profesor dalam bidang undang-undang perlembagaan. Adabnya adalah dalam bidangnya. Jika beliau bercakap secara peribadi, bukan sebagai profesor, sudah kita akui haknya jika kenyataannya tidak bertentangan dengan syarak. Pandangan peribadi dengan pandangan profesional ada bezanya dan tempatnya masing-masing. ISTAC pun ada keluarkan buku mengenai profesor-profesor dengan alamat profesional, bukan alamat peribadi.
Yang melompat, melompatlah. Ilmuwan kena jagalah adab-adabnya. Yang taksub, taksublah. Jangan kita pulak yang sibuk taksubkan orang, rupanya kita yang taksub dengan cara lain.
Kalau kita menegur orang, kita perlu lebih terbuka dari orang yang kita tegur. Itulah kesimpulan yang saya dapat bila saya baca buku Bimbingan Mukminin dan sikit-sikit karya tasauf.
Dr Aziz buka "kelemahan" PAS, Ustaz Idris buka "kelemahan" Dr Aziz. Ada komentar yang menyebelah satu pihak. Ada komentar yang menyebelah pihak lagi satu. Semuanya atas alasan keterbukaan dan muhasabah. Bila kita muhasabah orang lain, kita perlu bersedia untuk dimuhasabah. Yang paling kita takut ialah dimuhasabah oleh ALLAH.
Yang paling sedih, ketika Al Marhum Dr Fathi Yakan meninggal, tiada pemimpin Islam di negara kita yang membuat kenyataan akhbar walaupun mereka berhutang budi kepadanya ketika belajar dulu. Terutamanya buku Apa Ertinya Saya Menganut Islam? Macam semua takut dengan Amerika. Dr Fathi bekerjasama dengan Hizbullah yang dianggap pengganas. Dr Fathi Yakan dalam ucapan kemenangannya melawan Israel, beliau pakai songkok. Agaknya songkok orang Melayu. Cuba tengok balik di Youtube. Kalau betullah, "Tidak bersyukur kepada ALLAH orang yang tak bersyukur kepada manusia."
Salawat

Azmi berkata...

Salam

I don't think why it would be consider uncourteous for Dr Aziz Bari to give out such comments? Whether it is a personal opinion or professional, it is still a constructive comment.

However, I must say it out loud that certain PAS leader have the holier-than-thou complex, and cannot tolerate any form of criticism, no matter how constructive they are.

In which case, perhaps you can suggest how Dr Aziz can improvise? How can he better channel his criticism if not the he did?

In my opinion, he aired his view in a very open and professional manner. Whether the receiving end would return the favour or not, that is another issue.

And I also do not understand why you would say Ustaz Idris 'buka "kelemahan" Dr Aziz'? If there is nothing to hide, then nothing is exposed. In what manner did he do that I leave it to your judgement.

Perhaps Ms Qisti would also like to comment on my beloved Kelantan Menteri Besar's outburst?

And also, this 'adab', where can we find it for us to judge?

Allah knows best

qisti zahra' berkata...

Salam,
Terima kasih saudara Azmi.
Saya tidak pun menafikan reaksi Ustaz Idris yang emosional. Sebagai seorang pemimpin, standardnya mesti melampaui adab seorang ahli biasa. Begitu juga Dr Aziz.
Saya pun tak senang dengan anak-anak murid Prof Naqib yang "berdiam diri" ketika Prof dianiaya dan masih terus dianiaya. Tapi kita fahamlah kekangan yang dihadapi oleh mereka di UIA. Bila jumpa, ramailah anak-anak murid Prof yang timbulkan persoalan tu. Tidak pulak saya dapat tahu ada anak-anak murid Prof yang di luar UIA buat kenyataan akhbar secara profesional atau personal mengenai sikap "berdiam diri" anak-anak murid Prof yang berada di UIA. Bila saya tanya beberapa anak-anak murid Prof, mereka macam sepakat kata, "Kita kena jaga adab."

Nak cadangkan kpd Dr Aziz, macam nak ajar itik berenang.

Nak komen kenyataan Nik Aziz, kita ikut adab berharakah macam yang dibuat oleh Salahuddin Ayub. Standard seseorang bergantung kepada statusnya. Yang jelas salah, tetap salah. Kerana prinsip mengatasi tokoh. Tokoh tidak boleh mengatasi prinsip.

Nak tau lebih lanjut tentang adab, eloklah baca buku-buku Prof Syed Naqib. Sampaikan Prof lagi suka gunakan istilah adab dari tarbiyah. Prof Baharudin pun ada buat komen mengenai istilah ini. Dua-dua Prof ni masih hidup di dunia ini. Kalau kita "bersilat" intelek, tapi tak luangkan masa untuk "berguru" dengan diaorang ni, susah nak cakaplah. Berguru dengan diaorang ni bahagia(sa'adah). Walaupun sikit-sikit. Kalau tak berguru dengan diaorang ni, bisa syaqawah.
Yang saya tahu, dua-dua Prof ni bila kita bertanya tentang adab, wajah mereka begitu ceria.

SalawatULLAH kepada Nabi saw.

Rausyanfikir berkata...

Wassalam,

Saya tak nampak relevan hujah saudari tentang isu ini dan kaitannya dengan konsep adab Al-Attas yang tidak dikupas dalam konteks ini.

Pokoknya disini, Prof. Aziz Bari tidak buat salah kan? Beliau hanya cuba meletakkan PAS pada realiti yang sebenar. Bukankah itu adab?

qisti zahra' berkata...

Salam,
Kalau gitu, silakan dikupas konsep adab yang saudara nampak relevan.

Bagus juga jika disemak pandangan saudara Roslan SMS dalam blognya dan IKDNT.

Kalau ada orang sakit jantung, biarlah pakar kardiologi yang merawatnya. Baru kita meletakkan sesuatu pada tempatnya. Kalau seorang PhD holder dalam bidang ekonomi yang merawatnya agar sihat kepada realiti, tidaklah kena pada tempatnya. Analisa dalam politik, biarlah dibuat oleh pakar akademik dalam politik. Pakar undang-undang, analisalah dalam aspek undang-undang.

Soal relevan, bisa saja diperkotak-katikkan seperti Hakim Augustine Paul. Mula-mula relevan, kemudian tak relevan. Mula-mula tak relevan, tapi di mahkamah yang lebih tinggi jadi relevan. Kerana relevan itu sifatnya boleh jadi relatif.

Salawat

Tanpa Nama berkata...

Salam...

Alhamdulillah... saya melihat sinar2 cahaya dari komen qisti zahra'.

Barangkali buku sudah bertemu ruas.

sudah tiba masanya untuk rausyanfikir berubah.

Rausyanfikir berkata...

@Qisti

Rasanya komen bro. Azmi dah jelas. Memberi pandangan dalam satu masyarakat yang demokratik, selagi mana tak bertentangan dengan syara' saya rasa tiada masalah. Malah, Dr. Aziz Bari bukan membuat 'sedition' kepada PAS.

Siapa kata Dr. Aziz Bari tiada autoriti? Bercakap tentang perlembagaan negara ianya merupakan mikrokosmos kepada politik nasional. Malah kritikan beliau tempoh hari bukan atas sentimen peribadi tetapi untuk memperjelaskan peluang PR yang cerah jikalau PAS mampu pergi jauh.

Saudari kena faham juga bahawa pemerhati politik yang terbaik tidak semestinya (bacaL autoriti) orang yang pegang ijazah sains politik tetapi boleh juga manusia seperti Dr. Aziz Bari, para wartawan, antropologis, psikologi yang masing-masing empunya paradigma tersendiri dalam menilai.

Lagipun, sistem pendidikan kita yang tertawan ini telah menyempitkan ilmu politik seperti yang ada sekarang, berbeda dengan ilmu politik yang difahami oleh Ibn Khaldun etc.

Apa-apa pun, Allah dak takdirkan pekung masalah PAS akan terbuka pasca Bagan Pinang. Tak guna kita buat kerja senyap-senyap orang sangsi teramat. Ini bukan Nik Aziz je sangsi, dah ramai sangat dah!

Wassalam.


@Anonymous

Berubah jadi apa? Berubah sebab korang tak reti berhujah?

Bacul betul. Tinggalkanlah nama kalau berani.

Azmi berkata...

Salam

Thanks Ms Qisti for the elaborate explanation.

However, I do not think a paper qualification would restrict the scope on which one can express his views on. In other words, one's qualification does not qualify (limit) one's reach, not does it disqualify (impair) one's mind.

Perhaps I should note that what Ustaz Idris wrote was within what I would call mild-mannered, which is laudable. I am not aware if he made any adverse oral statement but I assume not.

With regards to Dr Aziz Bari. True, he gave a comment on the current situation, and it affects PAS. But one should also bear in mind that he expressed his views in a manner which is acceptable to an academician. One might not take it too kindly if it is perceived as an inteference in PAS' internal management, although I would condemn such views as 'parochial'.

As I have stated before, as far as that is concerned, Ustaz Idris returned the favour in his written statement, although he should have stopped short of questioning Dr Aziz's merit.

Speaking of merit, as Wan Rausyanfikr previously said, Dr Aziz has merit in expressing his views on matter with constitutional impact on our country, namely leadership and internal control of PAS.

Even if it is not within this scope, one may always express his views as long as they are supported by facts. Relating to professionalism, I think he had displayed an adequate exercise of skills, care and caution.

All the above combined, I do not think he lacked any adab in expressing his views on PAS on the very first instance. He had acted within the standard demanded by the academic world.

Nevertheless, adab is important.

Moving forward, I think we can review all points that had been put in this thread and use it for further research.

Allah knows best