Khamis, 4 Jun 2009

Usul saya kepada Pemuda PAS: 'The Prince'





Saya mengusulkan para pimpinan Pemuda PAS agar menyediakan satu silibus buat para politikus pemuda yang bakal menggalas tugas besar kelak dengan menelaah sebaik mungkin karya Niccolo Machiavelli, 'The Prince'.


Guru saya, Prof. Wan Mohd Nor berkata buku 'The Prince' ini merupakan sebuah buku yang memberikan pemerhatian yang tepat berkenaan pertalian antara manusia dan kuasa yang dimilikinya baik dalam sektor politik, perniagaan dan bermacam-macam lapangan lagi. 


The most perfect observation on human thoughts-action relation to power.


Mengapa saya usulkan buku yang telah membenihkan para diktator dan kezaliman pemerintahan baik dari Barat atau Timur? Kerana saya lihat benih-benih Machiavelli itu semakin subur dalam SETIAP parti politik yang wujud dalam negara ini. 


All those political debacles that I have seen post 8 March 2008, with my historical analysis be it in Muslim Civilization as well in other traditions, being strengthen with firm understanding on the Reality that we THINK we know yet we aren't, Machiavellinism in our political system can no longer be eradicated EXCEPT with a balancing factor which I called the THIRD FORCE. Who is the THIRD FORCE? The true and just ulama' who do not crave for power struggle with the support of intellegentsia from various domains of knowledge field to perform TA'DIB educational reform as being outlined by the great ulama' in the past.


I don't buy any political rhetorics that being encircled with slogans. I want blueprint. Not slogans. As long our so-called leaders practice the political philosophy of ambiguity and pretending everything will be fine in Utopian manner, then those promises will be merely false hopes.


Maka dengan itu, saya percaya Pemuda PAS adalah antara pelapis yang terbaik untuk 'membersihkan' suasana politik di negara ini JIKALAU mereka benar-benar masak dengan doktrin Machiavallianisme yang sekian lama mencorak permainan politik demokrasi moden.


Sekian, selamat bermuktamar.


10 ulasan:

D'Rimba berkata...

Salam sahabat yang budiman, jemputlah hadir ke Rumah Pena 5 dan 6 Jun jam 8 malam ada majlis baca puisi dan persembahan lagu Melayu asli dari kumpulan anak muda bekas pelajar UIA bergelar Dewangga Sakti. Jangan lupa datanglah. Boleh kita bertemu di sana bertukar ilmu. Saudara Mahyuddin sahabat saudara di Maktab Mahmud kan?

D'Rimba berkata...

Ternyata sahabat banyak ilmunya perlu saya dampingi dan minta tunjuk ajar.

acabeire berkata...

PAS kan ada dewan ulama. kira dewan ulama lah check and balance. mereka kan x crave for power kan? setahu saya, society yang memanggil seseorang itu ulama, selaras dengan ketinggian ilmu dan kehormatan pada seseorang ulama. bukan seseorang ahli agama itu menggelarkan dirinya sendiri. apabila sekumpulan manusia berkumpul dan menggelarkan diri mereka ulama, dan ingin memegang tampuk kuasa pula, ini tidak pernah berlaku dalam sejarah Islam!
yang saya tahu, kedudukan check and balance dalam kerajaan turki uthmaniyyah ialah sheikhul Islam. itupun bukan political stand, hanya menjadi check and balance kepada sultan, dalam hal-hal syariah.

sekrok berkata...

salam,

mohon jasa baik abg utk mencadangkan buku2 yg bagus mengenai middle-age/andalucia/tariq bin ziad n apa2 yg related... kalo boleh, nak tahu tempat untuk dicari sekitar Ipoh n KL... as far as i'm concerned, amat susah utk cari buku macam ni especially in term of keadilan dlm menggambarkan sumbangan islam dalam zaman tersebut... Jazakallah

Rausyanfikir berkata...

Wassalam bro. D'Rimba,

Macam xsempat sahaja ada hal lain. Transport pun xda. Lain kalilah ye.

Acab,

Itu pengaruh Khomeini dengan vilayat-e-faqih.

Wassalam sekrok,

Boleh cari di Kinokuniya,KLCC.

Malakian berkata...

Assalamu'alaikum saudaraku rausyan. Surah al-Kahf juga elok dibaca yang menerangkan bagaimana Dzulkarnain (seorang manusia yang memegang dua era masa/epoch/eon) menggunakan kuasanya untuk menghukum mereka yang zalim dan memelihara mereka yang ditindas.

Tanpa Nama berkata...

d rimba, rausyanfikir bukan ali bukhari yg anda sangka itu. ali bukhari amir memang rakan satu sekolah menengah dgn saudara mahyudin, dan blog ini bukan dimiliki oleh ali bukhari. anda sudah tersilap orang, harap maklum...

Tanpa Nama berkata...

i dont agree with acab.

firstly, many great Sufis used gelar spt. Imaduddin, Shafiuddin, Ghauth, al-Awliya, etc. One of my teachers was given the gelar by his teacher, and he proudly and used the gelar in all his writings. Contemporary scholars pun ada yang pakai gelar yang dia claim dapat secara lisan atau secara mimpi daripada gurunya atau Rasulullah s.a.w., seperti contoh ada yang memanggil dirinya Panji Ulama, Qutb Zaman dsbnya. Gelar-gelar mereka ini lebih terjurus, spesifik dan lebih 'gah' berbanding label ulama, yang sifatnya sangat general dan difahami melalui salah satu fahaman kebiasaan zaman ini dengan perngertian sesiapa yang memegang kelulusan agama.

Dan kalau dikatakan tidak boleh Dewan Ulama itu pakai nama ulama kerana tidak pernah dibuat orang, sangatlah salahnya perkataan itu kerana sudah banyak precedencenya dan contohnya sepertimana pertubuhan Nahdhatul Ulama (NO) di Indonesia iaitu sebuah pertubuhan bukan politik, yang dianggotai ramai guru-guru pesantren dan mereka yang beraliran tradisional. Tolol dan bodohkah para ulama NO itu semua?

Prasangka-prasangka begini buanglah jauh-jauh.

Begitu juga saudara RF, memang indah kalau smeua yang kita mahu itu boleh dapat. Dan sangat indah juga dunia ini kalau semua yang orang lain buat itu tidak betul, kena buat begini dan begitu mengikut acuan kita. Dan sangat indah juga kalau kita dapat bersama-sama membaiki, bukan lari dan lontar batu sahaja dari jauh.

Anak Alam

Rausyanfikir berkata...

Kpd bro. Anak Alam,

Saya rasa istilah ulama' itu telah disempitkan setelas proses sekularisasi berlaku. As simple as dat. Teguran dan kritikan saya bukan sebagai satu destructive force tetapi lebih kepada ingin membuka ruang perbincangan. Jangan jadikan dogma kepada institusi ulama' sehingga ruang perbincangan pun sudah tidak boleh diketengahkan.

Prof. al-Attas sendiri tidak setuju dengan konotasi "ulama'" dalam nama persatuan-persatuan kerana bagi mereka yang tak menganggotainya apakah tidak layak dipanggil ulama'?

Ada logiknya kenapa hujah beliau begitu dan logiknya juga kenapa ulama' silam tidak empunya organisasi rasmi melainkan Pejabat Syekh al-Islam, Mufti etc.


Ramai yang risau kerana PAS kelihatn seperti theokratik.

Tanpa Nama berkata...

1. Hujah 'tak join persatuan maka takkan dikira ulama' itu saya tidak setuju walaupun ia datang drpd Prof al-Attas. Ianya bukan satu exclusion, samalah sptmana doktor kalau tidak join medical club tidak bermakna tidak lagi dipanggil doktor.

2. Saya tak nampak hubungkait sekularisasi dengan pemahaman ttg istilah ulama tersebut. Anda nantipun jgn sesekali memanggil diri anda engineer kalau sudah lulus skolah kejuruteraan.

3. Di dalam PAS sendiri, kalau seorang berkelulusan engineer ada juga ilmu agama, maka tentu tak mustahil malah amat dialu2kan ke Dewan Ulama. Khusus dalam DU itu untuk mereka yang ada kelulusan agama atau ada ilmu agama. Samaada ada ijazah universiti atau ijazah sanad secara talaqqi, kalau cukup knowing, doing and being, maka bolehlah masuk DU.

4. Bagaimana dengan kes NO? Idiotic jugakkah tok2 guru pesantren sinun? Yang dalam Muhammadiyah segala tu automatik bukan ulama? Yang terpaksa letak jawatan dlam NO kalau mahu masuk Pemilu dan bergerak dalam politik, maka hilang status ulama?

5. Ikutlah kata al-Ghazali, jangan gaduh pasal nama kalau sudah diketahui maknanya.

6. Akhir sekali, jangan bersorak di luar gelanggang. Masuk. Jangan didualisasikan ilmu; politik separuh falsafah separuh ilmu alat separuh. Satukan. Kalau tidak, sama sahaja anda dengan yang anda kritik semua tu.

Anak Alam