Sabtu, 16 Mei 2009

Uzlah Mahabbah Qiyadah




Pernah anda lihat ahli Jemaah Islam Kampus dari pelbagai fikrah duduk semeja bercerita penuh semangat macam baru jumpa kawan yang lama menghilang? Menikmati teh tarik dan bihun goreng yang enak sambil bercerita isu politik, kampus dan masa depan perjuangan mahasiswa?


Saya pernah.


Kira-kira 2 bulas lepas, 3 buah Jemaah Islam Kampus gergasi, dan 1
Non-Partisan Organization (NPO) kepada Jemaah Islam Kampus seluruh Malaysia telah mengadakan satu uzlah mahabbah qiyadah dengan menghimpunkan kesemua pimpinan tertinggi jemaah masing-masing untuk sama-sama merapatkan ukhuwah demi kelangsungan perjuangan mahasiswa Islam di Malaysia.




Kepimpinan tertinggi Gabungan Anak Muda Islam Se-Malaysia (GAMIS), Persatuan Kebangsaaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan juga Kelab Remaja Islah (KARISMA) berserta TERAS Pengupayaan Melayu sayap kampus telah bertemu di Masjid Saidina Abu Bakar di Bangsar yang turut sama dihadiri oleh Dr. Farid Shahran, Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang juga turut sama merangkap sebagai anak murid ilmuan tersohor Nusantara, Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas.


Saya (Koordinator Kampus TERAS), Ustaz Dzulkhairi (Pres. GAMIS), Dr. Farid Sharan (Naib Pres. ABIM), Saudara Hilmi (Pres. PKPIM) dan rakan sekampus, Abdullah Omar ( Pres. KARISMA)


Pertemuan ini merupakan satu titik sejarah penting kepada potensi kerjasama yang lebih rapat antara jemaah-jemaah Islam kampus yang mendominasi perjuangan anak muda di seluruh Malaysia.


Jutaan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Ustaz Dzulkhairi selaku Presiden GAMIS dan Encik Mohd Hilmi selaku Presiden PKPIM yang berusaha dengan gigih untuk menjayakan agenda pertemuan yang unik ini.



Kesempatan yang Allah s.w.t kurniakan kepada saya sepanjang saya berpraktikal di Kuala Lumpur pada hujung tahun lepas selama 8 bulan telah mengizinkan saya bersahabat rapat dengan kedua-dua Presiden ini dan alhamdulillah, cadangan dan buah idea yang saya lontarkan kepada mereka telah dimanfaatkan dengan baik untuk kebaikkan perjuangan Islam di kalangan mahasiswa.



Bukan senang hendak melakukan anjakan paradigma khususnya terhadap jemaah yang mewarisi tradisi perjuangan daripada generasi terdahulu dengan keunikkan tersendiri. Percakaran dan pergaduhan antara Jemaah Islam Kampus daripada juzuk GAMIS dan PKPIM sudah lama berkumandang dalam terowong sejarah perjuangan mahasiswa khususnya pasca-Anwar Ibrahim terjun ke dalam UMNO.



Pengaruh PKPIM berpaksikan manhaj ABIM, yang gagah perkasa mendominasi kampus-kampus di seluruh negara akhirnya susut dengan drastik diambil alih oleh GAMIS yang berpaksikan manhaj PAS. Banyak sekali kisah-kisah menarik berkenaan percakaran dua jemaah yang cukup bersejarah ini.



Dari versi Ustazl Dzulkhairi, pernah di Universiti Malaya seketika dahulu, bilamana GAMIS membuat usrah, PKPIM akan membuat laporan kepada Pak Guard. Begitu juga bilamana PKPIM membuat usrah, GAMIS juga akan membuat laporan kepada Pak Guard. Perebutan ahli itu tak payah ceritalah. Universiti Malaya yang pernah menjadi kubu kuat PKPIM akhirnya tinggal kenangan didominasi oleh GAMIS.



Tuan Presiden PKPIM, saudara Hilmi juga pernah bercerita kepada saya bagaiamana sewaktu pilihan raya kampus di Martikulasi UIA PJ pada zamannnya membawa satu polemk yang kelakar. Tergamak para ahli GAMIS membaca doa qunut nazilah terhadap PKPIM yang turut sama bertanding dalam pilihan raya tersebut. Malah sesiapa yang memakai songkok hitam akan dilabel sebagai UMNO yang sudah tentu di pandang sepi oleh ahli GAMIS!



Itulah antara kisah-kisah lama yang menjadi polemik serius satu ketika dahulu akhirnya menjadi bahan jenaka antara kami pada malam itu. Walaupun saya tidak datang daripada generasi Ustaz Dzulkhairi dan Saudara Hilmi, suasana sebegitu amat terkesan buat diri saya.


Para pimpinan tertinggi khusyuk mendengar kuliah yang disampaikan Dr. Farid Shahran yang bersulamkan pengaruh ISTAC sedikit.


Pertemuan pada malam tersebut merupakan satu titik penting untuk menjernihkan kembali hubungan sesama badan induk Jemaah Islam Kampus. Secara peribadi, saya melihat para pimpinan badan-badan induk ini amat waras dan berfikiran terbuka berhubung isu taadud jamaah ini. Jauh sekali sifat mereka dengan ahli-ahli biasa yang cenderung meng-ideologi-kan jemaah hingga lahirnya wabak pemikiran seperti Jemaahisme, Totokisme, dan Jumudisme yang menjadi barah dalam perjuangan mahasiswa. Maka dengan menghimpunkan mereka terlebih dahulu, proses pengislahan ukhuwah antara mereka dapat dilakukan dengan lebih berkesan dan semua ini dijalankan atas dasar KEILMUAN.



Pengisian pada malam tersebut telah disampaikan oleh Dr. Farid Shahran sendiri dengan tajuk "Pendekatan Imam Ghazali Dalam Menjana Kelahiran Generasi Salahuddin" yang dikupas daripada buku yang ditulis Dr. Majid Irsan al-Kilani bertajuk "
Hakadza Zhahara Jilu Shaluddin Wa Hakadza ‘Adat Al-Quds" (Kebangkitan Generasi Salahuddin dan Kembalinya Al-Aqsa ke Pangkuan Islam.)




Ceramah tersebut boleh dimuat turun disini:

Siri 1
Siri 2 ( Soal-jawab)


Selesai mendengar kuliah yang amat menyegarkan idealisme, kami semua minum malam bersama-sama dalam satu suasana yang amat mesra.



Saya percaya, pertemuan ini merupakan akan merintis lebih banyak pertemuan dan kerjasama erat antara badan-badan induk Jemaah Islam Kampus. Ada sampai bercadang kerjasama Unit Baitul Muslim! Ini tidak mustahil kerana telah berlaku pun. Yang berjaya melakukannya akan menjadi contoh buat adik-adik agar perbezaan yang kita miliki bukanlah satu penghalang kepada kesatuan yang lebih bermakna. 



Kita harus akui, kekuatan jemaah masing-masing harus dikongsi bersama agar perjuangan mahasiswa Islam di Malaysia lebih tersusun. GAMIS dari segi mobilisasi, PKPIM dari segi keilmuan dan KARISMA dari segi jaringan tenaga profesional harus dimanfaatkan bersama. Saya yakin isu taadud jemaah ini akan berakhir dengan terjalinnya budaya ilmu antara jemaah-jemaah Islam Kampus.


Syabas dah tahniah kepada semua pimpinan tertinggi GAMIS, PKPIM dan KARISMA!





5 ulasan:

SyukraNs berkata...

Assalamualaikum wrh bkth..

Alangkah baiknya jika itulah terjadi di kampus..isu ini sudah lama diselesaikan Oleh Jemaah2 induk..namun diperingkat kampus, masih ada yang bertekak dan segala-galanya. Sampai ada yang melabel.."dia tak faham lagi"...inilah apabila pemikiran hanya berlegas di sekitar kita sahaja. Tak pernah mahu untuk menjajah ke daerah yang lain. Semakin luas jaringan pemikiran. Semakin jauhlah peluang untuk meluaskan idea dan ilmu. Namun, itulah masalahnya. "dare to challenge?"
Sampai bila lagi mahu di takuk yang lama? Sampai bila mahu berkayuh2 di tepian sungai. Sedang apabila di tengah sungai, terus tenggelam? Atau takut? Sedang ada "speedboat" yang lebih selamat dan canggih. Apasalahnya diguna? Mobiliti dan ketangkasan ummah jauh melari akibat ketidak ada "berlapang dada". Ta'adhud Jemaah satu keperluan atau tidak perlu? Masing2 ada dalil dan hujah nas. Namun, masing2 ada kaedah dan caranya. Jangan sehingga bertegang leher. Boikot memboikot sudah....Lihat sahaja kekuatan pada Eropah. Biarpun mereka berasingan negara. Berasingan Kota. Namun mereka bersatu di bawah nama EAU. Mata wang merekalah yang paling melonjak. Itu dari sudut kewangan. Lihat sudut pendidikan? Lihat sudut jalingan diplomasi yang dibuat mereka. Benteng yang untuh dan jitu. Kenapa tidak JIK yang sedia ada? Apa masalahnya? EGO dengan penampilan diri? Atau EGO yang menjajah minda?

Sorotan sejarah mencatatkan kejatuhan Turki Uthmaniyyah. Apabila jaringan Ukhuwwah Islamiyyah itu semakin tipis. Apabila jaringan Ukhuwaah "Kejemaahan atau kepartian" itu semakin menebal. Tatkala itulah...punah harapan kita menjalin kasih sayang. Perang Hunain mencatat seribu pengajaran. Perang Sifin...macam2 lagi perang. Tak payah jauh, lihat sahaja perang antara Iraq dan Kuwait. Siapa dihimpit kesengsaraan? Rakyat marhein.....Kalau dikampus? Kesian mahasiswa yang memerlukan dan kehausan ideologi...apatah lagi mahasiswa yang terkapai2 mencari identiti....Siapa nanti dipersoalkan di hadapan ALLAH?

Ayuh, sama-sama kita mempertingkatkan amalan kita dan terus mencari titipan Ilmu yang selalu kita sangkakan ada didepan mata, walhal perlu digali sedikit demi sedikit dengan berhati-hati dan perlahan2..dengan kesabaran...

Semoga kitalah orang yang diseru oleh ALLAH sebagai "Hizbullah".

Dan sesiapa yang bertaqwa kepada ALLAH(dengan mengerjakan suruhanNYa dan meninggalkan laranganNya),nescaya ALLAH akan mengadakan baginya jalan keluar(dari segala perkara yang menyusahkannya).Serta memberikannya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.Dan (ingatlah),sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada ALLAH,Maka ALLAH cukuplah baginya(untuk menolong dan menyelamatnya).
(Surah At-Talaq.Ayat 2-3)

Dunia ini milik ALLAH

Rausyanfikir berkata...

Wassalam,

Ingatkan siapa bagi komen tadi. Enta rupanya. Welcome to this campus. Haha. Itulah akh, orang di luar sudah berusaha untuk rapatkan jurang dan buang segala macam taadud jemaah.Teruskan disini agar perubahan berlaku. Yang menjadi musuh kepada perubahan sebab diorang tak tahu apa perubahan tu.

tasnim berkata...

dr farid lecturer uiam kah? so interesting!

Rausyanfikir berkata...

Yes tasnim. I always attended his class too whenver possible. He is a cool lecturer and my theology and islamic logic teacher as well!

weber berkata...

saya kira post ini menarik sekali..
jalinan kerjasama antara pelbagai jemaah..
sepatutnya dah lama berlaku.. tapi yang terjadi di kampus sebaliknya.. tuduh-menuduh.. pertentangan... pulau-memulau...
walhal di mana2 kampus pun.. yang menganggotai jemaah tersangat sedikit jumlahnya.. itupun nak bergaduh lagi...