Isnin, 10 Ogos 2009

Rausyanfikir bersama masyarakat



Dalam 2 minggu ini, saya terpaksa berulang alik ke Kuala Lumpur. Banyak jemputan yang perlu saya sempurnakan. Dalam meniti usia pengakhiran status quo sebagai mahasiswa, Allah mengurniakan pelbagai peluang dan ruang untuk saya kongsikan seciput pengalaman dan sedikit ilmu bersama rakan-rakan lain di luar sana. Tahun depan, gelaran "mahasiswa" tidak lagi layak dimiliki saya maka oleh itu saya harap dengan kesempatan yang bakal diberikan ini dapatlah saya melakukan sesuatu untuk perjuangan kemahasiswaan.


Ada beberapa acara yang saya akan "turun", antaranya:


1) Forum Rejunevasi Minda Dimensi Malaysia Baru : Mahasiswa Sebagai Generasi Pelapis Kepimpinan”.


Tarikh : 11 Ogos 2009 (Selasa)

Tempat : Dataran Gazebo,Kompleks Perdana Siswa,Universiti Malaya

Masa : 8.00 -11.15 malam



TENTATIF FORUM REJUVENASI MINDA



08.00 malam : Ketibaan tetamu dan VIP

08.30 malam : Forum bermula


Moderator : Mohd Ridzwan Mohammad

Ahli panel :

Panel I : Profesor Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah

Pensyarah Jabatan Pengajian Media

Fakulti Sastera dan Sains Sosial

Universiti Malaya

Kuala Lumpur


Panel II : Ustaz Muhamad Hisommudin Bakar

Pengarah Eksekutif

Pusat kajian sistem sosial alternatif

ILHAM Centre


Panel III : Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal

Koordinator kampus TERAS Pengupayaan Melayu &

Pelajar tahun akhir

Jurusan Kejuruteraan kimia

Universiti Teknologi PETRONAS



9.30 malam : Sesi soal jawab

10.00 malam : Persembahan oleh Raihan

11.00 malam : Penyampaian cenderamata

11.15 malam : Sesi fotograf dan autograf

11.30 malam : Majlis bersurai



2) Forum Young? (at heart) Save Malaysia



Saya akan berforum dalam tajuk pendidikan. Butiran lanjut di sini.



3) Seminar ASASI



ASASI akan menganjurkan Seminar ASASI-UTP dengan kerjasama Universiti Teknologi Petronas (UTP)

Tema : Pemikiran Budaya dan Teknologi
Masa : 9.00 pagi - 5:00 petang
Tarikh : 18 Ogos 2009 (Selasa)
Tempat : Undercroft, Chancellor Complex, Universiti Teknologi Petronas (UTP)
Anjuran : Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI) dengan Kerjasama Universiti Teknologi Petronas (UTP)
Sasaran : Mahasiswa, Tutor, Pensyarah Muda, dan mereka-mereka yang berminat

Senarai Pembentang adalah seperti berikut;

1. Donal Malik G,. Bennett: “Sublimination vs Reification at the heat of the Sunna: How every Muslim is meant to be an Intellectual and “Scientific” (physically and metaphysically)
2. Muhammad Pisol bin Mat Isa: “The View of Imam al-Ghazali towards Science”

3.
Mohd. Nuri al-Amin Endut: “The Conceptual Definition of Islamic Critical Thinking”

4.
Ahmad Murad Merican: “‘Budi, Rasa and Jiwa’: Technology as Extension of Man”

5.
Wan Ahmad Fayhsal: “Propaganda and the distortion of Worldview: A Preliminary Analysis”

6. Prof. Ir. Dr. Hj. Wan Ramli bin Wan Daud: “Epistemologi Kejuruteraan”

Saya akan mengupas tajuk Propaganda dari aspek pemikir Perancis, Jacques Ellul dan kaitannya dengan teknologi dalam mencaca merbakan Pandangan Alam masyarakat yang dipropagandakan. Gabungan beberapa topik psikologi, falsafah dan teknologi.



4) Forum: “Equality in Islam: Are Muslim Women Behind?”

Date : 20th August 2009

Venue : Main Auditorium,

International Islamic University Malaysia

Time : 8.30 p.m. - 11.30 p.m.


Speakers:


1)Datuk Kamalia Ibrahim

Wanita UMNO Vice Chief


2)YB Senator Puan Hajah Mumtaz Md Nawi

Senate Member

Dewan Undangan Negeri Kelantan


3)Bro. Wan Ahmad Faysal Wan Kamal

Student Representative (Universiti Teknologi Petronas)


Melihat kesemua tajuk yang akan saya kupas selama 2 minggu akan datang ini, ternyata saya akan merasai 'intellectual fatiguness'. Semuanya berat-berat belaka ditambah pula saya digandingkan dengan personaliti yang jauh lebih senior dan berpengalaman daripada saya. Saya harap rakan pembaca dapat mendoakan agar saya mampu sampaikan yang terbaik dalam setiap acara yang akan saya sempurnakan ini.




P/S: Rakaman saya dalam rancangan "Perspektif Kita" Astro AWANI juga berkemungkinan disiarkan hujung minggu ini.




2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam sdra Fasyal

sedikit nasihat buat sdra :

janganlah biarkan diri terlalu "over-exposed". sdra masih muda.

selain itu, ikuti nasihat Prof Naquib yang tidak membenarkan para pelajarnya untuk cepat-cepat berkongsi ilmu serta mengajar selagai ilmu belum benar-benar dikuasi.

sdra masih baru dan masih banyak lagi yang perlu dilalui. perjalanan masih jauh. dengan itu, momentum dan stamina perlu dijaga.

banyak pejuang agama yang menjadi keletihan kerana di peringkat awal, begitu ghairah; akhirnya mereka burn-out dan terus "retire".

semoga sdra tidak membenarkan diri sdra sekadar menjadi "pengisi" majlis-majlis. perlu bijak memilih dan mempunyai "brand" sendiri.

jangan kelam kabut mengejar pengiktirafan atau mengejar nama dan membina reputasi. semuanya akan datang sendiri bila mana sdra ikhlas melakukan kerana Allah s.w.t.

Yang penting, ikhlas kerana ia mampu menusuk ke dalam sanubari pembaca serta pendengar sdr.

tiada guna kita berhabisan tenaga, meghauskan tekak, tapi tidak mencapai matlamat. ia hanya akan meletihkan dan membuat kita cepat bosan.

semoga sdra bersedia menerima teguran ikhlas ini dari seorang aktivis veteran.

wassalam

Rausyanfikir berkata...

Wassalam,

Insya-Allah, satu nasihat yang amat berguna. Guru-guru saya juga sentiasa monitor pergerakan saya. Alhamdulillah ada check and balance.

Cumanya saya cuba menggunakan peluang sebagai mahasiswa dalam beberapa bulan yang tinggal ini untuk memberi sedikit impak kepada suasan aktivisme siswa. Selepas ini pasti akan slow seperti biasa kerana sudah graduasi.