Isnin, 26 Oktober 2009

Change, we believe in!



Saya bukan peminat Obama tapi beliau sudah jadi ikon perubahan buat golongan yang di 'suppress' masani, dalam konteks UTP ialah "rakyat"-nya. Courtesy: Jared.


Asyik fluctuate je blog ni, macam signal Statistical Process Control (SPC). Sekejap isu diluar kampus, sekejap dalam kampus.


Hakikatnya, pemisahan yang ada itu hanyalah garisan lutsinar kerana pengimejan dualisme minda era modenisasi.

Maka saya selaku ahli tertua (ikut
batch masani) di UTP ingin lontarkan sekali lagi pandangan, dan teguran saya terhadap status quo politik kampus yang rancak berjalan ketika ini.

Kita ada banyak masalah yang memungkinkan status quo politik kampus yang sangat memalukan ini. UTP telah merekrut crème de la crème dari seluruh pelusuk tanah air khususnya SBP dan MRSM. Entah berapa banyak Ketua Pelajar, dan Timbalan Ketua Pelajar keluar masuk UTP ini tetapi kita masih gagal melahirkan satu generasi kepimpinan yang benar-benar berkesan.

Tidak dapat dinafikan dengan usia UTP yang setahun jagung dengan mentaliti swasta-nya, para pemegang saham UTP dari pensyarah, pelajar dan pihak pengurusan masih banyak yang perlu diperbaiki. Terlampau banyak sangat red tape yang wujud dalam sistem demokrasi kampus. Baca saja komen calon no.#1 ini tentang rungutan beliau yang saya kira valid untuk diutarakan.

Itu masalah luaran. Selaku siwa di IPTS, kita tak boleh nak buat revolusi menggila macam di IPTA. Maka, kita hanya boleh main "tarik tali" dengan top echelon UTP yang saya kira perlukan desakkan yang kemas lagi bernas seiring dengan visi dan misi UTP yang mana rata-rata kepimpinan MPPUTP yang lalu kurang berkesan dalam menjayakannya.

Saya lihat, budaya aktivisme mahasiswa UTP sangat bersifat lethargic. Dan ini tidak boleh ditunding semata-mata kepada pihak pengurusan UTP kerana banyak pemboleh upah yang bersangkut paut dengan fenomena ini khususnya masalah kehilangan adab berkenaan ma'na universiti, ilmu dan jati diri kemahasiswaan.

Tapi yang palin obvious dikalangan siswa UTP, yang saya kira boleh dinilai secara empirikal adalah 'hegemoni' pengaruh Rakan Masjid dalam MPPUTP. Ramai sangat dah complaint khususnya rakan-rakan siswa antarabangsa dan juga non-Muslim yang kurang mendapat tempat yang penting dalam Majlis Tertinggi UTP.

Mind you UTP is an INTERNATIONAL UNIVERSITY not a Kampung one!
(A "global village" to be exact as we are in Tronoh). Yet the 'other' (read: foreign students and non-Muslims) feel alienated across all spheres of student activities due to their inability(?) and the domination of particular "faction" in the highest and most authoritative student body of UTP.

Isunya bukan siapa jadi MPPUTP sebab siswa lain not care less siapa nak pegang MPP asalkan kerja jalan dan benar-benar bewibawa untuk perjuangkan nasib mahasiswa.

TETAPI kajian sejarah menunjukkan selama Rakan Masjid menjadi penaung "dibelakang tabir", budaya demokrasi kampus menjadi hidup segan mati tak mahu. Baca sajalah komen pemerhati rakan-rakan non-Muslim di sini, dan sini (belum lagi pandangan siswa antarabangsa yang tersisih secara terang atau tidak terangan).


Saya memang dah lama fikir isu ini dan tahun lepas saya telah menulis makalah bertajuk The Revival of Malaysian University Political Philosophy: Special Reference to Universiti Teknolgi PETRONAS dengan tujuan untuk memberi panduan dan kerangka untuk projek pengislahan (reform) status quo budaya aktivisme siswa Malaysia khususnya di UTP tak kira siapa memerintah budak masjid ke budak biasa ke asalkan niat ikhlas dan faham hakikat universiti.

Tapi rasanya tiada siapa peduli kot tulisan saya ini sebab setakat ini tiada siapa lagi ajak saya berbincang tentang hal tersebut.

Kemudian saya tulis artikel The University and the captive mind untuk semua pihak yang bersangkut paut dengan pendidikan tinggi ambil perhatian dan sekali lagi saya tiada dapat jawapan balas daripada mereka-mereka yang berkenaan, malah lebih malang tak sempat saya bentang pada Jemaah Islam Kampus walhal di kampus-kampus lain habis saya sudah bentang. (Tak ke ironik?)

Jadinya, saya ingin usulkan satu perubahan buat semua warga kampus yang perihatin iaitu kita perlu wujudkan satu badan check and balance atau dalam bahasa Arab-nya hisbah dalam memantau kepimpinan MPPUTP yang sudah tentu pada masani masih didominasi oleh pengaruh Rakan Masjid.

Dulu dah ada iaitu blog UTP Critics yang memang sangat berpengaruh sehingga pihak pengurusan UTP terpaksa shut down tapi itu hanyalah di alam maya.

Jadinya, kita bukan nak hancur leburkan mana-mana pihak tetapi kita ingin mematangkan dan memperkayakan budaya politik dan aktivisme siswa UTP agar semua orang berasa bersama dalam perjuangan ini bukan sekadar membiar MPPUTP diperkudakan oleh mana-mana pihak baik luar atau dalam kampus.

Teruskan Rakan Masjid dalam mendominasi politik kampus dengan calon-calon mereka. Tapi sudah sampai masanya siswa lain turut sama terjun dalam kancah ini dan mencabar status quo mereka agar proses dialektik berlaku.

Dalam bahasa kasarnya, kita harus cipta "musuh" yang kuat, sistematik dan berwibawa untuk MPPUTP (dokongan Rakan Masjid mahupun kelak yang tidak didokong Rakan Masjid) khususnya dikalangan siswa antarabangsa dan non-Muslim yang sekarang ini hanya menjadi pemerhati bebas sahaja.

Rakan Masjid dan MPPUTP tajaan mereka sudah terlampau lama dalam comfort zone. Daya hujah dan idealisme sudah semakin tumpul. Semua ini kalau kita kaji ada kaitan dengan sistem tarbiyah (akan dikupas dalam entri akan datang) mereka juga walaupun terdapat juga faktor-faktor lain yang memberi dampak yang signifikan khususnya sistem akademik Minda Tertawan seperti Consquence Management dan bebanan subjek akademik yang menggila.

Harapan saya untuk pilihan raya kali ini hanya satu, undilah sesiapa pun tapi jangan lupa pasakkan visi dan misi yang jelas pada MPPUTP dan kalau mampu pada masa akan datang pecahkan pengaruh Rakan Masjid dalam sistem demokrasi UTP agar persepsi Rakan Masjid menjadi "shadow government" semakin luntur sehingga "rakyat" kembali yakin dengan ketelusan dan kesama rataan padang permainan dalam kampus ini.

Nasihat saya buat para calon yang merupakan adik-adik belaka:

"Words are cheap my friends, your manifesto means nothing if you can't influence the rest of the masses in UTP especially the top echelon of UTP. What you need is a blueprint and a deeper philosophy of your struggle. Furthermore you guys need to re-educate the 'rakyat' in UTP regarding their role in this campus so that they can align themselves with the intended blueprint and the philosophy of the university itself."

Semua jawapan dan langkah yang saya kaji menggunakan kerangka haqiqah (bukan waqi'iyyah yang cukup diminati Rakan Masjid dan gerakan Islam yang sewaktu dengan-nya) itu sudah saya lampirkan dalam makalah yang saya sarankan di atas.

Tiada agenda tersembuyi mahupun kotor. Maaf, ini bukan kerja saraf. Saya siap bagi soalan dan jawapan "bocor" lagi untuk semua calon yang bercita-cita besar untuk melihat perubahan yang baik di kampus tercinta ini.
Kalau tak puas hati, tak setuju sila jawab semua hujah saya dulu.

Sekian selamat mengundi!


2 ulasan:

hanseong berkata...

Well-said my friend! Your words are always insightful and enlightening. I hope our potential future leaders are reading this for the good of our fellow students! =)

Tanpa Nama berkata...

hmmm,apakah salah RM dlam disebalik tabir MPP..sy x nmpk ape slh nya pun.
jgn la pndai ckap saje..
klu tau dri sendri n geng yg sewaktu dgan sedare mampu n layak jd MPP,come on..
trun padang..
g bertanding..
bawak semua sedare mare saudare yg sewaktu ngan pemikiran sedare tok sokong sedare..
klu setakat cakap,kerja x jalan..bek x yah..
salah ke org yg pham tentang agama
nk memimpin??????
Allahyarham Ustaz fathi yakan dlu pon bertanding dalm pilihan raye tok menyebarkn da'wah...