Khamis, 2 Julai 2009

Qadi yang berfalsafah



" Saya tak minat la nak kerja dalam dunia korporat Prof."


" Kenapa pulak?" tanya Prof. Madya Dr. Zainiy Uthman kepada saya yang sedang mengomel sambil makan spaghetti di cafe Mama Mia, UIA.


" Ye lah, masuk dunia korporat ni terpaksalah duduk dalam sistem Cartesian. Penduaan mind and matter. Semua benda nak dijadikan profit! Lagipun saya lebih berminat nak berkongsi dan mengkaji ilmu secara serius, macam pensyarah la"


Beliau hanya tersenyum.


" Enta ni, Ibn Rushd dulu pun terpaksa kerja jadi Qadi. Enta ingat dia suka sangat ke tengok orang bergaduh tiap hari di mahkamah? Ada masa lapang dia buka la buku Aristotle"



Qadi dulu baca Aristotle. Golongan profesional sekarang baca apa?



"Ye ke? Wah tak sangka macam tu. Lupa pulak yang ulama' besar pada zaman dulu bekerja makan gaji jugak macam kita hari ni"


Prof. Zainiy menambah:


"Begitu juga dengan Ibn Khaldun. Kan dia tu Qadi dulu. Dari pengalaman bekerja secara profesional di sultanate courts la dia dapat rangkum banyak idea dan falsafah politik, sosiologi dan sejarah. Sebab tu dia boleh tulis Muqaddimah."


Terlupa pula saya yang kedua-dua ulama' hebat ini bukanlah ilmuan hermit tetapi sama taraf seperti golongan profesional pada hari ini dari segi profesion yang mereka pegangi dahulu. Pandangan yang dilontarkan oleh Prof. Zainiy Uthman ini cukup berharga buat saya fikirkan. Maklumlah, sebagai pemegang pinjaman boleh ubah PETRONAS, sudah pasti saya terikat dengan dunia korporat. Memandangkan ekonomi semakin merudum, kemungkinan besar peluang untuk masuk ke sana agak terbatas. Ini tidak menjadi masalah kerana saya lebih suka terjun dalam bidang pendidikan terus untuk membuat persiapa pasca ijazah.


Tapi, kalau kena masuk juga dalam dunia korporat, saya terpaksalah switch mode falsafah kepada mode mesin tenaga kerja yang efisyen i.e human capital. Pada mulanya saya berasa pesimis sedikit untuk memperkembangkan potensi dan kapasiti intelektualisme yang saya sedang asah sekarang jikalau berkerja dalam dunia korporat kelak tapi setelah mendengar penjelasan yang Prof. Zainiy berikan, saya mampu berfikir secara optmis sedikit.


Ibn Rushd bukan sebarang Qadi. Beliau telah mengarang syarah yang hebat berkenaan kitab logik Aristotle iaitu Organon dalam Tajrīd al-ʾaqāwīl al-ḍarūrīya min ṣināʿat al-manṭiq dan banyak lagi syarah yang beliau tulis dalam pelbagai bidang termasuklah dalam bidang perubatan yang mana beliau turut sama menjadi doktor peribadi kepada Amir kerajaan Al-Muwahhidun, Abu Ya'qub Al-Mansur.


Begitu juga dengan Ibn Khaldun yang bukan hidup berkerja makan gaji sahaja tetapi turut sama menyumbang kepada pembinaan disiplin ilmu sains sosial melalui Kitab al-'Ibar atau lebih dikenali sebagai Muqaddimah yang dipuji melangit oleh intelektual Barat seperti Arnold Toynbee dan Franz Rosenthal. Kerjaya mereka selaku Qadi tidak menutupi jiwa mereka yang cintakan ilmu pengetahuan.


Kagum saya. Tidak sepatutnya saya, walaupun dicampak ke dalam dunia korporat kelak, beralasan untuk menjadi ceroi dalam kasus intelektualisme. Nasihat Prof. Zainiy benar-benar memberikan buah fikiran yang penting untuk saya ingat sampai bila-bila.


" Lagi satu, kalau enta kerja dalam PETRONAS, they pay you well right? Gunalah duit tu untuk beli buku!" tambah Prof. Zainiy.


Saya ketawa kecil sambil mengunyah fetuccine carbonara yang sedap.


Jauh di sudut hati kecil saya: " It's true. Very true. If I got stuck in corporate world, doesn't mean I'm signing my philosophical death note. Instead it might be a blessing in disguise. Tak perlu risau, Al-Farabi pun menulis after 40! "


5 ulasan:

NorziatiMR berkata...

Semoga berjaya memilih. Usia masih muda, banyak lagi yang boleh dilakukan. Yang penting, jangan tersalah jalan

Welma La'anda berkata...

Semoga sukses dalam dunia keilmuan. Akak mendoakan semoga akan ada lagi ilmuwan islam yang berguna untuk umat ini.

dan akak selalu wonder, macam mana ya depa ni belajar, contohnya dalam kes ibn rushd tadi, beliau seorang kadi tetapi boleh pula di lain hari menjadi doktor. kalau situasi kita sekarang, tak pernah lagi jumpa, seorang yang berkhidmat dalam perundangan, then switch to medic. Bukan Ibn Rushd saja begini. Banyak ilmuwan dahulu kala multiknowledge. Depa bukan sahaja belajar disiplin ilmu tersebut tetapi mampu membina disiplin ilmu yang lain. Kagum sangat. Memang mencabar jikalau kita mahu mengembalikan semula semangat keilmuwan mereka untuk di bawa pada zaman kita ini.

Rausyanfikir berkata...

Terima kasih kepada dua2 kakak. Rahsia kejayaan depa, ulama' polymath ni sudah tentu pembinaan pandangan hidup yang syumul. Back to basic.

acabeire berkata...

kena balik pada pangkal ilmu. kena bebaskan minda dari captive mind. semua ilmu ini ada link. astrophysic ke, chemical ke, medic ke, syariah ke, philosophy ke, economy ke, politics ke, kalau berjaya jumpa link. baru multitask. bagi saya, ulama ialah orang yang dominant kedua-dua otak kanan dan kiri. baru abis tgk cerita prison break. penulis skrip mesti orang yg hebat sains dan art. dan kesimpulan cerita prison break, the next war is war for energy and medical care.

weber berkata...

come on bro.. join PETRONAS..
your knowledge will surely be valuable to the MNC... hehe