Sabtu, 9 Mei 2009

Ulama' dan umara' palsu


Kata guru saya, Prof. Wan Mohd. Nor Wan Daud:

 

“ Kegeniusan Umar (al-Khattab) hanya terserlah setelah baginda Rasulullah s.a.w wafat”.

 

Guru saya menambah lagi:

 

“ Malah, urutan khulafa rasyidun itu pun boleh diertikan sebagai satu sumber  epistemologi Islam.”

 

Kalau difikir-fikirkan memang benar. Dalam satu makalah bertajuk Ibn al-‘Arabi dan tertib belajar metafizik Islam (Tasawwuf) hasil tulisan Dr. Mohd. Sani Badron yang merupakan anak murid Prof. al-Attas,  ada dimuatkan satu hadith yang cukup penting tentang maratib-ilm Saidina Abu Bakar r.a berbanding para sahabat yang lain:

 

Bersabda Nabi Muhammad (s.a.w): Tidaklah Abu Bakar lebih (dari para Sahabat lain) disebabkan banyak berpuasa dan banyak bersalat. Tetapi adalah disebabkan oleh suatu sirr (ilmu yang rahsia) yang mulia yang ada (dizahirkan oleh Allah) dalam kesedaran beliau”[1]

  

Dr. Sani Badron menjelaskan lagi bahawa:

 

“…al-Imam al-Ghazzali menyatakan berdasarkan kepada hadith tersebut, tak syak lagi bahawa sirr atau ilmu yang rahsia yang dizahirkan oleh Allah kepada kalbu Abu Bakar itu adalah bertalian dengan qawā`id iaitu dasar-dasar dan peraturan agama dan tidak terkeluar dari asas dan peraturan tersebut. Sedangkan segala qawā`id agama tidaklah tersembunyi yang zahiriahnya kepada para sahabat yang lain dari Abu Bakar. Inilah gunanya perkataan sallallahu alayhi wa sallam, “ Di kalangan para umat sebelummu, terdapat golongan muhaddathun[2], walaupun mereka bukan Nabi; sungguh sekiranya ada dari ummatku itu golongan muhaddathun, maka Umar (al-Khattab) adalah salah seorang darinya.”

 

Mungkin kita boleh kaji satu lagi tulisan yang cukup menarik berkenaan ulama’ dan umara’ PALSU dari Dr. Sani Badron sendiri:

 

‘Ulama’ and Politicians Must Take Heed of History

Dr. Mohd Sani b. Badron

Fellow Kanan IKIM

09/09/2008

 

In his profound analysis on the progressive weakening of the Muslim world for the past one thousand years, Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas identified its primary cause with internal elements that created a condition referred to as the loss of adab. In particular, he makes reference to the false ‘ulama' and the false umara'.

 

For the past one thousand years, the false ‘ulama' refers to those who restrict knowledge (al-‘ilm) to the domain of jurisprudence (fiqh). Al-Ghazzali (d. 505/1111) already pointed out in the 11th Century, that those false ‘ulama' had even restricted the original meaning of fiqh as "religious insight and discernment which brings about God-consciousness (taqwa)", to merely "jurisprudence".

 

Unfortunately, as those false ‘ulama' were NOT men of keen intelligence and profound insight, what they referred to as "jurisprudence" comprises endless controversy and disputation. Their polemics thus comprise insignificant issues, unnecessary juristic details and scholastic hair-splitting trivialities, even when the Qur'an repeatedly condemns such attitudes (see, for example, surah al-Kahf, 18: 21-22).

 

Nor are they men of integrity in keeping the trust of right spiritual leadership. Already during his time, al-Ghazzali spoke through his Ihya' ‘Ulumiddin against the worldly jurists who were "pursuing the easy access to executorships of religious endowments, trusteeship of the charitable trusts, enforcement of the bequests, guardianship of the estates and properties of orphans, appointment to the posts of judges and official jurists, respect and honour in government positions, superiority over one's peers and power over one's foes."

 

Similar observations have been stated by later social critics such as Ibn al-‘Arabi (d. 638/1240) in his Risalah Ruh al-Quds fi Muhasabat al-Nafs.

 

As observed by al-Ghazzali, their misguidance also leads to an emphasis on differences between the various madhahib (Islamic legal schools) and to obstinate adherence to trivialities within those schools, for example between the Shafi‘i school and the Hanafi school.

 

Such false ‘ulama' have even committed crimes by hurling accusations of irreligiousness and unbelief against the other. A similar attitude is reflected in cases relative to false theologians, who at that time dabbled with the vexed question between the createdness or otherwise of the Qur'an, as well as the question of fate and predestination (qada and qadr).

 

This prompted al-Ghazzali to pen his famous treatise Faysal al-Tafriqah bayna al-Islam wa al-Zandaqah [The Decisive Criterion for Distinguishing Islam from Masked Infidelity].


Rulers, administrators and nobles among the Muslims contributed significantly to the chaos, by their mismanagement, misadministration, inefficiency, illegal extortions, high handedness, and vainglorious arrogance.

 

However, the most destructive was that such rulers took prime delight in endless struggle and warfare. Al-Attas cited the classic example of Timur Lenk (d. 1405) given by Arnold J. Toynbee in his A Study of History.

 

As a military genius who possessed unique talents, Timur had the golden opportunity to conquer Russia and China. Toynbee believed that, since conquering China and Russia was a feat which Timur was well able to accomplish, he missed the opportunity to alter the course of world history for the better by making Islam the religion of all Eurasia, whereby "Samarqand would rule Moscow instead of Moscow ruling Samarqand."

 

On the contrary, however, Timur turned against the Persians, the Turks, and the Egyptians. Almost the whole of the last twenty-four years of Timur's life was devoted to bring havoc and devastation among fellow Muslims.

 

History reported that, among others, he buried alive 2,000 prisoners at Sabzawar and piled 5,000 human heads into minarets at Zirih both in 1383; massacred 70,000 people and piled their heads into minarets at Isfahan in 1387; and built twenty towers of skulls in Syria in 1400 and 1401.


According to Toynbee, "the range of his victories was as sensational as their results were suicidal....Its only traceable after-effect is wholly negative", including causing the fall of the prestige of Islam in the estimation of the later, other non-Muslims in general and Eurasians in particular.

 

The chaos caused by such false ‘ulama' and umara' inevitably leads to the neglect of the REAL PROBLEM of education among the Muslims i.e., the acquisition of fardu kifayah knowledge in PROPORTIONATE BALANCE with fardu ‘ayn knowledge at all levels of education.

 

Masalah utama kita pada hari ini, seperti kata Prof. Al-Attas ialah memukul rata semua ulama’ kepada satu peringkat yang sama dengan kefahaman kita. Seolah-olah ulama’ itu homogenous sifatnya. Setiap ulama’ ada tempat mereka yang tersendiri. Imam al-Ghazali tidaklah sama dengan Ibn Taimiyyah. Malah, ulama' dahulu benar-benar kukuh dari segi epistemologi dan kosmologi Islam kerana rata-rata (hampir semua) daripada mereka merupakan polymath (ya'ni ulama' yang  mutlidisiplin) ! Tiada dualisme dalam faham ilmu! 


Kalau nak bercakap pasal Islamisasi ketamadunan Melayu Nusantara, takkan kita nak rujuk Prof. Yusuf al-Qaradawi bukan? Kalau nak bercakap tentang fiqh, takkan nak rujuk pasal Prof. al-Attas bukan?

 

Tapi dalam banyak-banyak permasalahan, apa sebenarnya masalah UTAMA kita pada hari ini? Ulama’ mana yang mampu memahami zeitgeist zaman kontemporari dan hubung kaitnya dengan rantaian sejarah yang agung ketamadunan Islam, dari aspek jatuh bangunnya, sehinggalah keterpurukkan yang kita alami pada hari ini?


Pada hemat saya, antara ciri dan sifat ulama' yang berwibawa (selain daripada taqwa yang menjadi kayu ukur utama) adalah kemampuan mendefiniskan permasalahan asasi umat dan pada masa yang sama mampu mengemukakan penyelesaian secara komprehensif terhadap permasalahan itu. Semua mujaddid agung seperti Imam al-Ghazali, Imam Sirhindi, Said Bediuzzaman Nursi etc. (khususnya yang ulama' yang tidak terperangkap dalam falsafah modenisme) telah berjaya mendiagnosis dan merawat penyakit umat pada zaman masing-masing dengan baik. 


Tapi malangnya, apa yang kita dengar pada hari ini (terutamanya daripada golongan ulama modenis) kebanyakkanya adalah slogan.

 

“Islam is the solution!”

 

“Islam is the way of life!”

 

“I love Islam!”

 

Bila nak huraikan slogan tersebut itu pun akan digunakan slogan maka jadilah satu penyelesaian superfisial untuk umat seperti yang dapat kita lihat dalam sektor Perbankan dan Kewangan Islam yang ada pada hari ini.


Maka habis dijaja ke seluruh pelusuk masyarakat tanpa diberi penjelasan dan kefahaman yang betul. Hendaknya pula kalau dijaja dalam ceramah politikus yang silap haribulan daripada mengamalkan politik Islam akhirnya bertukar menjadi mempolitikkan Islam (ada beza tu!)


Maka kesimpulan awal yang boleh saya nyatakan adalah, tidak kisahlah siapa yang pimpin organisasi dakwah, yang penting setiap daripada kita kenal pasti kedudukan ulama' yang ada autoriti dalam bidang masing-masing dan sama-sama melakukan sinergi untuk menyelesaikan permasalahan umat. Sebab itu jangan disempitkan perjuangan Islam (kususnya dalam konteks perjuangan mahasiswa: sekali liga minta sembah derhaka buat JIK seluruh negara, bebaskan idealisme mahasiswa daripada politik kepartian totok dan sempit!)  ini semata-mata pada jalur politik kepartian yang mana merupakan cerminan kepada permasalahan yang lebih asasi umat Islam itu sendiri iaitu masalah kehilangan adab yang melahirkan kekeliruan dan kesalah fahaman ilmu (rujuk makalah saya bertajuk "The University and the captive mind") .




[1]  Ini diriwayatkan oleh al-Hakim al-Tirmidhi dari Bikr b. ‘Abdullah al-Muzni (m. 180/796). Menutut al-Zabidi, dia adalah seorang yang dapat dipercaya (thiqah) yang mendengar dan meriwayatkan hadith dari Ibn ‘Abbas dan Ibn ‘Umar. Daripadanya pula Sulayman al-Tayyimi dan Mubarak mendengar dan meriwayatkan hadith. (Menurut Ibn al-Qayyim pula, riwayat tadi adalah pernyataan Ab Bakr b. ‘Iyash: dengan ilmu itu Saidina Abu Bakar mengenali ukur-tara dan pelbagai darjat amalan, dan hanya memilih amalan yang utama dan terbai, meskipun amalan yang terbaik itu tidak semestinya sukar dilakukan.)

[2] Muhaddathun merujuk kepada golongan yang dikhabarkan atau diberikan ilmu (haddatha) oleh Allah.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam...
anta ni..ana tengok asyik nak kondem PAS tanpa berpijak di dunia realiti...PAS bukan jemaah Islam tetapi gerakan Islam yang menjadikan agenda siasah sebagai fokus tanpa mengabaikan tarbiyah dan dakwah.Satu-satunya yang ada di Malaysia.Ana yakin PAS tidak mempolitikkan Islam.Cumanya,berpijak di bumi realiti dan idea yang dilontarkan sesuai dgn perkembangan semasa bukan mendahului masa..

baihaqi hassan berkata...

salam, kalau tak keberatan, (ni permintaan sy selaku insan yang kerdil), blh tak tlg terjemahkan artikel tu dalam bahasa melayu, senang sikit utk difahami.. dan kalau tak keberatan, blh tak saudara rausyan letakkan dalam kurungan makna2 perkataan yang bombastik, kalimah arab dan inggeris yang tidal common dalam percakapan harian... ini hanya permintaan dari seorang penziarah blog saudara, terpulang kepada tuannya utk memenuhinya atau tak..

namun, penziarah sangat2 berbesar hati jika tuan rumah memenuhi permintaannya... (^_^) salam

Rausyanfikir berkata...

Wassalam,

Insyaallah akan datang akan cuba diusahakan. Sekarang masa sangat mencemburui. Maaf ye.