Selasa, 6 Oktober 2009

Ada apa pada nama?



Bulgaria’s Islamic Party Stirs Debate

Hany Salah, IOL Correspondent

CAIRO – The formation of an Islamic party is sparking a heated debate in Bulgaria within the Muslim community and the official establishment, amid fears of straining ethnic cohesion in the south-eastern European country.

“I do not think the formation of this party serves Bulgaria’s Muslims,” Arif Abdullah, former chairman of the Islamic Union for Development and Culture, told IslamOnline.net over the phone from Sofia.

This is a hasty and uncalculated step.”

The Muslim Democratic Union was formed in the northern village of Slavyanovo on September 29 and Ali Yuzeirov was elected its chair.

Ali Yuzeirov

The party, which is yet to be registered, was founded through 680 written declarations.

The news drew cautious reactions from the official establishment.

“The creation of a similar formation undoubtedly causes tension,” warned President Georgi Parvanov.

“I think the response of the public institutions was adequate.”

But the founders are defending their actions.

“The party respects the moral values which all faiths promote, including Islam,” Yuzeirov told IOL.

He said the name of the party does not mean it would be Islamic in its regulations and bylaws.

“It will be just like the registered Christian Democratic Party which respects Christian values. Our party would similarly respect Islamic values.”

Yuzeirov asserts that the party’s membership would be open to all Bulgarians.

“Every one, either Muslim or non-Muslim, can join as long as they adhere to the moral values promoted by all faiths.

“The party would defend the rights of all Bulgarians, including Muslims.”

Muslims, who make up 12 percent of Bulgaria's 7.8 million population, have lived with Christians in relative harmony for centuries.

Mostly ethnic Turkish descendants of the Ottoman Empire's reach into Europe, they live beside Christians in a culture known as "komshuluk", or neighborly relations.

Concerns

Still, some are fearful the party’s formation could strain ethnic cohesion in the European country.

This would fuel tension between Muslims and Christians,” fears Hussein Ouda, an activist of Palestinian backgrounds.

He is worried that some nationalist parties would use the new party to incite against Muslims.

“Whoever wants to seek a new political party should be familiar with the society where they live and not embroil Muslims in such dangerous adventures.”

Abdullah, the former chairman of the Islamic Union for Development and Culture, agrees.

“The Yuzeirovs don’t have the popularity to win the elections.”

Ouda noted that the Yuzeirov brothers sparked a storm recently after forming a charity, the Bulgarian Red Crescent,” with the crescent as its emblem.

“The controversy only died down after the two brothers added the cross to the emblem upon an advice from key Muslim figures,” he added.

Good intentions are not enough. Enthusiasm should be coupled with awareness of the reality on the ground and wisdom in dealing with it so as not to provoke the broader society.”


Komentar:

Ada apa pada nama? Dalam konteks penubuhan parti politik Islam di Bulgaria, sememangnya memberi dampak yang besar kepada masyarakat di sana.

Seperti yang diterangkan di atas, langkah penubuhan parti politik yang menggunakan nama Islam bakal mengundang padah daripada rahmah dalam negara yang mana Muslim merupakan kaum minoriti. Ini kerana dalam era globalisasi, politik demokrasi abad ke-21 berdiri teguh atas pengaruh media massa yang bersifat manipulatif dan prejudis terhadap status quo yang sedia ada.

Dengan semangat Islamofobia yang meluap-luap di Eropah, tertubuhnya parti politik jenama Islam secara terang-terangan sebegini berpotensi menimbulkan polemik antara agama dan kaum melalui permainan licik golongan yang berkepentingan seperti kes isu Malaysia dan Indonesia yang sebenarnya memaparkan senario 'politik perkataan' (word politics) dalam menentukan hak milik warisan masing-masing sehingga menimbulkan sengketa murahan oleh para politikus Indonesia sama ada untuk smoke screen isu-isu yang benar-benar menjadi masalah mereka.

Begitu juga isu penggunaan nama 'Islam' pada label parti politik, seperti contoh PAS sendiri.

Dalam satu syarahan di IKIM pada tahun lepas, Prof. Alparslan Acikgenc, Timbalan Rektor Fatih University yang juga merupakan anak murid Prof. Fazlur Rahman dan Prof. Al-Attas menjelaskan kerisauan beliau akan lambakkan penggunaan label 'Islamik' pada perkara yang tidak perlu digunakan sebegitu rupa.

Beliau memberi contoh aberkenaan PAS dan UMNO. Kata Prof. Alparslan, semua Muslim di Malaysia terlibat secara langsung atau tidak dalam politik tanah air. Jikalau salah satu parti politik menggunakan label 'Islam' pada nama-nya, dan yang satu lagi tidak, maka apakah ma'na buat parti yang tidak menggunakan label sedemikian?

Secara logik-nya, apakah status UMNO yang menjadi kontra kepada PAS. Adakah mereka bukan Islam kerana tidak menggunakan label 'Islamik' pada nama parti?

Sekali pandang kita lihat semacam tidak ada apa-apa kesan terhadap penggunaan nama tersebut dalam konteks yang sebegini tetapi sebenarnya nama turut memainkan peranan penting dalam mencorak politik tanah air sama ada ianya membawa kepada perpaduan ummah atau sebaliknya.

Macam biasa, sudah menjadi lumrah dalam politik terdapat perbezaan pendapat dalam melaksanakannya. Dalam hal ini, PAS yang menggunakan label 'Islam' pada nama parti telah memperakui 'keautoritian' mereka sebagai parti yang memperjuangkan Islam. Sebarang tindak tanduk PAS, baik dari segi idea dan akhlaq secara automatik dinilai sebagai kayu ukur kepada imej Islam dalam politik. Ini bermakna beban moral sangat besar pada pundak PAS berbanding UMNO.

Ini agak berbahya kerana jikalau PAS buat silap, yang mendapat bencana adalah imej Islam. Macam UMNO, kesilapan mereka sekian lama menghasilkan stigma negatif terhadap bangsa Melayu oleh kaum lain.

Sudah menjadi lumrah politik sekular demokrasi pasca zaman Pencerahan berdiri atas falsafah 'pergelutan kuasa' (power struggle). Demi kuasa, apa jua cara harus dilakukan untuk mendapatkannya biarpun sang politikus itu bertindak mewakili dan membawa imej Islam secara terang-terangan, dan kuasa adalah satu elemen yang cukup menggiurkan seperti mana yang telah dikupas panjang lebar akan realiti kuasa dan pemerintahan oleh Machiavelli dalam The Prince.

Said Bediuzzaman Nursi sendiri, selaku mujaddid Turki abad ke-20 melihat penyakit ini menular di kalangan pejuang Islam dalam politik yang diamalkan selepas kejatuhan khilafah Uthmaniyah. Beliau melihat bagaimana sesetengah golongan agamawan sanggup mengeluarkan kata-kata yang tidak layak dilontarkan oleh seorang ulama' terhadap pesaing-nya yang lain, yang juga merupakan seorang ulama', HANYA KERANA KUASA dan untuk MENDAPATKAN PENGARUH dalam parlimen pada ketika itu.

Kebejatan politik sekular demokrasi ini akhirnya membuatkan Said Nursi berfikir panjang dan terus meninggalkan parlimen untuk memulakan pengislahan dari peringkat paling asas iaitu dakwah ilmiah yang terkenal dengan perjuangan mata rantai Risala-e-Nur itu,

Biarpun beliau merupakan seorang orator yang hebat dan mampu bersaing dengan Atarturk dalam politik tanah air, akan tetapi Allah telah membuka mata hati beliau untuk meninggalkan persada politik pada masa itu untuk menumpukan sepenuhnya masa dan tenaga beliau, biarpun di penjara berpuluh-puluh tahun lamanya untuk mengislahkan aqidah umat Turki menggunakan manhaj Nubuwwah yang paling asas iaitu seperti yang diterapkan oleh baginda Rasulullah S.A.W ketika fasa Makkah. Kesannya lihatlah sekarang bagaimana Islam kembali berputik dalam negara paling sekular di dunia dan melahirkan fenomena yang luar biasa melalui gerakan Nursiyyah di seluruh dunia khususnya di bawah gerakan Fethullah Gulen (yang sayangnya sangat kurang dikenali oleh umat Islam yang dipengaruhi oleh gerakan Ikhwan al-Muslimin.)

Moralnya disini adalah berkaitan dengan kesan penggunaan perkataan yang membawa ma'na yang cukup besar dalam kehidupan seharian. Pada hemat saya mengapa orang Melayu tidak boleh bersatu-padu baik dari peringkat kepimpinan hinggalah ke peringkat akar umbi adalah kerana perpecahan politik yang melimpah keluar dalam pelbagai sektor kehidupan orang Melayu.

Biarpun UMNO sudah busuk, jijik dan meluat untuk memerintah, mereka tetap saudara se-Islam kita. Tugas utama pejuang Islam adalah dakwah, bukan power struggle yang kita lihat pada hari ini membawa kepada perpecahan yang serius kalau hendak dibandingkan dengan kaum lain. Dalam hal ini, saya percaya penggunaan label 'Islam' oleh PAS dan tiadanya penggunaan nama 'Islam' oleh UMNO, sedikit sebanyak mempengaruhi kerangka politik orang Melayu yang sudah sebati dengan Islam sebagai kerangka tulen jati diri Melayu itu.

PAS yang membawa imej politik "I am holier than thou", biarpun murni pada niat, dalam beberapa ketika turut menimbulkan polemik yang tiada berkesudahan. Jarang sekali wacana politik dikalangan pemimpin Melayu yang berbeza parti berlegar berkenaan idea yang konkrit sebaliknya tuduhan dan 'perang mulut' murahan menjadi peluru politik kedua-dua belah pihak.

Ini berbeza dengan parti politik Cina khususnya yang bersifat lebih pragmatik dan pada masa yang sama empunya kapasiti untuk mengenengahkan wacana yang lebih berkesan demi pembangunan masa depan orang Cina melalui pelbagai salur perjuangan mereka baik parti politik seperti MCA, DAP dan Gerakan dan juga Dewan Perniagaan mereka yang amat berpengaruh.

Kita harus faham hakikat kerosakkan akhlaq yang datang dalam rupa rasuah, kebejatan moral, tamak haloba dan segala macam penyakit hati itu bukan kerana mereka itu UMNO tetapi kerana mereka itu manusia yang empunya masalah ilmu atau secara spesifik-nya masalah aqidah a.k.a pandangan alam Islam.

Maka jikalau kita sekadar menyerang mereka dengan peluru politik konvesional, ya'ni untuk menjatuhkan kredibiliti mereka bagi cuba mendapatkan kuasa dalam kemenangan politik pilihan raya, ianya tidak akan mampu mengubah hakikat sebenar permasalahan tersebut kerana biarpun kerajaan sudah berganti orang, masalah itu akan tetap menular di bawah struktur kuasa pemimpin.

Pengislahan ummah tidak boleh bermula dari atas ke bawah dalam era dimana masalah akar itu benar-benar tercermin akibat masalah kekeliruan dan kesalah fahaman ilmu seperti yang diterang oleh Prof. al-Attas secara panjang lebar dalam Islam and Secularism.

Dalam keadaan umat Islam yang berpecah belah kerana politik, 'mempolitikkan' nama 'Islam' biarpun murni niatnya tetapi bakal mengundang masalah yang besar jikalau kita tidak berhati-hati dalam menggalasnya.

Ada banyak contoh yang baik berkenaan politik yang berasaskan idea daripada yang berjenis slogan "I am holier than thou" seperi AKP di Turki yang terkenal dengan dasar tempatan yang baik dan juga PKS di Indonesia yang berjaya melunakkan sentimen Islamofobia disamping penonjolan imej moderat dan competent dalam mengurus masyarakat. Secara tak langsung, jikalau kedua-dua parti ini membuat silap, sekurang-kurangnya imej Islam tidak akan tercemar atau direndahkan kualiti imej Islam selaku ad-Din akibat kelemahan mereka.

Politik Islam tidak pada nama tapi pada cara kita menghidupkan roh Islam dalam berpolitik. Apakah kita sudah benar-benar berjaya mewujudkan budaya politik sebegitu di kalangan umat Islam di Malaysia?

Melihat polemik UMNO dan PAS yang tiada surutnya, saya rasa tidak dan ini mengundang padah buat umat kelak kerana pasti akan ada golongan yang akan mengambil kesempatan (capitalize) diatas kelemahan kita ini.

Masalah perpecahan adalah masalah klasik dalam setiap ketamadunan yang selalunya akan membawa kepada kehancuran. Jadikan Islam sebagai sumber islah perpaduan ummah berbanding perpecahan kerana kefahaman yang sempit dalam menanggapi haqiqah, bukan semata-mata waqi'iyyah, hanya menjadikan perjuangan Islam berbentuk superficial yang seterusnya menjadikan kita terperangkap dalam lembah permasalahan yang senantiasa berputar dalam lingkaran ganas.


Untuk bacaan lanjut seputar tema entri ini, rujuk makalah Pemimpin yang 'Alim oleh Dr. Hamid Fahmi Zarkasyi dan makalah All (Muslims) Politics is Local: How context shapes Islam in Power oleh Prof. Charless Tripp.

Tiada ulasan: