Khamis, 18 Jun 2009

Bertemu Shaykh GF Haddad



Semalam saya sempat bertemu dengan seorang 'alim yang agak dikenali ramai di luar Malaysia ya'ni Shaykh Gibril Fouad Haddad. Beliau merupakan warga Lebanon-Amerika yang sekarang sedang menetap di Brunei. Mungkin bagi penggemar Shaykh Hamza Yusuf, Shaykah Abdal Hakim Murad dan ulama' tradisionali dari Barat, nama Shaykh Gibril bukan sesuatu yang asing.



Shakyh Gibril bersama Dr. Adi Setia di perpustakaan ISTAC.


Prof. Madya Adi Setia yang menjadi pengiring beliau telah membawa kami, buat sekian kalinya melawat ISTAC. Sepanjang perbualan kami semalam, saya rasa beliau hadir ke Malaysia untuk sesi khas membaca hadith Sahih Bukhari. Private function mungkin dengan seorang pensayrah UIA, Dr. Abu La'ith, walaupun sebenarnya Shaykh Gibril sendiri merupakan pakar hadith.


Di samping itu, saya melihat beliau meminjam buku-buku dari perpustakaan UIA, melalui Dr. Adi Setia berkenaan Tafsir al-Baydawi. Rasanya beliau ingin menterjemahkan keseluruhan tafsir tersebut ke dalam Bahasa Inggeris, yang mana tidak ada lagi ilmuan yang berjaya lakukannya sebelum ini melainkan beberapa kerat Orientalis yang menterjemahkan beberapa buah surah daripada tafsir tersebut. Satu projek yang besar dan amat berguna untuk umat Islam yang tidak fasih berbahasa Arab.


Macam biasa, bagi orang luar seperti Shaykh Gibril, kekaguman beliau terhadap seni bina ISTAC menjadi buah bicara kami sewaktu di sana. Lebih daripada 3 kali beliau bertanya kepada Dr. Adi Setia benarkah Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas yang mereka bentuk bangunan agam yang indah ini?


"Is he an architect? How he did this?"


Dr. Adi Setia menjawab:


" Pure inspiration."


Saya kira apa yang dinyatakan oleh Dr. Adi itu sangat benar. Prof. al-Attas bukan sekadar berteori berkenaan seni bina Islam malah beliau sendiri yang mereka bentuk ke semua objek bangunan tersebut daripada reka bentuk kerusi sehinggalah pelan bangunan keseluruhannya.


Malah dari segi koleksi buku-buku di perpustakaan pun beliau mampu merangkanya dengan cukup baik. Antara buku yang menarik sempat saya tengok seperti di bawah:


Kata Shaykh Gibril, buku tersebut di tulis oleh guru beliau, seorang Orientalis sewaktu beliau belajar di Amerik Syarikat dahulu. Buku ini, yang dikeluarkan oleh EJ Brill sudah tentu beribu ringgit harganya. Memang buku khas untuk para pengkaji Islam yang serius. Salah benar itu bergantung kepada cara pandang kritis kita terhadap kajian mereka. No harm in reading that if you have the basic.


Untuk bacaan lanjut berkenaan penulisan Shaykh Gibril boleh rujuknya di laman livingislam.org



PENGUMUMAN:


Malam ini saya akan ke udara dalam rancangan Astro "Agenda Awani" berbicara berkenaan masalah sahsiah pelajar. Siaran jam 8pm. Kalau ada masa jemput menontonnya.


16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Syeikh GF Haddad pernah dijemput untuk menjadi salah seorang pembentang kertas kerja Muktamar ABIM beberapa tahun yang lepas, malah artikel berkenaan beliau pernah diterbitkan oleh Milenia Muslim.

Malakian berkata...

Assalamu'alaikum Rausyan. Buku Satan's tragedy karangan Peter J. Awn tu saya pernah baca. Bagi saya bagus untuk membacanya. Kalau anda minat pandangan Jalaluddin Rumi, Mansur al-Hallaj, dan Iqbal dalam hal ni, boleh baca buku tu.

Dalam tu ada dialog Mu'awiyah dan syaitan hasil tulisan Jalaluddin Rumi.

Rausyanfikir berkata...

Wassalam. Ye ke. Wah. Saya pun ada Masnavi yang muatkan dialog Syaitan dengan Muawiyah. Best2. Tak tahu la library mana lagi yang ada.

Malakian berkata...

UIA pun boleh. Syaitan mmg bijak. Rasional dia tinggi. Tapi persoalan cinta dia kepada Tuhan tu yg menjadi persoalan. Dia akan memujuk manusia melalui jalan kebaikan dan kejahatan. Tapi hanya melalui keikhlasan sahaja manusia akan selamat. Dalam al-Qur'an dah sebut. (al-Hijr:39-40) Bacalah buku tu. Nanti buatlah review kat blog rausyan.

Rausyanfikir berkata...

Insyaallah. Memang banyak buku nak review.tapi betullah tu tentang ikhlas. sebab tu tasawwuf penting. politik kita biarpun gah dengan Pakatan rakyat, ikhlas itu siapa tahu?

Malakian berkata...

Rausyan, keikhlasan tu dtg hasil daripada foundation Islam, iaitu Tauhid. Kebaikan adalah kesedaran kita tentang ketiadaan kita, kerana kebaikan hanya daripada Allah, keburukan daripada kita.

Dalam hal politik, apakah foundation modern politics. Adakah berdasarkan Tauhid atau lawan drpdnya? Apakah archetype utama modern politcs dan modern nation-state? French Revolution 1789? Bagaimanakah khalifah Ottoman boleh runtuh?

Rumah yang dibina berdasarkan foundation yang lemah di tepi pantai, apabila dipukul ombak akan hancur. Tapi apabila dibina berdasarkan asas yang kukuh akan terus tegak berdiri.

Pokok yang ditanam daripada benih yang bagus akan menghasilkan buah yang elok, dan akan semakin bertambah buahnya. Buahnya pulak akan memberi manfaat kepada makhluk lain. Tapi pokok yang tumbuh hasil daripada benih yang tidak elok hanya akan membawa kerugian.

Understand ye? Yea.

Tanpa Nama berkata...

Salam..
Patut lah Dr. Adi tidak mengajar untuk semester 3 ni..
Saya sudah mula mengikuti blog saudara semenjak tahun lepas(bln 7, 2008), tapi berhenti mengikuti( bln 1, 2009). Ketika itu pensyarah saya mengarahkan saya untuk mencari maklumat mengenai The Islamic Worldview.
Pensyarah saya ada mengemukakan karya Said Nursi untuk dibaca tapi tidak berpeluang lagi untuk mencari buku nya itu.
Selepas membaca kupasan saudara, timbul keinginan di hati untuk mencari balik naskhah Said Nursi tu! Entah boleh jumpa atau tidak kat perpustakaan Uia tu..
Saya terkejut juga bila saya membaca blog saudara yang saudara ni berguru dengan Prof. Dr. Wan M. Nor.
Apa pun, SYABAS!

Rausyanfikir berkata...

En. Malakian,
Ni mesti pengaruh Shaykh Imran Hosein. Betulla tu. Setuju2. Sebab tu kita kena evolusi bukan revolusi.Perkemaskan foundation asas ummah iaitu pembinaan pandangan alam.

En. Anonymous,
T kasih. Rajin2lah baca karya ulama' yang muttaqin ye.

Malakian berkata...

Bagus. Rausyan memang pandai. Saya ambik sejarah. Paling minat subjek Colonialism in the Muslim World, Western Civilization dan Modern History of Arab World.
Sy jgk minat comparative religion, pernah ambik course kat KUIS.

Bila saya belajar, saya nampak sikit2, tp tak jelas, Bila sy dgr ceramah2 Shaykh Imran Hosein dan buku2 beliau, saya semakin nampak jelas. Sy bukan ta'sub, tp kenyatan beliau 'terang', membuka apa yg tak nampak. Ceramah Imran Hosein: Imam Al-Mahdi & the Return of the Caliphate kat youtube 12 bahagian sy dah tgk. Mind blowing. Rausyan dah tgk ke? Boleh kasi pendapat sikit.

Yg parables tu Rausyan jgn sebut sy ambik drpd inspirasi apa, sensitif, tp sy pasti rausyan tau,hehe.

Rausyanfikir berkata...

Menarik2. Tentang Imran Hosein saya juga setuju dalam bnyk perkara tetapi tak nak tenggelam sangat dalam wacana sedemikian kerana ada banyak lagi masalah fundamental yang tidak selesai.

Malakian berkata...

Betul rausyan. Perkara fundamental perlu diselesaikan. Sbb tu beliau mengajak kembali kpd Islam, Iman, dan Ihsan ataupun Tasawwuf dan memahami al-Qur'an kerana ia adalah sumber hidayah dan Sunnah Nabi.

Evolusi apatah lagi revolusi takkan berlaku sehingga minda dan hati kita telah sedar. Kesedaran boleh berlaku dalam masa sekelip mata, tapi jalannya susah. Kesedaran akan menjadikan kita manusia yang sempurna, maka mengangkat kita lebih mulia daripada rakan kita haiwan. Complete Human Being. Perfect Man.

al-Jili, Ibn Arabi, Said Nursi, bahkan Nietzsche sedar ttg hal ini. Melalui pengamalan Islam, Iman dan Ihsan, kita akan sedar. Inilah perkara fundamental yang seterusnya akan menghasilkan buah-buah yang baik lg memberi manfaat kpd makhluk lain.

almizzi berkata...

AsSalamu alaikum,
wah tak sangka Shaykh Gibril ada di sini.
Saya dari awal lagi mengikuti tulisannya yang tersebar dalam internet semanjak 8-9 tahun dulu. Dari tulisannya saya mendapat banyak faedah dan menjuruskan saya untuk mengkaji beberapa isu semasa bagi mendapat jawaban sebenarnya dari sisi agama Islam.
Walau saya agak kecewa kerana beliau adalah pengikut Hisyam Kabbani, selepas memeluk agama islam (sebelumnya beliau adalah penganut katholik) namun dari segi ilmu beliau memang sangat baik.
Hasil dari tulisan beliau jugalah mendorong saya mendekati tokoh sufi Shaykh al-akbar ibn 'arabi.
Semenjak itu saya telah menemukan ilmu-ilmu dan futuhat yang tidak henti-henti dalam keadaan hayra.
dari titik itu lah juga saya menemukan satu kumpulan 'malamatiyyah' mazhab tasawwuf hakimiyyah (Hakim Tirmizi) yang wujud di tengah-tengah bandaraya Kuala lumpur !

kalau jumpa dgn Shaykh Gibril kirm salam saya pada beliau. Dulu saya pernah berhubung dengan beliau melalui e-mail semasa aktif segai kontributor dalam soc.religion.islam

almizzi

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaykum,

saya merasa pelik dengan "para intelektual" yang sedang berbicara didalam wadah yang sungguh bombastik ini. Memuji-muji karya golongan tasawuf seperti ibnu arabi, syeikh jibril dsbnya. tapi lupa tentang karya ulama-ulama agung kita seperti bukhari, muslim, imam as-syafie, al-bahihaqi,imam nawawi,al-qurtubi dll.tarekat tasawuf mana ye yang mereka masuk?.... Satu lagi..macam mana dialog syaitan dengan muawiyah boleh ditulis oleh jalaluddin ar-rumi..bila muawiyah lahir? bila ar-rumi ni lahir? pelik betul intelektual2 di sini tak boleh nak beza yang sahih dengan yang tak sahih...pelik dan ajaib

Rausyanfikir berkata...

Saudara anonymous,

Kalau berani tunjukkan diri. Kalau tak berani diam. Sebelum nak berpolemik sila justifikasikan kritikan anda.

Rausyanfikir berkata...

Saudara anonymous,

Kalau berani tunjukkan diri. Kalau tak berani diam. Sebelum nak berpolemik sila justifikasikan kritikan anda.

Goldman berkata...

Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi saya di goldman999.9@hotmail.com.

Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.

Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.

Terima kasih.