Rabu, 21 Oktober 2009

Lingkaran ganas dan gerak kerja ad-hoc/ reactionary aktivis dakwah UTP: Satu kritikan membangun demi survival perjuangan (kita?)



Sebulan lebih lagi sebelum saya meninggalkan bumi Tronoh ini. Selama lebih 3 tahun setengah saya berkhidmat dalam gerak kerja aktivisme dakwah dalam kampus dan masa selebihnya selepas 'ditendang keluar' banyak dihabiskan bersama Jemaah Islam Kampus diluar dan gerak kerja pembudayaan budaya ilmu.



Memang dah tiada apa lagi untuk saya peningkan berkenaan hal kampus. Saya telah bersuara, menulis, dan bergaduh dengan pihak bawah hinggalah top echelon UTP dalam memperjuangkan kebenaran seperti yang dituntut oleh Islam.


Macam Obama kata, "Change we believe in".


Ikhwanul Masjidiyyun juga percaya akan slogan ini, tapi akhirnya macam Obama juga, ianya hanya tinggal slogan.


Baru saya perasan yang lambakkan poster dan program pertindihan bersifat Islamik semakin jelas terpampang di ruangan cafe dan kolej-kolej penginapan.


" Jarang puak-puak ni buat ceramah ilmiah dan promote sakan..." kata saya dalam hati.


Eureka! Baru teringat yang hujung minggu ni finale kepada event yang bersifat hedonistik iaitu Talent Search.







Saya tergelak seorang diri melihat 'perang poster' yang boleh juga diterjemahkan sebagai 'perang event' yang bakal berlaku pada hujung minggu ini. Sudah tentu dari segi rekod sejarahnya, perang ini akan 'dimenangi' oleh event hedonisme. Biasalah, nama pun universiti yang tertawan. Semua sama je.


Tapi itu bukan hal yang saya peduli. Kebatilan dalam realiti sebegini adalah satu lumrah yang kita haru perakui dari aspek waqi'iyyah tetapi tidak boleh diterima sebagai suatu haqiqah.


Apa yang saya lebih risaukan adalah pertembungan superficial sebegini, yang bersifat ad-hoc atau reactionary.


Seperti biasa, strategi ini adalah hallmark buat gerakan Islam. Hampa dalam menilai masalah dalam ruang lingkup yang sistematik dan mendasar sifatnya.


Bukan apa, biarpun saya tiada sebarang kepentingan, tapi selaku petugas strategis sebegini, melihat strategi lama yang melapuk diguna pakai menandakan aktivis dakwah masih tidak mampu keluar dari kepompong lama. Masih bersifat ulat beluncas yang pandai meratah dedaun hijau tapi tidak berani terbang tinggi dan cantik seperti sang rama-rama.


Ini bermakna kita boleh buat beberapa hipotesis akan kualiti strategi kumpulan 'penentang' ini:

1) Masih jumud, dan sempit dalam menilai permasalahan kampus khususnya dari aspek jangka panjang.

2) Berfikir secara linear dan tidak dinamik dalam menilai dan menyeleasaikan permasalahan. (standard la, nama pun budak engineering).



Saya tidak menafikan langsung, I'll repeat:


SAYA TIDAK NAFIKAN LANGSUNG USAHA ANDA SEMUA DALAM BAB 'MENENTANG' (ATAU LEBIH LEMBUT 'MITIGATE') WABAK HEDONISME INI DI KAMPUS.


TETAPI, there is a big BUT, anda semua hanya terperangkap in carousel ride!


Anda harus faham yang hedonisme ini bersifat fluid bukan macam konkrit yang ada di blok Civil Engineering tu! Event-event ni hanyalah manifestasi/cerminan kepada falsafah yang tertanam dalam benak minda / pandangan alam budak-budak UTP dan juga sekalian muda-mudi zaman moden ini!



Secara falsafah-nya seperti kata Prof. Al-Attas masalah umat Islam boleh disimpulkan secara ringkas dalam diagram lingkaran ganas (vicious circle) ini:



Kalau kita sibuk cuba 'perang' dan 'cantas', yang saya kira tiada masalah untuk penyelesaian jangka pendek tetapi mengundang padah buat penyelesaian jangka panjang, kita belum lagi terjun kepada akar masalah.


Kata Prof. Al-Attas lagi, kalau nak selesaikan masalah umat Islam, yang kini saya cuba perkecilkan dalam konteks masalah golongan manusia bernama mahasiswa di kampus UTP, kita perlu 'putuskan' lingkaran itu pada tali-temali yang menghubungkan kekeliruan dan kesalah fahaman ilmu (confusion and error in knowledge).


Kalau tak, sampai bila-bila kita terperangkap dalam
sink hole macam ni.


Malangnya, sangat malang, modus operandi JIK di seluruh Malaysia adalah manhaj ad-ho'qiah (ad-hoc) yang lebih bersifat konfranstasi dan dangkal sifatnya.


Sebab tu kalau para pembaca perasan ramai ahli-ahli dakwah ini lingkup dari segi akademik-nya kerana, bak kata rakan pimpinan Ma'aruf Club UIA, "terlampau busy body dengan hal yang tak berkaitan". Yang dimaksudkan busy body disini ialah bab-bab gerak kerja yang bersifat ad-hoc inilah!


Macam bomba padam api. Ada api baru nak padam.


Apa alternatifnya? Hiburan Islam? Sure tak laku untuk budak-budak yang minat hiburan macam tu. Nafsu liar mana boleh dijinakkan/disogokkan secara instant dengan alunan dan adab.


Apa sebab? Ye lah, tak ada kefahaman Islam,
al-fahmu, prinsip pertama Usul Isyrin yang korang selalu tasmi' dalam tamrin tu lah! Macam mana asas lemah boleh buat bangunan!


Sayangnya, para aktivis dakwah ramai yang tak faham epistemologi kepada prinsip al-fahmu itu maka jadilah seperti burung belatuk dalam nak terjemah al-fahmu tersebut dalam konteks pembanterasan budaya hedosime. Sebab tu kena baca 'Aqaid al-Nasafi!
Cari murabbi yang boleh kupas manhaj aqidah ahl sunnah wal jamaah (bukan wahabiyyah) dalam konteks berhadapan masalah falsafah dan ketamadunan Barat, which I doubt in PAS they have any of those kind of ulama' (except ISTAC graduates, as far as I know). Even dekat universiti pun para pensyarah kita tumpul bab ni, bak kata Dr. Alinor yang sekadarang di INSPEM, subjek falfasafah matematik hanya seperti 'mari berkenalan dengan ahli falsafah' bukan belajar APA ITU falsafah matematik.


Makanya, saya nak peringatkan kepada anda sekali lagi yang hedonisme ini bersifat fluid dan budayanya begitu juga maka kita perlu wujudkan counter culture untuk 'makan' pengaruh buruk ini buat jangka masa panjang dan counter culture ini tak lain tak bukan yang selaras dengan visi, misi dan ontologi sebuah makhluk yang bernama universiti.


Saya nak tegur sikit bab hiburan islam yang dijadikan counter event hedonisme iaitu Kembara Sufi. Saya percaya niat orang dulu-dulu baik tapi sudah sampai masanya kita perbetulkan nama event tu sebabnya konotasi Sufi tidak sesuai langsung untuk event-event nyanyi lagu nasyid.


Tasawwuf atau nama glamour-nya Sufisme bukan tertakluk pada nyanyian ala spiritual macam konsert yang selalu korang buat tu. Maka ramai salah faham apa sebenarnya sufisme. Ini namanya de-Islamisasi. Mencemarkan ma'na dan kata kunci penting dalam korpus ilmu Islam. Saya mintak pimpinan akan datang tukar nama jadi Kembara Musiqa Al-Kindi ke, Kembara Nasyid ke tapi JANGAN Kembara Sufi bagi mengelakkan budak-budak UTP daripada terkeliru dengan ma'na Sufisme yang sebenar. Kalau nak guna juga, bawa contoh band-band Sufi macam Debu ke, Tariqat Naqsyabandiyah ke, itupun bahaya juga kalau tak faham dan diterangkan betul-betul kepada hadirin sebab dah banyak sangat pseudo-sufi yang hijack ma'na sufi.


Saya tak berhadap sangat dengan perubahan masani tetapi adik-adik yang bakal ganti generasi kami di kampus harus persoalkan semula manhaj dakwah pertubuhan dakwah kampus dalam bab menentang hedonisme. Kalau tidak makin lama kita makin terkebelakang.


Begitu juga dengan campus election yang dah dekat ni.




Semua orang tahu dah berzaman MPPUTP didominasi oleh 'budak-budak masjid'. Slogan pada poster 'democracy is the best policy' tu memang tak pernah direalisasikan/ter-realisasikan pun sebabnya budak-budak dah malas nak
actively participate dalam pilihan raya kampus sebabnya bagi mereka, result dah tahu dah sebelum pilihan raya berlangsung.


Tak jadi masalah apa idealisme yang kita nak pegang asalkan bukan Ayah Pin-isme. Tetapi hendaklah kita benar-benar 'fit' dan ikhlas membantu universiti dan masyarakat dalamnya mencapai visi dan misi yang digaris, yang sememangnya tidak membawa kepada agenda politik Islam di luar tetapi secara asasnya memang baik untuk agama, bangsa dan negara.


Jangan jadikan wadah MPP sebagai kuda tunggangan agenda pertubuhan dakwah kampus semata-mata. Sebijik macam UMNO yang dah pancit kat luar kalau korang tak sedar-sedar lagi. Silap tak ada Pakatan Rakyat dalam UTP je, kalau ada, mahu bungkus pertubuhan dakwah kampus.



Saya dah banyak kali diskusi panjang dengan top gun UTP pasal kepimpinan mahasiswa. Mereka selalu kata budak-budak MPP ini berhujah macam 'budak-budak'. Visi dan misi tak jelas. Sudah tentu pada waktu diskusi tu dulu, saya selaku ahli pertubuhan dakwah kampus terasa 'panas' la juga tapi ada benarnya. Aktiviti pun balik-balik benda sama dan sekarang dah ada court futsal ni event ber-futsal je lah setiap bulan (tidak khusus kepada para aktivis dakwah tetapi pada semua pertubuhan dalam UTP).


Saya pernah bercadang kepada top gun UTP untuk latih sekumpulan mahasiswa yang BUKAN daripada budak-budak masjid untuk jadi counter force kepada pengaruh budak-budak masjid ni yang memang dah tak bermaya dari sudut pandang kolektif masyarakat kampus.


Currently, no body gives a damn whether you are MPP or not!


Dan ini sangat tidak baik untuk demokrasi kampus. Untuk rejuvenate budaya politik kampus saya kira, budak-budak masjid ini perlu dilengkapkan dengan pesaing yang hebat agar ada tindak balas dialektik dalam quality control.


Bawaklah masuk GPMS ke, DEMA ke dan segala macam kumpulan yang anti-tesis kepada para calon budak-budak masjid ni agar mereka belajar berpencak dari awal untuk jadikan kepimpinan masing-masing tahan lasak dan tegar berhadapan dengan realiti semasa yang lebih dinamik dan warna-warni di luar.



Tak lama lagi, UTP pun akan dipenuhi budak-budak foreigner. Masa tu kalau budak-budak masjid ni lembab nak adapt maka mati katak je lah pengaruh mereka setakat dengan adik-adik foundation yang kebiasaannya ditangkap awal-awal lagi melalui gerak kerja perkaderan monopoli yang tidak demokratik langsung untuk diserap masuk kedalam jaringan pertubuhan dakwah kampus dan subsidari-subsidari-nya yang lain(semua kampus sama).


Biarpun orang lain membisu mereka tetap melihat dan akan terus memerhati sampailah satu tahap dimana cetusan revolusi, baik dari atas ya'ni pihak pentadbiran ataupun akan lahir segolongan renegade dari bawah yang cuba mencabut akar-akar asobiyah yang tanpa sedar dicetuskan oleh pertubuhan dakwah dalam kampus.


All of us want change. If you can't deliver it, better admit it early so that WE can help you out as UTP does not belong to particular small minority who claimed "I am holier than thou" but it belongs to the nation and people at large. For this, like it or not we have to admit the plurality of ideology and culture. The golden nugget is, as Muslims what are our responsibilities?


'Governing' the UTP from below like authoritarian government? Dismissing others who are anti-thesis to us? Or reconciliation and amalgamation of the differences to turn it into a common ground so that we can walk on it together?


So personally, I view this war againt hedonism will lead only to more alienation of budak-budak masjid IF they failed to come out with strong and concrete blueprint in taking this university to a greater height. For that, first, we need to rejuvenate our campus politics by bringing in new challengers that could dismantle the monopolistic influence of budak-budak masjid in this campus, for real and for good.



To my fellow brethrens of Ikhwanul Masjidiyyun, does not mean you lose the battle you lose the war. Sometimes its good to be humble by tasting failures so that you know the real challenges ahead. After all our struggle, or specifillay YOUR struggle is to topple tyranny, and bring justice back right? Without real challenges we are just operating our sturggle in mere simluation thus producing whimping cadres for Islamic cause in future.


We have been in this position for too long, in dominating this public sphere and thus leading to 'erectile dysfunction'@ kemandulan in campus activism.


I'm waiting for this to happen in near future. May God help us in this cause amin!


Rujukan lanjut berkenaan seputar isi dalam makalah ini.



Masalah elitisme:

1) Ukhuwwah Manusia Hamba


Masalah hedonisme:

1) Pembaik pulihan perang saraf melawan hedonisme di UTP: satu catatan ringkas


2) Aku, Euphonious dan Butterfingers.

3) Aku suka Euphonious tapi...



Masalah politik kampus:

1) Pilihan raya kampus: Hedonis vs. Islamis

2) The Revival of Malaysian University Political Philosophy: Special reference to Universiti Teknologi PETRONAS.


Masalah mendasar pendidikan tinggi :

1) All hail the 'sifu': satu komentar ringkas.

2) The University and the captive mind.

22 ulasan:

Syazwann Al-Qwantani berkata...

tajam lagi menghiris,truskan berjuang!

neo berkata...

JIK menonjolkan diri seperti salah satu parti komponen dalam PR.

Tapi dengan analogi kebergantungan talian hayat, memang menampakkan ianya seolah-olah parti yang ditentang (UBN) oleh parti komponen itu .

Mungkin juga JIK ini cuba memberikan alternatif hiburan supaya pelajar dapat memilih.

Haih, sebijik macam pertembungan kerajaan di Perak apabila dua unsur berbeza di UTP ini bertembung.

Yang serabut, akhirnya masyarakat (pelajar).

Hafiz Potter berkata...

Saya bukanlah golongan yang pandai berfalsafah. tapi saya sedar sesetengah golongan ini bile mereka memegang kuasa penuh, segala kepentingan (spt event recruitment) diberi kpd ahli2 kroni sahaje (yg slalunye muda2 dan tak berpengalaman) padahal yg senior2 penuh berpengalaman dan layak xdpt. last2 keje hancur.

sekadar berkongsi pendapat. seharusnya keadaan ini tak berlaku dikalangan pelajar. manusia semua same, tidak boleh membeza2kan pangkat, darjat, keturunan, ataupun pergaulan (as in pihak kroni atau pihak persendirian).

sekadar pendapat sahaja.

Cool~ berkata...

Saya sangat2 setuju dengan artikel yg mmg hot gile! No more words to say, no more comments to give, sudah jelas lagi bersuluh sportlight.. Klu xphm2 lg (mmg xakan phm pon!) tatau la..huhu..

TPK berkata...

Assalamualaikum w.b.t,

Rasanya kita dikurniakan akal oleh Allah s.w.t untuk membezakan mana yang baik dan yang buruk.

Dakwah itu mmg perlu tapi pendekatannya perlu kena pada masa dan caranya.

Perlu penjelasan lagi. Rasanya artikel saudara sudah cukup memberikan wake-up call kepada para mahasiswa.

Tepuk dada tanya selera, apa yang dipilih, itulah jalan hala yang dituju.

Cheers. Wassalam :)

weber berkata...

JIK kena pisahkan diri dan identiti mereka dari jemaah 'induk'.. barulah boleh mendatangkan idea bernas mengatasi hedonisme..

Ahmad Humaizi Bin Din Mustafaha berkata...

Inilah masalahnya jika dakwah kita hanya bermusim. Kita telah melihat budaya pendakwah2 di malaysia ni berdakwah bila sampai musim-musimnya,
contoh;

1. Cerita-cerita tentang cinta dan beriman kpd Nabi hanya dihebatkan pada musim maulid nabi.

2. Golongan2 politikus akan mula menghebatkan dakwah mereka kpd masyarakat bila nak dekat pilihan raya, sama la juga di kampus, bila nak dekat pilihan raya, ramailah pendakwah2 ini yang tak pernah2 ke surau2 jumpa adik2, tiba2 rajin jumpa adik2 utk mendapat kepercayaan dari adik2.

3. Bila ada event mungkar, baru nak buat program alternatif sbg tanda provokasi.

Saya melihat kita lebih banyak mencipta musuh berbanding mencipta kawan.

Sedangkan "Persahabatan itu akan membuka lebih banyak kebaikan berbanding permusuhan yang lebih banyak membuka pintu pergaduhan"

Semakin hari, orang semakin muak dengan pendakwah2 yg bermusim ini.

Ingat! Dakwah kita bukan bermusim!

Tanpa Nama berkata...

artikel saudara mmg tajam dan menghiris. bagus!
saya juga selaku mahasiswa merasakan fikiran yg sama dgn saudara ttg tindakan ad-hock sebegini, tp xde "suara" nak berikan pnjelasan kpd mereka yg berkenaan.
harap artikel saudara ni dibaca oleh ahli2 JIK di seluruh kampus.

-beautiful_minds-

Tanpa Nama berkata...

haha

Tahniah mmg tajam menghiris, mmg pandai gak ko menulis, ak igt budak2 nih dewakan ko aper jer..

tp kan ak tgk ko kat UTP, cam tahu cakap je kerja tak buat adess, ak pon konfius ko nih mmg betol2 nk berjuang ker atau pandai kutuk jer.. adoiiii...

Paperpon tahniah hahahahaha

cheers

Tanpa Nama berkata...

saya setuju benar dgn artikel ini..JIK sekarng dh x macam dlu mase saya berada dizaman foundation..mase 2 tym abg Hakim yg jd head..dia org yg saya respect sampai skrng ,kalo jumpa kami stil bole bertegur sapa dan berbual walaupon dia xbegitu mengenali saya..tp kepimpinan sekarng nh sombong..ckp lebih..jumpa kt sebelah senyum pon x..wat muka masam...pas2 bler tym pilihan raya kampus ke or ade event yg mereka organize, tym 2 la senyum and suruh org sokong....event yg diaorng ban 2 jek kt utp nh..eupho dgn talent search..event len xde walaupon event 2 bawa artis menari2 kt pentas ....

Khairil Hafizi berkata...

setuju dengan anynomous di atas. JIK sekarang sudah tak macam dulu. Saya sempat mengenali Abang Amir yang sangat mesra dengan semua orang. Dia tetap bertegur sapa dan saya lihat tak ada masalah untuk kami, golongan-golongan bukan JIK untuk rapat dengan beliau. Jadi apabila ada teguran di sampaikan, lebih mudah untuk kami menerima.

Kalau di lihatkan sekarang, golongan-golongan JIK ini lebih selesa duduk dalam kepompong sendiri. Pelajar UTP pun dah boleh agak bila mereka akan di"approach" oleh sahabat-sahabat JIK kita ni. Kalau bukan time Election, mesti time Eupho ke, Talent Search ke, Fesco ke, dan tidak ketinggalan Symphonyfest dan ICC. Bila mereka tiba-tiba halang kita di tengah jalan dan seolah-olah memaksa pelajar untuk menghindari program-program tersebut, ini memberi imej yang sangat-sangat buruk lebih-lebih lagi kepada rakan-rakan kita dari bangsa dan agama lain.

Harap akan bangkitlah golongan-golongan yang betul-betul mementingkan pelajar, dan bukan sekadar sebagai manifesto pilihan raya yang saya sendiri rasa nak muntah bila dengar.

Saya rasa keciwa bila golongan-golongan JIK ini beria-ia memonopoli kerusi-kerusi tertinggi MPPUTP sehingga sanggup beramai-ramai membuat bantahan dengan mencari sebarang "flaw" yang ada pada pelajar-pelajar lain yang bukan kroni mereka ketika sesi pencalonan. Kalau mereka rasa mereka betul, kalau mereka betul-betul rasa mereka di pihak pelajar, bertanding sahajalah dengan sesiapa sahaja pun. Allah itu benar, dan sekiranya golongan-golongan ini di pihak yang benar, Allah akan membantu.

Salam.

bobo berkata...

Approach sesama islam pun ada kelemahan, tapi malangnya mungkin mereka ada denial syndrom.

Taknak berubah.Patut mereka baca 'who moved my cheese'.

farah_farhan berkata...

Salam..

Nice article.. clear utk menerangkan keadaan politik utp..

saya xpndai berkata2, tp ape yg tersurat di artikal ini, itu lah ape yg tersirat di hati sekian lama.

namun seringkali kita dgr laungan perubahan yg pelajar utp mahukan... tapi berapa ramai yg mahu berkorban utk turut serta menjadi calon utk membuat perubahan??? dan berapa ramai yg sanggup berkorban siang malam membantu calon yg igin membuat perubahan??? atau paling senang, di kalangan pelajar yg inginkan perubahan ini, berapa ramai yg turun utk melaksanakna tanggungjawab memilih pemimpin yg bole membawa perubahan???

perubahan tidak terjadi dalam sebulan dua.. ia perlukan masa, dan kita perlu menjadi di kalangan pencetusnya...

Selamat berjuang!

acap03 berkata...

“You must know, that I stand alone, without any backup from any organizations..just me and My3forall…we are young and brave enought to take on other bigger names and bigger organization…we want a healthy campus politics …not a planned question and answer session, not a provoking but constructive fight among candidates…not a cowardly play of praising before aquestion…”

Tanpa Nama berkata...

Latest newsss..
gosip terbaru and hiburan sensasi

Disekitar maplei tadi aku dengar dari member2ku, yang candi no.3 ni saje hipekan isu untuk dia popular.

oooo.noty noty notyyy
ko perbodohkan org ehh…

asyik2 dengan statement ni
““You must know, that I stand alone, without any backup from any organizations..just me and My3forall…we are young and brave enought to take on other bigger names and bigger organization…we want a healthy campus politics …not a planned question and answer session, not a provoking but constructive fight among candidates…not a cowardly play of praising before aquestion…”

oooo…bijak politik rupanye ko ni. ckp not standing alone tp ada kroni yer…
Bru je ingt nak sokong ko.
Hampehh

nth hape2.
Politik liar namanya.

Rausyanfikir berkata...

Macam kerja saraf je ni. Apa salah ke statement dia?

Ust Hasbie berkata...

rausyan anda sudah seperti PAS, sanggup mengetepikan hal yang dasar untuk mendapatkan hal yang furuk.

sanggup dipergunakan walaupun objektifnya tidak tercapai.

jika keadaan bertambah buruk, kejatuhan moral lebih menjadi saya pasti anda adalah puncanya.

bijak di otak jangan diletakkan dilutut, ilmu perlu diajari selari dengan pencapaian masyarakat

bertindak mengikut keadaan, kelak akan menyesal tidak berguna

Tanpa Nama berkata...

To anon> Aku mmg nampak dia mmg ter"kena" pada malam menifesto! hello,Aku dah tau siapa ko laa.. IP pun skrg dah boleh dapat! MMg #3 layak untuk pegang tampuk! Aku nampak jelas pada malam menifesto bagaiman keadaan tidak adil berlaku ke atasnya!

Bukankah jengkel apabila soalan yang berbentuk provokasi,hentaman oleh seorang muslihah berbisa dalam masa 3 minit hanya boleh dojawab 10 saat oleh budak tu?

tapi, aku tetap proud, he convince me even he just given 10 second! Pls3... Jangan too emosional here! nak kutuk2 orang!

Muhammad Teja berkata...

Assalamualaikum saudara Rausyanfikir.

Minta izin untuk pautkan entri saudara di blog saya.

Anda telah menjelaskan punca permasalahan kami, mahasiswa luar negara.

Terima kasih atas karangan anda.

Rausyanfikir berkata...

Sila2. Moga mendapat manfaat.

Isumaru berkata...

To Anon,
ini berita sensasi paling terbaru. Budak-budak di V2 berkata, datang sahaja rombongan RM mempromosikan calon mereka, pasti akan berkata

"undilah semua calon kecuali no 3"

takut dengan persaingan sihat mungkin?
Mungkin ini challenger yang kita mahu tapi digeruni?

Pada sesetengah blogger RM yang mahu mengundi calon no 6 atas alasan racial unity, selama bertahun-tahun ini, tak pernah diperjuangkan pun? Apa kerana tak mahu no 3, no 6 dinaikkan? Inilah dakwah bermusim kan?

akuadablog berkata...

http://lanh14.blogspot.com/