Rabu, 2 September 2009

Lagi cerita minyak




Harga minyak naik lagi. Keluh kesah orang ramai mengundang marah yang teramat kepada kerajaan. Kadang kala dihumbankan juga kepada Petroliam Nasional Berhad yang hanya menjalankan amanah seperti yang termaktub dalam rang undang-undang.


Bagi rakyat marhaen, janji jangan membebankan hidup yang sudah lunyai dihisap lintah darat kaum kapitalis dunia pertama.


Tapi lain pula cerita bagi para pemain besar ( major players) dalam mencorak masa depan negara. Para pembuat dasar, pemikir strategik geo-politik, ekonomi dan politik dunia empunya paradigma yang lebih luas berbanding apa yang dirunguti dalam media massa.


Isu naik harga minyak itu bukanlah satu perkara yang menjadi tumpuan kerana mereka faham ada masalah lebih besar daripada harga di pam minyak yang merupakan kesan daripada akar masalah yang lebih membimbangkan. Perkara sebegini masih kabur dikalangan orang awam apatah lagi para politi-rakus baik Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat yang meng-keldai-kan Petroliam Nasional Berhad demi kepetingan politik murahan masing-masing.


Saya cukup benci orang yang semangat nak jadi pemimpin tapi baghal dalam bab-bab penggubalan dasar yang cukup penting khususnya isu kelestarian tenaga. Hendaknya pula yang suka berslogan dengan cogan kata "Al-Quran dan Sunnah" tapi tak mampu zahirkan penyelesaiaan yang konkrit daripada tradisi khazanah keilmuan Islam.


Mungkin inilah politik demagogi dunia ketiga. Tin kosong dan penuh emosi. Memperbodohkan rakyat dengan gula-gula propaganda masing-masing.


Saya sudah banyak menulis pasal ekonomi dan minyak. Bolehlah rujuk balik dalam blog ini bagi memahami pendirian saya berhubung dengan sebarang krisis berkaitan minyak. Kita tidak boleh lagi dipermainkan dengan emosi singkat berkenaan sebarang perubahan harga atau keadaan sosio-ekonomi yang melibatkan bahan api fosil TANPA memahami hakikat sebenar permasalahan sebegini. Rakyat Malaysia tidak boleh lagi dibuai dengan retorik palsu politi-rakus yang hanya tahu mengambil kesempatan daripada penderitaan rakyat yang kurang maklumat dan kefahaman yang jitu berhubung masalah ini.


Kita sedang berada di penghujung tamadun industri berasaskan api fosil. Itulah hakikat yang pedih yang mana orang yang belajar di UTP pun belum tentu gamblang berkenaan masalah ini kerana banyak daripada golongan so-called intelektual hanyalah pak turut kepada apa yang disuap oleh media massa barat yang sememangnya suka memporak-perandakan fakta dan isu seperti polemik apakah benar-benar wujud krisis kesan pemanasan global yang mana segenap politi-rakus di negara masih buta terhadap isu kritikal ini!



Maka perkara pertama yang harus kita sama-sama lakukan adalah MEMPERAKUI KEJAHILAN KITA terhadap isu ini. Barulah kita boleh meletakkan langkah pertama dalam proses menuntut ilmu berhubung perkara sebegini. Susah kalau masing-masing tunjuk lagak "pandai bebenor" (kata orang Perak) walhal tak sedar yang kefahaman kita itu hanyalah gejala bebalisme seperti yang diterang dengan tuntas oleh allahyarham Prof. Syed Husein Alatas dalam karya beliau Intelektual dalam Masyarakat Membangun ataupun penjelasan tuntas adiknya, Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas berhubung kefahaman para sekularis/modenis/reformis yang terperangkap dalam kerangka waqi'iyyah semata-mata tanpa memahami kerangka haqiqah yang lebih mendasar dan menyeluruh dalam membentuk pandangan alam Islam iaitu ru'yat al-Islam lil wujud.


Antara bahan bacaan rutin saya adalah majalah Foreign Policy. Keluaran terbaru majalah antarabangsa ini sangat menarik untuk para penuntut ilmu yang ikhlas untuk memahami hakikat krisis tenaga dunia yang serpihannya membiak dalam waqi' pam minyak kita di Malaysia.



Tengok muka depan majalah pun sudah boleh agak apakah perbahasan yang mereka hendak utarakan dalam majalah ini. Para intelektual di negara membangun dan dunia pertama sudah memahami hakikat permasalahan ini dan sudah lama bergerak jauh meninggalkan kita negara umat Islam yang masih enak dibuai mimpi keabadian sumber tenaga bahan api fosil (maaf, itulah sikap kita terhadap bahan api fosil yang terzahir dalam corak pembangunan masani khususnya di negara-negara Arab).



Edisi kali ini, majalah Foreign Policy mengumpulkan beberapa intelektual yang berautoriti dalam dunia, bagi membahaskan isu krisis tenaga dalam pelbagai dimensi dari sekecil-kecil harga minyak hinggalah kepada mitos 'tenaga hijau'. Boleh cuba rujuk beberapa artikel ini di laman mereka di sini. Saya syorkan, kalau benar-benar Pakatan Rakyat bercita-cita hendak ganti Barisan Nasional, jadikan majalah ini satu bacaan wajib buat para penggubal dasar dalam Pakatan Rakyat dan didiklah masyarkat Malaysia agar benar-benar faham hakikat isu ini dalam siri ceramah politik masing-masing. Jangan asyik bawa isu serpihan sahaja.



Bagi yang lebih serius, seperti apa yang disarankan oleh Allah dalam Al-Qur'an dalam ayat terakhir surah Yusuf: laqad kana fi qasosihim ibratul li ulil albab, maka buku dibawah ini harus dihadam dengan baik.





Cuba fahami latar belakang pensejarahan tenaga dunia khususnya bahan api fosil. Buku ini menceritakan isu tenaga dalam pelbagai dimensi yang benar-benar mampu membantu kita belajar dari pengalaman lampau dalam saat berhadapan krisis tenaga dunia.



Bagi kaki politik yang ingin meningkatkan kefahaman politik dalam sektor geo-politik dan hubung kaitnya dengan tenaga, bolehlah kaji buku ini:




Amerika Syarikat, Kanada, Norway dan Rusia sudah sibuk melancarkan Perang Dingin baru dengan berusaha menawan kawasan Kutub Utara yang dikatakan mempunyai rizab minyak yang terbesar dan mungkin juga yang terakhir untuk umat manusia. Ingat, minyak pada masani bukan semudah digerudi seperti zaman tok kadok, semuanya tertanam dalam kawasan yang bersifat ekstrim dari segi geografi-nya apatah lagi politik-nya (remember Iraq and perhaps Iran anyone?).



Kalau leceh dan malas sangat nak buku kutub khanah tersebut cubalah tonton filem ini bagi menyerap semangat perjuangan mencari tenaga bahan api fosil (budak-budak UTP boleh cari dalam DC++) :




Satu lakonan yang mantap berhubung realiti awal penubuhan industri minyak di Amerika Syarikat. Fahami plot, dialog dan latar cerita dengan baik kerana filem ini mendapat penghargaan yang banyak daripada pengkritik filem antarabangsa.


Patutnya, Pakatan Rakyat khususnya para penyokong mereka dalam kalangan mahasiswa kumpul 4-5 orang dan beli buku tersebut di Kinokuniya dan bedah baik-baik dan bentangkan pada pimpinan Pakatan Rakyat. Jangan timbul isu baru nak terhegeh-hegeh maki hamu kerajaan dan paling teruk bambu PETRONAS yang tersepit dalam permainan politi-rakus masani.


Tapi kalau dah tak ada budaya ilmu memanglah liat sikit nak buat kerja-kerja asasi macam ni. Macam manalah kita nak menuju kepada K-Politics (Knowledge based Politics).



Lagi satu, udah-udahla tu isi minyak cap negara lain. Belilah minyak kita. Patriotiklah sikit. Common sense.



Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.


Rujuk juga artikel Water for Oil: The Devil's Bargain for Natural Gas.



7 ulasan:

Budak Pensel berkata...

logik.

acabeire berkata...

there will be blood, not where

Haris Zalkapli berkata...

Daniel Yergin pernah tulis satu artikel katanya lebih kurang, free market akan tolong merendahkan harga minyak, sebab bila minyak mahal, pelaburan di tempat susah macam Asia Tengah dll akan jadi berbaloi. Logik jugak, tapi banyak faktor lain lg. Yergin tolak Hubbert Peak, dan ramai kritik dia dan tempat kerja dia, Cambridge Energy Research sebab kata harga minyak akan turun. Jepun dulu ambik langkah tangani bekalan minyak yang susah, dengan tingkatkan kecekapan tenaga kereta. Kesannya kita nampak skrg, kereta Jepun lebih efisyen. Skrg Hummer pun dah tak nak buat besar-besar. Negara yang rizab minyak tak masuk tempat tinggi dalam list tahunan BP mcm Malaysia patutnya dah lama sedar, pembangkang mcm PAS dan parti-parti kiri (parti yg sokong free market tak dptlah) patut kempen untuk kecekapan tenaga, mintak insentif kerajaan dll. Mungkin boleh start bas tenaga bersih untuk kawasan bandar KL. Rasanya drpd subsidi minyak, elok jgk duit tu bagi untuk insentif tenaga lain. Rakyat ni pun bukan boleh layan sangat, beli kereta besar-besar, lepas tu mintak subsidi.

neo berkata...

Ulasan yang menarik.

Terkilan dengan ahli politik (bukan pejuang) yang mengkambing hitamkan PETRONAS.

Dulu masa di Manek Urai, PETRONAS sekali lagi cuba dikambing hitamkan.

Harap rakyat Malaysia terutamanya golongan muda dan siswa dapat memahami sesuatu perkara sebelum cepat menjatuhkan hukum.

lutfi berkata...

There will be blood- Saya sudah tonton. Tetapi, yang saya lihat terpendam dalam filen itu, ialah kehilangan makna kebahagiaan yang hakiki manusia Amerika, dan keterasingan manusia moden dalam peta dunia masani.

Rausyanfikir berkata...

Haha betul bro. Haris. Inilah blind spot terbesar kita dalam berpolitik bab tenaga. Satu info yang bagus tapi memang tak diwacanakan langsung. Itu yang payah...

weber berkata...

there will be blood.. hemm... bukan cerita pasal rockerfeller ke..?

saranan sdra RF yang akhir memang saya setuju 100%:). kalau dulu zaman orang2 petronas ni bodo lagi.. tak berapa nak tahu pasal environment..kompeni cap kerang yang banyak buang sisa dalam laut sabah/sarawak tu..

skrg ni dah tahu..takdela diorang ni memandai sangat..