Khamis, 13 Ogos 2009

Pendidikan atau Pengsijilan?: Muhasabah buat para graduan


Pejam celik pejam celik, rupa-rupanya sudah tiba musim graduasi para mahasiswa di seluruh negara. Jelas kelihatan kelibat ahli keluarga yang riang dan gembira melihat anak-anak merangkul ijazah yang menandakan "kejayaan" anak mereka.


Tapi apakah benar segulung ijazah tersebut menandakan para graduan benar-benar telah terdidik atau sekadar menerima latihan sepanjang 5 tahun bergelumang dalam institusi yang dinamakan universiti ini?


Ada beza antara education atau lebih tepat peng-ta'dib-an dalam Islam, dan certification atau pengsijilan yang banyak berlaku dalam senario pendidikan moden pada hari ini.


Anda mungkin pelajar terbaik universiti dengan CGPA 4.0 tapi apakah anda sudah berjaya keluar dari belenggu penjajahan minda yang lebih bersifat nadir dalam era pasca-kolonial ini? Apakah anda benar-benar "terbuka" dan "kritis" dalam memahami haqiqah atau paradigma anda sekadar terperangkap dalam aspek waqi'iy semata-mata?


Lupakah anda bahawa baginda Rasulullah sendiri pernah berdoa untuk dijauhkan daripada ilmu yang tidak bermanfaat (allahuma inni auzubika min 'ilmi la yanfa')?


Apakah anda menerima "ilmu" atau sekadar "maklumat" sepanjang anda menjadi mahasiswa di kampus masing-masing?


Semua persoalan ini merupakan tugas khas setiap individu yang menuntut ilmu untuk melakukan muhasabah kembali apakah benar-benar kita telah "berjaya" dalam mendidik diri menjadi apa yang sepatutnya terjadi setelah bergelar graduan.


Ada baiknya kita sama-sama tinjau kembali nasihat seorang pemikir Islam dari Pakistan, Sayyid Abul 'Ala Mawdudi berkenaan nasihat beliau terhadap para graduan:

"‘Dear students! You have spent many years of your life at this institution to acquire education. You have eagerly been waiting for the day when you will reap the harvest of your labour in the form of a degree. I am aware of your emotions on this occasion, and that is why it pains me to express my thoughts so bluntly.


Frankly speaking, I consider this Alma Mater, in fact all Alma Maters of this kind, slaughter houses rather than educational institutions. The degrees to be awarded are in fact death certificates, issued when the murderer is satisfied that he has accomplished his task; fortunate are those who escape from this organised butchery with still some spark of life.


I have not come here to congratulate you on receiving these death certificates. I am, rather, overwhelmed with grief to see you in such a miserable plight. I am like someone seeking a person who might still be alive among a mass of corpses.’"

Terjemahan dalam Bahasa Melayu:

"'Wahai Pelajar! Kamu telah melabur sekian lama masa kamu di universiti ini untuk mendapat pendidikan. Kamu telah lama menunggu saat dimana kamu akan menuai hasil usaha kamu itu dalam bentuk segulung ijazah. Aku merasai betapa tersentuhnya jiwa kamu dalam majlis sebegini, maka menjadi satu kesukaran buat aku berterus terang kepada kamu pada saat ini.


Walau bagaimanapun aku perlu berlaku jujur, bahawa dalam menilai tempat kau dididik in, malah kesemua tempat pendidikan yang bernama universiti ini tidak ubah seperti tempat penyembelihan berbanding tempat pendidikan. Ijazah yang dihulurkan tidak ubah seperti sijil kematian, diberikan apabila si pembunuh sudah berpuas hati kerana telah berjaya menyempurnakan penyembelihannya; alangkah bertuahnya kepada mereka yang telah berjaya melarikan diri daripada penyembelihan terancang ini dengan sedikit cahaya kehidupan.


Aku tidak hadir ke sini untuk mengucapkan tahniah kepada kamu kerana telah menerima sijil kematian tersebut. Malah sebaliknya, aku berasa teramat sedih melihat kamu semua dalam keadaan yang teruk. Aku seperti sesorang yang sedang mencari manusia yang masih hidup dalam timbunan mayat disini."


Syarah:

Mungkin, tidak ramai orang kita yang mengenali sosok pejuang Islam dari Pakistan ini. Sejarah telah mengukir betapa sosok ini berupaya berdiri sama tinggi dengan Imam Hassan Al Bana dalam perjuangan menegakkan Islam sebagai Sistem Kehidupan di tanah air masing-masing.


Sayyid Abul Ala Maududi merupakan seorang pejuang, intelektual dan da'ie yang cukup disegani dalam abad ke-20. Namanya senantiasa meniti dibibir para pejuang Islam yang dahagakan tiupan semboyan daripada pemimpin sepertinya.


Beliau merupakan pengasas kepada Jamaat-e-Islami di Pakistan, sebuah gerakan Islam yang sama hebatnya dengan Ikhanul Muslimin dibawah Imam Hassan Al Bana.


Ungkapan yang tajam dan tersirat di atas merupakan salah satu ekspresi diri beliau terhadap realiti sistem pendidikan yang telah tumbuh seperti cendawan selepas hujan semenjak zaman kolonial hinggalah ke hari ini.


Kenapa begitu teruk sekali pandangan beliau terhadap universiti? Adakah pengorbanan mahasiswa tidak bererti dalam menimba ilmu?


Persoalan ini akan terjawab jikalau kita bersikap kritikal dalam menilai sejarah dan impak yang tersirat didalam masyarakat.


Memang benar. Universiti telah menjadi pusat penyembelihan kepada anak-anak muda yang suci pemikirannya. Disinilah mereka dikelar mindanya, dipatahkan tulang kesedarannya dan digantung maruah mereka selaku pengubah masyarakat.


Para penyembelih yang terdiri daripada golongan aristokrat pendidikan telah mengupah manusia-manusia yang kelu untuk menyiat potensi minda perjuangan anak-anak muda ini. Diasingkan daripada realiti dan diangkat menjadi fantasi.


Itulah keadaan sebenar pada hari ini. Golongan mahasiswa sudah dicincang dengan lumat sehingga tidak dapat dikenali lagi sebagai seorang 'insan' yang berguna pada rakyatnya. Terkurung daripada cahaya kebenaran, mahasiswa akhirnya dibutakan dengan lambakkan makanan berupa sampah untuk dibuntalkan perut minda mereka agar tidak ada apa lagi yang perlu dipersoalkan.


Akhirnya, kegemukkan minda menghasilkan sifat kemalasan dan kepekaan kepada sekeliling menjadi pudar. Buta hati mula melingkar menusuk kalbu. Itulah mahasiswa. Hanyalah haiwan sembelihan buat golongan kapitalis yang menyedut darah merah yang segar daripada otak beku mereka.


Selagi mana golongan mahasiswa terpisah dengan realiti masyarakat, kehidupan yang sempit didalam kampus hanya mampu menjadikan mereka daging pejal buat golongan kapitalis yang saban hari menyediakan hidangan daging mentah buat umat manusia. Mungkin, inilah yang ingin cuba disampaikan oleh Pejuang Islam ini. Pendidikan warisan penjajah yang membunuh.


ACHTUNG 1 !
Untuk penjelasan lanjut berkenaan masalah berkenaan hakikat menjadi mahasiswa dan universiti sila rujuk makalah saya bertajuk The University and The Captive Mind


ACHTUNG 2 !
Forum Youth to Youth for a Better Malaysia sudah berpindah tempat dari Sunway University College ke 3K Inn di Petaling Jaya. Saya amat menyarankan ahli gerakan mahasiswa Islam turun menghadiri forum ini bagi bersama-sama timba pengalaman dan membina hubungan dengan rakan-rakan lain yang berbeza fikrah baik Muslim ataupun yang bukan Muslim.



8 ulasan:

danialarief berkata...

Salam.

Adakah artikel kali ini boleh disamakan dengan pelajar sekolah?
contoh.pelajar mengejar sjili SPM misalnya..?

and apa konklusi ringkas yang boleh disimpulkan?

nami o fish berkata...

Cuba anda berfikir sejenak,dari kita di bangku tadika hingga ke universiti,kita perlu untuk belajar mengikut arahan untuk "berjaya".

Kita pergi ke universiti,menyiapkan assignment,dan siapkan kerja pensyarah dan mengambil peperiksaan dan menjawab soalan mengikut jawapan yang dikehendaki oleh pensyarah.

Kita tidak diajar untuk berfikir.

Sebab itu kita ada Sufiah Yusof - yang memang bijak dan genius dalam bidang matematik - tapi dia hanya menghafal sifir itu dan logaritma ini - tapi tidak diajar bagaimana untuk berfikir.

Itu saja dah jadi semacam contoh yang sangat klasik.

-Nami.

furydose berkata...

“Intelligence plus character - that is the goal of true education”
Martin Luther King, Jr.

Bacalah kupasan lanjut saya dama artikel bertajuk
"Kebijaksanaan dan perwatakan - itulah matlamat sebenar pendidikan"

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju dengan pandangan saudara. Persoalannya, macam mana kita nak membuat satu transformasi dalam sistem? Dan satu lagi, dalam kerangka untuk membentuk satu kerangka pemikiran luar dari kotak, saya rasa mungkin saudara ada satu perkongsian tentang metod..

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum...saya ingin bertanyakan berkaitan sebuah pertubuhan yang diberinama freemanson..mengikut sedikit pembacaan saya pertubuhan ini telah lama bertapak dan bercambah dimalaysia dan telah mempunyai link dan ahli y bergitu ramai dari perbagai golongan n agama terutama umat melayu yang berugama islam antaranya kebanyakan terdiri dari golongan cerdik pandai dan berjawatan tinggi didalam sesebuah jabatan... jika dilihat diluar pada peringkat global ahli pertubuhan ini terdiri daripada golongan kapitalis yang telah mempunyai pengaruh pada dunia sekarang dan antara gelaran yang diterima adalah seperti BRO...sepembacaan saya pertubuhan ini adalah sebuah pertubuhan y anti agama dan menjadikan dajjal sebagai tunjang pemimpin dan tuhan mereka..tujuan ia ditubuhkan adalah untuk membawa umat manusia untuk menganuti ajaran yang dibawah permerintahan dajjal terutama kepada umat islam sama ada yang secara sedar atau diluar jangkaan kita...saya amat berharap agar pekara ini dapat dikupas agar menjadi sesuatu yang berfaedah kepada umat manusia terutama untuk islam....

hidayah Omar berkata...

salam.. trgerak hati utk mnulis pndangan yg x seberapa nih..

dari kecil smpai besar, sistem pndidikan mlysia = exam oriented semata2.. dh trdidik, nk bjaya dlm hidup, upsr, pmr,spm, niversiti dll kena cmerlang!.. smua tu mnjamin kah khidupan kita kelak??

totall agree with u. ~pendidikan warisan penjajah yg mmbunuh~

Rausyanfikir berkata...

Wassalam

1. Mungkin ada benarnya tapi saya tak mahu buat spekulasi melulu. Perancangan musuh tu senantiasa ada. Kita fokus bina tamadun kita.

2. Betul cik dayah, baguslah kalau dari awal dah sedar!

Tanpa Nama berkata...

salam, tapi kalau diberi amanah utk belajar, dan kita tak belajar, macam mane plak ek?? mungkin sistem di Malaysia ni menjurus ke arah exam oriented...kita semua sedar, tapi kenapa kita yg sedar ni, tak ubah diri kita ek???bagus2...en rausyanfikir mungkin seorang yang hebat kan dalam akademik???ye la...en rausyanfikir seorang yg kuat berfikir, dan saya sangat2 rasakan yang en rausyanfikir mungkin salah seorang pelajar cemerlang yang hebat akademiknya di kampus sekarang...mungkin boleh share kot cgpa en rausyanfikir...sebabnya, en rausyan kan seorang yang dikagumi, mesti dengan cgpa en rausyan tu mampu utk beri motivasi kepada diri saya ni....cayalah en rausyan...pemikir agung di kampus...semoga berjaya...