Sabtu, 13 Jun 2009

Tentang SIS


Saya harap, gerakan Islam tidak dilihat seperti ini:




Saya tahu ramai marah, dan bengang tapi apa yang dikeluarkan dalam muktamar PAS adalah satu bentuk cheapshot kepada sebuah gerakan yang empunya pengaruh dan logika kabur (fuzzy logic) yang kuat dikalangan politikus modenis/sekularis dan masyarakat bukan Islam.


Ini satu pertarungan ataupun pertempuran pandangan sarwa. Dalam suasana demokratik ala Barat yang menjaja terma seperti Hak Asasi Manusia, langkah PAS dan gerakan Islam yang lain (yang merupakan senior, mentor dan sahabat seperjuangan saya juga) harus berhati-hati dalam menangani persoalan ini. Kita kena belajar dengan gerakan Nursi seperti aliran Gulen yang meletakkan dialog sebagai metod utama. Jikalau mereka berjaya meng-Islamisasi-kan anak-anak sekularis tegar apatah kita, tidak mampu? Disini kefahaman dan ilmu memainkan peranan yang cukup penting. Retorik dan slogan atas pentas ceramah tak cukup. Sebab itulah Said Bediuzzaman Nursi mati-mati tolak politik walaupun beliau lebih 'masak' daripada semua politikus dalam PAS dalam memperjuangkan Islam melalui jalur politik. Mana tidaknya, beliau bersua muka dengan Atarturk!


Sila baca pandangan saya berkenaan SIS disini.


P/S: PAS harus lebih risaukan "orang itu" (pinjam kata Faisal Tehrani) yang empunya ideologi yang lebih berbahaya bukan sahaja bab Ketuanan Melayu-Islam malah Ekonomi sekali pun. 


3 ulasan:

weber berkata...

saya harap kita boleh bersependapat yang SIS membawa fahaman dari aliran liberal... jadi kalau difatwa haram sekalipun takde salahnya.. banyak je kumpulan yang difatwakan haram & sesat..

nak ajak diorang ni berdebat? boleh tak salah.. tapi perlu ke? banyak perkara yang mereka tak suka adalah perkara yang tak menguntungkan diri mereka sendiri.. isu aurat, isu faraid, isu cerai.... kalau ajak berdebat pun mmg SIS ni tak nak terima punya..

takkan nak tunggu malaysia ni jadi macam indonesia kot..

Tanpa Nama berkata...

salam rausyanfikir,

satu pertanyaan, siapa 'orang itu'?


aukauk88.

SARS berkata...

saya Fakhri.

tuan Rausyanfikir, saya x dapat bukak link pendapat saudara tu.