Jumaat, 4 September 2009

Merdeka oh merdeka

Saya ingin berkongsi beberapa siri video yang ada kaitan dengan tema Kemerdekaan.


Video pertama adalah penampilan sulung saya selaku seorang pemidato amatur kira-kira 2 tahun lepas dalam satu pertandingan pidato atau syarahan sempena menyambut bulan kemerdekaan di UTP pada tahun 2007 (masa tu baru umur 20 tahun).




Video ini bila saya tengok balik rasa nak tergelak sangat sebab melihat proses awal dalam nak mematangkan idealisme saya selaku seorang aktivits mahasiswa apatah lagi dengan penampilan sulung dalam satu bidang yang saya paling meluat sewaktu di sekolah dahulu iaitu pidato, debat dan yang sewaktu dengannya ( sebab sebagai seorang pemain ragbi negeri, saya amat anti budak-budak lembut yang masuk pidato, debat).



Tapi itu semua berubah sewaktu saya ditarbiyah dibawah Tuan Haji Azmi Abdul Hamid, Presiden TERAS Pengupayaan Melayu yang membentuk sebahagian besar idealisme perjuangan Kemelayuan saya. Sebelum ini dalam Jemaah Islam Kampus, identiti saya hanyalah sebagai seorang Muslim berlabel "hijau". Aspek perjuangan bangsa tidak ditekankan kerana kata mereka "assobiyah" ala UMNO yang mana pada ketika ini saya tolak sebab hujah dangkal dan kekeliruan dalam memahami aspek juz'iyyat pembinaan identiti Muslim di Nusantara.



Macam biasa, di bawah didikan Cikgu Azmi (nama panggilan tidak rasmi dikalangan aktivis) saya acap kali di cabar untuk pakai kain pelikat seperti beliau di mana-mana sahaja saya berada. Satu cabaran yang saya masih gagal nak buat melainkan pada waktu malam di kampus.



Tapi sewaktu saya nak berpidato dalam pertandingan tersebut, saya benar-benar nekad untuk menjadi 'poyo' (istilah budak-budak zaman sekarang yang Tertawan Minda) dengan memakain kain pelikat dan baju melayu beserta songkok hitam dan naik motor kapcai kawan ke Dewan Kuliah 2 yang lama untuk berpidato.



Niat saya menjadi 'poyo' sebegitu sebenarnya untuk meng-izzah-kan semangat kemelayuan dan pada masa yang sama cuba menawan hati para hakim. Kalau menang dapat buat berpidato live sewaktu malam ambang Kemerdekaan di UTP di mana pemenang akan berpeluang berpidato kepada khalayak warga UTP yang hadir.



So pendek cerita saya memang nak berdakwah la pada masa tu. Saya buat semua ini bukan kerana arahan MT Jemaah Islam Kampus ke apa ke tapi kerana semangat peribadi demi menegakkan kebenaran.


Sudah tentu saya kalah kepada adik-adik yang jauh lebih hebat. Tapi dari segi pakaian saya menang la kot sebab saya tengok para pensyarah saya yang mengajar subje Public Communication Skills (PCS) asyik tergelak dan senyum lebar melihat saya berpidato.


Sebab kalah dapat no. 3 rasa, maka saya balik rumah sewaktu merdeka. Rupa-rupanya pihak pengurusan untuk event malam ambang kemerdekaan UTP tahun 2007 ( RCSU) nak bagi ruang pada saya berpidato tapi sayang saya dah balik rumah.


Sekarang saya di tahun akhir meniti saat-saat hendak menutupi perjalanan hidup di UTP bila tengok balik video tersebut rasa sangat lucu. Darah Melayu muda!


Video kedua pula berkaitan dengan pembentangan laporan ulasan buku Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu karya pemikir agung kita, Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas. Rakan-rakan coursemate saya sudah masak dengan perangai saya yang suka berceramah di awal kelas sebelum kelas bermula sepanjang mereka bersama saya dalam jurusan Kejuruteraan Kimia. Saya tahu ramai yang meluat terutamanya budak-budak perempuan hendaknya pula bila saya bercakap pasal Islam.



Maka bila dah tahun akhir ni saya tak berpeluang lagi untuk bercakap di hadapan mereka (dah penat pun) sebab masing-masing dah fokus kepada pengkhususan masing-masing yang rata-rata dilambakkan kepada Petroleum Engineering dan Process Control. Saya yang memilih pengkhususan dalam Environmental hanya mempunyai 4 rakan coursemate yang lama (itu pun semua perempuan dan sayalah lelaki terakhir dan satu-satunya dalam batch Januari 2005 yang terjun dalam pengkhususan Alam Sekitar).



Untuk itu, peluang duduk dalam kelas Prof. Ahmad Murad Merican dalam subjek Malaysian Studies saya gunakan sepenuhnya segala ruang dan peluang yang ada untuk menyebarkan 'dakyah' saya kepada rakan-rakan lain yang ambil subjek tersebut tidak kira daripada jurusan Kejuruteraan Mekanikal ke, Sivil ke dan tak kisah budak Melayu, Cina, India dan foreigner semua saya 'dakyahkan' dalam kelas.



Saya selalu tanya soalan yang provokatif dan sengaja saya tanya soalan yang saya dah tahu jawapan. Sebabnya saya nak buka minda rakan-rakan yang liat nak baca buku dan surat khabar agar mereka faham realiti (sekarang baru sedar bila dah nak grad, nak pergi interview, nak buat resume yang CGPA bukanlah segala-galanya). Maka, kelas Malaysian Studies khususnya dibawah kelolalan Prof. Murad yang sangat bersemangat menyampaikan ilmu tanpa Powerpoint (pensyarah klasik) adalah masa terbaik untuk 'meracuni' (pinjam frasa tuduhan liar segelintir ahli Jemaah Islam Kampus) pemikiran rakan-rakan sekelas berkenaan idealisme Rausyanfikir.com.


Hasilnya adalah seperti siri video di bawah. Selamat menonton dan moga dapat manfaat!















11 ulasan:

:: ARA :: berkata...

Sekarang masih anti pemidato?

acabeire berkata...

biasalah. bila keadaan memaksa. aku pun xminat debat, pidato dan sebagainya. dah terpaksa menentang arus untuk hidupkan persatuan islam di Ireland, kenala belajar bagi speech. jika speech datang dari hati, tak perlu skil yang mendalam. ia akan datang sendiri dengan kesungguhan untuk berdakwah dari hati dan aqal yang hidup.

nurmohd berkata...

Salam,saudara wan,Taniah2 sungguh mengkagumkan blog anda ni.hebat sungguh rausayanfikir warisan Ali Syariati yang anda ketengahkan.saya begitu tertarik sekali isikandungannya.
saya orang baru dalam dunia falsafah,tambah2 lagi falsafah islam,,nak tanya saudara wan,mohon pandangan anda tentang tokoh ibnu Taimiyyah yang mengkritik falsafah, kalau dapat dalam kitab apakah beliau menulis kritikan tersebut. Syukran banyak2.

nurmohd berkata...

Salam,saudara wan,Taniah2 sungguh mengkagumkan blog anda ni.hebat sungguh rausayanfikir warisan Ali Syariati yang anda ketengahkan.saya begitu tertarik sekali isikandungannya.
saya orang baru dalam dunia falsafah,tambah2 lagi falsafah islam,,nak tanya saudara wan,mohon pandangan anda tentang tokoh ibnu Taimiyyah yang mengkritik falsafah, kalau dapat dalam kitab apakah beliau menulis kritikan tersebut. Syukran

zulhardy berkata...

salam wan,

aku tak ingat nama pensyarah Malaysian Study aku, tapi penysarah aku juga dulu orang luar. Tak silap aku juga penysarah UiTM.

Tapi aku google nama Ahmad Murad nih, bukan muka yang aku kenal.

Tapi aku hanya nak kongsi lah, beberapa tahun lepas pensyarah Malaysian Studies aku lah yang membuka minda aku terhadap Malaysia dan semangat kebangsaan. Dia lah yang menyebabkan aku mula terfikir pasal keadaan di sekeliling kita.

6 tahun aku di UTP dia lah satu-satunya pensyarah yang mampu ubah persepsi aku terhadap sesuatu benda :D

Rausyanfikir berkata...

Salam kpd semua,

1) Masih anti kepada pemidato yang lembut dan berlagak terer dan sufastaiyyah.

2) Betul2.

3) Saudara boleh check entri saya yang lampau pasal Ibn Taimiyyah. Cuba search dlm blog ni. Rasanya kita al-Radd al-Mantiqiyyin

4)Huhu betul2. Subjek2 cam nilah yang membina identiti mahasiswa. Ahmad Murad baru masuk maka sebab tu ko xsempat lagi kot.

Tanpa Nama berkata...

suka dengan entri ini. Teruskan usaha anda!

umi

weber berkata...

salam sdra RF,
anda kena bergiat dalam bidang akademik.. jadi pensyarah.. saya tak tahu la kalau anda kena ikat dengan mana2 badan (petronas,JPA,etc).. kalau terikat jugak.. pandai2 la nak loloskan diri..:)

kalau anda kerja jadi engineer nanti..lagi la bosannya...

Rausyanfikir berkata...

Wslm,

Sedang berusaha meloloskan diri :)

Planning sudah ada. Moga dipermudahkan Allah.

infomajlisilmu berkata...

Nice posting, lecture and sharing.

Keep on your good job!

Nice web for knowledge seeker at www.infomajlisilmu.blogspot.com

acabeire berkata...

jadi ulama yang independent.kalau hebat dalam bisnes, amik bisnes jugak. jadi macam Imam Abu Hanifah. Saudagar kain yang alim. baru tak kena pengaruh dek pemerintah