Khamis, 28 Mei 2009

Sembang-sembang pasal PAS


*Ini entri contengan. Brainstorming kepada apa yang berlegar dalam kepala. Maka ianya tidak teratur dari segi susunan idea. 


Saya baru sahaja membeli Harakah edisi minggu ini. Banyak laporan berkenaan jubli kepimpinan ulama' yang berlangsung baru-baru ini di Taman Melewar. Untuk pengetahuan pembaca dan sahabat JIK, saya merupakan pembaca tegar Harakah sebelum dikaderkan JIK lagi. Boleh pergi tanya Pakcik jual Harakah di Pasar Malam Taman Maju muka mana yang selalu kelek Harakah, Siasah dan VCD ceramah politik Ezam, DSAI dan Tuan Guru Nik Aziz. 


Selama saya membaca Harakah dahulunya saya terima sahaja kerana al-maklumlah duduk bawah JIK ini memang memikat. Pada waktu itu pun saya belum terdedah dengan 'realiti' yang lebih luas berkenaan permasalahan ummah. Maka cara saya memandang senario politik berkaca-matakan PAS sahaja. 


Tapi itu semua semakin berubah setelah saya menilai isi perbincangan yang diulang suara macam tape recorder dalam Harakah dan VCD ceramah yang saya miliki. Saya mengakses Malaysiakini dengan langganan prepaid yang dibeli daripada kedai-kedai majalah dan membuat perbandingan dari segi analisa permasalahan yang ada antara dua media besar ini.


Disamping itu saya merupakan satu-satunya mahasiswa yang melanggan surat khabar daripada Encik Zaulkarnain yang membekalkan surat khabar kepada semua jabatan dan institusi dalam UTP  secara berkala setiap hari semenjak dari tahun 1. Selalunya golongan mahasiswa hanya membacanya di perpustakaan ataupun secara online tetapi bagi saya cara sebegini tidak memberi kepuasan intelektual dalam menganalisa isu yang ada dengan lebih berkesan kerana tabiat membaca a la carte sebegini  tidak memberi ruang yang luas untuk berfikir secara sistematik.


Maka saya empunya banyak data yang boleh saya manfaatkan bagi mencari Kebenaran dalam setiap perkara yang dilontarkan kerana dalam negara kita ini semua media massa mempunyai agenda yang tersendiri yang dicorakkan melalui pandangan alam masing-masing. Harakah takkan kritik PAS secara telus. Begitu juga Utusan takkan kritik UMNO secara telus. Masing-masing mendabik dada sebagai 'lidah kebenaran' tetapi ternyata bias kepada agenda kumpulan masing-masing.


Ditambah pula dengan retorik dan monopoli perkataan plastik seperti 'Ketuanan Rakyat' yang menjadi halwa telinga rakyat walaupun jikalau kita gali lebih mendalam ternyata mereka juga hanya pandai berslogan demi kepentingan masa singkat.


Semua perkara sebegini merupakan hallmark kepada cara politikus meletakkan pemikiran dogmatik dalam masyarakat yang rata-ratanya mudah menerima gula-gula retorik yang naif baik daripada politikus jenis shapeshifter ataupun yang mempolitikkan agama demi agenda politik yang seolah-olah benar ma'nanya.


Perkataan 'dogma' yang berasal daripada perkataan bahasa Yunani 'dokein' membawa konatasi semantik  tentang prinsip yang diketengahkan oleh autoriti tanpa boleh dipersoalkan langsung kebenarannya. Wabak dogmatisme ini sangat kental dikalangan ahli gerakan Islam politikus modenis khususnya dikalangan anak-anak muda yang dahagakan suntikan spiritual dalam pembentukan identiti kebeliaan mereka. 


Antara konsep yang dijadikan dogma dalam gerakan Islam adalah syura dan ulama'. 


Bila mana saya berkata begini, saya tidak mengatakan konsep syura dan ulama' itu SALAH tetapi sepanjang penglibatan saya dengan gerakan Islam jenis politikus modenis ini, konsep-konsep sebegitu seperti kurang jelas dan amat janggal dikenakan kepada REALITI SEMASA yang ada pada hari ini.


Mari kita bicara berkenaan konsep syura dahulu yang saya sendiri walaupun tidak pernah menjadi ahli syura JIK tapi sering berhadapan dengan mereka zaman-berzaman di kampus. Syura, dalam institusi seperti JIK dianggap pembuat keputusan yang paling tinggi dan paling sempurna pada anggapan segenap ahli JIK. Mereka juga melihat sebarang lontaran idea ulama' daripada jenis gerakan Islam yang mereka taati sebagai satu perkara yang paling tinggi.


Sesiapa yang mempersoalkan keputusan syura dan kenyataan ulama' dari kalangan mereka akan dipandang sebagai 'kemuncup' dalam perjuangan yang mereka kagumi. Seolah-olah syura dan idea yang diketengahkan oleh ulama' itu membawa ciri-ciri absolutism tanpa ada ruang sedikit pun untuk ahli bahaskan secara tuntas kecuali dalam muktamar.


Saya tidak ada masalah dengan perkara-perkara yang sudah tetap (qat'ie) tetapi sering kali hujah yang dilontarkan selalunya berbentuk slogan ya'ni tidak diterangkan secara tuntas akan cara melaksanakannya terutamanya pada peringkat dasar pemerintahan baik di kampus mahupun dalam pemerintahan rakyat.


Jujur saya cakap, dalam gerakan Islam politikus modenis ini, buah-buah idea gagal bercambah dikalangan pemikiran para ahlinya dan saya percaya semua ini banyak disebabkan oleh wabak dogmatisme yang mengakar sekian lama dari mula dikaderkan sehinggalah menjadi orang besar dalam gerakan masing-masing. Hanya sekelumit daripada ahli gerakan Islam ini yang mampu benar-benar keluar dari kepompong dogmatisme tersebut dan cuba menyesuaikan segala macam agenda jemaah dalam REALITI yang membaluti mereka.


Saya berpendapat, golongan yang berupaya tersebut adalah golongan Erdogan. Walaupun ramai yang cuba menidakkan adanya penglabelan sebegini dalam PAS tetapi saya percaya dari segi semangat dan idealisme, kumpulan in biarpun tidaklah satu kumpulan yang terancang tetapi sedar akan perbezaan mendalam antara golongan ulama' yang dogmatik dan golongan profesional yang lebih faham realiti semasa.


Disebabkan gerakan Islam bukan sebuah gerakan anarkis, maka adab itu masih ada dalam memandu kepada perubahan yang ingin dilakukan dan saya percaya golongan Erdogan is buying more time untuk lakukan perubahan. 


Mungkin perubahan itu boleh jadi lebih baik dan mungkin juga boleh jadi lebih buruk, tergantung kepada apa yang ada dalam benak kepala masing-masing dalam menzahirkan gagasan mereka sebagai dasar perjuangan jemaah. 


Selalunya, orang yang tidak faham dan tidak kenal kepada agenda perubahan akan bertindak menentang agenda tersebut. Saya lihat kenyataan yang dibuat oleh Ustaz Harun Din, walaupun tidak empunya tembakan tepat pada kumpulan Erdogan, ianya masih boleh dibaca sebegitu. 


It's really obvious the ulama' faction is sweating on the rise of Erdoganist who is more dynamic yet futile when it comes to DSAI's ambiguous politicking agenda!


Entahla, saya lihat institusi ulama' dalam PAS ini sangat mirip kepada model Imam Khomeini yang menjadi kejutan dalam Revolusi Iran 1979. Saya semacam tidak rasa model ini amat baik dalam keadaan para ulama' dalam PAS sendiri sangat hampa kefahaman dalam juzuk ilmu fard kifayah yang menjadi lapangan UTAMA permasalahan umat. Maka bilamana ulama' diangkat menjadi institusi yang bersifat dogmatisme, yang tidak langsung boleh dipersoalkan kredibiliti secara intelektual (sudah tentu dengan beradab) maka gerakan Islam tersebut bakal tersungkur dalam wacana realiti semasa.


Saya mengambil contoh. Sila namakan kepada saya seorang ahli syura dalam PAS yang mampu berjidal dengan DSAI dan PKR perihal ekonomi antarabangsa. Kalau benar PAS bercita-cita ke Putrajaya, ulama' PAS, khususnya yang berada dalam syura harus benar-benar faham akan isu IMF, Bank Dunia, Globalisasi, Kapitalisme, bahan GM, pencemaran alam, dan ratusan isu penting lain yang melibatkan pemerintahan sesebuah wilayah. 


Ini belum lagi bicara panjang pasal DSAI dan pengaruh liberalisme dalam PKR, dan institusi yang dibawa beliau. Takkan Dewan Ulama boleh diam sahaja? Mana pergi prinsip? Terkorban sebab agenda politik demokrasi? Ada sesiapa mampu jawab bagaimana cara mendepani golongan liberal ini kelak? Saya nampak PAS sangat suam-suam atau tutup sebelah mata bilamana nak berhadapan dengan karenah liberalimse dalam Pakatan Rakyat. Patutlah Pemuda PAS Penang 'memberontak'. Bagus pun. Pemuda PAS Penang bukan balaci Pakatan Rakyat. 


Senang cerita, saya bagi kayu ukur: Ada tak ulama' PAS setaraf Ibn Khaldun? Apakah manual rujukan utama PAS sebagai ulama' yang ingin memerintah? Apakah sudah ada segolongan ulama' dalam PAS yang benar-benar mengkaji Muqaddimah Ibn Khaldun? Bustan al-Salatin Raniri? Al-Ahkam al-Sultania w'al-Wilayat al-Diniyya al-Mawardi? Nasihat al-Muluk al-Ghazali? 


Saya lampirkan contoh-contoh kitab ini sebagai warisan khazanah ilmu pemerintahan Islam yang SEPATUTNYA menjadi rujukan gerakan Islam yang bercita-cita besar untuk memerintah negara secara Islamik kerana kitab-kitab inilah yang telah terbukti berjaya memelihara kuasa pemerintahan Islam dari satu zaman kepada zaman yang lain. 


Kalau tidak ada, apakah rujukan utama buat institusi ulama' dalam PAS? Apakah ada yang sudah benar-benar mengkaji konsep conviventia bagi mendepani 1Malaysia? Bagaimana pula dengan kesan pemerintahan demokrasi yang dirakam oleh Alexander Tocqueville? Mampukah ulama' PAS berhadapan dengan agenda Syarikat Multinasional gergasi yang suka membahan negara-negara bodoh dalam lingkungan Dunia Ketiga?


Seperkara lagi: Apakah cara untuk kita menilai kualiti sesebuah syura dalam gerakan Islam? Kalau dalam syura tersebut tidak ada pakar ekonomi yang benar-benar faham realiti ekonomi dunia dan tempatan, siapakah yang akan menjadi pembahas kepada perkara ini? Dalil al-Quran dan Hadith tidak cukup untuk menjawab semua isu semasa JIKALAU tidak ditampung dengan kefahaman SUNNATULLAH yang Allah S.W.T zahirkan dalam latar sejarah untuk golongan ulul albab  yang tidak dulaistik fard ayn dan fard kifayah-nya.


Kalau tidak ada (saya pasti tidak ada lagi) maka agenda utama institusi ulama dalam PAS adalah untuk lahirkan golongan sebegini! Kalau ada pun sepanjang saya tahu mungkin Dr Dzulkefly dalam PAS Research Center yang hidup segan mati tak mahu. 


Mahasiswa? Bukankah mahasiswa mampu tolong? Mana pergi mereka? Alamak! Mereka juga 2X5 = 5X2. Mencuplik bulat-bulat metod dualistik institusi ulama dalam PAS.


Less talk, rhetoric,sloganizing, politicking, panincking but build your own intellectual warriors!


Jujur, saya sudah muak bersemuka dengan golongan liberalis, sekularis, ateis, dan bijak pandai baik dari kalangan mahasiswa sehinggalah yang berstatus Profesor yang mentertawakan kedangkalan kualiti dan ISI yang PAS bawa kepada masyarakat. Malah ada yang berani kata orang Melayu kita sudah diperbodohkan oleh UMNO dan PAS kerana kedua-dua kumpulan yang gergasi ini tidak mengajar masyarakat berfikir dengan teratur. Taqlid sahaja. Mana boleh. Pandangan alam yang berteraskan aqidah yang syumul tak boleh taqlid. Fiqh bolehla. Macam mana nak islah masyarakat? Kena suapkan undang-undang dulu ke baru boleh didik umat? Macam rakyat Iran. Dalam negara hitam je semua dengan jubah dan tudung labuh. Keluar lapangan terbang habis tanggal semua tinggal jeans dan rambut ulit mayang. Islam jenis apa yang dijadikan sumber tarbiyah di negara-negara so-called Islam ini? Islam yang dijadikan ideologi? Ada beza tu dengan Islam yang ad-deen.


Entahlah, saya masih tidak yakin. Banyak sangat elemen utopianisme dalam benak pemikiran ahli JIK dan PAS. Keyakinan itu tidak datang dengan slogan tetapi dengan ILMU. Cabaran semasa yang menghidangkan kekeliruan dan korupsi ilmu hanya menjadikan kerja pengisalahan dibidang ilmu lebih parah daripada sebelum-sebelumnya. 


Jangan bimbang. Imam al-Ghazali sudah sediakan manualnya. Nak kuasa bolehlah kekalkan cara sekarang. Nakkan kejayaan yang lebih berma'na kembalikan agenda pengislahan ummah yang lebih syumul melebihi kerangka politik kepartian yang jumud, sempit dan totok. Tapi saya kira ramai yang dah naik 'syeh' lepas 8 March 2008. Susah sikit kot nak ajak fikir benda-benda yang diluar kerangka politik lawan BN. 


Sekadar meluahkan rasa. Jangan emo kalau nak komen ya. 

 

15 ulasan:

Haris Zalkapli berkata...

"Ada sesiapa mampu jawab bagaimana cara mendepani golongan liberal ini kelak? Saya nampak PAS sangat suam-suam atau tutup sebelah mata bilamana nak berhadapan dengan karenah liberalimse dalam Pakatan Rakyat. Patutlah Pemuda PAS Penang 'memberontak'. Bagus pun. Pemuda PAS Penang bukan balaci Pakatan Rakyat."

Garang betul kau kali ni. Macam kena ada part 2 je.

Rausyanfikir berkata...

Haha. Terilham dari penulisan abang gak. Teruskan analisa yang lebih mengancam bang.

yaqzan berkata...

Assalamualaikum..

Salam perkenalan dari saya..
Saya baru sahaja mengikuti tulisan2 saudara di blog ini. Amat tertarik dengan agenda yang ingin dibawa iaitu pengislahan masyarakat bertitik tolak dari kekuatan dalaman, cara befikir dan pendidikan diri yang berterusan. Dengan kata lain, bukan dengan kekerasan, undang2 dan juga peraturan walaupun boleh dilaksanakan dengan adanya kuasa.

Ingin meminta pandangan dari segi buku asas yang boleh dibaca berkaitan agenda kemanusiaan seperti ini untuk pemulaan =). Walaupun saya rasa tulisan2 dalam blog ini sudah cukup untuk memberi gambaran awal tentang itu. (tapi baca blog kena ada internet)

Buku boleh saya baca dalam train, bas dll..

Yaqzan,
Pelajar perubatan.
Prague, Cz.

Rausyanfikir berkata...

Wassalam Yaqzan,

Mungkin boleh dimulakan dahulu dengan buku Muhammad Assad tajuk "Islam at the Crossroad". Kemudian dah dapat gambaran yang besar cuba cari S H Nasr "Guide for Muslim Youth". Dan juga karya2 Al-Ghazali.

sufi mustika berkata...

Apakah sudah ada segolongan ulama' dalam PAS yang benar-benar mengkaji Muqaddimah Ibn Khaldun? Bustan al-Salatin Raniri? Al-Ahkam al-Sultania w'al-Wilayat al-Diniyya al-Mawardi? Nasihat al-Muluk al-Ghazali?

enta dah hadam ke baca kitab ni semua?

buku-buku yang enta sebut dalam entri sebelum ni dah habis baca ke semuanya?

hadifulwan berkata...

Mahasiswa? Bukankah mahasiswa mampu tolong? Mana pergi mereka? Alamak! Mereka juga 2X5 = 5X2. Mencuplik bulat-bulat metod dualistik institusi ulama dalam PAS.

Salam..
HAHA,bukan semua,syeikh... Lagi satu, ini memang luahan yang cam dah lama tertahan ni...
Pada ana ini muhasabah buat semua tapi ana yakin, memang wujud dalam kalangan pjuang Islam dalam PAS yang mengkaji kitab2 yang nta sebutkan tadi. Cuma mungkin impactnya belum nampak atau suara mrk tenggelam dengan arus deras suasana politik semasa yang memang makin gila sekarang...

Moga dipermudahkan urusan untuk hadapai SEPILIS yang makin merebak di Malaysia(belum cakap dunia lagi).

Rausyanfikir berkata...

Wassalam,

Jangan selesa. Ramai sangat yang selesa sekarang ni. Serius kalau betul2 nak compare antara semua parti politik PAS lah yg paling xprepare dr segi perancangan pemerintahan. Sebab tu kita diperkudakan.

D'Rimba berkata...

Semoga sahabat berjaya dunia dan akhirat. Bangga dengan bekas warga Maktab Mahmud.

GreenMan berkata...

Hai, boleh kita jumpa.. saya ahli PSM Malaysia banyak yang kita perlu bincangkan...

Budak Pensel berkata...

Bagi pendapat saya.

PAS kene explore lebih kepada masalah masyarakat, tempatan dan dunia luar. Bukan sekadar melewati masalah2 kuasa politik semata mata.

Ibn Ali berkata...

Jujur, saya sudah muak bersemuka dengan golongan liberalis, sekularis, ateis, dan bijak pandai baik dari kalangan mahasiswa sehinggalah yang berstatus Profesor yang mentertawakan kedangkalan kualiti dan ISI yang PAS bawa kepada masyarakat. Malah ada yang berani kata orang Melayu kita sudah diperbodohkan oleh UMNO dan PAS kerana kedua-dua kumpulan yang gergasi ini tidak mengajar masyarakat berfikir dengan teratur. Taqlid sahaja. Mana boleh. Pandangan alam yang berteraskan aqidah yang syumul tak boleh taqlid. Fiqh bolehla. Macam mana nak islah masyarakat? Kena suapkan undang-undang dulu ke baru boleh didik umat? Macam rakyat Iran. Dalam negara hitam je semua dengan jubah dan tudung labuh. Keluar lapangan terbang habis tanggal semua tinggal jeans dan rambut ulit mayang. Islam jenis apa yang dijadikan sumber tarbiyah di negara-negara so-called Islam ini? Islam yang dijadikan ideologi? Ada beza tu dengan Islam yang ad-deen.


Entahlah, saya masih tidak yakin. Banyak sangat elemen utopianisme dalam benak pemikiran ahli JIK dan PAS. Keyakinan itu tidak datang dengan slogan tetapi dengan ILMU. Cabaran semasa yang menghidangkan kekeliruan dan korupsi ilmu hanya menjadikan kerja pengisalahan dibidang ilmu lebih parah daripada sebelum-sebelumnya.

Saya setuju, tidak ada ilmu yang diperoleh hasil pertembungan dua gergasi ini. Betul ada perjuangan, tetapi tidak ada ilmu, terima kasih kerana mengukuhkan keyakinan saya

irsyad berkata...

satu kupasan yang membuka minda...teruskan menulis

psychedelicmundo berkata...

Superb..aku xtau nk kate ape dah wan.wan asal ko xreply2 lg email aku ni dah bape kali dah aku bg ni.

Abu Ali berkata...

ulasan yg kene dng realiti yg berlaku dlm kalangan jemaah bkn shj di malysia tp di seluruh dunia

HokMolekKiteSokong berkata...

Satu artikel menarik dalam membuka minda...
Teruskan semoga menjadi titik tolak dikalangan pejuang muda untuk mencari kebenaran melangkaui sempadan politik kepartian...diharap juga muncul jugak pemimpin2 yg boleh diharapkan hasil kesedaran dari penulisan saudara...