Khamis, 6 Ogos 2009

Metafizika Penyembuhan Ibn Sina






Seperti biasa, merayau-rayau di Kinokuniya saya terserempak dengan sebuah buku yang agak menarik dan sangat susah hendak dijumpai. Buku tersebut seperti yang tertera di atas merupakan karya Ibn Sina bertajuk
Ilahiyat (Metaphysics) yang merupakan sebahagian daripada magnum opus beliau iaitu Kitab al-Shifa' ( Book of Healing).


Sangat jarang Kinokuniya membawa masuk buku-buku yang tebal dan berharga sangat mahal (buku tersebut berharga RM280) melainkan ada yang sudi membelinya. Saya kira mereka membawa masuk buku ini sempena saya menempah salah satu buku keluaran Brigham Young University Press, terjemahan Prof. Michael Marmura iaitu karya Imam al-Ghazali,
Tahafut al-Falasifah yang telah saya terima pada bulan lepas.


Kebanyakkan karya Ibn Sina ditulis bukan untuk orang awam. Dalam
Mantiq al-Mashriqi'yin (Oriental Philosophy), Ibn Sina menulis:

"(Buku ini) tidak boleh didedahkan kecuali 'kepada golongan kita - dan kepada yang mirip dengan golongan kita' selari dengan kefahaman mereka dan cinta mereka kepada kebenaran"


Jelas karya-karya beliau banyak dikhususkan kepada golongan tertentu yang saya percaya para ilmuan yang ingin memahami falsafah.


Apakah Ibn Sina masih penting untuk kita kaji secara bersungguh-sungguh? Saya percaya karya-karya beliau selain daripada Qanun fi al-Tib ( Canon of Medicince) perlu dikaji dengan serius dalam usaha menghidupkan kembali tradisi saintifik Islam yang kita miliki. Walaupun saya tidak faham sangat Ibn Sina berbanding karya-karya al-Ghazali yang boleh orang awam nikmati, penjelasan daripada guru-guru falsafah saya senada dengan apa yang ditulis oleh Prof. Majid Fakhry dalam bukunya
A History of Islamic Philosophy bahawa Ibn Sina mempunyai satu "sistem pemikiran" yang agak baik dan teliti khususnya berkaitan logik (mantiq).


Kepentingan dan "kerumitan" karya-karya Ibn Sina ini dapat difahami melalui penulisan al-Ghazali dalam
Munqidh min Dhalal (Deliverance from Error):

" I realized that to refute a system before understanding it and becoming acquainted with its depths is to act blindly. I therefore set out in all earnestness to acquire a knowledge of philosophy from books, by private study without the help of an instructor. I made progress towards this aim during my hours of free time after teaching in the religious sciences and writing, for at this period I was burdened with the teaching and instruction of three hundred students in Baghdad. By my solitary reading during the hours thus snatched God brought me in less than two years to a complete understanding of the sciences of the philosophers. Thereafter I continued to reflect assiduously for nearly a year on what I had assimilated, going over it in my minnd again and again and probing its tangled depths, until I compreheded surely and certainly how far it was deceitful and confusing and how far true and a representation of reality."


Al-Ghazali sendiri mengambil masa selama 2 tahun untuk memahami falsafah Neo-Platonisme dan Aristotelianisme sebelum mampu menulis karya yang "menghukum bunuh" pengaruh falsafah Yunani dalam pemikiran Islam melalui
Tahafut al-Falasifah.


Walaubagaimanapun, al-Ghazali bukanlah memukul rata terhadap Ibn Sina, beliau hanya menentang keras aspek
falsafah metafazika yang bertentangan dengan aqidah Islam bukan keseluruhan sistem pemikiran Ibn Sina.


Baris ayat terakhir yang di-
bold-kan itu menjelaskan betapa sukarnya dan telitinya al-Ghazali dalam nak memahami dan meng-Islamisasi-kan falsafah Yunani agar ianya tidak bercanggah dengan aqidah Islam. Sudah pasti kerja tersebut sangat sukar dan seperti yang kita ketahui, Allah telah mengurniakan kebijaksanaan dan ketajaman aqal yang luar biasa kepada al-Ghazali selaku mujaddid abad ke-6 Hijrah.


Tak ramai ilmuan Islam masa kini yang sanggup menekuni khazanah silam secara serius dan melihatnya melalui kaca mata kontemporari tanpa membuang ma'na asali berkenaan apa yang ditulis oleh ulama' gergasi seperti al-Ghazali dan Ibn Sina. Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas sendiri, dalam
The Nature of Man and the Psychology of the Human Soul merujuk Ibn Sina secara konsisten menggunakan karya Ibn Sina seperti Kitab al-Shifat' (al-Tabi'iyyat - al-Nafs) dan Kitab al-Najat (ringkasan kepada Kitab al-Shifa'). Sudah tentu Prof. al-Attas bukanlah failasuf masha'i seperti Ibn Sina kerana korpus rujukan sistem pemikiran paling utama yang Prof. al-Attas telah manfaatkan adalah Imam al-Ghazali sendiri.


Selain daripada Prof. al-Attas, allahyarham Prof. Falzur Rahman juga antara ilmuan yang dekat dengan pemikiran Ibn Sina disamping seorang pemikir Iran yang agak berpengaruh di Barat, selari dengan Prof. S H Nasr iaitu Prof. Abdalkarim Soroush.


Prof. Abdalkarim Soroush



Saya diberitahu oleh alumni ISTAC bahawa Prof. Soroush pernah menjadi Profesor Pelawat selama setahun di ISTAC. Dr. Farid Shahran, mantan Naib Presiden ABIM pernah bercerita bahawa Prof. Soroush amat menguasai tradisi khususnya karya-karya Mawlana Jalaluddin Rumi dan Ibn Sina. Kata Dr. Farid lagi,
Masnavi yang ditulis oleh Mawlana Rumi itu semuanya berada di hujung jari Prof. Soroush dan kefahaman beliau terhadap Ibn Sina juga tidak boleh disangkal.


Walaubagaimanapun, Prof. Soroush yang menguasai tradisi dan korpus ilmu moden secara tuntas masih empunya masalah seperti yang saya fahami daripada beberapa guru saya kerana kecenderungan Prof. Soroush untuk "memodenkan" Islam. Semua ini memerlukan perbahasan yang lebih teliti dan bagi sesiapa yang berminat untuk kenali lebih dekat berkenaan Prof. Soroush silalah lawati laman web beliau di sini.


Antara ilmuan muda yang telah mengkaji Ibn Sina secara teliti adalah Dr. Syamsuddin Ariff, peneliti INSISTS yang juga merupakan anak murid Prof. al-Attas. Kedua-dua tesis beliau, MA dan Phd menjadikan Ibn Sina sebagai subjek kajian. Beliau sekarang sedang mengajar di UIA, Gombak.


Buat masa ini, perjalanan saya masih jauh untuk memahami dan menghidupkan tradisi pemikiran Islam dalam menjadikannya teras percambahan sains Islam sebagai satu mega projek Islamisasi ilmu menentang pengaruh ketamadunan Barat yang sudah mengakar lebih 300 ratus tahun di seluruh dunia. Oleh itu, saya menjemput para pembaca yang empunya minat dan cita-cita melangit ini untuk sama-sama memusatkan diri dalam dunia Ilmu agar masa depan Islam dapat dibina dengan cara yang lebih sistematik berbanding omongan dan slogan kosong. Contohilah semangat ulama' terdahulu yang telah membina tamadun Islam dan Barat melalui sumbangan aqliah dan akhlakiah yang murni.


Wallahua'lam.


Sekadar berkongsi.


ACHTUNG!

Jemput hadiri Kongres Pelajar dan Penegasan Teras-teras Kenegaraan 2009 anjuran PKPIM. Saya akan mengulas kertas kerja bertajuk " Integriti dalam Pembinaan Jati Diri". Butiran lanjut di sini.


11 ulasan:

hadifulwan berkata...

InsyaALlah, syekh... Moga dipermudahkan urusan kita...

KA berkata...

salam saudara
saya berminat dan melakukan perkara yg sama tp saya keliru untuk bagaimana memulakan nya

boleh minta tunjuk ajar?

terima kasih

khairul asraf

Rausyanfikir berkata...

Wassalam.

Mungkin anda boleh rujuk label "budaya ilmu" dan "mahasiswa" yang ada dalam blog ni. Ada banyak artikel yang boleh dijadikan rujukan untuk persoalan itu.

Wacana berkata...

Salam,

mendekati penulisan / buah fikir dan wacana anda kadangkala sering merisaukan atau meresahkan saya sendiri.

betapa bidang atau lingkaran permainan atau perbahasan anda ini berada dalam lingkungan heavyweight yang kental.

Falsafah adalah bidang yang saya suka namun kesukaran falsafah yang terselit dicelah perangkap mantik dan semantik bahasa selalu menyekat saya secara peribadi.

Rausyanfikir ditengah usia anda yang relatif muda saya fikir ada baiknya anda terus masuk kegelanggang akademia atau center for excellence (biasanya di IPT atau institusi) agar perjalanan anda dalam ranjau ini lebih fokus dan berstruktur.

Hal ini saya anjurkan kerana melihat kourpus minat dan bacaan anda : cukup mencapah; dari metafizik kepada aksiologi menerjah epistemologi hingga masuk pula pada jalan ilmu sosial moden, sains dan kemanusiaan.

memang banyak baiknya membaca namun jika terluas cakupan penumpuan anda saya takut anda boleh jadi lelah atau kurang hadam dengan setiap idea yang dibaca atau diteliti.

Dalam kes Ibn Sina ini saya 'angkat tangan'. tak sampai tahap mana pun. tapi anda ada kesungguhan dengan beli buku beliau.

sekadar bertanya apakah cadangan bidang penumpuan anda dalam kajian seterusnya. Khususnya dalam konteks islamisasi ilmu. falsfah, sains ....

Faqir berkata...

Salam Allah Alaikum

Saya selalu baca tulisan saudara, dan saya dapati saudara selalu mengagumi al Ghazali berdasarkan buku tahafut falasifah...apa kata saudara tinjau buku tahafut tahafut (radd kepada buku tahafut falasifah) oleh ibnu rushd, dan bandingkan antara dua buku tersebut.

Rausyanfikir berkata...

Wassalam.

Akan saya jelaskan nanti apa projek jangka panjang.

mukmin berkata...

salam saya setuju dengan artikel ini. kalau dilihat falsafah telah dibahagikan kepada 3 komponen utama iaitu metafizik, matematik dan sains. komponen tersebut saling lengkap melengkapi.

metafizik menjadi pilihan ahli falsafah islam dengan menletakkannya di tempat yang paling tinggi. ini kerana bahagian metafzik telah dismbolikkan sebagi ruh dan jasadnya adalah matematik dan sains.

mana mungkin ruh digerakkan tanpa jasad dan begitu jugak sebaliknya. maka kesepaduan antara metafizik , matematik dan sains akan menjana falsafah yang unggul ..(^_~)

firUz AbaDi berkata...

salamualaikum.....
dah lama sy ikuti perkembangan blog ini.
memang teruja...
sy juga berminat dgn falsafah terutama madrasah pemikiran mulla sadra
begitu juga falsafah pemikiran ibnu sina..
banyak kritikkan yg sy lihat atas dasar pemikiran Prof. Abdalkarim Soroush. walaupun kali pertama melihat hujjah sangat kuat dan jitu tapi setelah melihat pandangan ustz misbah zaydi tahulah sy bahwa hujjah Prof. Abdalkarim Soroush sebenarnya tidak menjawab permasalahan cuma meninggalakan keraguan

Rausyanfikir berkata...

Wassalam. Sebab Sorous cuba 'memodenkan' Islam yang memang tak boleh dimodenkan persis proses modenisasi Barat. Saya pun masih baru dalam semua ini mohon tunjuk ajar.

A. MUCHLIS berkata...

Sependapat dengan tunjuk ajar wacana.

Saya baca, saya fikir, ia terlalu mencapah!

islamic neutron berkata...

Ada tak karya pemikir Islam ini yang telah diterjemahkan dalam bahasa melayu? Boleh dapat di mana kalau ada dijual?