Sabtu, 24 Oktober 2009

Kecelaruan politik Melayu masani: satu pandangan ringkas



Sedih melihat situasi politik Melayu. Sudahlah UMNO begitu, PAS pula begini. Secara kasarnya, saya hanya boleh katakan pada masani, kita orang Melayu memang LEMAH dalam pelbagai aspek penting sebuah ketamadunan terutamanya bab perpaduan dan kefahaman ilmiah berkenaan jati dirinya sendiri dari sudut bangsa, agama dan wataniyah.

Sekali lagi saya ingin frame entri ni kepada parti yang memperjuangkan al-haqq iaitu PAS kerana ramai orang Melayu faham the best possible guardian in politics dalam masani untuk orang Melayu adalah PAS, bukan UMNO.

Kita ambil contoh yang senario semasa berkenaan pembentangan belanjawan 2010. Dalam banyak-banyak parti politik, DAP merupakan parti yang paling bersedia untuk engage dalam isu belanjawan ini, seperti contoh dengan penerbitan buku-buku ini:






Saya tak berkesempatan untuk membaca lagi buku-buku yang diterbitkan oleh Research for Social Advancement (REFSA) yang saya percaya merupakan think tank DAP seperti yang diterangkan dalam laman web REFSA:

"REFSA is an independent non-profit organisation aimed at encouraging open discussion and input into public policy issues. We offer independent research on social, economic and contemporary issues affecting all Malaysians; serving as a centre for intellectual interaction with the objective of advancing human and social development amongst all Malaysians, as well as articulating and disseminating information to help in the formulation of local, state and national policies."

Jikalau kita nilai persiapan dan persedian parti-parti politik dalam wacana belanjawan ini, dari segi merit memang DAP jauh lebih baik dan bersedia untuk memerintah berbanding pada PAS.

DAP tidak berkokok dan mengkritik sahaja TETAPI turut sama berusaha cuba memperjelaskan kepada rakyat secara sistematik melalui penerbitan sebegini dengan melontarkan juga gagasan alternatif kepada belanjawan tersebut (boleh dimuat turun disini).

DAP lebih proaktif dan profesional dalam usaha ke arah pemerintahan baru.

Contohnya seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini, DAP berkata:

"According to the DAP, the government's bad habit of running to Petronas in times of economic crisis, is like "killing the goose that laid the golden egg".

Squeezing out higher taxes from Petronas will take away the company's ability to reinvest in future income streams; this particularly in the light of depleting local oil reserves.

Petronas, DAP argues, needs to be allowed the use of up to 50 percent of their profits to reinvest in further explorations or new technologies, as is the custom of oil giants like Exxon-Mobil and Shell. "


Nampaknya DAP lebih faham berbanding PAS dalam isu minyak kerana mereka mampu menanggapi sedikit sebanyak hakikat Teori Kemuncak Minyak yang memaksa semua negara dan syarikat minyak untuk bertarung hebat dalam padang permainan yang sangat berisiko tinggi iaitu pencarian sumber minyak baru menggunakan teknologi yang super mahal dan super canggih.

Lagak gaya DAP ini bukan retorik kosong tapi menampakkan kewibawaan mereka untuk memerintah di pusat jikalau berlaku revolusi politik pada masa akan datang.

Biarpun saya sangat antagonistik dengan DAP, dalam bab ini saya harus memberi due credit kepada mereka kerana telah menyiapkan homework dahulu sebelum bertempur dalam arena awam.

Tidak dapat tidak, dari segi pragmatis-nya, saya memang akan memandang DAP sebagai calon pemerintah yang baik tetapi sebagai Muslim, pandangan hidup saya bertunjangkan tauhid
yang merangkumi falsafah idealis dan realis sekaligus, dan ini membuatkan saya lebih sober dalam menilai kedudukan ontologikal DAP tanpa terburu-buru "memborong" kesemua yang "dijual" oleh mereka.

Begitu juga dengan PKR yang ditunjangi oleh Institut Kajian Dasar (IKD) yang jauh lebih berpengalaman dalam menanggapi persoalan yang serius dalam aspek pemerintahan.

Itu mereka. PAS bagaimana?

Saya lihat, dari segi percambahan idea, PAS hanyalah pengguna tegar. Tidak mampu menetapkan kerangka wacana bukan sahaja bersama-sama ahlinya hatta kawan-kawan se-PR pun belum tentu PAS mampu mendominasi wacana dalaman PR dengan persiapan yang dhaif sebegini.

PAS selaku wakil utama gerakan islam di Malaysia harus lakukan lebih baik daripada ini dan harapan saya untuk melihat PAS disuntik dengan idealisme baru selepas Tsunami Politik 2008 tidak kesampaian. Lihat sajalah krisis kepimpinan dalam PAS sekarang.

Biarpun "pembersihan" bakal dilakukan dalam PAS kelak melalaui EGM yang dicanang oleh Mursyidul Am-nya sendiri, persediaan PAS untuk meneraju PR dari segi pengaruh dan idea masih sangat terkebelakang.


The sad truth is, PAS is just a pawn in this grand chessboard of PR politics.


Bak kata Dato' A. Kadir Jasin dalam blognya:

"Apa pun kesudahannya, satu perkara yang tidak boleh diabaikan adalah peranan PAS sebagai jurucakap orang Melayu/Islam.


Jika ditakdirkan PR menubuhkan kerajaan pusat, PAS secara langsung menjadi wakil dan jurucakap orang Melayu/Islam menggantikan Umno dalam kerajaan.


Pada masa itu, jika PAS tidak mempunyai perwakilan yang besar dalam Parlimen atau tidak mempunyai kecekapan berunding, kepentingan orang Melayu/Islam mungkin terjejas.


Sedangkan pada masa itu harapan dan ekspektasi orang Melayu/Islam kepada PAS pasti sangat tinggi. Apa tidaknya, mereka tentu tidak menaikkan PAS dengan menjatuhkan Umno jika mereka tidak mempunyai keyakinan yang lebih tinggi terhadap PAS.


Tetapi rundingan dan tolak ansur antara PAS dengan rakan-rakan PRnya pasti tidak sama dengan rundingan dan tolak ansur antara Umno dengan rakan-rakan BNnya.


Ini adalah kerana PAS bukan parti kebangsaan Melayu. Tentulah janggal bagi PAS berunding dan bertolak ansur atas landasan bangsa sedangkan PAS menolak kebangsaan atas alasan ia assabiyah.


PAS hanya boleh menyuarakan aspirasi orang Melayu secara pintu belakang
dengan menggunakan landasan Islam. Ini bermakna rundingan dan tolak ansur antara PAS dengan PKR dan DAP akan berlandaskan Islam.


Saya rasa sebagai orang Islam, orang Melayu tidak ada masalah jika PAS menggunakan Islam sebagai pemangkin rundingan dan tolak ansur dengan DAP dan PKR.


Soalnya, adakah DAP dan PKR, dua parti sekular, bersedia menerima Islam sebagai asas rundingan dan tolak ansur dalam PR?


Bagi saya, senario ini menjanjikan eksperimen politik yang sangat menarik, yang memerlukan pemain hebat dari segi kecerdikan, kecerdasan fikiran, perancangan dan pelaksanaan.


Manakala PAS melandaskan tindak-tanduknya kepada Islam, DAP akan melandaskannya kepada sosialisme dan PKR kepada liberalisme Anglo-Saxon Barat.


Politik nasional kita akan berpindah daripada perundingan dan tolak ansur berasaskan kaum kepada perundingan dan tolak ansur berasaskan agama (PAS), ideologi (DAP) dan hak asasi manusia (PKR).


Soalnya, apakah pemanggilan mesyuarat agung luar biasa PAS seperti dicadangkan oleh Nik Abdul Aziz itu akan melahirkan kepemimpinan yang mesra PR atau konservatif yang mirip kepada Pas bergerak bersendirian dan mengutamakan perpaduan Melayu?


Kita tunggu dan lihat."


Apa yang kalian boleh baca melalui pandangan yang dilontarkan oleh Dato' A. Kadir Jasin ini? Bagi saya kita sedang menuju kepada satu daerah pertarungan yang dipanggil:


BATTLE OF IDEAS


Sekali lagi saya tidak peduli PKR dan DAP kerana saya bersifat antagonistik kepada mereka dan biarpun saya menjadi "mangsa" para juhala' dan sufastai'yyah Jemaah Islam Kampus, PAS tetap menjadi parti sokongan dan dokongan saya atas dasar al-fahmu politik Islam.

Meminjam kata-kata Dato' A. Kadir Jasin, "senario ini menjanjikan eksperimen politik yang sangat menarik, yang memerlukan pemain hebat dari segi kecerdikan, kecerdasan fikiran, perancangan dan pelaksanaan."

Apakah PAS dari segi dhat perjuangannya empuya competitive advantage dalam bab ini?

Rasanya tidak dan persiapan kita ke arah itu sangat bercelaru sekali.

Memetik kata-kata Dr. Khalif Muammar yang juga anak murid Prof. Al-Attas dalam wacana Facebook:

"Ketika kita berwacana dan membincangkan perkara yang serius berkaitan nasib dan masa depan bangsa dan negara, selalu kita dikejutkan dengan himbauan agar kita tidak hanya berwacana tetapi terus mengambil tindakan dan mencari solusi yang praktikal. Mereka tidak faham bahawa selagi permasalahan wacana, pemikiran dan falsafah belum selesai maka apa sahaja yang kita lakukan tidak akan menyelesaikan masalah."

Saya membalas hujah Dr. Khaliff:

"Amal itu ma'mum kepada ilmu. Lingkaran ganas seperti Al-Attas kata itulah. Akar masalah bukan ranting. Berwacana itu juga benda praktikal. Ubah minda orang. Perkataan "ubah" itu sendiri merujuk kepada aspek praktikal cuma pada dimensi yang bukan fizikal."


Dr. Khaliff juga membalas hujah saya:

"Majoriti orang berfikir seperti itu, oleh kerananya Islamisasi ala al-Attas dianggap tidak praktikal. Bagi saya many problems arise because we don't think enough not because we don't act enough."


Apa asas hujah Dr. Khalif dan saya ini? Apakah kami mengarut-ngarut saja? Sebelum anda menempelak mari kita telusuri maxim Albert Einstein ini:


Problems cannot be solved by the same level of thinking that created them.”



Dalam ilm-mantiq dan falsafah Islam, yang sangat jarang digunakan secara menyeluruh oleh para ilmuan kita pada hari ini, ada konsep "thinking out of the box" seperti mana yang maxim Einstein tersebut katakan iaitu:


Min al-ma'lum ila al-majhul
From the known to the unknown.


Macam mana nak selesaikan masalah umat Islam yang melalui proses penjajahan fizikal, dan mental selama beratus tahun tanpa memahami praxis perubahan-perubahan tersebut?
Seolah-olah masalah umat Melayu hari ini datang seperti ex-nihilio yang meletakkan hukum asbab kepada masalah politik.

Contohnya macam para perompak, dan penyanggak di Wall Street yang cuba men-ta'wil-kan "perubahan" ekonomi yang seciput itu sebagai "recovery" sedangkan ianya hanyalah satu fatamorgana (mirage) kepada hakikat sebenar sistem ekonomi masani yang diselaputi unsur-unsur penipuan yang teramat. Para penyanggak ini yang mereka sendiri rata-rata tidak mampu forecasting krisis ekonomi ini pada awalnya (kecuali para penyanggak Zionis yang sudah sebati dengan sistem) cuba untuk forecasting economic recovery.

Nampak sangat tak logik sebab mereka sendiri pada awalnya tak faham! Samalah macam kes from known to the unknown yang diterbalikkan jadi from unknown to known! Mana mungkin orang yang tak dapat mendefinisikan "krisis ekonomi" dengan betul dapat men-tahqiq-kan "pembaik pulihan ekonomi" dengan betul!

Kesilapan PAS paling ketara adalah menilai diagnosis dan prognosis umat yang sakit ini mengguna metod Cartesian, memecah-mecahkan permasalahan umat pada juzuk yang lebih kecil sehingga kelihatan politik itu sebagai masalah utama walhal masalah politik itu hanyalah manifestasi kepada masalah akar yang jauh lebih serius. Sebab itu kalau kita lihat wacana perjuangan PAS hanya seputar wilayah siasah sahaja. Lebih malang skop politik yang menjadi bara perjuangan PAS sangatlah jumud dan sempit. Memang wacana yang tertawan.

Kalau kita korek dalam-dalam dan dapat akar masalah yang membaluti PAS dan UMNO dan keseluruhan umat Melayu pada hari ini semuanya akan berbalik kepada masalah kekeliruan dan kesalah fahaman ilmu.

Dan
kekeliruan dan kesalah fahaman ilmu ini tidak berlegar pada satu tahap saja sebaliknya menjadi semakin serius mengikut tahap permasalahan yang dihadapi oleh kita semua dalam pelbagai lapangan kehidupan.


Masalah umat Islam pada hari ini tidak akan mampu diselesaikan oleh para manusia yang terperangkap dalam lingkaran ganas seperti mana yang Prof. Al-Attas jelaskan tersebut. Bak kata salah seorang guru falsafah dan pemikiran Islam saya:

"Our ulama' are still circling around their so-called correct way of thinking. Not realizing they are like asses (keldai) tied to a waterwheel. They don't like logic or philosophy."

Saya dah malas nak tulis kupas panjang-panjang untuk jelaskan permasalahan mendasar ini. Para intelektual PAS boleh bedah buku ini secara serius untuk fahami polemik yang saya lontarkan ini:







Maka mulai hari ini langkah pertama adalah persetankan semua karut-marut berkenaan "itu teori", "tak praktikal", "idealistik". Selagi mana ada para juhala' dan sufasta'iiyah sebegini dalam gerakan Islam, merekalah sebenarnya kemuncup dalam perjuangan yang paling tersembunyi!

Lebih sedih, kemuncup sophistry itu sangat subur tumbuh di kampus-kampus yang dimandurkan oleh Jemaah Islam Kampus!

Akhirul kalam, saya ingin memetik hujah Dr. Khalif Muammar sekali lagi yang termuat dalam Majalah Tafakkur edisi 5 Jun 2009:

"Politik amat penting dalam Islam. Imam al-Ghazali mengatakan agama dan politik itu seperti kembar, yang tidak akan sempurna tanpa adanya yang lain. Begitu juga Ibn Taymiyyah mengatakan bahwa pemerintahan merupakan satu kewajipan agama yang paling besar. Ketika para ulama besar ini menekankan kepentingan politik ia tidak bererti politik adalah segala-galanya. Sehingga umat Islam harus menfokuskan segala usahanya untuk merebut kuasa politik. Islam juga mementingkan ilmu dan pendidikan.

Ini hakikat yang sering dilupakan oleh umat Islam, khususnya gerakan-gerakan Islam. Justeru tumpuan perlu diberikan kepada pembenihan dan perbaikkan (islah) karena kekacauan dan kerosakkan yang ada pada hari ini adalah akibat daripada kelalaian semua pihak: para pendidik, ibu bapa, pemerintah, ulama, dsb. Jika perubahan pada individu dan masyarakat berjaya dilakukan maka perubahan dalam bidang politik akan mengikut.

Jadi menurut saya perubahan tidak berlaku dari atas tetapi dari bawah. Kesedaran perlu ada barulah perubahan dapat dilaksanakan atas keinginan sendiri dan bukan kerana paksaan. Kita juga menyaksikan banyak usaha untuk merubah dari atas akhirnya menemui kegagalan. Kerana itu Rasulullah S.A.W tidak mahu menerima tawaran untuk menjadi raja kaum Quraysh."

Tambahan nasihat daripada Ustaz Ridhuan Tee:

"Politik kita lebih kepada untuk membalas dendam. Inilah kelemahan politik Melayu yang amat ketara. Kita sanggup pecah kepala dan pecah segala-galanya semata-mata kerana berbeza pendapat seperti pilihan raya Bagan Pinang baru-baru ini. Orang lain bergaduh juga, tetapi pergaduhan mereka macam adik-beradik. Hari ini nampak bergaduh, esok mereka berbaik-baik. Tak pernah dengarpun sampai pecah kepala. Kenapa kita tidak boleh menjadi sedemikian? Kenapa perlu berpatah arang berkerat rotan. Masalah inilah yang menghantui umat Islam hari ini sehingga kita diperkotak-katikkan. Umat Islam merempat di bumi sendiri. Apakah kita yakin kita boleh bangun selepas ini?"


Sekian, wallahua'lam.


5 ulasan:

suzie berkata...

salaam..

akhirnya, Islam ke mana, pemerintahan ke mana..

ni lah yg dikatakan pepatah melayu :

yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran..

Marwan Bukhari berkata...

ana setuju betul tentang konsep teoretikal dan praktikal.. kebanyakan 'aktivis' memandang skeptikal persoalan pemikiran.. terpaksa diam je la dgn hujah mereka sambil menunggu waktu yg sesuai untuk membuat pencerahan.. teruskan larianmu akhi..

hadifulwan berkata...

Tulisan-tulisan nta boleh dijadikan perbincangan di jik2 seluruh negara..

:)
Syukran atas pencerahan..

Faizal berkata...

entry ini sangat bermakna untuk pejuang-pejuang islam...semoga ia dapat dibaca dan disampaikan kepada orang ramai

naim berkata...

Tahniah saudara.
Tulisan ini kritis.
----
Anda berani menyatakan sikap dan pendirian.
Saya kagum.