Isnin, 14 September 2009

Tentang Jeff Ooi





Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, pelbagai persediaan dibuat oleh segenap Muslim di seluruh dunia bagi mendapatkan keberkatan yang dijanjikan oleh Allah SWT. Namun, di dalam bulan yang mulia ini, masih ada individu-individu yang kurang senang dengan agama Islam sehingga sanggup menghina Syari‘ah Islam secara terbuka di dalam blognya. Individu tersebut tidak lain tidak bukan ialah Jeff Ooi.


Forum Penyelarasan Umat (FORUM)


FORUM disertai oleh lebih 20 NGO Islam Pulau Pinang mendesak Jeff Ooi meminta maaf dan meletakkan jawatan beliau di dalam kerajaan negeri Pulau Pinang (baca). Ini berikutan penghinaan beliau terhadap Syari‘ah Islam dan mengaitkan Islam dengan ekstrimisme. Penghinaan ini timbul setelah perbalahan beliau dengan salah seorang Ahli Majlis Kerajaan Tempatan Pulau Pinang, Mohd Razali Abdullah, merangkap ahli Jamaah Islah Malaysia (JIM), sehingga membawa kepada ketelanjuran Jeff Ooi mengaitkan agama Mohd Razali (baca: Islam) sebagai ekstrimisme.


Ini sepatutnya tidak berlaku kepada seorang Ahli Parlimen yang menjadi Ketua Staf Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Kesilapan yang dilakukan oleh Jeff Ooi merupakan kesilapan yang tidak patut ada pada mana-mana pemimpin di Negara ini. Jeff Ooi harus sedar bahawa dirinya adalah pemimpin, bukan lagi blogger yang boleh menulis sesuka hati sehingga menghina agama Islam. Penghinaan Jeff Ooi terhadap Syari‘ah Islam lahir daripada isi hati beliau sendiri. Ini adalah fitrah manusia yang sedang marah – kemarahan membawa kepada luahan isi hati yang terpendam sekian lama!


Penghinaan ini juga memperlihatkan kepada masyarakat bahawa Jeff Ooi terpengaruh dengan propaganda Barat yang melabelkan Islam sebagai terrorisme. Satu kesilapan yang teramat dangkal puncanya bilamana pemimpin Negara ini termakan penipuan yang terbesar yang dibuat oleh Barat selama ini.


Permohonan maaf secara terbuka serta perletakan jawatan Jeff Ooi dilihat sebagai jalan terbaik dalam menyelesaikan isu ini. Jeff Ooi yang menetap di Negara Islam sepatutnya dibuang negeri dan dilucutkan kerakyatan apabila menghina Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan, namun atas keprihatinan FORUM, permohonan maaf dan perletakan jawatan beliau sudah memadai. Ini dapat dijadikan iktibar kepada mana-mana Ahli Parlimen atau individu lain yang keterlaluan menghina agama individu lain!


Jeff Ooi Hina Syari‘ah Islam!

Tengok bagaimana sikap Jeff Ooi dan The Star yang memutarbelitkan fakta. FORUM mendesak Jeff Ooi meminta maaf dan meletak jawatan kerana MENGHINA SYARI‘AH ISLAM, bukan menghina JIM! (baca) Kenyataan Jeff Ooi yang mengaitkan JIM dengan pengganas telah pun ditarik balik dan JIM Pusat menerima penarikan tersebut. Namun, pertikaian yang menjadi buah mulut masyarakat ialah perbalahan antara Jeff Ooi dan JIM, sedangkan isu yang sebenar ialah perbalahan antara Jeff Ooi dan masyarakat Islam seluruhnya!


Juga, di dalam Malaysiakini (baca), isu ini dilihat seolah-olah pergaduhan Jeff Ooi dan JIM, sedangkan tuntutan maaf serta perletakan jawatan yang didesak oleh FORUM adalah bersandarkan isu penghinaan Syari‘ah Islam oleh Jeff Ooi. Jeff Ooi harus meminta maaf kepada semua umat Islam secara terbuka dan meletakkan jawatan secara sukarela atau terpaksa untuk membuktikan bahawa beliau ikhlas dan sebagai pengajaran kepada individu lain terutamanya pemimpin yang bersikap kurang ajar terhadap agama individu lain!


Media sangat licik dalam memutar-belitkan fakta dan menyokong Jeff Ooi secara tidak langsung.


Jeff Ooi dan Yahudi Qainuqa’

Setelah pembukaan Kota Madinah oleh baginda RasuluLlah SAW, perjanjian antara umat Islam dan kaum Yahudi di Madinah dimeterai. Perjanjian ini dibuat bagi menjaga kesejahteraan masyarakat Madinah selama di bawah pemerintahan Islam. Namun, kaum Yahudi Qainuqa’ adalah yang pertama melanggari perjanjian tersebut.


Pada suatu hari, seorang wanita Islam sedang membeli di pasar kaum Yahudi di Madinah. Apabila wanita tersebut sedang memilih barangan untuk dibeli, seorang daripada kaum Yahudi Qainuqa’ mengganggu malah mempersendakan ‘aurat wanita tersebut. Sedang wanita Islam tadi duduk untuk memilih barangan, Yahudi tersebut mengikat kain bersama tudung wanita tersebut lalu terbukalah ‘aurat wanita Islam itu apabila dia berdiri. Maka bersoraklah Yahudi Qainuqa’ kegirangan setelah dapat melihat ‘aurat wanita Islam.


Kejadian ini disaksikan oleh seorang lelaki Islam yang sedang melalui kawasan tersebut. Dengan segera, lelaki Islam tadi menghunus pedang lalu membunuh Yahudi Qainuqa’ yang mempersendakan ‘aurat dan wanita Islam – ini adalah Syari‘ah Islam. Kemudian, lelaki Islam tersebut dibunuh oleh kaum Yahudi Qainuqa’.


Selepas kisah ini diberitakan kepada Nabi SAW, dengan segera baginda melancarkan peperangan terhadap Yahudi Qainuqa’ untuk mengusir mereka keluar dari kota Madinah. Malah, kemarahan baginda ketika itu diceritakan oleh para Sahabat sebagai kemarahan yang tidak pernah dilihat ada pada diri RasuluLlah SAW oleh mereka selama ini. RasuluLlah yang sangat penyabar ketika diri baginda dicaci dan dihina oleh orang lain sebelum ini dilihat tegas dan marah ketika Syari‘ah Islam dihina dan dipersenda sedemikian rupa.


Sedang RasuluLlah dalam perjalanan untuk memerangi kaum Yahudi Qainuqa’, ketua kaum munafiq iaitu ‘AbduLlah bin Ubai menghalang RasuluLlah SAW dengan memegang tangan baginda seraya berkata:

Sesungguhnya mereka adalah Sahabat kita. Mereka menolong kita dalam peperangan. Sungguh, aku khuatir sekiranya masa diterbalikkan dan mereka pula yang memerangi kita

RasuluLlah SAW berdiam diri dengan muka yang marah, baginda tidak mengendahkan saranan ‘AbduLlah bin Ubai, malah baginda tidak sama sekali menghina ‘AbduLlah bin Ubai yang ternyata munafiq. RasuluLlah SAW meminta ‘AbduLlah bin Ubai melepaskan tangan baginda untuk memerangi Yahudi Qainuqa’ habis-habisan, namun ternyata ‘AbduLlah bin Ubai berdegil mahu membela Yahudi Qainuqa’ yang menghina Syari‘ah Islam secara terang-terangan itu!


Peristiwa ini jika dihayati dan difahami oleh semua Muslim di seluruh dunia, maka tidak ada sesiapa yang berani menghina Syari‘ah Islam – dan tidak ada seorang Muslim pun yang berani menghalang Muslim yang lain untuk memerangi orang yang menghina Syari‘ah Islam!


Teori Kekuasaan Umno

Kosmo politik di negara ini berada di tahap yang cukup kritikal. Teori Kekuasaan Umno meresap ke seluruh jiwa masyarakat sehingga sesiapa sahaja yang membantah tindakan Pakatan Rakyat dianggap tali barut Umno. Saya ulangi – sesiapa sahaja yang membantah Pakatan Rakyat dianggap Umno.

Teori ini juga terjadi kepada kumpulan pembangkang sewaktu ketika dahulu apabila Umno berada di era kegemilangan sehingga memerintah Negara ini untuk sekian lamanya. Di waktu itu, Umno digambarkan sebagai kuasa mutlak pemerintahan sehingga sesiapa sahaja yang membantah Umno akan dilabel sebagai pembangkang. Saya ulangi – sesiapa sahaja yang membantah Umno dilabel pembangkang.


Teori ini hanya diimani oleh orang-orang yang benar-benar bodoh sahaja.


Jeff Ooi lebih biadab apabila memfitnah FORUM ditaja oleh Umno (baca). Kenyataan ini sengaja dibuat oleh Jeff Ooi bagi mengaburi mata Muslim di dalam Pakatan Rakyat dan sebagai ‘alasan budak-budak’ bagi mengelak beliau daripada meminta maaf kepada semua umat Islam dan meletak jawatan di dalam kerajaan negeri Pulau Pinang.


Malah, ada juga segelintir pihak Umno yang cuba ‘menunggang’ penentangan umat Islam terhadap Jeff Ooi dan DAP untuk menarik perhatian masyarakat bahawa merekalah yang selama ini membela Islam dengan tidak bersekongkol dengan DAP. Sikap sebegini senantiasa berlaku kepada mana-mana parti politik yang mempergunakan isu-isu semasa sebagai batu loncatan menunjukkan kegagalan Pakatan Rakyat memerintah negeri.


Politik akan terus dengan sikap politik mereka untuk meraih apa yang mereka hajati, walau dengan cara apa sekalipun. Namun, saya tidak menolak mana-mana Muslim yang benar-benar ikhlas dan mulai sedar bahawa Islam sedang diperkotak-katikkan di hadapan kita dengan wajah anti-Islam yang ‘tersenyum.’ Usaha mempertahankan Islam adalah tindakan bersama, niat yang berbeza dalam mempertahankan Islam adalah di dalam pengetahuan Allah SWT semata-mata.


Perlu diingat bahawa penentangan FORUM terhadap Jeff Ooi adalah disebabkan penghinaan beliau terhadap Syari‘ah Islam. FORUM yang bertindak sebagai badan bebas, diulangi – badan bebas – menjadi suara sebenar rakyat di Pulau Pinang yang beragama Islam dalam menyuarakan kebenaran. Kesempitan faham politik di negara ini menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada wakil-wakil mereka terutama Muslim dalam mempertahankan Islam secara menyeluruh.


Jeff Ooi Pengganas Agama

Jeff Ooi tidak sepatutnya menjadi ahli Parlimen. Beliau merupakan pengganas agama – menghina agama lain dan tidak mengakui kesilapan sambil memutar-belitkan fakta media lalu memfitnah FORUM ditaja oleh Umno!


Nah! Kesalahan Jeff Ooi yang berlapis-lapis ini membuka mata kita tentang siapa sebenarnya Jeff Ooi. Hanya Muslim yang masih ‘tidur’ dan enak ‘menjamu’ hidangan DAP sahaja yang benar-benar berada di dalam kesesatan yang nyata!


Ke Tepi!

Di luar sana masih ada umat Islam yang masih acuh tak acuh bermain isu penghinaan Syari‘ah Islam oleh Jeff Ooi. Dengan alasanda‘wah menuntut kesabaran, mereka menggadai Syari‘ah Islam dengan bersekongkol membela Jeff Ooi. Tetapi sewaktu Umno memerintah dahulu, manusia-manusia inilah yang bertegang urat leher mencaci Umno yang menjadikan rasuah sebagai punca rezeki – tiada pula alasan da‘wah menuntut kesabaran.


Bagi setiap Muslim yang benar-benar sayangkan Islam dan membantah tindakan Jeff Ooi menghina Syari‘ah Islam, sila turunkan tandatangan anda di sini. Digalakkan anda menyertakan sekali komen sebagai bukti anda benar-benar marah terhadap tindakan keterlaluan oleh Jeff Ooi.


Namun harus diingat, makian atau cacian tidak dibenarkan sama sekali. Marah harus mengikut Syari‘ah, bukan mengikut Syaitan.


Bagi setiap Muslim yang menentang FORUM dan menyokong Jeff Ooi, nasihat saya, ketepilah. Jangan sesekali menghalang kami – dan meletakkan diri kamu di tempat ‘Abdullah bin Ubai!


*Artikel ini adalah luahan saya sebagai salah seorang anggota di dalam FORUM dan bukanlah suara rasmi FORUM.


___________________________________________________________________________________________

Answering Jeff Ooi lies and
5 Open Questions to Jeff Ooi


Forum Penyelaras Umat (FORUM) – a coalition of Penang Muslim NGOs - is highly disturbed and saddened by the continued arrogance of Jeff Ooi as shown in his statement yesterday (STAR; 11th September 2009) in which he tried to cover up and manipulate his statements relating the Syariah to extremism.


In his statement, Ooi tried:


· to manipulate people understanding with his retraction (without apology) to Jemaah Islah Malaysia (JIM) as an extremist organisation had closed the issue while trying to sweep his slanderous conclusion of Syariah as extremism under the carpet.


· to deflect attention from his slanderous statements by implying FORUM to be an agent of UMNO seeking to trying to undermine the Pakatan Rakyat government and


· to delegitimise FORUM by merely dismissing it as an unregistered organisation undeserving of his response and ,



FORUM poses questions for Ooi to address:


1. Has Jeff Ooi apologised and retracted his statement relating the Syariah to extremism’?


Ooi in his statement on 2nd August 2009, because of a personal squabble he harbours with a member of the Penang Municipal Council (MPPP) who also happens to be a JIM member, coined JIM as an extremist organisation merely for the reason that JIM as an organisation propagates the practice and implementation of the Syariah. Jeff may have merely retracted a statement that had been made, but he has not retracted or apologised to any party for having related Islam to extremism. Even a general description of himself in the Wikipedia concur that Jeff Ooi had relates Syariah to extremism. Seeking one's statement to be struck off the record does not absolve the person of the responsibility for having made the statement in the first place.





2. Does Jeff Ooi seek to hide behind and use partisan politics to cover up the issue?


To date, FORUM has not related Ooi's arrogant remarks to any political party but regards the issue originating from a personal mistake on his part. Ooi is now trying to divert the whole issue into a matter of narrow-minded party politics, which is clearly not the case by implying as an UMNO agent. FORUM does not speak on behalf or is supported by ANY political party, whether from PR or BN. FORUM is a coalition of Muslim NGOs that speaks for the interest of all according to the teachings of Islam.




3. Does Jeff Ooi as PR leader censure freedom of association?


FORUM is coalition of Penang-based registered organisations such as JIM, PUMPP, ISMA, ABIM, HALUAN and other Muslim-based people groups, much like 1998 GERAK and GMI which his party DAP had vehemently supported and in turn enjoyed the support of. Ooi has himself betrayed his own extremist tendencies by using his position to delegitimise and demonise groups whose goals are not in consonance with his personal vision and ideals of Malaysia.



Should the Constitution's guarantees for freedom of association be qualified to rule out JIM members - or their supporters - from holding office? For someone who preaches democratic ideals, Ooi's statements are more in line with the utterances of dictators and demagogues.




4. Promotion of religious hatred and insensitivity


Ooi has contributed to the creation and perpetuation of greater misconceptions towards Islam and the Syariah. Jeff Ooi and his supporters are building people supports for him not to apologies over his uncalled remark on Syariah and Islam. He has also taught by his example that while it is wrong to insult and give derogatory labels (such as 'extremist') to other religions and their adherents, it is OK to do so in the case of Islam and its laws.



Under Syariah (Islamic rules) we Muslim have been thought to respect other religion (“for you your religion, for me mine” : Quran (109) : 6), not to force people into converting to Islam [Quran 2 : 256] and against the act of condemning other religion [Quran 6 : 108] as it is the case of the cow head protest.



FORUM is AGAINST those who - in the cow head incident in Shah Alam, Selangor - in their ignorance of or in defiance of Islamic teachings insulted the Hindu community and their faith when they paraded and stepped and spit on the head of a slaughtered cow. In Islam, Muslim are told to respect other religions and that insulting the sacred symbols of other faiths is tantamount to insulting God Almighty. Every individual is indeed entitled to his or her right to dissenting views and opinions. Especially in the context of Malaysia, this should not be taken to mean Islam can be subject to vilification, particularly by one who is not an adherent to the faith. While Ooi was against the cow head incident in Selangor due to his supposed 'sensitivities' towards the Hindu religion, he does not demonstrate the same 'sensitivities' towards Islam.



We Muslims, called Jeff Ooi, his supporters and others who are similar to him not to intervene into Islam, Syariah and respect the sensitivities of Muslim




5. Would Ooi have stated his real position on Syariah before being elected as a YB?


FORUM is not calling for action against Ooi's position as Jelutong MP that he attained through the democratic process (including he should remember, through the efforts of Muslim supporters of PR), but in his capacity as Chief of Staff in the Chief Minister's Office and as one who has a direct say in the formulation and implementation of state government policies, including on religious matters. In the context of the Hindraf phenomenon, it would have been a folly for Ooi to have stated any of his personal views against Indians and the Hindu faith before the March 8 election, just as he had not uttered any anti-Islam remarks during his many campaigns tin Penang (of whom Malays make up 40%) to get voted. His first mistake has now been compounded by his arrogance in refusing not to apologise.


Once again, FORUM calls Ooi: apologise and step down as Chief of Staff for the Chief Minister office. Failing which the state government should remove him of his administrative position.



FORUM launches signature campaign to achieve the above demands, an action taken after long and due consideration of Ooi 's arrogance and stance on the issue and state government's inaction. The campaign has started, goes beyond the digitalized middle class Blackberry-carrying cyber community which Ooi sees as his strongest constituency, and is going to the grass root level.



Even if his Ooi privately has low regard for Islam and Muslims' aspirations to be governed by the teachings and laws of their faith, it is not appropriate now, nor will it ever be appropriate, for Ooi as a elected representative and holder of government office to express them publicly and expect us to stand by quietly while he continues his office.



Mohd Hafiz Nordin and Md Roslan Hashim

FORUM Spoke persons


14 ulasan:

Basuh Baju berkata...

A good rebuttal!

lutfi berkata...

Salam.
Wanfhysal. Kadang-kadang tindakan sebegini seperti disengajakann dan dirancang. Memang, setiap serangan dan tuduhan boleh ditarik balik. Tetapi, apa yang mereka perkatakan itu akan membentuk persepsi, khususnya dalam kalangan nonmuslim. Persepsi ini akan subur dalam msyarakat, walaupun pihak yang membuat tudujan menarik balik tuduhan.

nami o fish berkata...

Jeff Oii tidak boleh jadi ahli Parlimen?

Dia dipilih rakyat.Fair and square.

Sama macam Geert Wilders,ahli Parlimen Belanda yang membuat filem Fitna yang mengutuk agama Islam.Dia juga dipilih rakyat - fair and square.

Cuba jangan berfikir perspektif orang Islam,umat Islam,orang Melayu semata-mata?Cuba fikir - kenapa Jeff Oii kata begitu?

Yahudi Qainuqa ke,Anglo Saxon ke,apa ke - kita ni semua manusia.Tinggal di bumi yang sama.

Kalaulah sebuah meteorite jatuh ke bumi dan meletup - dari Yahudi ke Melayu ke orang Twahili sekalipun akan mati.

Tanpa Nama berkata...

Adakah rakyat yang memilih Cina itu menghendakinya menghentam Islam?

Agaknya, kalau si Jeff Ooi hentam mak bapak kita, cakap yang tak benar tentang mak bapak kita, kita kena tumbs up la ya.

Letak hati pada hati, jangan letak di tapak kasut.

semutar sanggah berkata...

Jeff Ooi bercakap macam orang mabuk. Siapa dia untuk pertikaikan hak untuk daulatkan Islam di negara ini.

Jeff Ooi mungkin masih keliru sama ada dia warga negara asing atau warga negara Malaysia.

Kalau Jeff Ooi tidak bersetuju untuk memartabatkan Islam di negara ini, dia boleh kelaur ke negara lain yang sesuai untuknya.

Rausyanfikir berkata...

Betul bro.Lutfi. Welcome to Realpolitik!

Faiz Mukmin berkata...

Salam Akh Fhysal

Boleh cadangkan tajuk tak tentang falsafah, tapi ada kaitan dengan aqidah? skop yg lebih khusus tak terlalu umum.

nami o fish berkata...

Sebab si Anonymous ni bercakap mengikut emosi dan bukannya rasional - eloklah kiranya kalau saya berkata - eloklah anda berfikir dahulu.

Jeff Oii - dipilih oleh rakyat.Soal Melayu atau Islam - dia jadi ahli parlimen atas pilihan rakyat.Tak boleh nak deny perkara tu.

Soal dia mengkritik Islam - cuba sebagai orang Islam,daripada nak melenting dan memaki tak tentu pasal,cuba fikir - kenapa dia keluar statement macam tu?

Orang bercakap macam tu ada sebabnya.Cuba jadi rationalist daripada reactionist.

Cuba berfikir daripada beremosi tak tentu pasal?

Rasullulah kalau reactionist,dah tentu marah-marah bila orang baling batu atau tahi kat dia.Tapi dia seorang rationalist.

Letak fikiran kat otak,bukan kat kasut.

Bertindak ikut hati pasal tu ramai yang sakit hati.

Rausyanfikir berkata...

Wassalam,

Maaf ana tak clear dengan tajuk tersebut.

Kepada En. Nami,

Telusuri hujah FORUM dahulu.

weber berkata...

jeff ooi mengaitkan JIM dengan kumpulan extremist semata-mata kerana JIM ingin menegakkan syariah Islam sepenuhnya pada tahun 2020..
jeff ooi menarik balik kenyataan beliau tanpa ucapan maaf..

maka selepas ini sangat mudah bagi sesiapa pun untuk cakap macam-macam kepada mana-mana gerakan Islam hatta PAS sekalipun... tarik balik.. tiada tindakan dikenakan.. memang mudah sekali..

menjadi rasional itu bukan untuk orang islam sahaja.. mengaitkan gerakan Islam dengan extremis juga adalah satu kenyataan yang tidak rasional..

Faiz Mukmin berkata...

Mintak maaf sebab tak jelas...

Saya nak buat satu tesis tentang aqidah...

Kalau boleh tesis aqidah saya ni ada kaitan dengan falsafah...

Contoh: Kesan Falsafah meteralisme kepada aqidah umat islam

Saya mohon cadangan dan fikrah dari akh fhysal

Rausyanfikir berkata...

hmm jujurnya saya tak mampu la nak bagi cadangan camni sebabnya saya tak ada pengalaman dalam nak bahas tajuk tesis...

Patriot Garang berkata...

Saya sangat bersetuju dengan kebanyakan komentator disini.

Kalau kita asyik duduk pertikai kenapa Jeff Ooi kata begitu..

- Kalau jawapan yang kita jumpa adalah simply kerana beliau RACIST,ANTI-ISLAM dan ANTI-MUSLIM Macam mana?


Adalah lebih baik kita sebagai orang islam cuba cari jalan untuk mengekang orang2 bukan islam daripada mengeluarkan kenyataan anti-islam.

Kerana seperti kata2 kebanyakan komentator disini -

Cth :

Akhi Lutfi :-

"Persepsi ini akan subur dalam msyarakat, walaupun pihak yang membuat tudujan menarik balik tuduhan."


TUDUHAN-TUDUHAN JEFF OOI AKAN BERTUKAR MENJADI PERSEPSI KALAU KITA BIARKAN DIA SESUKA HATI KELUARKAN KENYATAAN BEGITU.

Kalau kita biarkan.

Last2 semua Non-Muslim yang anti dengan muslim boleh keluarkan kenyataan tanpa mengira sensitiviti orang islam.

takpun

Makin ramai orang bukan islam punyai persepsi yang kurang baik terhadap islam.

Jadi.

Apa yang kita patut dan boleh buat adalah Protes.

Kerana jika dibiarkan mungkin keadaan boleh jadi makin teruk.

Kita mungkin lihat dunia ini kita kongsi dengan orang bukan islam. Tapi, adakah diorang juga melihat perkara yang sama?

Adakah mereka juga mempunyai perasaan yang sama?

yeop_sepet berkata...

salam..tentang tpoik ahlul bait dan ketamadunan islam nusantara,saya rasa penulis x abis mengkaji.sebelum penulis ke situ,penulis harus mengkaji kedatangan awal islam di nusantara dan sejarah ahlul bait itu sendiri.kedatangan islam di nusantara berm,ula dengan gelombang daripada india,daripada pedagang2 arab.tapak mula adalah di acheh,dibawa oleh keturunan ahlul bait dan kemudiannnya ke tanah melayu.kedatangan islam jika dilihat pd batu bersurat di terengganu dan acheh bertarikh awal lg sebelum kedatangan paramewara ke melaka.masyarakat melayu islam ketika itu amat berpegang teguh dengan ajaran ahlul bait(ketika itu belum ada mazhab2.)rasa hormat adalah timbul drp kesedaran bahawa ajaran islam dibawa terus oleh keturunan rasulullah.semenjak kedatngan inggeris,proganda inggeris telah menghakis rasa hormat kpd kedudukan ahlul bait demi menjauhkan mereka drp islam.Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya aku meninggalkan kamu 2 perkara yang amat berat.jika kamu mengikutinya nescaya kamu tidak akan sesat.iaitu Al quran dan Itra ahlul bait ku." Hadith sahih muslim.Adakah penulis rasa pihak inggeris yg dikawal oleh agenda masonic semasa itu tidak mengkaji hadith ini?Pikir2kan.