Sabtu, 12 September 2009

Mengasah daya intelek dengan berseminar,berforum dan aktiviti yang sewaktu dengan-nya



Selesai sudah beberapa siri seminar dan forum yang saya telah hadiri, sama ada sebagai pembentang atau selaku peserta. Maraton intelektualisme ini saya rasa paling susah hendak didaki sewaktu Seminar ASASI berkenaan Pemikiran, Teknologi dan Budaya yang baru-baru ini diadakan kunjung kalinya di UTP yang memang kering kontang dengan aktiviti budaya ilmu sebegini. Dah lama ASASI nak buat seminar di UTP tapi tak dapat kata putus. Walaubagaimanapun, dengan ada orang kuat budaya ilmu macam Prof. Ahmad Murad Merican, maka aktiviti sebegini dapat dijalankan juga.


Maka Prof. Murad pun memberi amanah kepada saya untuk menulis kertas kerja dan menjadi salah seorang pembentang dalam seminar tersebut. Memadangkan jabatan Social and Humanities UTP kenal benar saya maka tidak menjadi satu masalah saya rasa mengikut perkiraan mereka untuk siswa tahun akhir Kejuruteraan Kimia membentang kertas kerja dalam seminar ASASI ini. Malah saya rasa jabatan Chemical Engineering UTP pun tak sedar dan tak tahu saya terlibat dalam perkara sebegini. Untuk itu saya harus ucapakan jutaan terima kasih kepada para pensyarah yang budiman lagi memahami daripada jabatan Social and Humanities UTP kerana memberi saya peluang untuk saya asah daya intelektualisme dalam pelbagai program anjuran jabatan.



Ini kali ketiga dalam jangka masa 1 tahun saya bentang kertas kerja serius. Pertama kali tahun lepas bulan September kalau tak silap dalam seminar fiqh dan pembangunan lestari di USM. Masa tu saya asyik tertanya-tanya:


" Am I doing the right thing? Presenting a paper in a Islamic science seminar? How would they react when they know that I am just a third year Chemical Engineering student talking about worldview stuff?"


Memang cuak. Ye la yang bentang paper semua stock pensyarah Pendidikan Islam dari UM, UKM, USM dan yang seangkatan dengan-nya. Tapi saya rasa saya dah lakukan yang terbaik seperti yang tersiar dalam video ini.




Pembentangan kedua yang serius adalah ketika seminar Humanities di UTP awal tahun ini di mana saya membentangkan kertas kerja bertajuk "The University and Captive Mind" buat pertama kalinya di hadapan para pensyarah dari pelbagai universiti dalam negara. Satu pengalaman yang menarik.




Pembentangan ketiga pula ketika di Perhimpunan Penulis Muda Kebangsaaan 2009 anjuran PENA-DBP di Melaka pada bulan Jun empoh hari dimana saya terpaksa bersemuka dengan golongan sasterawan muda dalam mengupas makalah bertajuk "Sastera Ilmi pemangkin budaya intelektualisme dalam peradaban ummah: satu renungan awal".



Satu lagi paradoks berlaku kerana saya bukan seorang penulis kreatif seperti mereka dan saya dijemput oleh pihak penganjur atas kapasiti saya sebagai orang sains dan kejuruteraan. Ini pun saya syak sebab saya bukan akademis seperti yang lain dalam bab-bab jurutera dan sains! Tipulah kalau kata tak cuak sebab buatnya diajukan soalan-soalan pedas tak ke susah saya nak jawab. Nasib baik Puan Nisah Haron bagi komen sahaja dengan mengkelaskan novel Ayat-ayat Cinta sebagai novel pop Islami. Lega sedikit sebab saya yang ajukan gagasan persuratan baru dalam seminar tidak tahu bahawa ianya bakal menjadi perdebatan hangat dikalangan penulis sebab gagasan ini seperti yang saya cerita dalam blog ini ianya adalah proses Islamisasi ilmu sastera dan sangat tegas dengan pendefinisian ma'na sastera dan mengkritik karya-karya yang bersifat sekular (dari segi rupa dan isi) termasuklah karya para Sasterawan Negara kita yang lampau (ingat, kita fokus karya bukan orang. Kritikan pada karya).



Kemudian saya hanya mengisi banyak forum, diskusi dan hadiri seminar sebagai peserta. Maraton intelektualisme sebegini dalam jangka masa setahun telah banyak membantu saya dari pelbagai aspek kendiri khususnya dalam membina keyakinan intelektualisme, seni berfikir teratur, dan paling penting membina jaringan yang memungkinkan kehadiran traffic yang konsisten dalam Rausyanfikir.com.



Bila saya tinjau balik, tak adalah lama sangat saya terjerebak dalam budaya ilmu ini. Tapi momentum dia sangat deras sehingga rasa macam 'orang lama'. Tiada siapa ajar saya macam mana nak tulis kertas kerja yang berjela-jela. Saya banyak baca, dan rujuk makalah-makalah yang saya dapat dalam seminar yang saya hadiri dan memberanikan diri untuk cuba menulis seperti mereka (sudah tentu tahapnya masih kurang).


Mana ada siswa jurutera kimia di ajar tulis kertas kerja falsafah, pemikiran, sosiologi, ekonomi yang memerlukan cross-referrence dalam banyak disiplin ilmu. Saya kira, niat saya untuk mencari kebenaran dalam setiap persoalan menjadikan saya begitu bersemangat dalam melatih diri untuk menulis perkara sebegini.


Dari kiri: Prof. Murad, Asyraff (someideas.wordpress.com), Rausyanfikir.com, Ustadh Maalik Bennet, Prof. Ir. Wan Ramdli Wan Daud (Pres. ASASI), Dr. Alinor, Ustadh Rahmat, Ustadh Pisol.


Maka dalam seminar ASASI terbaru ini, saya telah menulis makalah bertajuk "Propaganda and the distortion of worldview: A preliminary analysis." Niat saya sebenarnya adalah untuk memahami dan mengembang luaskan tesis Prof. al-Attas berkenaan kerosakkan ilmu (corruption of knowledge) dengan menumpukan kepada aspek praxis-nya.Bagaimana ilmu boleh rosak? Media massa? Setuju. Tapi bagaimana?


Maka saya cuba mengorek rahsia ini dan saya ketemu banyak perkara menarik. Untuk makalah ini saya memang tulis bersandarkan kerangka al-Attas dari segi falsafah ilmu tapi dari segi falsafah praxis kerosakkan ilmu saya tumpu kepada Jacques Elull dan Neil Postman. Prof. Ahmad Murad Merican lebih arif berkenaan falsafah teknologi dan media. Kertas kerja tersebut telah disiarkan dalam entri terdahulu dan ini pula video pembentangan saya di sini, sini dan sini.



Ternyata semua aktiviti sebegini telah banya mengasah daya intelektualisme saya walaupun saya sebenarnya bukan daripada bidang ilmu sebegini. Walaupun ramai yang masih tak faham dan skeptik dengan kegiatan sebegini tapi inilah hakikat menjadi seorang mahasiswa. Seperti kata kawan saya, Hasanul Arifin, orang kuat Persatuan Pelajar Islam NUS Singapura:

If university students do not read and reflect, who would? The man on the street?


Begitu juga dengan penambahan daripada rakan saya, En. Wan Mohd Aimran, pensyarah muda Fizik Gunaan di UKM:


If scholars don't read and reflect, how can their students do the same?



Saya nak tambah juga:

If scholars don't read, reflect and write, how can their students do the same!


Inilah masalah kehilangan ma'na dalam sistem pendidikan khususnya di universiti. Kita hanya berpotensi melahirkan golongan para pensyarah kangkung dan mahasiswa taugeh. Mungkin yang berminat nak fahami apa saya maksudkan dengan sindrom kesayuran tersebut boleh rujuk gejala pembodohan anak-anak muda dengan membaca buku ini:


Amerika dan Malaysia sama sahaja. Kerana proses Pembaratan berlaku seiring dengan proses globalisasi. Maka buku ini boleh dirujuk sama dalam konteks masyarakat kita.



Selepas ini ada beberapa lagi jemputan dan yang paling hampir adalah Seminar Intelektual Muda ASASI. Maklumat lanjut boleh dicapai disini.


1 ulasan:

Faiz Mukmin berkata...

Bila Akhi Faysal sebut pensyarah kangkung mahasiswa taugeh, saya teringat apa yang ditulis Prof Hussein Al Atas tentag 'pandir'...kita ketandusan intelektual walaupun punya prof,pensyarah, dll pangkat lagi...teruskan perjuangan memartabatkan ilmu, insyallah kebangkitan ISLAM itu pasti.