Rabu, 29 Julai 2009

IKIM dan İslam Felsefe Türkiye



"How is the conference? You enjoy it?"

" Err...yeah, of course"

" Have you asked them serious and 'hard' questions?"

" Of course! But well sometimes not enough time for that"


Begitulah perbualan ringkas saya dengan outgoing Direktor-Jeneral Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Dato' Dr. Syed Ali Tawfiq Ali Al-Attas setelah tamat sesi plenary terakhir persidangan Frontiers of Knowledge yang dijalankan di Hotel Istana selama dua hari dari semalam hinggalah ke hari ini.


Seperti kata mutakallim Worcester College, Oxford University, Shaykh Dr. Afifi Al-Akiti, para delegasi persidangan ini agak bersifat mekanikal, tidak lively semacam persidangan di United Kingdom ataupun di negara-negara luar yang lain.


Mungkin sifat rakyat kita, terutamanya orang Melayu yang agak pemalu menyebabkan sesi soal jawab ketika persidangan berlangsung agak kurang bermutu kerana dirasai hambar.




Datuk Dr. Syed Ali Tawfik Al-Attas dan Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud ketika persidangan ICHE di UKM tahun lepas.


Macam biasa, saya berpuas hati jugalah dengan persidangan kali ini. Dapat bertemu dengan alumni ISTAC zaman Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas, baik para profesornya sehinggalah ke anak-anak murid beliau yang lain menjadikan persidangan kali ini seperti 'balik kampung'. Walaupun saya baru setahun jagung dengan abang-abang yang telah di-ta'dib dengan baik oleh Prof. al-Attas, rasa kebersamaan itu jelas terasa. Tak ada rasa semacam kekok berkawan, dan menuntut ilmu dengan mereka walaupun sebenarnya hampir ke semua daripada mereka adalah pensyarah di IPTA dan empunya ratusan pelajar yang menuntut di bawah mereka.


Entahlah, bila lagi dapat merasai persidangan sebegini. Ini adalah persidangan terakhir yang dikepalai oleh Datuk Dr. Syed Ali Tawfik Al-Attas selaku Direktor-Jeneral IKIM. Memandangkan beliau merupakan anak pemikir agung ummah abad ke-20, ya'ni Prof. al-Attas sendiri, dibantu pula dengan barisan rakan-rakan alumni ISTAC yang berada di IKIM, kualiti persidangan baik daripada tema, barisan pembentang dan tajuk yang diutarakan sudah tentu mempunyai dimensi yang berbeza daripada persidangan biasa yang wujud di IPTA tempatan, yang kadang kala dibuat secara ala kadar semata-mata untuk memenuhi Key Performance Indicator (KPI) jabatan masing-masing.


Selepas ini tak tahulah bagaimana dan ke mana IKIM akan pergi. Walaupun saya bukan warga kerja IKIM, saya mula merasai pemergian Datuk Dr. Syed Ali sebagai Direktor Jeneral. Selama setahun lebih saya menumpang sebarang acara ilmiah yang mampu saya luangkan masa yang telah dijayakan dengan baik oleh IKIM selama hari ini. Tanpa kepimpinan yang bervisi dinamik dan mengakar kepada tradisi dan mampu mendepani cabaran semasa, biarpun mempunyai aset dan bajet yang lumayan, tidak tentu lagi kita mampu melahirkan program yang sama cemerlangnya dengan apa yang cuba diusahakan oleh IKIM di bawah beliau.


Sudah tentu, disebalik semua kejayaan ini karena birokrasi itu masih ada (faham-faham la kerajaan). Walaubagaimanapun, usaha beliau dan rakan-rakan lain di IKIM harus diberi penghargaan yang sewajarnya. Mungkin tak ramai yang hadir dek kerana kekangan masa atau wang tapi moga-moga kesempatan diri saya untuk berada di setiap program IKIM yang berkualiti mampu diterjemahkan kelak kepada masyarakat dalam pembinaan diri saya menjadi seorang intelektual ummah.


Jangan bimbang bagi sesiapa yang masih teringin untuk menerokai wacana-wacana ilmiah yang berat lagi menarik, Prof. Alparslan Acikgenc, mantan anak murid Prof. Fazlur Rahman daripaada University of Chicago dan juga bekas tenaga pengajar ISTAC era Prof. al-Attas akan menyampaikan dua syarahan pada hari Khamis dan Jumaat minggu ini. Butiran adalah seperti berikut:



Khamis:-

"Contemporary Islamic Thought in Turkey and Fethullah Gulen’s Contribution"

Host: IAIS Malaysia Jalan Elmu, Off Jalan Universiti, Kuala Lumpur.
Start Time: Thursday, July 30 at 10:00am
End Time: Thursday, July 30 at 12:00pm
Where: IAIS Malaysia Jalan Elmu, Off Jalan Universiti, Kuala Lumpur(Bangunan INTAN berdekatan UM)



Jumaat:-

Syarahan Sarjana Pelawat ATMA

" THE ENVIRONMENTAL CONTEXT FOR THE ADVANCEMENT OF SCIENCES"

Tarikh : 31 julai 2009
Jam : 03.00pm
Tempat : Bilik Senat UKM



Brief Biodata:-



Professor Dr Alparslan Acikgenc is presently the Dean of the Faculty of Arts and Sciences, Fatih University, Istanbul, Turkey. Born in Senkaya, Erzurum, Turkey on November 24th 1952, Alparslan received his B.A. degree at Ankara University, School of Theology in 1974, M.A. at the University of Wisconsin-Milwaukee (1977) and his Ph. D. at the University of Chicago in 1983. After receiving his doctoral degree he began to teach at the Middle East Technical University, Department of Philosophy where he remained until 1994. Between 1991-1993 Acikgenc was visiting professor at the International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC), Kuala Lumpur, Malaysia. He joined and taught at ISTAC as Professor of Philosophy from 1995 until 1999. In 1998 he was visiting professor at The University of Jordan, Department of Philosophy.


ACHTUNG!

Prof. Alparslan merupakan seorang ahli falsafah tulen. Harap sebelum hadir ke syarahan beliau terutamanya sesi Jumaat di ATMA, UKM, kalian boleh wiki beberapa isu atau konsep berkenaan falsafah sains, pandangan alam, revolusi saintifik etc. bagi memudahkan perbincangan. Saya sering kali melihat sewaktu beliau sampaikan syarahan di IKIM pada tahun lepas, ramai yang bertanyakan soalan yang salah dan tidak kena dengan kedudukan beliau sebagai seorang failasuf Muslim. Ini akhirnya akan menjadikan wacana tersebut tidak menarik dan mematikan momentum beliau untuk mengupas subjek tersebut dengan lebih mendalam.



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"Walaupun saya baru setahun jagung dengan abang-abang yang telah di-ta'dib dengan baik oleh Prof. al-Attas, rasa kebersamaan itu jelas terasa..."

Anda sedar diri pun, tetapi kenapa hanya anda yg begitu keras mengutuk/mengkritik orang lain yg tidak sepandangan dgn anda, tak pernah saya dengar perkataan sedemikian keluar dari mulut anak2 didik Al-Attas yg lebih senior dari anda... cuba2 la sedar diri!